Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 4 April 2016

Because You're My Love (Bab 40 - Final)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Akhirnya enovel ni sudah sampai ke penghujungnya. Berkurun lama baru siap. Haha. Maafin. Akibat kekangan masa sebab tu lambat nak siapkan. By the way.. Aku nak cakap terima kasih banyak2 sangat dekat pembaca setia aku dan penyokong setia enovel Because You're My Love ni sampai ke penghujungnya. Tanpa sokongan anda maybe aku tak mampu sampai ke tahap ini. So, thank you so much gusy! I love you alls! :) 



4 tahun kemudian…

“ Abang! Sini!”

Aimi membetulkan topi di atas kepalanya itu. Selepas itu dia mengemaskan jubah konvo di badannya itu dengan kemas. Bila dah rasa kemas, barulah dia mendongak memandang kamera di hadapannya.

“ You looked so beautiful my sweetheart.”

Terus Imran memaut mesra bahu Aimi. Matanya turut memandang ke arah kamera bersama dengan senyuman manis. Aimi di sebelah sudah tersenyum lebar. Dia turut mengemaskan pelukan dan tangannya setia menggenggam tangan Imran.

“ Thanks abang. By the way.. where Alisha?”

Aimi mula menoleh ke arah Imran. Inginkan jawapan. Tapi Imran still setia memandang ke arah kamera.

“ Dia dekat mama. Biarlah kejap. Sekarang masa kita berdua.”

Aimi mencebik. Mana boleh kalau tak ada pengikat kasih mereka tu. Satu-satunya anugerah terindah dalam hidup mereka itu. Tanda cinta mereka.

“ Okay! Pandang kamera!”

Aimi kembali memandang ke arah kamera. Imran turut melakukan benda yang sama. Tapi sempat lagi dia berbisik ke arah Aimi.

“ I miss you dear. I will not let go you tonight.”

Disebabkan kata-kata itu Aimi terus menoleh memandang Imran.

Klik!

“ Wow!”

Tukang kamera tadi dah tersenyum panjang selepas berjaya mengambil gambar candid tadi.

“ Amacam bro? Nice huh?” Soal Imran dari jauh.

Tukang kamera iaitu Faiz sudah tersengih. Dia mula mengangkat ibu jarinya ke arah Imran.

“ Sangat cantik lah bro.”

Aimi jadi terpinga-pinga. Tapi dia tak puas hati. Dia tahu gambar dia tak cantik.

“ Weh! Apa ni? Ambil lain! Gambar aku buruk lah Faiz!” Jerit Aimi dengan geram. Imran pula sudah ketawa kecil.

“ Yelah mak buyung. Kejap.”

Aimi langsung tidak terasa dengan kata-kata itu sebab dia memang mak buyung pun. Dah lima bulan pun usia kandungan keduanya. Tersenyum bila tengok kandungannya ni.

“ Okay. Once again! One two three!”

Dan mereka berdua terus tersenyum mesra ke arah kamera.

Klik!

“ Okay. Cun! One more please!”

Imran mula menoleh ke arah Aimi. Dia tersenyum panjang. Isterinya sangat cantik tambah-tambah ketika mengandung.

“ Sayang. Will you stay with me forever?” Soal Imran dengan penuh lembut sambil memandang ke arah Aimi. Langsung tidak menoleh ke arah kamera.

Aimi yang mendengar soalan itu terus menoleh ke arah Imran. Seketika mereka saling berpandangan sebelum menarik senyuman.

“ I will my lovely husband. Because of what? Because you’re my love.”

“ You to.”

Dahi Aimi dikucup perlahan sebelum mereka kembali berbalas senyuman.

Klik!

Faiz tengok balik gambar yang diambil tadi. Terus tercetus senyuman pada bibirnya. Pasangan ni sangat sweet. Even dah kahwin 5 tahun tapi macam pengantin baru. Cemburu tau bila aku tengok.

“ Bro. Gambar cun. Tak nak ambil gambar sekali dengan anak kau ke?” Soal Faiz sambil membelek-belek gambar dalam kameranya itu.

Aimi mengerling Imran dengan sengihan.

“ Nak la. Ala jom lah abang. Please!” Pujuk Aimi sambil merangkul lengan Imran. Imran yang melihat dah mencuit hidung Aimi.

“ Yela. Kejap abang pergi ambil.”

Aimi menjerit dalam hati. Yes! Sambil tunggu Imran, dia mula memandang ke satu arah. Matanya terus fokus pada seseorang. Firhan. Aimi tersenyum. Firhan turut belajar tempat yang sama macam mereka Cuma Firhan degree. Mereka hanya diploma.

Rupanya Firhan dah berkahwin setahun yang lepas. Tapi dia tak jemput ramai orang sebab malu katanya. Mujur dia jemput kami. Aimi tersenyum saat teringat pasangan itu. sweet sangat. Dan sekarang Aimi dapat lihat pasangan itu tengah memujuk anak mereka yang baru berusia 8 bulan. Alhamdulillah. Rezeki mereka.

“ Abang!”

Pandangan Aimi terarah pula pada seorang gadis yang baru keluar daripada dewan. Siapa? Haha. Aimi tersenyum lagi. Itu lah Dina. Ya. Dina yang pernah hampir saja menyebabkan dia hilang nyawa dulu. tapi kini mereka dah rapat macam belangkas. Dan siapa sangka, Dina pun sebenarnya dah berkahwin. Baru bulan lepas. Suaminya itu pula dah bekerja. Habis je belajar, terus suami Dina masuk meminang. Alhamdulillah. Jodoh Dina dengan suaminya itu panjang.

“ Sayang.”

Aimi tersedar saat bahunya dipaut seseorang. Siapa lagi kalau bukan Imran. Saat Aimi menoleh, Alisha anak sulung mereka sudah berada dalam dukungan Imran. Terus Aimi ambilnya dalam dukungan Imran. Dicium pipi Alisha dengan senang hati.

“ Anak mama sayang. Hurmm. Geram!”

“ Apa yang sayang termenung tadi tu?” Soal Imran sambil mengemaskan ikatan pada rambut Alisha.

“ Tengok Firhan dan Dina. Mereka dah bahagia. Alhamdulillah.”

“ Kita pun bahagia. Alhamdulillah.”

Aimi tertawa kecil. sempat lagi tu.

“ Okay bro! Aimi! Pandang kamera.”

Arahan Faiz membuatkan mereka pantas memandang ke arah mereka. Mujur Alisha tidak banyak meragam hari ini.

“ Bagi abang. Abang dah bahagia bila ada sayang di sisi abang dengan anak-anak abang.” Ucap Imran tanpa menoleh ke arah Aimi.

“ Thanks abang.”

Aimi mengemaskan pelukan pada anaknya itu. Manakala Imran memaut erat bahu Aimi. Mesra.

“ Anything for you.”

Aimi menoleh sekilas ke arah Imran dan tak sangka Imran turut menoleh ke arahnya.

“ I love you.”

Masing-masing terus kembali memandang ke arah kamera bila melafazkan kata-kata itu. Alhamdulillah. Cinta itu milik mereka berdua. Dan InsyaAllah selamanya milik mereka.

Klik!

**
Kediaman rumah Imran ketika riuh dengan suara-suara tetamu. Tetamu pula semuanya terdiri daripada family kedua-dua belah pihak. Dan tidak ketinggalan juga rakan baik Aimi dan Imran turut ada dekat rumah mereka. Semua ini demi meraikan Aimi, Faiz dan Emelda yang telah konvo pagi tadi.

“ Finally. Dapat juga kita berkumpul macam ni semula.” Suara Faiz dengan hati yang senang.

“ Betul. Dah 3 tahun kita tak berkumpul macam ni. Masing-masing sibuk dengan tanggungjawab sendiri.” Giliran Emelda pula bersuara.

Aimi tersenyum. Seronok tengok rumah dia penuh dengan tetamu. Dah lama rumah ini tidak terima tetamu seramai ini.

“ Aku pun. Entah lah. Tapi aku bersyukur sangat sebab tanpa korang maybe aku tak bertahan sampai sekarang. Tak sangka juga kita belajar tempat sama. Dan yang untungnya korang  berdua la.” Perli Aimi lantas tertawa kecil.

Faiz pun ketawa tapi Emelda hanya mencebik.

“ Aku sokong kau Aimi. Untung aku tau. Mati-mati aku ingat akan berpisah dengan dia. mujur sama tempat. Seronok tak terkata kot.” Sambung Faiz lantas mengerling ke arah Emelda.

Emelda membalas kerlingan Faiz lantas lengan itu dicubitnya kuat. Geram!

“ Ouch! Sakitlah sayang.” Faiz mengaduh kesakitan. Tapi tidak lama bila Emelda mengelus lembut lengannya. Faiz mula menarik sengih. Terus bahu Emelda ditarik rapat ke arahnya. Emelda dah tersenyum malu.

“ Ini la dia Aimi. Marah tak lama. Tu yang aku sayang dia.” Selamba Faiz ketika menuturkannya. Ubun-ubun Emelda turut dicium sebelum Emelda melepaskan pautan Faiz. Sengaja la tu nak menunjuk!

Aimi sudah ketawa. Cemberut wajah Emelda. Tapi ceria pula wajah Faiz. Suami isteri ni la. Dah 2 tahun kahwin tapi macam pengantin baru sungguh.

“ Sudahlah tu nak tunjuk romantik depan aku. Muak pula aku tengok.” Sindir Aimi sambil mencebirkan bibirnya.

“ Eleh. Jealous cakap jealous.” Tuduh Faiz lantas menarik sengih.

Aimi ketawa kecil.

“ Are you kidding me? Jealous? Seriously? Oh! Not me okay. Cukuplah romantik aku dengan suami aku hanya kami je tahu. Tak perlu tunjuk dikhalayak ramai. Tapi tu la. Kau macam tak kenal suami aku tu. kadang-kadang tu melebih. Sampai segan aku.” Luah Aimi sambil tertoleh-toleh ke belakang. Takut Imran datang.

Emelda yang mendengar dah mula menahan tawa. Faiz pula dari tadi asyik tersengih je kerjanya.

“ Nama je dah ada anak. Tapi romantik dia tu? Ya Allah. Makin menjadi-menjadi.” Sambung Aimi lagi lantas mengelus lembut perutnya yang sudah berusia 5 bulan itu.

“ Okay la tu. that’s mean dia betul-betul sayangkan kau beb. beruntung kau tau. Tu.. kat perut kau tu lagi.” Balas Emelda dengan senyuman kecil.

Timbul rasa di hati ingin memiliki anak. Walaupun dah 2 tahun kahwin tapi mereka masih belum dikurniakan seorang anak. Tapi dia tahu, rezeki mereka masih belum ada. Jadi, dia perlu banyak bersabar. Dan alhamdulillah. Faiz sangat memahami. Dia seorang suami yang baik.

Faiz yang menyedari riak Emelda yang dibuat-buat itu pantas memaut kembali bahu isterinya itu. Dielus lembut seraya memberi kekuatan kepada Emelda.

“ Sabar sayang. Abang yakin rezeki Allah ada. Cuma belum tiba masanya lagi.” Bisik Faiz dengan senyuman kecil.

Emelda yang mendengar terdiam. Tapi dia terus tersenyum. serius. Dia langsung tak ambil hati mahupun cemburu melihat Aimi. Malah dia beruntung mempunyai mereka yang amat memahami dirinya itu.

“ Mel okay la bang. Mel tak kisah. Asalkan Mel ada abang.” Ucap Emelda lantas menarik senyum.

Aimi yang melihat terdiam. Dia tahu Emelda teringin sangat nak ada anak. Tapi aku pula bangkitkan soal anak. Aduh! Kawan apa aku ni?

“ Mel. Maafkan aku. Aku tak ada niat nak buat kau terasa.”

Emelda terus menggelengkan kepalanya. tangan Aimi digenggamnya sesaat bersama senyuman sipi.

“ Don’t worry. Aku tak ambil hati pun. Dah. lupakan.”

Aimi tersenyum kelat. Tapi dia tahu Emelda seorang yang tabah. Ya Allah. Kurniakanlah mereka anak.

“ Sayang.”

Imran datang menghampiri bersama puteri sulung mereka. Terus tempat kosong di sisi Aimi diambil.

“ Aimi. Im. Kami pergi makan dulu la. Jom sayang.”

Faiz menarik tangan Emelda lantas beredar daripada situ. Aimi dan Imran hanya melihat sehingga kelibat mereka hilang daripada pandangan.

“ Alisha sayang. Meh kat mama.”

Alisha yang baru berusia 2 tahun itu diambil daripada dukungan Imran. Pipi montel anaknya dicium berkali-kali sehingga puas. Sampai anaknya itu merengek kegelian. Kemudian, diacah-acah pula anaknya sehingga dia tergelak.

“ Sayang. Apa yang sayang bincangkan dengan mereka tadi?” Soal Imran sambil mengelus lembut rambut Alisha.

“ Hal biasa-biasa ja. Cuma Aimi tak sengaja naikkan isu anak. Aimi rasa bersalah tapi mujur mereka tidak ambil hati. Moga mereka cepat-cepat dapat anak kan bang?”

Imran tersenyum. Alisha diambil semula daripada dukungan Aimi.

“ Alisha sayang. Pergi dekat atuk dan nenek ye. Mama dan papa nak beromantik kejap.”

Terus tangan Imran ditampar selepas Imran berkata demikian. Aimi mengerling geram ke arah Imran yang sudah tersengih itu.

“ Pergi sayang.”

Terkedek-kedek Alisha berlari ke arah atuk dan neneknya. Bila dah ada dalam dukungan atuk Alisha, barulah Imran kembali menoleh ke arah Aimi. Barulah dia boleh fokus pada Aimi.

“ Sayang.”

“ Hmm…”

“ Abang happy sangat.”

Aimi tersenyum.

“ Aimi pun.”

“ Dari mula kita kenal sampai sekarang. Abang tak menyesal kenal sayang. Abang tak menyesal kahwin dengan sayang. Dan abang tak menyesal pun telah pilih sayang menjadi suri hati abang.  Tapi abang akan menyesal seumur hidup abang kalau lepaskan sayang.”

Mata mereka saling bertatapan sebelum Imran menarik kedua-dua tangan Aimi ke arah dadanya.

“ Jantung ni. Tak nak duduk diam langsung sepanjang berada di sisi sayang.”

Aimi terdiam. Jelas sekali dia dapat merasakan denyutan jantung Imran tidak sekata sekarang.

“ Terima kasih untuk segala-galanya Aimi Aisya.”

Aimi menarik semula tangannya. Giliran dia pula menarik tangan Imran dan di bawa ke dadanya.

“ Jantung ni pun. Even bukan milik Aimi. Tapi dia tetap tak nak berdiam diri setiap kali duduk di sisi abang. Tak kira jantung lama Aimi or baru. Ia tetap sama. Nothing change.”

Aimi tunduk pula memandang perutnya. Tangan Imran dibawa ke perutnya pula.

“ Dan terima kasih juga sebab cintakan Aimi sampai saat ini.”

Imran terus menarik Aimi ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Aimi diciumnya berkali-kali. Even dah 5 tahun mereka bersama, dia takkan pernah puas dan tak pernah jemu untuk memeluk Aimi.

“ Terima kasih juga sebab sudi terima abang.”

Aimi tersenyum dalam dakapan Imran. Sungguh! Dia terasa bahagia. Atas segala apa yang telah dia lalui sebelum ini. Akhirnya dia dapat kecapi kebahagiaan itu. Memang betul. Setiap orang berhak memiliki dan merasai kebahagiaan itu. Cuma cepat atau lambat saja.

“Abang tidak akan ke mana-mana lagi.”

Aimi mengerutkan dahinya selepas mendengar ayat-ayat itu. terus dia mendongak melihat Imran yang tengah tersenyum itu.

“ Maksud abang?”

“ Sebab hati abang dah ada dalam hati sayang. Sebab tu abang tak boleh ke mana-mana lagi. hati abang dah jumpa tuan dia.”

Hidung Aimi dicuitnya manja sebelum melepaskan pelukan bersama sengihan. Aimi dah tertawa kecil. ada-ada je suami aku ni.

“ Dah. Jom kita pergi makan. Anak abang ni dah lapar.” Ajak Aimi lantas bangun berdiri.

Imran turut berdiri dan mengelus lembut perut Aimi. Dia rendahkan badannya sedikit dan lekapkan telinganya di perut Aimi.

“ Hai anak papa. Anak papa lapar erk? Ke mama dia yang lapar?”

Aimi tertawa kecil. tangannya mula mengelus lembut rambut Imran.

“ Mama pun lapar. Anak mama pun lapar. Dua-dua lapar. Kan anak mama kan?” Balas Aimi dengan lembut.

Imran mencebik lantas berdiri tegak.

“ Yela tu. mama dia yang lapar tapi tak nak mengaku. Haha.”

Terus perut Imran menjadi mangsa cubitan Aimi.

“ Sakitlah sayang.” Dengan manjanya Imran mengaduh. Sengaja sebenarnya.

“ Jom la anak mama. Papa ni jahat tau.”

Baru saja Aimi nak melangkah, Imran berjaya menahan dengan memberi kucupan pada pipi Aimi. Aimi terus menoleh dengan perasaan geram. Tapi senyuman Imran berjaya mencairkan hatinya.

“ Abang tak jahat. Tapi sayang yang jahat. Sebab apa? sebab sayang dah curi hati abang.”

Aimi tersengih. Geli hati tengok wajah Imran yang cemberut tu. tapi tidak lama bila Imran kembali mengukirkan senyuman menggodanya itu. Aimi terus buat-buat tak nampak dan pandang ke hadapan.

“ But, it’s okay. Because you’re everything to me dear.”

Imran mendekatkan bibirnya pada telinga Aimi. Dengan satu nafas, dia melafazkannya.

“ I love you. I miss you. And I will stay with you for the rest of my life.”

Aimi yang mendengar terus melekat dalam hati. Hatinya dah berbunga-bunga bercampur dengan rasa terharu. Dengan bisikan juga Aimi berkata sesuatu.

“ I love you to. I miss you to. And yes, I will stay with you forever.”

Barulah Aimi menoleh ke arah Imran dengan perasaan malu. Tengok saja senyuman nakal Imran itu, dia terus menyembunyikan wajahnya pada dada bidang Imran. Imran yang melihat terus ketawa besar.

“ Sayang malu lagi ke? Ya Allah sayang ni.”

“ Abanglah! Jahat! Dah la jom makan.”

Terus Aimi berlalu tanpa menghiraukan panggilan Imran. Imran pula terus mengejar. Bukan setakat sekarang tapi selamanya dia akan terus mengejar mencuri hati Aimi. Because of what? Because she is my love. She is my soul mate and of course she is only my lovely wife.

Aimi Aisya. Seriously. I fall in love with you again and again. Thanks because always be my side forever.

Imran Ismail. Seriously. You is the best person that I had. I love you very much. And thanks because you still choose me even I’m not a perfect person. InsyaAllah, I will love you for the rest of my life.

~Tamat~

2 comments :

  1. Terbaik lah sis setiap ari sy tggu novel ni... Akhir nye abis jgk... Harap ada yg baru lps ni...

    ReplyDelete
  2. Yes ��but sy nk ckp kan..24 yrs for medical students still in 4th year..baru clinical year..HO can't be a leader for such a big operation dear..Susah main dgn umur Dr..Russia for 6th course 25-26 yrs..sy ckp berdsrkn sejarah suami sy

    ReplyDelete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers