Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 31 March 2016

Because You're My Love (Bab 36)



Oleh sebab semalam Aimi dah jumpa Razif. Jadi pagi ini dia ambil keputusan untuk berjumpa dengan Razif. Sebelum tu dia perlu maklumkan kepada Imran terlebih dahulu. Harap-harap Imran benarkan.

“ Abang.”

Aimi hanya melihat Imran yang sedang breakfast itu. Sangat berselera. Tersenyum juga jadinya.

“ Yes? Kenapa?” Soal Imran lantas menghabiskan suapan terakhir.

“ Aimi nak minta izin nak keluar kejap. Boleh?”

Imran mengelap mulutnya dengan tisu. Kemudian barulah dia fokuskan pada Aimi. Dahinya berkerut seribu.

“ Aimi nak ke mana? Nak abang hantarkan?”

Aimi pantas menggelengkan kepalanya.

“ Tak. Tak payah. Tak apa. Aimi boleh pergi sendiri.” Tolak Aimi.

“ Tapi Aimi nak ke mana?”

“ Sebenarnya Aimi nak jumpa dengan Razif. Boleh kan bang? Banyak benda Aimi nak tahu.”

Imran terus terkedu. Dia nak jumpa Firhan. Apa aku nak buat ni?

“ Erk.. dia dah tahu ke Aimi nak jumpa dia?”

“ Belum. Dan Aimi pun tak ada nombor dia. Abang ada tak nombor dia?”

Imran terdiam. Nak cakap tak ada, tak mahu kecewakan Aimi. Nak kata ada dia risau benda lain terjadi. Arh! Kusutnya!

“ Erk… apa kata sayang cuba tanya Emelda. Dia ada kot.”

“ Yeke? Okay nanti Aimi cuba. Tapi abang benarkan kan?”

Imran memandang wajah teruja Aimi itu. tak sampai hati nak kata tidak. Akhirnya dia membuat anggukan kecil.

“ Pergilah. Tapi jangan balik lewat.”

“ Okay boss!”

**
Emelda memandang wajah Faiz dengan perasaan gelisah. Tapi Faiz nampak tenang sangat. Siap boleh tersenyum lagi. Bila ditanya kenapa? Jawapannya hanya tersenyum. Senyum je yang dia tahu.

“ Awak!”

Gara-gara geram Emelda terjerit panggil Faiz yang ralit pandang wajah dia tu.

“ Kenapa?”

Faiz menahan tawa. Geli hati sebenarnya. Nak tergelak. Yala. Emelda punya cemas semacam.

“ Awak tanya kenapa? Awak tanya saya kenapa? What?”

Emelda menepuk dahi dengan perasaan geram. Tanpa dapat ditahan, lengan Faiz terus ditamparnya sehingga menyebabkan Faiz menyeringai kesakitan.

“ Sakitlah Mel!” Rungut Faiz. Lengannya diusap lembut. Ada pula dia yang geram lengan aku pula menjadi mangsa.

“ Yela. Dah awak asyik senyum senyum je. Geram tahu tak? Awak tahu tak kita akan berdepan dengan Aimi kejap lagi. dan juga klon Razif tu.”

Faiz menganggukkan kepalanya sedikit.

“ Ye. Saya tahu. Sebab tu saya tak jadi cemas macam awak. rileks la. Kalau awak jadi cemas macam ni. saya takut Aimi jadi syak. Lepas tu siapa yang salah? Awak ke saya?”

Soal Faiz sambil menjongketkan keningnya.

“ Tapi..”

“ Rileks Mel. Awak terlalu risau. Firhan tahu dia akan buat apa. dia dah bersedia semenjak kali pertama mereka bertemu semalam. Just stay cool okay. Dah minum. Nanti Aimi dan Firhan sampai.” Pujuk Faiz dengan senyuman kecil.

Emelda terdiam. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Senyuman cuba ditarik. Tenang Mel. Tenang. Jangan sampai Aimi syak bukan-bukan.

“ Tu. Diorang dah sampai.” Maklum Faiz masih berlagak biasa. Tapi Emelda cuba menjadi tenang. Susah weh!

“ Assalamualaikum.” Aimi dan Firhan beri salam serentak.

“ Waalaikumussalam.”

Faiz dan Emelda saling berpandangan seketika sebelum menjemput mereka berdua duduk. Ya. Mereka dapat lihat wajah Aimi yang ceria itu. kalaulah Aimi tahu perkara yang sebenar. Adakah Aimi akan ceria macam ni?

“ Korang. Sorry lambat.”

“ Tak apa. By the way… aku nak ke tandas kejap.”

Faiz pantas bangun dan menjeling ke arah Emelda. Suruh Emelda bangun dan berikan mereka ruang. Emelda yang faham itu terus buat-buat sakit perut.

“ Erk. Beb. tiba-tiba perut aku sakit. Aku pun nak ke tandas.”

Belum sempat Aimi nak berkata apa-apa, Emelda terlebih dahulu bangun mengekori langkah Faiz. Barulah mereka boleh menghembus nafas lega. Firhan yang melihat tahu selepas ini terserah kepada dia saja. Kalau kantoi pun kantoi la. Firhan meraup wajahnya perlahan.

“ Razif. Boleh saya tanya awak sikit?”

“ Erk. Boleh. Apa?”

“ Serius saya nak tahu ke mana awak pergi selama ni? Time ambil result pun awak tak ada.”

Firhan terkedu. Sekarang apa jawapan yang patut dia beri? Dia sendiri kelu.

“ Erk. Saya ada hal sikit. Hal family.” Nafi Firhan.

“ Oh. Saya cari awak.”

“ Untuk apa awak cari saya?”

“ Sebab saya rindu. Awak kawan saya.”

Firhan terdiam. Dalam diam dia mula mengagumi Imran kerana berjaya memiliki gadis yang bernama Aimi Aisya ini. Bertuah Imran.

“ Jom makan.”

Firhan pantas memanggil pelayan untuk memesan makanan. Tak usah tunggu Faiz dan Emelda kerana mereka ingin memberi ruang kepada dia dan Aimi untuk berbual.

“ Kak. Bagi saya air kosong dan nasi goreng. Bagi pedas sikit ya.” Ujar Firhan lantas menoleh ke arah Aimi.

Tapi Aimi terdiam. Firhan jadi pelik.

“ Aimi?”

Aimi tersentak.

“ Semenjak bila awak suka pedas?”

Okay. Kali ini Firhan terkedu. Lidah kelu untuk menjawab. Aduh! Masak! Nak jawab apa ni?

“ Erk. Tu dulu. Sekarang dah suka.” Jawab Firhan lantas buat-buat pandang skrin telefon.

Aimi hanya mendiamkan diri lantas giliran dia pula membuat pesanan. Bila selesai membuat pesanan, Aimi kembali menoleh ke arah Firhan yang sibuk dengan telefon bimbitnya itu.

“ Razif. Awak dah ada girlfriend?”

Firhan tersenyum sipi. Terbayang wajah bakal tunangnya yang manis dan pemalu itu.

“ Ada. Saya rasa sangat beruntung memiliki dia. Kami dah nak bertunang.”

Jelas kelihatan wajah yang ceria daripada Firhan. Aimi yang melihat tersenyum kecil. Baguslah Razif dah ada 
orang lain.

“ Baguslah. Dapat juga awak lupakan saya. Saya nak minta maaf sebab buatkan awak kecewa dulu.”

Aimi tunduk memandang jari. Razif masih tidak tahu yang dia sakit sebelum ini.

“ No hal. Benda kecil je. Lagipun tu cinta monyet je la awak.”

Firhan kembali memandang ke arah skrin phone bila phone itu bergetar. Baru sesaat, tercetus tawanya. Aimi yang melihat dah terdiam. Kenapa dia rasakan Razif semakin jauh daripada dia? kenapa dia rasa Razif dah banyak berubah? Atau dia yang tersilap?

“ Nama bakal tunang awak?” Soal Aimi dengan teragak-agak.

Firhan mendongak memandang Aimi.

“ Liana.”

“ Siapa? Saya kenal ke?”

“ Tak. Awak tak kenal.”

“ Macam mana awak kenal dia?”

Firhan tertawa kecil. Macam mana aku boleh kenal dia? Bila ingat memang lawak.

“ Macam mana saya kenal dia? Time tu saya dah lewat sangat nak masuk dewan peperiksaan. Saya jadi kalut. Jalan pun tak tengok orang dah. Sampai saya terlanggar dia. Time tu la saya kenal. Mula-mula kenal memang dia garang. Tapi lama-lama pemalu sebenarnya.”

Aimi tersentak. Melihatkan wajah teruja Firhan itu membuatkan dia jadi makin tertanya-tanya. Semenjak bila Razif lewat? Seingat dia sepanjang exam berlangsung, mereka ke sekolah bersama-sama. Tak ada satu hari pun mereka pergi berasingan. Hatinya makin tak sedap.

“ Umur dia berapa?”

“ Baru habis SPM. Nanti saya kenalkan.”

Aimi ingin membuka mulut lagi tapi makanan sudah sampai. Terbantut terus dia nak tanya. Akhirnya dia hanya mendiamkan diri sambil makan. Dalam hati rasa nak nangis. Rasa macam ada yang tak kena. Betul ke depan dia ni Razif?

“ By the way… beruntung Imran dapat awak.”

Aimi menjeling Firhan yang tengah makan itu. Tiba-tiba matanya dapat tangkap sesuatu. Terus dia mendongak melihat Firhan.

“ Razif. Tangan kanan awak tu kenapa?”

Firhan tunduk melihat tanda hitam yang ada pada bawah lengannya itu. Serentak itu dia terfikir sesuatu. Adakah Razif tak ada tanda hitam ni? memang tak ada la dah ini tanda lahir kau Fir! Aduh! Apa aku nak jawab ni?

“ Erk. Terkena api. Haah. Terkena api time saya nak masak.” Firhan dah tersengih. Tapi dia sempat menjeling ke arah kirinya. Tercari-cari kelibat Faiz dan Emelda. Help me!

“ Yeke?”

Entah kenapa Aimi langsung tidak percaya akan kata-kata Firhan itu. Tapi dia tetap memberikan senyuman buat Firhan.

“ Awak dah banyak berubah.” Suara Aimi perlahan tapi masih mampu didengari Firhan. Firhan yang dengar terus terdiam. Maafkan saya Aimi. Saya bukan Razif awak.

**
“ Macam mana saya kenal dia? Time tu saya dah lewat sangat nak masuk dewan peperiksaan. Saya jadi kalut. Jalan pun tak tengok orang dah. Sampai saya terlanggar dia. Time tu la saya kenal. Mula-mula kenal memang dia garang. Tapi lama-lama pemalu sebenarnya.”

Kata-kata itu kembali bermain dalam fikirannya. Makin lama makin jelas. Tapi dia menidakkan. Tak. Itu Razif. Aku yakin itu dia. Kalau tidak kenapa dia masih kenal aku?

“ Erk. Terkena api. Haah. Terkena api time saya nak masak.”

Kali ni kata-kata itu pula berulang tayang dalam fikirannya. Aimi terus meraup wajahnya perlahan. Rasa kusut sangat fikirannya sekarang. Tanpa dipinta, air matanya dah bergenang. Entah kenapa, dia rasa makin jauh dengan Razif.

“ Sayang.”

Aimi pantas menyeka air matanya. Tak nak Imran tahu dia nak menangis. Bila rasa dah okay, barulah dia menoleh memandang Imran. Imran yang baru balik daripada kerja itu pantas mendapatkan isterinya. Dahi itu dikucup sebelum dia memandang tepat ke arah mata Aimi. Tapi dia terus mengerutkan dahi di saat dia perasan sesuatu.

“ Sayang? Kenapa mata sayang merah?”

Aimi tersentak. Bibirnya diketap kuat.

“ Tadi mata masuk habuk. Tu yang merah.” Nafi Aimi lantas duduk di birai katil. Nak mengelak sebenarnya.

Imran terdiam. Dia tidak percaya. Dia tahu Aimi mesti baru lepas nangis. Dia kenal sangat dengan Aimi. Aimi memang tak boleh menipu dirinya.

“ You lying sweetheart.”

Imran terus duduk di sisi Aimi. Tangan itu dicapainya lalu dikucup lembut. Matanya setia memandang ke arah Aimi.

“ No. I’m not lying.” Dalih Aimi lagi lantas menarik senyuman.

Imran mengeluh kecil. Susah sangat nak suruh Aimi mengaku.

“ It’s okay kalau sayang tak nak cakap. But please don’t cry. If you want to tell me something. Just tell me. I will hear you.”

Aimi hanya menganggukkan kepalanya. Maafkan Aimi abang. Aimi terpaksa tipu.

“ I miss you so much dear.”

Terus tubuh Aimi ditarik ke dalam pelukan. Ubun-ubun Aimi dikucup berkali-kali.

“ I miss you to. Abang pergilah mandi dulu. Aimi pergi siapkan makanan.”

Pelukan direnggangkan. Aimi tersenyum sebelum bangun untuk keluar. Tapi lengannya terlebih dahulu ditarik sampai Aimi terduduk atas riba Imran.

“ Abang.”

Imran tersenyum. Dia menarik Aimi ke dalam pelukannya. Semakin lama semakin erat. Aimi yang menerima pelukan itu hanya terdiam.

“ Please don’t go.”

Imran merenggangkan pelukan. Dengan penuh redup dia merenung wajah Aimi. Wajahnya juga dirapatkan sehingga hidung dia dengan Aimi bertembung.

“ Abang. Saya nak siapkan makanan la.” Dengan gugup Aimi berkata. Tapi Imran menarik dia dengan lebih rapat. Hatinya dah berlagu rancak.

“ I miss you dear.”

Belum sempat Aimi nak menjawab, bibirnya terlebih dahulu dikucup. Dia memejamkan matanya erat. Dia turut membalas sehinggalah Imran melepaskan bibirnya. Seketika mereka saling berpandangan sebelum Aimi menyembunyikan wajahnya di dada bidang Imran.

“ Abang jahat!”

Imran terus tertawa. Seronok tengok Aimi yang malu itu.

“ Still malu dengan abang erk?”

Aimi mendongak memandang ke arah Imran. Dia memberanikan diri bertentang mata dengan Imran. Tapi dia tewas. Akhirnya dia terus tolak perlahan tubuh Imran lantas berlalu ke pintu.

“ Saya tunggu dekat bawah.”

Terus Aimi keluar dengan debaran yang menggila. Imran yang melihat dah ketawa. Tapi dalam hati dia turut rasa berdebar. Oh Aimi! I really really love you my dear. 

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers