Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 8 January 2016

Because You're My Love (Bab 12)

Assalamualaikum..

Hai. Wah! Baru muncul? Haha. Sorry guys. Masuk tahun baru ni je busy dengan kerja.Sory sangat-sangat. Ada yang sampai bertanya bila nak ada cerpen baru. Sory. Sebab buat masa ni aku tak ada masa nak buat cerpen baru. Ni pun sebab cuti. That's why free sikit. Tapi jangan risau. Aku akan usahakan untuk pembaca setia aku. Okay. Memandangkan dah lama aku tak sambung cerita ni. Aku sambung lah sekarang ye. Mungkin boleh ubat sikit rasa rindu dekat cerpen tu. Haha. >_<



Buku latihan Matematik itu diselaknya sampai ke muka surat 20. Tapi, fikiran melayang entah ke mana. Mata ja tengok buku. Sampai orang berdiri depan dia pun, langsung tidak sedar.

“ Woi!”

“ Opocot!”

Sergahan Faiz itu berjaya membuatkan Emelda terkejut besar. Faiz yang mendengar Emelda melatah itu pantas gelak besar. Aimi dan Razif yang tengah berbual pun terkejut lantas menoleh ke arah Emelda. Terhenti terus perbualan mereka.

“ Apa kau ni?!” Emelda tidak puas hati bila disergah macam tu.

Faiz masih gelak. Sampai tekan perutnya gara-gara tak tahan. Lawak sangat.

“ Melatah? Semenjak bila kau melatah?” Soal Faiz dengan sisa tawanya.

Emelda mengetap bibir. Geram! Terus ditampar lengan Faiz dengan buku latihan Matematik tadi.

“ Ouch! Aduh. Tapi tak sakit. Hahaha.”

Aimi dan Razif yang melihat terus tergeleng melihat teletah mereka. Tak habis-habis.

“ Kau tak kacau aku tak sah kan?” Emelda merengus geram. Terus dia simpan buku di bawah meja.

“ Kau la. Aku sikit punya besar berdiri depan kau pun, kau tak sedar. Nampak sangat berangan. Entah-entah dah sampai ke bulan.” Faiz menarik senyuman nakal.

Emelda menarik muncung. Benci!

“ Elok sangatlah tu buat macam tu? Aku cubit kang.”

Aimi dan Razif saling berpandangan lantas ketawa besar. Dan ketawa mereka menarik perhatian Emelda dan Faiz. Naik hairan mereka melihat Aimi dan Razif yang tiba-tiba ketawa itu.

“ Dah kenapa dengan korang berdua ni? Gila?” Tebak Faiz dengan kerutan di dahi.

Aimi menghentikan tawanya. Razif pula terus menutup mulut gara-gara terlebih gelak. Bila dua-dua dapat kawal barulah pandang muka Faiz dan Emelda silih berganti.

“ Aku rasa memang korang berdua ni secocok la. Padan sangat. Tak lama lagi dapatlah kad kenduri. Ye tak Aimi?” Razif tersengih.

“ betul tu betul. Haih. Tak sabarnya rasa.” Giliran Aimi pula mengusik.

Faiz dan Emelda saling berpandangan sebelum menjerit.

“ No way!”

Serentak pula tu. Lagi buatkan Aimi dan Razif ketawa.

“ Eh! Yang kau ajuk cakap aku kenapa?” Faiz tak puas hati.

“ Aku pula salah. Kau tu yang ajuk cakap aku.” Emelda pun sama.

“ Dah! dah! kang aku kahwinkan dua-dua baru tahu.” Aimi menghentikan mereka sebelum dua-dua gaduh lebih besar.

“ Awak. saya balik kelas dulu. Tak tahan tengok dua orang tu.”

“ Yela.”

Terus Razif keluar daripada kelas dengan sisa tawanya. Aimi pula terus ambil tempatnya semula. Emelda di sebelah dah mencebik. Faiz pula terus duduk di tempatnya. Tiada hati nak sembang lagi dengan Emelda.

“ Kau kenapa tadi?”

Emelda yang baru nak sambung buat kerja terus menoleh ke arah Aimi.

“ Kenapa apa?”

“ Termenung. Aku pun perasan tadi bukan Faiz je. kenapa?”

Aimi tersenyum apabila melihat Emelda seperti tak tentu arah. Tapi terhambur juga keluhan kecil daripada mulutnya.

“ Aku tak tahu nak cerita dekat kau macam mana. Tapi aku dah cuba kawal.”

Emelda tunduk dengan perasaan kesal. Aimi yang lihat terus memaut bahu Emelda.

“ Story bila kau sedia. Aku kan kawan kau.”

Emelda menarik senyum.

“ Thanks. By the way…. Kau sembang apa tadi dengan Razif?”

Aimi tersenyum sebelum menongkat dagu dan memandang ke arah Faiz.

“ Dia dan Faiz dah jadi bff weh. Aku gembira bila tengok diorang rapat. Dan.. maybe lepas balik sekolah ni diorang terus gerak ke rumah Dina. Sebab Dina still tak datang ke sekolah.”

Emelda terdiam. Mesti diorang ada rencanakan sesuatu.

“ Kau tak nak ikut?” Tanya Emelda ingin tahu.

“ Tak nak la. Tu urusan mereka. biarlah. Kau nak ikut ke?”

Emelda menggelengkan kepalanya.

“ Aku seorang je perempuan. Tak nak arh.”

“ Cuma.. aku risau kalau Dina tu terus tak datang.”

“ Tak. Aku pasti dia akan datang juga. Sebab dia tengah usaha untuk dapatkan Razif.”

Aimi tersenyum hambar.

“ Memang susah kawan dengan orang ramai peminat ni.”

“ Haha. Tu namanya cabaran.”

“ Banyaklah kau punya cabaran.”

Lepas tu, masing-masing terus melayan perasaan. Macam dalam mimpi pun ada. Haih.

**
“ Assalamualaikum.”

Pandangan mereka memerhati sekeliling. Kelihatan sunyi. Tambahan pula hujung kampung ni hanya sebuah rumah saja yang tinggal.

“ Tak ada orang ke?”

Faiz menjongket bahu.

“ Assalamualaikum.”

Sekali lagi Razif memberi salam.

“ Waalaikumussalam.”

Faiz dan Razif mula mengukirkan senyuman lega. Mujurlah ada orang.

“ Cari siapa?”

Keluar seorang wanita dalam lingkungan 50-an keluar daripada rumah bersama senyuman kecil.

“ Maaf makcik kalau mengganggu. Dina ada tak?”

Faiz masih memerhati sekeliling.

“ Kalau tak silap makcik. Dina baru je keluar tadi. Lepas sekolah terus dia keluar. Entah ke mana.”

Terkedu. Razif dan Faiz masing-masing terkedu. Ke sekolah? Dina tak ke sekolah hari ni. takkan dia tipu mak dia?

“ Makcik tahu tak dia pergi mana? Urgent ni makcik.” Razif mula menyoal dengan riak yang serius.

“ Kalau tak silap makcik dia pergi rumah kawan dia. Makcik tak pasti pula yang  mana. Tapi rasanya makcik ada nombor kawan dia. Kejap makcik pergi ambil.”

Hilang saja kelibat ibu Dina. Razif meraup rambutnya kasar.

“ Aku tak sangka dia akan tipu mak dia.” Ujar Faiz kesal.

“ Aku pun tak sangka. Memang sah dia cuba lari daripada kita.”

Sesaat kemudian, ibu Dina kembali bersama kertas kecil di tangan.

“ Ini nombor kawan dia.”

Faiz menyambut dengan senyuman.

“ Terima kasih makcik. Kami pergi dululah.”

“ Yela. Hati-hati di jalan.”

Tanpa berlengah, Faiz dan Razif kembali ke arah motosikal mereka.

“ Kau ke aku nak call?” Soal Razif.

“ Biar aku. Jap.”

Belum sempat Faiz nak mendail nombor itu, tiba-tiba ada sebuah kenderaan masuk ke halaman rumah tersebut. Masing-masing terus turun daripada motosikal dan berdepan dengan penumpang kereta tersebut.

“ Dina.”

Keluar saja Dina dan seorang lelaki daripada kereta, langkah Dina terus kaku di tepi kereta tersebut. Serentak itu dia memikirkan kemungkinan yang akan dia alami.

“ Ma..macam mana korang tahu aku duduk sini?” Soal Dina dengan gugup.

Faiz tersenyum sinis. Razif pula masih mendiamkan diri.

“ Itu kau tak perlu tahu. Yang aku nak tahu ke mana kau pergi? Sampai hati kau kan tipu mak kau. Kata pergi sekolah tapi?” Sindir Faiz lantas mengerling lelaki di sebelah Dina.

Dina terkedu lagi. rahsianya dah terbongkar.

“ Kau nak apa cari dia?”

Faiz dan Razif masing-masing saling berpandangan sebelum ketawa kecil tapi cukup sinis.

“Bro! kau tanya kami ? apa kata kau tanya tuan empunya badan sendiri apa yang dia telah buat sampai kami cari dia dekat sini.”

Dina masih kaku. Dia tak mampu bersuara ketika ini.

“ Aku Zill. Dia buat apa?”

Sekali lagi Razif dan Faiz terkedu. Zill? That’s mean.

“ Oh. Kau la Zill. No wonder. Kau nak tahu dia buat apa?”

Faiz mendekati Dina lalu memberikan senyuman yang cukup sinis. Dina terus tunduk kerana takut.

“ Kau tahu dia buat apa? Dia tolak kawan aku! Dia tolak buah hati kawan aku sampai masuk hospital! Ni kawan aku Razif ni. Dia sukakan kawan aku ni. Tapi Razif tak suka dia dan Razif sukakan kawan aku. Sebab cemburu Dina ni tolak kawan aku tu. Kau sedar tak apa yang kau buat Dina?”

Tajam Faiz merenung Dina yang tidak tahu nak buat apa tu. Zill di sebelah dah pun terkedu. Dia tak sangka Dina akan bertindak sedemikian.

“ No wonderlah dia tipu mak dia kata pergi sekolah. Sedangkan?” Giliran Razif pula bersuara.

Dina terdongak memandang Razif. Hati dia jadi sakit bila tengok Razif yang sudah bencikan dia tu.

“ Dina? Apa yang awak cuba buat ni? Awak nak dia mati ke?” Zill dah berang.

Dina tunduk memandang tanah semula. Air matanya dah bergenang.

“ Dina. Aku harap lepas ni kau takkan ganggu kami lagi. cukuplah sekali Aimi masuk hospital. Kalau lambat sikit dia mungkin tak dapat diselamatkan. Kau tahu tak? Cukuplah Aimi. Berhenti ganggu aku, Razif dan Aimi.”

Tanpa berlengah, Razif dan Faiz terus berlalu bersama motosikal mereka. dalam hati mereka berdoa agar Dina dapat berubah.

“ Dina.”

Hilang saja kelibat Faiz dan Razif, Zill pula berdepan dengan Dina. Wajahnya saat ini cukup tegang. Dina dah mula kecut perut.

“ Tell me Dina! What’s wrong with you!?” Zill dah mula membentak.

Dina mengetap bibirnya kuat. Dengan takut-takut dia melawan panahan mata Zill. Air matanya dah lama mengalir ke pipi.

“ Awak takkan faham Zill. Awak takkan faham.” Lemah Dina menjawab.

“ Sebab saya tak fahamlah awak perlu jelaskan! Apa kena dengan awak ni? Awak tahu tak awak hampir bunuh orang?”

“ Ya! Saya tahu! Kenapa dia tak mati ja! Menyusahkan orang!”

Pang!

Dina terkedu. Pipinya yang berpinar-pinar itu disentuh perlahan. Matanya tajam merenung Zill. Dia tak sangka Zill akan menampar dia.

“ Ini ke Dina yang saya kenal? Ini ke Dina yang selalu sabar dan tabah tu? Dina yang saya kenal takkan buat orang macam tu. Mana Dina saya yang lama!”

Kedua-dua bahu Dina digoncang. Sungguh! Dia kecewa sangat dengan Dina. Dina tahu tak yang dia terlalu sayangkan Dina.

“ Saya sayangkan dia!” Jerit Dina lalu menepis tangan Zill.

“ But I love you!”

Dina terus terdiam.

“ what?”

Zill tersenyum kecil. Kepala Dina diusap perlahan. Walaupun umur mereka berbeza 5 tahun. Tapi itu tidak menghalang Zill untuk menyayangi Dina lebih daripada seorang kawan.

“ Yes. I love you Dina. Awak tak sedar ke selama ini? Saya terlalu sayangkan awak sampai saya tak sanggup kehilangan awak. Tolong lupakan dia Dina. Dia sayangkan orang lain.”

Dina menyeka air matanya lantas merenung Zill tanda sukar untuk percaya.

“ Saya harap awak berhenti ganggu mereka. Saya janji akan jaga awak selagi saya masih hidup. Saya balik dulu.”

Tanpa berlengah, pantas kakinya melangkah ke arah kereta. Dia tak nak air matanya tumpah di depan Dina. Dia tak nak Dina kata dia lemah even hatinya menderita saat ini. Ya Allah.

Dina hanya mampu melihat Zill berlalu tanpa menghalang. Dia tak berdaya.

“ Dina. Kenapa semua ni harus terjadi? Apa yang kau dah buat!”

Akhirnya, Dina terduduk dengan linangan air mata.

**
Selepas dia keluar daripada teksi, dia terus bergegas masuk ke dalam hospital tersebut. Tapi, dia tak tahu nak cari dekat mana. Akhirnya, kakinya melangkah ke arah kaunter pertanyaan.

“ Erk. Maaf. Di mana saya boleh cari Doktor Imran?”

Nurse yang bertugas ketika itu tersenyum kecil.

“ Ini mesti Aimi kan?”

Aimi tersentak. Eh! Mana dia tahu nama aku?

“ Erk. Ya.”

“ Tak pe. Adik tunggu je dekat sofa tu. Nanti Doktor Imran sampai.”

Aimi hanya mengangguk lantas duduk di sofa yang telah disediakan itu. matanya mula meliar sekeliling. Cantik dan besar hospital ni. terbit senyuman kecil daripada mulutnya. Penat melihat sekeliling, matanya tunduk pula memandang kasut. Kenapa aku datang ke sini? Sebab appointment aku dengan Doktor Imran hari ini. Katanya nak terang secara lanjut tentang jantung aku. Hurmm.

“ Ehem..Ehem..”

Aimi tersentak lantas bangun berdiri. Doktor Imran dah berdiri tepat di hadapan dia dengan senyuman lebar.

“ Dah lama sampai?”

Aimi menggeleng.

“ Baru ja. Maaf lambat. Baru balik sekolah.”

“ Tak apa. Jom ikut saya.”

Aimi hanya menurut. Dia mengikut Imran sampailah ke bilik yang tertera nama doktor itu. Bila Imran masuk, dia pun masuk.

“ Jemput duduk.”

Aimi hanya menurut tanpa mengeluarkan kata-kata. Sebab ini kali pertama dia datang seorang. Kalau tidak mak dan ayah dia nak ikut, tapi dia yang menghalang. Biar kali ni dia tanggung sakit ni seorang diri.

“ Erk… awak.”

Aimi tunduk memandang tangan sebelum mendongak semula memandang Imran yang sedang tersenyum ke arahnya itu.

“ Yes? Kenapa Aimi?”

“ Saya akan sembuh ke?”

Imran tersentak. Tapi senyuman still kekal pada bibirnya.

“ InsyaAllah. Dengan keizinan Allah. Awak pasti akan sembuh.”

Aimi tersenyum hambar.

“ Tapi kenapa saya rasa tak? Erm. Awak boleh tolong saya tak? Walau apa pun yang terjadi, even keadaan saya teruk sekalipun, awak kena beritahu saya. Please jangan rahsiakan daripada saya. Saya tak suka.”
Kali ni Imran sendiri terdiam.

“ Dan… kalau satu hari nanti saya tak berpeluang untuk sembuh. Tolong sampaikan kepada kawan saya Razif yang saya tak menyesal kawan dan sayang dia.”

Imran mengalihkan pandangan ke arah lain saat menyedari ada air mata yang ingin mengalir daripada tubir mata Aimi. Terhambur keluhan kecil daripada mulutnya.

“ Jangan cakap macam tu. awak akan sembuh. Percayalah.”

“ If  I can.”

Imran terus bangun dan berdiri di tepi Aimi. Dia menarik bahu Aimi agar memandang ke arahnya. Senyuman kecil diberikan kepada Aimi.

“ Percaya saya? Saya janji saya akan sembuhkan awak. Saya akan carikan awak penderma. Percayakan saya? Saya takkan biarkan awak pergi. Saya tak sanggup.”

Aimi terkedu. Entah kenapa kata-kata Imran sebentar tadi berjaya membuatkan hatinya berdebar-debar. Dan debaran ini tidak seteruk debaran di hadapan Razif. Pantas dia tunduk ke bawah.

“ terima kasih.”

Imran tersenyum. Pegangannya pada bahu Aimi terus dilepaskan.

“ Sama-sama kasih.”

Belum sempat Aimi nak menjawab kata-kata yang seterusnya, pintu bilik kerja Imran tiba-tiba dikuak daripada luar. Serentak mereka berdua menoleh ke arah pintu.

“ Im!”

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers