Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 25 January 2016

Because You're My Love (Bab 15 & 16)

Assalamualaikum. 

Ya Allah guys! Sorry! Sorry! Serius! Aku betul-betul terlupa nak luangkan masa dekat sini. Terlupa yang aku ada bab nak disambung. Hehe. Cuti sangt dengan novel. Ambik! Lupa habis. Kahkah. Okay2! Sebagai balasan aku sambungkan dua bab sekaligus dekat korang.  Macam mana? Tahu ada yang tak sabar. So, aku hadiahkan dua bab. Enjoy reading! >_<




Bergegas Azmir dan Maznah ke hospital selepas dapat tahu Aimi ada di hospital sekarang. Tak ketinggalan juga Faiz dan Emelda kerana mereka sudah tahu apa penyakit Aimi. Jadi tak mungkin mereka berpura-pura tidak tahu saat ini. Tapi mereka still pegang pada janji Aimi yang mereka perlu merahsiakan daripada Razif.

“ Makcik.”

Emelda dan Faiz yang baru sampai itu terus menemui orang tua Aimi.

“ Macam mana keadaan Aimi makcik?” Soal Emelda ingin tahu.

“ Doktor masih merawat dia.”

Faiz terdiam. Dia hanya melihat orang tua Aimi yang resah menanti keputusan doktor itu. Dia pun tidak ketinggalan juga. Aimi. Macam mana awak boleh pengsan ni? Pagi tadi okay je.

Hampir 15 minit menunggu, akhirnya Imran keluar daripada bilik rawatan Aimi. Dia tersenyum melihat orang tua dan kawan-kawan Aimi yang sedang menunggu itu. Laju kakinya melangkah ke arah ayah Aimi.

“ Pakcik.” Tegur Imran bila melihat mereka macam berada dalam dunia sendiri.

Azmir tersentak lantas bangun untuk berdepan dengan Imran.

“ Macam mana dengan anak saya doktor?” Soal Azmir ingin tahu.

“ Alhamdulillah. Dia dah stabil. Mungkin dia terlalu penat dan stress. Tu yang boleh pengsan. Dan sebab emosi dia yang tidak stabil juga boleh membawa kesan pada jantung dia. Saya harap sangat semua orang mampu memberi dia sokongan. Kalau boleh jangan biarkan dia terlalu layan perasaan sangat.” Terang Imran dengan lebih lanjut. Dia cukup risau  tadi bila Aimi tidak sedarkan diri. Mujur dia cepat bawa Aimi ke bilik rawatan.

“ terima kasih doktor.”

Imran hanya mengangguk. Dia menapak pula ke arah Faiz dan Emelda. Mereka berdua tersenyum melihat Imran.

“ Boleh saya jumpa kamu berdua kejap?” Pinta Imran.

Faiz dan Emelda yang tidak tahu apa-apa terus mengangguk. Kaki mereka terus saja mengekori langkah Imran sampai ke bilik kerja Imran. Mereka berdua terus duduk di sofa yang disediakan. Imran pula mengambil tempat di hadapan mereka berdua.

“ Kamu berdua dah tahu penyakit Aimi bila?”

“ Pagi tadi doktor.” Jawab Faiz.

“ Dan kamu tahu kenapa Aimi sedih?”

“ Tahu. Sebab dia terpaksa tipu orang yang dia sayang.” Jawab Emelda pula.

Terhambur keluhan kecil daripada mulut Imran.

“ Kalau boleh selepas ini tolong jangan biarkan dia layan perasaan sangat. Saya takut sangat benda tadi boleh berulang. Mujur tadi dia ada dekat sini. Kalau tidak saya tak tahu apa yang akan jadi.” Kesal Imran.

“ Maafkan kami doktor. Kami pun salah sebab terus desak dia.” Faiz tunduk dengan perasaan hampa. Hampa sebab tidak kisah keadaan Aimi selama ini.

“ Tak mengapa. Yang penting Aimi dah stabil.”

“ terima kasih doktor. Kalau doktor tak ada mungkin Aimi..”

Imran terus menggeleng saat mendengar kata-kata Emelda.

“ Tanggungjawab saya sebagai doktor. Lagipun saya tak nak pesakit saya asyik jatuh sakit.”

Emelda dan Faiz hanya terdiam.

“ Rasanya itu je yang saya nak tahu. Kalau ada apa-apa masalah cepat-cepat call saya.” Ujar Imran dengan senyuman.

“ InsyaAllah doktor. Terima kasih sekali lagi. kami gerak dulu.”

“ Yela.”

Hilang saja kelibat Faiz dan Emelda. Imran terus sandarkan kepalanya pada sofa. Bila teringat hal tadi terus dia rasa tak sedap hati. Ya Allah. Aimi. Kenapa awak selalu buat saya risau? Awak selalu buat saya serba tak kena. Hurm.

**
Terkebil-kebil Aimi melihat Imran yang sedang berdiri tepat di hadapannya saat itu. Tiada secalit senyuman pun pada wajah itu. Wajah beku je. Aimi yang tengok jadi pelik. Tapi tidak pula dia buka mulut untuk bertanya.

“ Aimi.” Panggil Imran perlahan.

Aimi hanya memandang Imran.

“ Kenapa awak selalu buat saya risau? Saya rasa macam nak terkeluar jantung saya ni bila tengok awak pengsan tadi.”

Suara Imran yang macam marah itu membuatkan Aimi tersenyum kecil.

“ Kenapa senyum? Saya serius tau tak!”

Aimi tersengih pula. Lucu tengok reaksi Imran saat ini.

“ Ye. Saya tahu awak serius. Tapi kan saya masih ada depan doktor ni. siap sengih lagi.”

Imran terus ketuk kepala Aimi gara-gara geram yang amat. Aimi yang terima ketukan itu terus ketawa.

“ Boleh pula dia main-main. Takut tau tak saya time tu.”

Imran terus duduk di sisi Aimi. Aimi yang melihat riak Imran yang tidak puas hati terus tersengih. Dia mengerling buah epal di sebelahnya. Dicapai epal itu lalu disuakan kepada Imran. Imran melihat dengan kerutan di dahi.

“ Untuk Doktor Imran yang sudah bermasam muka sebab pesakitnya yang degil ni. Ambillah.” Ujar Aimi dengan riak selamba. Tapi still senyum dengan rasa geli hati.

Imran tak jadi marah bila tengok Aimi yang mula nak buat lawak tu. Terus diambil epal yang dihulur Aimi itu.

“ Nakal erk.”

Aimi terus ketawa bila Imran berkata demikian.

“ Saya memang nakal. Sebab tu Doktor Imran boleh marah.”

Aimi ketawa bila Imran ingin terkamnya dengan tangan.

“ Jangan risau. Saya okay.” Ujar Aimi dengan sisa tawanya. Imran yang mendengar tersenyum.

“ Janji jangan buat lagi?”

Aimi mengangguk dengan sengihan.

“ Janji!”

Imran terus bangun bila melihat Aimi dah ceria. Dia menapak ke arah tingkap. Senyuman kecil terukir. Mungkinkah aku akan rasa perasaan macam ni kalau Aimi tiba-tiba hilang nanti? Aku tak dapat bayangkan.

“ Imran.” Panggil Aimi dengan senyuman. Imran terus menoleh.

“ Ye. Kenapa?”

“ Janji jangan beritahu mak ayah saya macam mana saya boleh pengsan. Saya tak nak mereka risau.” Pohon Aimi.

Imran tersenyum.

“ Pasti. Awak tu pun. Tak mak ayah awak risau. Saya ni yang risau. Rasa macam nak mati je tengok awak tadi. Nasib awak okay dah.”

Imran mengurut dadanya bila teringat hal itu. Aimi yang melihat tersengih. Tak sengaja. Mana nak tahu dia tertidur sampai boleh pengsan.

“ Yela. Tak buat lagi.”

“ Kalau buat lagi tahulah apa saya nak buat.”

“ Haha. Baik Doktor Imran.”

**
Disebabkan peristiwa semalam, pagi itu Razif langsung tidak bertegur sapa dengan Faiz dan Emelda. Aimi apatah lagi tapi dia tak tahu Aimi tidak hadir ke sekolah. Faiz yang baru nak menyapa pun tak jadi sebab tengok Razif macam tiada mood.

Faiz terus pergi ke arah Emelda yang tengah buat kerja itu. Perlahan dia mengetuk meja Emelda tapi mata tu still memerhati gerak laku Razif yang berada di luar kelasnya. Tengah berjalan menuju ke kelas.

“ Kenapa?”

Emelda mendongak bila mejanya diketuk. Dia turut menoleh ke luar kelas bila tengok Faiz turut tengok ke luar kelas. Emelda terdiam. Kelibat Razif baru je berlalu.

“ Aku risaulah weh.” Luah Faiz lantas ambil kerusi dan duduk depan Emelda.

“ Habis tu? kita boleh buat apa? Kita dah janji dengan Aimi kan? Tak bolehlah nak terus terang. Nanti makan diri. Kau pujuklah dia baik-baik. Mesti dia nak kawan dengan kita balik. Maybe dia tengah cuba kawal perasaan dia tu. Yala. Mengejut kot.”

Faiz terdiam. Dia kembali menoleh ke arah Emelda yang tengah buat kerja sekolah itu.

“ Kau? Baru nak buat?” Sindir Faiz dengan senyuman sinis.

“ Yela. Aku tahu lah aku tak rajin macam kau!”

Faiz tergelak. Melihatkan Emelda yang fokus dengan kerjanya itu membuatkan Faiz tersenyum. Dia sendiri hairan. Kenapa makin hari rapat dengan Emelda makin dia suka. Makin dia suka cari gaduh. Entah lah. Tapi kalau sehari tak usik Emelda, hati dia rasa something gone!

“ Kau dah siap ke kerja?” Soal Emelda tanpa mendongak melihat Faiz.

Faiz bagaikan tersedar selepas mendengar suara Emelda. Pantas dia meraup wajahnya lalu bangun berdiri. Ya Allah. Amende aku buat tadi? Ish!

“ Erk. Dah.” tak fasal-fasal dia jadi gugup. Emelda yang menyedari hal itu terus mendongak memandang Faiz.

“ Kau dah kenapa? Okay ke tak?” Pelik Emelda.

Faiz tersengih lantas kembali pada tempatnya.

“ Aku okay. Jangan risau.”

Yela tu okay. Sedangkan dalam hati ni hanya Allah saja yang tahu. Ish! Bahaya! Hampir terkantoi!

“ Pelik la kau ni.”

Akhirnya, Emelda buat tidak tahu. Banyak benda lagi yang perlu dia siapkan. Wuargh! Sadis! Tu la. Semalam gatal pergi tengok drama korea. Kan dah jadi macam ni. Baru padan muka kau Emelda!

Tok! Tok!

Tiba-tiba pintu kelas diketuk. Emelda dan Faiz. Kedua-dua mereka pantas menoleh ke arah pintu. Rupanya Razif. Tapi wajah Razif yang beku itu membuatkan mereka berdua rasa gerun.

“ Maaf ganggu. Aku just nak cakap sikit. Boleh aku masuk tak?”

Faiz terus menganggukkan kepalanya. Razif terus masuk dan duduk di sebelah Faiz. Faiz hanya mendiamkan diri daripada tadi. Razif terus memandang jauh ke hadapan. Tiba-tiba dia tersenyum hambar. Faiz yang melihat rasa sayu. Mesti dia teringatkan Aimi.

“ Aku tak tahu apa patut aku buat sekarang ni.”

Terdengar keluhan kecil daripada mulut Razif.

“ Kau jangan macam ni. SPM dah nak dekat. Come on bro! Takkan hal ni kau dah mengalah.” Faiz cuba memberikan semangat.

“ Kau ingat senang ke? Aku dah sayang dekat Aimi tu. Tapi kenapa dia ambil keputusan macam ni? Boleh je contact even dia dah pindah.”

Razif meraup rambutnya kasar. Faiz dapat lihat keadaan Razif yang tidak menentu daripada semalam lagi. Faiz menepuk perlahan bahu Razif.

“ Mungkin dia ada sebab tersendiri. Kau tak boleh macam ni bro. kalau dia tengok mesti dia akan sedih. Dia sayang kau. Even dia suruh kau lupakan dia tapi dia still sayang kau sebagai sahabat. Kau kena ingat tu. Lagipun aku yakin mesti kau akan dapat seorang perempuan yang mungkin jodoh kau di luar sana.”

Razif tersenyum hambar. Kata-kata Faiz sedikit sebanyak membuatkan dia terbuka hati untuk menerima semua apa yang terjadi ini.

“ Betul apa kata Faiz tu.”

Emelda pula muncul dan berdiri depan meja Faiz. Emelda tersenyum melihat Razif.

“ Kau kena kuat bro. Kata ketua pengawas. Jangan lah lemah macam ni.” Usik Emelda.

Razif yang mendengar terus tertawa kecil. kepalanya dianggukkan.

“ Betul apa kata kau tu Mel. Aku pun satu. Terlalu ikutkan sangat perasaan. Maybe betul kata korang berdua. Aku tahu dia buat ni bersebab. Aku tak marah jauh sekali benci dia. Cuma aku kecewa. Tapi aku faham.”

“ Bagus. Tu la kawan aku.” Sahut Emelda lantas tersengih.

Faiz yang tiba-tiba diam dari tadi membuatkan Razif pelik. Aik? Tadi bukan main bagi semangat dekat aku. Lepas Mel datang jadi diam pula? Aik?

“ Tak pe la. Aku ada kerja lagi tak siap ni. korang berboraklah ye.”

Terus Emelda berlalu ke tempatnya tanpa menghiraukan Faiz dan Razif. Razif yang melihat Emelda berlalu kembali menoleh ke arah Faiz. Dia tengok Faiz dengan jongketan di kening. Faiz yang menyedari hal itu tersenyum hambar.

“ Asal kau tengok aku macam tu?”

Razif tengok Emelda dan Faiz silih berganti. Kemudian dia tepuk bahu Faiz dengan sengihan.

“ Aku tahu. Mesti ada something yang berlaku tadi. Aku tengok tadi kau bukan main resah lagi bila dia ada.”

Faiz tersentak. Terus dia memandang ke arah lain. Tangannya terus mencapai buku latihan matematik. Buat-buat seperti tiada apa yang berlaku. Razif yang melihat perilaku Faiz yang serba tak kena itu terus tergelak. Tapi kecil je la. Kalau besar mahu Emelda tu dengar. Lain pula jadinya nanti.

“ Faiz..” Meleret suara Razif. Faiz yang mendengar terus menutup telinga.

“ Aku tak dengar. Aku tak dengar.”

Lagi lah buat kan Razif gelak besar. Sebelum apa-apa baik dia blah.

“ Aku tak kira. Kau kena cerita. Aku balik kelas dulu.”

Terus dia memusingkan badan ke belakang. Dia nak keluar ikut pintu belakang. Sekilas dia menoleh ke arah Emelda. Dia tersenyum sendirian.

“ Mel. Aku balik kelas dulu.”

Emelda yang masih khusyuk itu terus menganggukkan kepalanya.

“ Yela.”

Faiz yang sengaja memekakkan telinga tadi terus menongkat dagu. Dia menyentuh dadanya perlahan. Dah kenapa dengan aku ni? Malu? Erk! Arhh! Apa yang aku mengarut ni!

“ Faiz! Pinjam pensel kayu!”

Dia terus membelai kasar rambutnya itu. dah jadi tak kemas. Dengar suara Emelda tadi terus dia buat-buat tidur. Emelda yang tidak mendengar sebarang sahutan terus mendongak.

“ Laa. Tidur ke. Ish.”

Faiz menarik nafas lega. Kenapa aku jadi macam ni? Arghh!

Bab 16

Sebulan telah pun berlalu. Ini juga bermakna, sebulan juga persahabatan di antara Aimi, Faiz, Emelda dan Razif semakin erat. Razif pun dah tak kisah fasal kata-kata Aimi sebelum ni. Dia tahu Allah lebih tahu jalan cerita dia. Aimi pun nampak semakin sihat walaupun selalu pergi hospital.

Imran pula makin rapat dengan Aimi. Yala. Dah selalu pergi hospital. Faiz dan Emelda. Dua orang tu entah apa yang jadi. Tapi still berkawan. Macam dulu. Sehari tak gaduh  tak sah. Cuma Faiz makin hari makin pelik dengan perasaannya.

Memandangkan esok pelajar tingkatan 5 dah nak mula exam besar iaitu SPM. Hari ini, Razif dan Faiz bawa Aimi dan Emelda pergi ke taman. Bagi release tension seketika. Tenangkan fikiran supaya tidak gelabah jawab exam esok.

“ Tak sangka kan? esok kita dah nak SPM.” Ujar Emelda tanda sukar nak percaya.

“ Haah. Aku pun.” Balas Aimi lalu menoleh ke arah Faiz dan Razif.

“ Cepat sungguh masa berlalu. Aku takkan lupakan persahabatan kita.” Giliran Faiz pula bersuara.

“ Aku pun.” Itu suara Razif.

Aimi tersenyum senang. Tak sangka, banyak benda yang telah mereka tempuhi. Tapi persahabatan mereka masih kekal sampai ke saat ini. Alhamdulillah.

“ Kami nak ke sana kejap. Korang duduk lah sini dulu.”

Hilang saja kelibat Faiz dan Razif, Aimi terus berhadapan dengan Emelda.

“ Mel. Terima kasih tau sudi jadi kawan sampai saat ini even aku sakit.”

Emelda terus menggelengkan kepala saat mendengar perkataan sakit.

“ Tak kisahlah kau sakit ke sihat ke. Kau tetap akan jadi kawan baik aku.”

Aimi tersenyum dalam rasa sebak.

“ Tu yang buatkan aku sayangkan kau.”

“ Siapa tak sayang kawan oii.”

Terletus tawa daripada mulut mereka berdua.

“ By the way. Boleh aku tanya something?” Soal Aimi ingin tahu.

“ Apa?”

“ Aku rasa kau ada sorokkan something dekat aku.” Duga Aimi.

Emelda tersentak. Dia mengerutkan dahi bagi mengelakkan daripada rahsianya terbongkar.

“ Benda apa yang aku sorokkan ni?”

Aimi tersengih. Pantas dia memaut bahu Emelda mesra.

“ Aku masih ingat. Time tu kau termenung panjang sampai Faiz muncul pun kau tak sedar. Lepas tu korang mula gaduh. Lepas tu bila aku tanya kau belum bersedia nak cakap. So, aku rasa time ni la masa yang paling sesuai untuk kau cakap.”

Emelda mula memandang Aimi dengan riak tak percaya. Aimi tersengih lantas menganggukkan kepalanya.

“ Aku dah lama sedar. Semenjak hari tu lagi. Aku tahu mesti kau ada sorokkan something. Baik kau cakap.”

Emelda tersenyum dan memandang jauh ke hadapan.

“ Entahlah Aimi. Aku rasa aku salah lah. Aku tak patut rasa macam ni. Dia kawan aku je kot.”

Aimi masih diam. Ingin memberikan peluang kepada Emelda.

“ Aku dah cuba kawal perasaan ni. Tapi susah. Hari-hari aku cuba kontrol daripada terus suka dia. but, It’s hard. That’s why aku selalu cari gaduh dengan dia.”

Aimi mula tersenyum. Aku rasa aku tahu siapa yang Mel katakan.

“ Nampaknya, aku memang dah betul-betul sukakan dia la Aimi.”

Emelda tunduk. Dia jadi malu.

“ Boleh aku teka siapa dia?”

“ Kalau aku tak cakap pun kau tahu.”

Aimi tersenyum lebar. Jadi betullah tekaan aku. Terus dia tampar kuat bahu Emelda.

“ Aduh! Sakitlah Aimi!” Ngaduh Emelda geram.

“ Sebab aku tak percaya. Aku dah agak dah.”

Aimi menoleh ke belakang. Nampaknya Faiz dan Razif dah melangkah ke arah sini. Aku perlu buatkan Faiz dengar.

“ Apa yang kau agak?” Emelda masih berteka teki. Matanya jauh memandang ke arah tasik.

Aimi tersenyum.

“ Sebab orang yang kau suka tu kawan kita kan?”

Emelda terdiam. Tapi hatinya dah berdebar.

“ Baik kau cakap Mel.” Gesa Aimi.

Emelda tersenyum malu. Kepalanya dianggukkan.

“ Ya. Dia.”

Aimi menjeling ke belakang. Dia memberikan arahan supaya Faiz dan Razif berdiri tegak saja tanpa mengeluarkan suara. Faiz dan Razif yang melihat jadi pelik. Tapi mereka tetap ikut arahan Aimi. Aimi kembali menoleh ke arah Emelda.

“ Dia tu siapa Mel? Aku nak dengar daripada mulut kau sendiri.”

Emelda bermain dengan jarinya. Senyuman setia terukir pada bibirnya.

“ Susahlah.”

“ Apa yang susahnya? Kau sebut je nama dia. Habis cerita.”

“ Sebab dia kawan kita. Sebab dia pernah sukakan kau. Dan sebab dia, aku tersuka dia. Wuargh! Apa patut aku buat?”

Aimi menahan senyum. Faiz dan Razif yang mendengar terkedu. Tapi sekejap saja bagi Razif sebab dia tahu siapa gerangan yang dimaksudkan Emelda. Razif tersenyum panjang. Terus dia memaut bahu Faiz. Faiz masih terkedu. Tapi dia nak dengar nama yang Emelda suka tu.

“ Siapa Mel? Aku nak tahu juga.”

Aimi berbalas pandangan dengan Emelda. Emelda tersenyum kecil.

“ Faiz.”

Dan Faiz terus terkedu. Aimi dan Razif yang mendengar dah tersenyum panjang. Sempat Aimi menjeling ke arah Razif. Razif tersengih kerana faham maksud Aimi. Terus dia tarik Faiz agar dekat dengan Emelda.

“ Aku tahu. Aku tak patut sukakan dia. Tapi aku dah cuba control Aimi.”

Emelda terus mendongak memandang Aimi. Tapi lain pula yang berada depan matanya saat ini. Faiz!

“ Dia berhak tahu Mel. Sebab korang sebenarnya saling sama suka.”

Aimi berdiri sebelah Emelda. Razif pula berdiri sebelah Faiz.

“ Rasanya kita patut biarkan mereka berdua. Razif. Jom kita duduk tepi dulu.”

“ Ya. Jom.”

Selepas Aimi dan Razif berlalu. Tinggallah Emelda dan Faiz. Masing-masing masih berdiam diri. Tak tahu nak cakap apa. Masing-masing terkedu. Emelda setia tunduk kerana malu yang amat. Faiz pula masih merenung Emelda. Dia sendiri tak percaya. Sesaat kemudian dia tersenyum kecil.

“ Kau betul ke suka aku Mel?” Akhirnya Faiz keluarkan suara.

Emelda tersentak. Terus dia mendongak melihat Faiz. Melihatkan Faiz yang tersenyum itu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Wuargh! Benci keadaan ni!

“ Erk…”

Emelda dah resah. Dia jadi kekok.

“ Mel. Terima kasih.”

Emelda memandang tepat ke arah Faiz. Faiz menganggukkan kepalanya.

“ Kenapa perlu berterima kasih?”

“ Sebab aku pun sukakan kau.”

Gulp! Terus Emelda rasa nak pengsan. What?!

**
Pejam celik pejam celik. Dah 2 jam berlalu. Namun, Imran masih tidak berganjak daripada meja kerjanya. Matanya jauh merenung ke depan. Entah apa yang dia fikirkan pun tak tahu lah. Tapi yang pasti, kejap-kejap dia tersenyum. kejap-kejap dia berkerut. Ada saja reaksi yang dia buat sepanjang 2 jam tu. Sampaikan ada orang berdiri depannya pun tak sedar.

Insan yang berdiri depannya itu terus mengerutkan dahi. Siapa? Aimi Aisya la. Dia tergaru keningnya yang tidak gatal tu. Dahlah masa masuk tadi ketuk dekat 3 kali. Tapi tak menyahut. Lepas tu, menonong ja dia masuk. Ingatkan Si Imran ni akan sedar la. Tapi hampeh! Sampai naik pelik Aimi.

“ Ehem..Ehem.” Sengaja Aimi buat-buat batuk bagi menarik perhatian Imran.

Tapi, tak jalan. Imran still macam tadi. Tak perasan langsung. Memang jauh sungguh Si Imran ni termenung.

“ Doktor Imran!” Kali ni Aimi menjerit pula. Kalau tak dengar juga tu tak tahu lah.

“ Opocot!”

Terdengar Imran yang melatah tadi terus membuatkan Aimi ketawa. Sampai keluar air matanya gara-gara lawak. Imran yang langsung tidak sedar dengan kehadiran Aimi melihat pelik. Sampai berkerut dahinya.

“ Aimi? Buat apa awak dekat sini?”

Aimi terus duduk di depan Imran. Sisa tawanya masih ada. Agak dalam 2 minit barulah dia berjaya tepis semua rasa nak tergelaknya itu. Kini dia memandang Imran dengan senyuman panjang.

“ Ya Allah. Awak termenung sampai ke mana dah? Agak-agak dah sampai ke bulan belum?” Usik Aimi dengan sengihan panjang.

Imran blur. Ya. Dia tayang muka blur. Aimi yang melihat terus menarik nafas dalam.

“ Saya dah ketuk tiga kali tadi. Tapi awak tak menyahut pun. Nurse pun suruh saya masuk je. Bila saya masuk, saya tengok awak termenung panjang. Fikirkan siapa tu wahai Doktor Imran?”

Kali ni, Aimi sindir dengan senyuman sinis. Imran yang mendengar terus tersengih. Alamak! Kantoi dia tengah termenung tadi.

“ Erk… tak terfikirkan sesiapa pun.”

Terus Imran tunduk memandang kertas kosong di atas mejanya itu. Takkan dia nak cakap yang sedang terfikirkan Aimi? Memang tak lah!

“ Eleh. Ye la tu. jangan-jangan terfikirkan saya tak? Haha.” Duga Aimi dengan tawa kecil.

Imran tersenyum. Suka dia tengok Aimi yang ceria itu.

“ Betul la tu. Saya tengah terfikirkan awak.” Gumam Imran perlahan.

“ Ha? Apa awak cakap tadi?” Soal Aimi dengan kerutan di dahi. Dia rasa dia macam ada dengar Imran kata something tadi. Tapi tak jelas.

“ Ha? Apa? Nothing!” Terus Imran beriak selamba. Hampir kantoi!

“ Apa-apa je la. Saya datang ni release tension kejap. Esok kan dah nak exam.”

Aimi memerhati sekeliling bilik kerja Imran. Dulu dia tahu masuk tanpa perhati. Bila dah ada peluang ni perhati. Kemas.

“ Orang kalau nak exam esok, sekarang duduk rumah study. Kalau tension pergi ambil wuduk solat. Ada pula datang sini.”

Aimi tersengih.

“ Saja. Suka datang sini usik awak. Haha.”

Imran menggeleng dengan sikap Aimi yang nakal itu.

“ mengada. Jom saya bawa awak pergi makan.”

“ Okay boss!”

Imran hanya tersenyum melihat keterujaan Aimi itu. Macam manalah aku tak rindu dia. Tak jatuh sayang dekat dia? Alahai. Jatuh cinta lagi nampaknya aku ni.

“ Erk. Boss!”

Panggilan Aimi menghentikan langkah Imran untuk ke pintu. Dia menoleh ke arah Aimi dengan kerutan di dahi.

“ Kenapa?”

“ Telefon ni tak nak bawa ke?” Aimi mencapai telefon bimbit Imran lalu menghulurkan pada Imran.

“ Hampir terlupa. Okay jom kita gerak.”

Sampai saja di luar pintu bilik Imran. Mereka berdua terus bergerak keluar daripada hospital. Imran menuju ke arah keretanya tapi terus terhenti bila dia menyedari kelibat Aimi tidak bersamanya. Dia terus menoleh ke belakang.

“ Adik kenapa nangis?”

Dari jauh Imran dapat lihat Aimi tengah pujuk seorang kanak-kanak yang sedang menangis. Tercetus juga senyuman kecil pada bibir Imran. Perlahan-lahan dia mendekati Aimi.

“ Takut. Mama kena bedah. Takut mama tinggalkan Iwan.”

Aimi tersenyum. Kepala Iwan dibelai lembut.

“ Iwan. Iwan nak mama Iwan sembuh kan?”

Iwan hanya mengangguk.

“ Kalau Iwan nak mama Iwan sembuh. Iwan tak boleh nangis. Iwan kena doakan mama Iwan sembuh. Kalau Iwan nangis, mama Iwan tak suka.” Aimi cuba memujuk dengan lembut.

Imran yang melihat daripada tadi jadi terharu. Serius! Dia jatuh cinta pada sikap Aimi itu.

“ Betul ke ni kak?” Iwan dah mula berhenti nangis.

“ ye sayang. Sekarang Iwan pergi masuk dalam. Teman mama Iwan. Sambil tu Iwan berdoa.”

Aimi berdiri tegak lalu membelai perlahan rambut Iwan.

“ Okay kak. Terima kasih. Iwan pergi dulu.”

Terus Iwan berlari masuk ke dalam. Aimi yang melihat terus tersenyum kecil. Comelnya dia. Moga mama Iwan cepat sembuh.

“ Itu anak pesakit saya.”

Terkejut Aimi bila melihat Imran berada tepat di belakangnya.

“ Mama dia ada masalah usus. Sekarang mama dia ada dalam wad ICU. Kawan saya ambil alih sebab saya tak mampu. Yala. Saya kan pegang bahagian jantung. Tambah-tambah awak pesakit setia saya.”

Imran terus menoleh ke arah Aimi yang sedang terdiam itu.

“ Kesian dia kan? Harap mama dia cepat sembuh.” Ujar Aimi dengan rasa sebak. Tapi sekejap je bila dia terus tersenyum. tak nak layan emosi.

“ InsyaAllah.”

Imran masih memerhati Aimi yang tengah tersenyum itu. Bagaimana kalau kau tiba-tiba hilang nanti? Aku pasti tak sanggup kehilangan kau Aimi.

“ Im?”

Aimi jadi pelik. Tengok aku sampai orang lambai tangan pun tak sedar. Sah berangan lagi!

“ Doktor!” Aimi terus menjerit dekat dengan telinga Imran.

“ Ouch!”

Imran tersentak. Terus dia gosok telinga kirinya itu. Sakit! Hampeh punya Aimi.

“ Haha. Padan muka. Boleh dia berangan lagi. Jom lah cepat. Orang lapar ni.”

Terus Aimi berlalu ke kereta Imran. Meninggalkan Imran terpinga-pinga. Imran yang sedari hal itu terus tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. apa la aku ni. berangan lagi.

“ Doktor Imran! Cepat!”

“ Ye! I’m coming!”

Tanpa mereka berdua sedar, ada seseorang yang memerhati mereka daripada jauh dengan penuh perasaan dendam.

“ I takkan lepaskan you Im. Tak akan!”

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers