Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday, 21 February 2016

Because You're My Love (Bab 19)

Assalamualaikum.

Finally ada juga sambungan enovel ni. Haha. Maaf ye. Busy sangat. Dan untuk pengetahuan anda. Enovel ni aku buat panjang sikit. Sengaja. Kalau pendek sangat tak nampak menarik. So, aku cuba buat panjang sikit. InsyaAllah dalam 20 bab lagi habis la kot. Haha. Okay. Happy reading.



Bunyi deruman kereta yang memasuki halaman rumahnya ketika itu menyentakkan lamunannya. Tanpa berlengah, dia pantas menyarungkan tudung sebelum membuka pintu. Bila matanya terpaku pada pemilik kenderaan tersebut, dia terus kaku. Nak keluarkan suara pun rasa macam tersekat.

“ Assalamualaikum.”

Waalaikumussalam. Dia hanya mampu menjawab dalam hati sebab tidak sangka dengan kehadiran lelaki itu. Apabila lelaki itu tidak berganjak. Dia pun tidak berganjak. Masing-masing kaku pada tempat dan masing-masing saling merenung. Dalam hati hanya Allah saja yang tahu perasaan mereka.

“ Ya Allah. Kenapa kamu tercegat dekat sini? Ada tetamu kan?”

Suara lantang itu terus menyedarkan dia daripada terus merenung lelaki itu. Terus dia berganjak masuk ke dalam sikit. Biar ibu dia saja yang uruskan segala-galanya. Hatinya dah berdegup kencang saat mendapat renungan lelaki itu tadi.

“ Zill! Dah lama sampai? Maaflah. Dina ni boleh pula termenung.”

Zill tersenyum sipi mendengar kata-kata ibu Dina itu.

“ Baru je.”

Dina yang menyedari Zill akan masuk ke dalam rumah terus bergerak ke dapur. Dia dah tak tentu arah. Jadi serba tak kena habis. Teringat yang dia perlu buat air untuk tetamu. Dia pantas mencapai teko. Tangannya lincah membancuh kopi dan seterusnya menyusun pinggan dan cawan ke dalam dulang. Tapi tidak pula dia melangkah dan menghantar dulang tersebut ke hadapan. Dia tak mahu bertembung dengan Zill!

“ Dina! Apa yang menungkan tu?”

Dina tersentak. Terus dia menyerahkan dulang air tadi kepada ibunya. Biar ibunya yang uruskan segala-galanya.

“ Ibu je la yang pergi hidang. Dina ada kerja sikit ni.”

Dina terus bergerak ke arah sink. Dia buat-buat sibuk sedangkan dia nak lari daripada Zill. Ibunya yang melihat hanya tergeleng-geleng melihat sikap Dina. Dia tahu Dina Cuma nak mengelak.

“ Dina. Apa pun yang terjadi, lebih baik Dina pergi jumpa dia. Ibu tak tahu apa masalah korang berdua. Tapi bincang lah baik-baik. Dia datang dengan baik. Takkan nak menghalau secara kasar pula? Pergilah.” Pujuk ibunya lembut.

Terhambur keluhan kecil daripada mulut Dina. Dengan hati yang berat dia terus mengangguk dan mengambil dulang air tadi semula. Perlahan kakinya melangkah ke arah ruang tamu.

“ Minumlah.”

Selepas menghidangkan tetamu air, dia terus duduk di sofa. Kepalanya setia tunduk memandang ke bawah. Sebenarnya dia malu sangat dengan Zill. Kali terakhir mereka jumpa selepas peristiwa dia tertolak kak Aimi. Zill meninggalkan dia seorang diri. Lepas tu Zill dan Dina dah tidak berjumpa. Dina pun sering mengelak bila Zill ingin berjumpa. Tapi hari ni, Zill sendiri yang datang.

“ Dina.”

Lembut Zill memanggil Dina. Dia sebenarnya datang dengan niat yang ikhlas. Sebab dia masih sayangkan Dina. Jadi dia ingin memperbaiki hubungan mereka. Walaupun Dina tak terima cinta dia, dia sanggup tunggu even 10 tahun sekalipun.

“ Minumlah. Nanti sejuk pula. Saya nak ke dapur.”

Baru saja Dina ingin berlalu. Lengannya terlebih dahulu dicapai. Terus langkahnya mati. Dina terus menoleh ke belakang. Tajam Zill merenung dirinya. Dan yang pasti renungan itu yang dia sentiasa rindui. Ya Allah! Apa aku nak buat ni?

“ Duduk. Please.” Rayu Zill lantas melepaskan pegangannya.

Dina menurut dengan debaran yang kian memuncak. Dia cuba berlagak tenang dan terus memandang ke arah Zill.

“ Kenapa Zill?”

Zill tersenyum nipis. Sekurang-kurangnya Dina masih mahu berbual dengannya.

“ Saya datang sini sebab saya rindu awak. Saya tahu saya bukan orang yang awak cari. Tapi, maaf saya tak boleh lupakan awak.”

Dina terus menoleh ke arah lain bila menyedari renungan redup Zill itu. Dina memejamkan matanya erat. Inginkan kekuatan dan ketenangan.

“ Zill. Saya baru nak masuk 17 tahun. Awak pula dah 22 tahun. Kita jauh beza Zill. Awak lebih berhak cari orang lain.” Jujur Dina dengan senyuman hambar.

“ Saya sanggup tunggu Dina. Kalau awak suruh saya datang meminang awak selepas habis sekolah pun saya sanggup.”

“ But not me! Banyak benda lagi yang perlu kita belajar Zill. Saya sedang cuba berubah Zill. Awak pun perlu juga. Saya tak nak kahwin lagi sebab saya tak bersedia. Banyak benda lagi saya perlu perbaiki. Zill. Baliklah. Lupakan saya. Please.” Dina pula merayu. Air matanya dah bergenang. Berharap sangat Zill faham isi hatinya.

Zill terdiam. Melihatkan mata Dina yang mula merah itu. Dia terus tersenyum tapi tawar.

“ Awak nekad ke Dina?”

Dina menarik nafasnya dalam-dalam. Sekuat hati dia cuba beriak tenang. Akhirnya, dia menganggukkan kepalanya. Sedaya upaya dia mengukirkan senyuman manis. Walaupun hakikatnya tawar.

“ Itu keputusan saya Zill. Kalau betul kita ada jodoh. Satu hari nanti pasti kita akan bertemu lagi.”

Zill terdiam lagi. Wajahnya diraup lembut. Tidak percaya dengan keputusan Dina sebentar tadi.

“ Saya dah sedar Zill. Saya dah banyak buat dosa dengan orang apatah lagi dengan Allah. Saya bersyukur sebab dapat kenal dengan lelaki sebaik awak. Cukuplah sampai sini Zill. Biar kita perbaiki dulu hubungan kita dengan Allah.” Sambung Dina lagi. Kini, dia berasa lebih tenang.

Zill membuat anggukan perlahan. Senyuman tawar diukir.

“ Betul kata awak. Terima kasih Dina. Tapi saya nak awak tahu, hati saya dah tak boleh buang nama awak. Jadi, saya harap awak tak marah.”

Terus Zill bangun. Melihatkan Dina yang terdiam itu, dia terus memusingkan badan untuk beredar.

“ Saya tak berhak halang Zill. Pergilah. Jangan datang lagi.”

Terus Dina melangkah masuk ke dapur. Serentak itu air matanya terus mengalir. Puas diseka tapi degil. Tetap nak turun juga. Akhirnya dia terduduk dengan esakan kecil. Zill. Maafkan saya. Maafkan saya.

Zill yang masih berada di ruang tamu mengetap bibir sekuat hati. Dia dapat dengar esakan kecil Dina. Tapi kalau itu yang Dina nak. Dia rela. Dia kena terima. Walaupun hati terseksa. Tak mahu hatinya sakit lagi selepas dengar esakan kecil Dina, laju kakinya melangkah keluar. Dalam hati bertekad, satu hari nanti pasti dia akan datang ke sini lagi. Pasti!

**
“ Saya minta maaf kak.”

Aimi sebenarnya baru balik daripada berjumpa dengan Emelda. Bila dia sampai saja dekat rumah, dia ternampak Dina. Belum sempat Aimi nak berkata apa-apa, terus Dina menyatakan tujuan dia datang ke situ.

“ Saya betul-betul minta maaf kak. Kalau  bukan sebab saya akak tak masuk hospital.”

Dina bersungguh-sungguh meminta maaf pada Aimi. Dia rasa bersalah sangat sebab tolak Aimi dulu. Air matanya yang dah lama mengalir itu seakan tidak mahu berhenti. Aimi yang melihat keadaan Dina itu menjadi sebak. Terus dia tarik tubuh Dina ke dalam pelukannya.

“ Akak dah lama maafkan Dina. Dina tak salah. Memang keadaan akak lemah tu yang masuk hospital.”

Aimi membelai lembut kepala Dina. Dina masih menangis. Aimi mengukirkan senyuman kecil. Biarlah Dina menangis buat seketika. Biar Dina luahkan segala apa yang dia rasa.

“ Akak. Maafkan saya.”

“ Syuhh. Dah. tak nak nangis. Akak tak ambil hati pun.”

Pelukan terlerai. Dina terus menyeka air matanya. Dia cuba mengukirkan senyuman kecil. Aimi pula mengusap lembut bahu Dina dengan anggukan.

“ Akak dah lama maafkan Dina. Dah. Tak payah fikir.”

Dina tunduk. Perasaan malu dan bersalah menebal dalam hati.

“ saya bersalah sangat sebab buat hubungan akak dan Razif hampir renggang. Maaf ye akak.” Sekali lagi Dina memohon.

Aimi terus tersenyum. Dina.Dina.

“ Tak ada apa-apa la. Lagipun akak dengan abang Razif tu Cuma kawan je. No relationship.” Jujur Aimi lantas tersengih.

Dina yang mendengar terkedu.

“ Tapi kenapa kak?”

Aimi tahu Dina pasti terkejut. Dia terus memaut lembut bahu Dina lantas berjalan menuju ke pangkin rumah.

“ Kami sesuai jadi kawan Dina. Lagipun sekarang ni akak rasa akak cintakan orang lain.”

Dina terdiam.

“ Kami tak ditakdirkan bersama Dina. Dia lebih berhak dengan orang lain.” Sambung Aimi lagi bila melihat Dina diam saja daripada tadi.

“ Akak. Susah kan kalau nak melepaskan orang yang kita sayang?”

Ternyata, soalan yang diajukan Dina itu menarik perhatian Aimi. Terus Aimi memandang tepat ke arah Dina yang sudah berwajah muram itu.

“ Kenapa ni Dina? Ada masalah ke?”

Dina tersenyum hambar.

“ Entahlah kak. Tapi saya dah lepaskan dia. Saya cakap dekat dia jangan cari saya. Biar kami perbaiki hubungan dengan Allah dulu. Biar saya fokus pada diri saya dulu. Even susah dan sakit sangat time tu kak.” Luah Dina dengan perasaan lirih.

Aimi yang dengar terdiam. Sesaat kemudian dia tersenyum pula.

“ Anggap ini ujian Allah. Percayalah. Kalau dah jodoh tak ke mana Dina. Akak percaya yang jodoh korang sebenarnya panjang.”

Bibir Dina terus tersenyum kecil.

“ InsyaAllah kak. Terima kasih kak.”

“ No problem my dear.”

“ Boleh Dina tanya sikit?”

“ Yes? Apa dia?”

Aimi terus menoleh ke arah jalan. Dia tiba-tiba rindukan seseorang. Dah dekat seminggu dia tak menjejakkan kaki ke hospital. Sebab utama nak mengelak. Walaupun semalam sebenarnya dia ada appointment dengan Doktor Imran. Terhambur juga keluhan kecil daripada mulutnya.

“ Siapa orang yang berjaya bertakhta dalam hati akak tu?”

Aimi tersentak. Dina yang memandang terus tersenyum.

“ Ermm. Dina tak kenal. Tapi, akak takut nak cakap dekat dia. Sebab akak tahu akak tak sempat pun nak rasa perasaan tu lebih lama.”

Dina mengerutkan dahi. Tak begitu faham dengan kata-kata Aimi.

“ Maksud akak?”

Aimi tersentak. Aku terlepas cakap ke?

“ Tak ada apa-apalah Dina. Yang pasti, dia seorang lelaki yang baik. Penyayang. Suka buat lawak. Yang paling penting dia selalu ada di sisi akak bila akak perlukan dia.” Luah Aimi lantas tersenyum. Teringat pula wajah Imran yang lucu itu.

Dina yang mendengar terus tersengih.

“ Siapa tu kak? Ala. Cakap lah. Nak tahu nama.”

Aimi tersengih. Wajahnya dah memerah menahan malu. Terus dia menggelengkan kepalanya.

“ Rahsia la Dina.”

“ Bolehlah kak. Please. Saya tak akan cakap dekat sesiapa pun.”

Aimi tunduk memandang jari. Tapi Cuma sekejap bila dia kembali memandang ke arah Dina yang inginkan jawapan itu. Dengan debaran yang kian memuncak, dia menyebut juga nama lelaki itu.

“ Imran.”

No comments :

Post a Comment

Popular Posts