Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 21 December 2015

Because You're My Love (Bab 5)



Dua hari selepas itu, Aimi dah boleh ke sekolah seperti biasa. Tapi dia diingatkan agar tidak bergerak terlalu lasak sangat atau dia sendiri akan pengsan. Tu ja caranya sebab Aimi sendiri tidak tahu penyakit yang sedang di hidapi sekarang ni.

“ Assalamualaikum Aimi.”

Sebaik sahaja Aimi masuk ke dalam kelas. Dia terus ditegur Emelda dengan senyuman kecil.

“ Waalaikumussalam Emelda. Kau apa khabar?”

Tempatnya di sisi Emelda di ambil. Mujur dia tak lewat sangat hari ni. Semua ni gara-gara dadanya terasa sakit tiba-tiba. Tapi mujur hanya sekejap. Tu pun ibu dan ayahnya tidak tahu. Kalau tahu memang tak akan benarkan Aimi ke sekolah lah jawabnya.

“ Alhamdulillah. Kau? Dah okay dah ke sakit kau?” Soal Emelda risau.

“ Dah. InsyaAllah. Aku stress je that’s why boleh pengsan.”

Aimi mengerling sekilas ke meja Faiz. Teringat pula kata-kata Faiz tempoh hari. Tanpa dia sedari, kerlingannya itu berjaya dikesan oleh Emelda.

“ Aku tahu kau sedang cari Faiz. Aku juga tahu apa yang dia cakap dekat kau before kau pengsan.”

Aimi tersentak lantas menoleh ke arah Emelda.

“ Dia cakap kat kau ke?”

“ Aku yang tanya dia sendiri.”

“ Aku terkejut sangat time tu.”

Emelda meraih bahu Aimi lalu ditepuknya perlahan.

“ Dan banyak benda yang terjadi semasa kau tiada. Macam-macam hal yang tidak diduga berlaku. Semuanya antara kau, Faiz dan crush kau Razif.”

Sekali lagi Aimi tersentak.

“ Kenapa? Apa yang berlaku? Semua sebab aku kan?”

Emelda tersenyum kecil.

“ Dua-dua orang tu sukakan kau. Dan mereka takkan mengalah selagi belum dapatkan hati kau. Yang pasti aku tahu dalam hati kau Cuma ada nama Razif. Kan?”

Aimi terdiam. Matanya beralih melihat ke luar kelas apabila dia perasankan sesuatu. Dia tunggu kelibat itu melintasi pintu belakang kelasnya. Dengan debaran yang kian memuncak, lelaki itu muncul. Razif!

“ Yes. Seperti yang aku agak. Korang berdua ni memang lah. Suka pendam.”

Kini, Razif berhenti tepat-tepat di pintu belakang kelas Aimi. Dia melihat Aimi dengan renungan yang penuh dengan kasih sayang. Emelda yang perasan keadaan itu pantas bergerak ke meja hadapan. Tak nak kacau.

“ Aimi.” Panggil Razif dengan senyuman lebar.

“ Erk..Ya saya.” Sahut Aimi juga dengan debaran.

“ Jangan pengsan macam hari tu dah tau? Saya risau. Saya tak suka tengok awak sakit.”

Aimi terdiam. Sesaat kemudian dia tersenyum pula.

“ InsyaAllah. Doakan saya.”

Razif mengangguk dengan perlahan lalu beredar semula ke kelasnya. Dia dah cukup lega bila dapat lihat wajah Aimi. Tu dah cukup buat dirinya.

Aimi yang baru selesai bercakap dengan Razif kembali menoleh ke hadapan kelas. Yang pasti bibirnya asyik mengukirkan senyuman. Entah kenapa tapi dia rasa bahagia. Tapi, bila dia ternampak Faiz yang sedang merenungnya tajam itu, senyumannya kian pudar. Kali ni, dia rasa lain pula. Lebih kepada terkejut dan takut.

“ Hai Faiz.” Tegur Aimi sekadar berbasa-basi. 

Emelda yang melihat adegan tu rasa tak sedap hati. Pantas dia kembali ke tempatnya.

“ Hai.”

Tanpa mempedulikan mereka berdua, Faiz terus keluar semula daripada kelas. Hatinya sakit melihat adegan Razif dan Aimi yang kelihatan mesra tadi even hanya berbual. Dia tak dapat terima tapi dia juga tak sanggup untuk hancurkan kebahagiaan Aimi. Arh! Kenapa aku perlu sukakan kau Aimi!

“ Eh! Kenapa dengan Faiz tu?”

Aimi hanya menjongketkan bahu. Maybe, dia nampak Razif sedang berbual dengan aku tadi. Maafkan aku Faiz tapi aku sukar nak terima kau. Sebab aku anggap kau tak lebih daripada seorang kawan.

“ Aku rasa dia cemburu tengok kau dan Razif tadi. Haih. Sudah lah tu. Nak SPM pun. Korang berdua patut kurangkan rasa suka tu.” Nasihat Emelda lalu membuka buku Bahasa Melayu untuk membuat ulang kaji.

Aimi tertawa kecil.

“ Aku tak kata apa-apa pun. Dan pernahkah kami saling meluahkan perasaan? Tak kan? So, kami kawan okay. Tetap kawan.” Putus Aimi lalu memandang ke luar tingkap.

Ya Allah. Hanya satu yang aku pinta. Kuatkanlah hati aku untuk terus berdepan dengan cabaran yang akan menanti diriku. Lindungilah diriku seperti mana Engkau lindungi orang beriman. Moga aku dapat menjadi wanita yang solehah. Aminn.

**
Kedengaran suara orang menangis di dalam rumah. Itu menyebabkan langkah Imran terus menuju ke dalam rumah. Dia ingin tahu siapa yang menangis tu. Apabila dia sudah berada dalam rumah, dia terkedu seketika. Dia rasa menyesal pula cepat-cepat masuk tadi. Nak undur semula langkah memang tak boleh sebab mamanya dah nampak.

“ Imran..”

Imran mengeluh hampa. Dia terus melangkah ke arah tangga untuk naik ke bilik. Dia tiada masa nak layan perempuan yang sedang menangis itu.

“ Im! Nak ke mana tu? Datanglah sini kejap.”

Imran merengus geram. Ini pasti salah satu taktik dia untuk tarik perhatian mama. Ingat aku tak tahu kot.

“ Ada pa ma? Im penat lah. Ada banyak kerja tadi. Sekarang Im nak naik atas dan rehat. Please ma.” Rayu Imran sambil menagih simpati dengan melihat wajah mamanya itu. wajah perempuan yang sedang menangis di sebelahnya itu langsung tidak dihiraukan.

“ Im.. Kalau ye pun datang lah sini dulu. Mama tak tahu lagi cara nak pujuk Puteri ni. Tolong mama.”

Imran melonggarkan tali lehernya dengan kasar. Mahu tak mahu dia mendekati juga mamanya lalu melabuhkan punggung di sisi mamanya. Muka tak puas hati dipamerkan.

“ Mama nak ke dapur dulu. Kamu berbual la dulu.”

Selepas Datin Hanis berlalu ke dapur. Imran terus memandang tajam ke arah Puteri.

“ Kau nak apa datang sini dengan nangis segala? Kau ingat aku akan rasa simpati la lepas tu berbaik dengan kau. Macam tu? Kau bermimpi je la Puteri. Aku langsung tak kisah apa yang kau nak buat. For sure, taktik apa pun yang kau guna, aku takkan jatuh cinta dan terima cinta kau. Sekali kau tipu aku selamanya aku takkan percaya lagi.” Warning Imran dengan muka yang marah.

Puteri yang mendengar kata-kata itu terus terhenti tangisannya. Tapi dia tak boleh mengalah.

“ Tapi Im. I benar-benar cintakan you. I tak berlakon Im. I benar-benar dalam masalah. Mujur ada mama you.” Pujuk Puteri cuba raih perhatian Imran.

Imran tersenyum sinis.

“ Kau ingat ye. Satu je peringatan aku nak beri dekat kau. Kalau kau berani buat apa-apa dekat mama aku. aku akan cari kau sampai jumpa. Dan jangan kau berani-berani nak tipu dan raih simpati mama aku. Kalau aku dapat tau, siap kau!”

Usai berkata demikian, Imran terus berlalu naik ke atas. Tengok muka puteri buat dia benci. Dia akan teringat kembali peristiwa yang menyebabkan dia bencikan Puteri sampai saat ini.

Puteri melihat Imran berlalu dengan perasaan tidak puas hati.

“ Aku tak kira. Walau apa cara sekalipun, aku akan dapatkan kau. Even guna cara kasar. Kau selamanya milik aku Imran.”

**
I really really really really really really like you
And I want you. Do you want me? Do you want me too?

Lagu yang sedang berkumandang dekat radio masa tu berjaya membuatkan Aimi tersenyum malu. Teringat pula kejadian pagi tadi dengan Razif masa nak keluar rehat. Hampir saja terlanggar dengan Razif. Mujur sempat elak. Malu okay!

Entah kenapa, tapi rasanya kini hubungannya dengan Razif semakin rapat. Tak macam dulu. Dia je yang beria-ria usya Razif. Tapi tidak untuk kali ini. Bila teringat akan Faiz, Aimi akan rasa serba salah pula. Dua lelaki simpan perasaan pada dia. Tapi hati dia hanya boleh pilih seorang.

“ Aimi. Mari turun makan nak.”

Panggilan ibunya membuatkan lamunannya tersentak. Pantas diusir perasaannya terhadap lelaki itu. Sekarang dia perlu fokus pada SPM. Kalau tak, nanti apa akan jadi? Jawab sendirilah.

Tanpa berlengah, dia pantas turun untuk menikmati makan malam bersama keluarganya. Walaupun keluarganya hidup dalam serba sederhana, tapi dia cukup bahagia kerana dia dapat hidup dengan penuh kasih sayang.

“ Mak. Ayah.”

Kerusi di sebelah ayahnya di ambil. Matanya melihat makanan yang berada atas meja itu dengan penuh kesyukuran. Tetiba dia mengukirkan senyuman. Teringat pula macam mana dulu dia cuba untuk memasak tapi dapur hangus terlebih dahulu. Haha.

“ Aimi. Boleh ayah tanya sikit?” Suara Azmir dengan senyuman kecil.

“ Apa tu ayah? Tanya banyak-banyak pun tak pa.”

“ Kamu ada rasa sakit tak selepas keluar hospital tu? Sakit dekat dada ke or rasa sesak nafas ke? Ada?”

Pertanyaan  ayahnya itu membuatkan dia terus terkedu. Dia cuba maniskan muka lalu memandang tepat ke arah ayahnya. Memang ada. Tapi memang tak akan dia nak beritahu ayah dan mak dia. atau itu hanya akan membuatkan mereka lebih risau.

“ Tak ada pula. Aimi rasa okay je.” Nafi Aimi lantas menyuap nasi ke dalam mulut. Biarlah hanya dia dan Tuhan je tahu. Biar dia yang tanggung seorang diri.

“ Esok petang ikut ayah pergi hospital. Doktor nak buat pemeriksaan lebih lanjut.”

Aimi hanya mengangguk even dalam fikiran dia masih penuh dengan tanda tanya. Macam ada sesuatu yang ayah dan mak dia sembunyikan daripada dia. Cuma dia tak tahu apa benda tu. Sabar je lah Aimi.

“ Dah makan kenyang-kenyang. Nanti kita solat Isyak berjemaah.”

“ Yes boss!” Sahut Aimi dengan sengihan.

Azmir dan Maznah yang melihat sudah tertawa kecil. Itulah Aimi. Memang tak pernah menghampakan orang di sekelilingnya.

Aimi yang melihat senyuman kedua-dua orang tuanya itu sudah mampu menghembus nafas lega. Dia tak mungkin sesekali melihat senyuman itu hilang daripada wajah mereka. dia tak sanggup. Dia lebih sanggup kalau dia yang sedih daripada orang tuanya.

“ Mak.. bak lauk tu. hehe.”

Belum sempat Aimi nak sambut mangkuk yang diberikan ibunya, dadanya tiba-tiba rasa senak. Rasa susah nak bernafas. Tapi dia tahan. Tak mungkin dia nak tunjuk rasa sakitnya depan mereka. itu mustahil!

“ Terima kasih mak.”

Sedaya upaya dia cuba menahan dengan mengukirkan senyuman. Suapan pertama. Suapan kedua dan ketiga. Dia dah tak boleh tahan. Dia genggam kuat dadanya tanpa disedari Azmir dan Maznah. YA Allah. Kurangkanlah rasa sakit ni. Aku mohon.

“ Aimi. Nak nasi lagi?” Soal Maznah tanpa memandang ke arah Aimi.

Aimi hanya menggeleng. Wajahnya sudah berpeluh menahan sakit. Sampai pandangannya dah menjadi kabur barulah dia cuba untuk memanggil ibunya.

“ Mak.. mak…”

Akhirnya, dia jatuh tidak sedarkan diri. Azmir dan Maznah yang melihat pantas menuju ke arah Aimi dan memanggil nama Aimi. Namun, Aimi tidak menyahut.

“ Ya Allah. Abang. Kita bawa dia ke hospital!”

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers