Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 28 March 2016

Because You're My Love (Bab 30)



Suasana yang asalnya aman damai terus menjadi bising saat menerima kedatangan pengantin lelaki. Semua yang ada di situ sama-sama menyambut kedatangan pengantin lelaki. Seperti dijangka Imran, hatinya kini sangat-sangat berdebar nak pegang tangan tok kadi.

“ Doktor.”

Faiz menegur. Faiz dah jadi pengapit Imran untuk hari ini. Dan untuk itu bolehlah dia ambil pengalaman sebab selepas ni giliran dia pula.

“ Jangan panggil aku doktor. Kita dah jadi kawan bro. Panggil aku apa saja asalkan bukan doktor.” Jelas Imran dengan senyuman kecilnya.

Faiz yang mendengar dah tergelak.

“ Wah! Ada kawan baru lah hari ni. Haha. Anyway.. takut ke macam mana ni?”

Faiz perasan daripada tadi Imran tak habis-habis gosok tangan dia. Tengah tahan debaran agaknya. Dan itu memang membuatkan Faiz tergelak lagi.

“ Berdebar juga. Kau tak rasa lagi kau bolehlah cakap. Tunggulah bila kau kahwin dengan Mel nanti.”

Faiz terdiam. Tapi tak lama bila dia menarik sengih. Kepalanya meliar mencari kelibat Emelda. Sebab Emelda jadi pengapit Aimi pada malam ini. Sambil itu mereka mendengar kata-kata tok kadi sebelum tangan Imran berada dalam genggaman Imran.

Aimi pula dari jauh dah nampak kelibat Faiz dan Imran yang berada depan tok kadi. Senyuman dia terukir. Rasa berdebar jangan cakap. Tapi dia tak dapat nafikan Imran nampak terlalu kacak pada malam ini. Lagi berdebarlah jadinya.

Tanpa dipinta, Imran turut menoleh ke arah Aimi. Dan buat sesaat mereka saling berpandangan sebelum mereka berbalas senyuman dan Imran kembali fokus pada tok kadi. Aimi yang melihat dah mengucap dan beristighfar berkali-kali bagi menghilangkan debaran.

“ Aimi. Aku bahagia tengok kau sekarang.” Suara Emelda dengan perlahan. Mata dia asyik tengok ke arah Imran dan Faiz. Tak sabar nak tengok Imran pegang tangan tok kadi.

Aimi tersenyum dan menjeling ke arah Emelda.

“ Aku pun. Dan aku lagi bahagia bila tengok kau dan Faiz makin rapat. Bila pula giliran korang?” Sempat lagi Aimi mengusik sampai naik merah pipi kawan tu.

“ Kau ni. Kau pergi tanya dia la senang. Aku bila-bila on je.” Selamba Emelda membalas. Tapi dalam hati hanya Allah saja tahu.

Aimi hanya tersengih. Lantas kembali pandang ke hadapan bila majlis dah nak dimulakan. Perlahan-lahan dia menarik nafas agar mampu menenangkan dirinya saat itu.

“ Muhammad Imran Alias bin Datuk Ismail.”

“ Ya saya.”

“ Aku nikahkan dikau dengan Aimi Aisya binti Azmir dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai..”

“ Aku terima nikahnya Aimi Aisya binti Azmir dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai..”

“ Sah?”

“ Sah.”

“ Sah.”

“ Sah.”

“ Alhamdulillah.”

Dan serentak itu air mata Aimi terus mengalir ke pipi. Terus dia memeluk ibunya yang berada di sisi. Selepas itu dia memeluk Emelda pula. Air matanya masih menitis. Dia tahu selepas ini dia dah tak boleh jadi budak yang tak matang. Dan dia perlu taat kepada suaminya itu.

“ Aku percaya dia boleh bahagiakan kau kawan. Tahniah.” Ucap Emelda lantas menyeka air mata Aimi. Aimi hanya tersenyum.

“ Mak.”

Aimi menyalami tangan ibunya lantas memeluk ibunya sekali lagi.

“ Mak bangga dengan kamu Aimi. Lepas ni jangan nakal-nakal lagi tau. Dah jadi isteri orang ni, jangan ikutkan kepala sangat.” Pesan Maznah dengan hati yang sebak.

Aimi hanya mengangguk lantas meleraikan pelukan.

“ Dia datang nak sarungkan cincin.” Maklum Emelda lantas memberi sedikit ruang kepada Aimi dan Imran.

Imran menapak ke arah Aimi yang sedang tunduk itu. tercetus juga senyuman pada bibirnya. Aimi nampak sangat cantik malam ini. Apabila dah sampai depan Aimi, perlahan-lahan dia duduk melutut dan memandang Aimi. Cincin yang diserahkan kepadanya itu dipegang.

“ Assalamualaikum cinta.”

Aimi tersenyum lantas menghulurkan jarinya agar Imran dapat menyarungkan cincin ke jari manisnya.

“ Waalaikumussalam rindu.”

Perlahan-lahan Imran menyarungkan cincin ke jari manis Aimi. Lepas itu, giliran Aimi pula menyarungkan cincin ke jari manis Imran. Bila dah selesai, Aimi terus tunduk menyalami tangan Imran. Debaran jangan cakap. Macam dah nak terkeluar jantung ni.

“ Terima kasih sayang.” Ucap Imran perlahan lantas meletakkan tangan kirinya di atas kepala Aimi.

Dalam hati dia berdoa agar Aimi mampu menjadi isteri yang solehah untuk dia, untuk anak-anak dia dan taat perintah Allah. Doa dia lagi agar Aimi mampu menjadi setabah wanita dan mencintai dia kerana Allah. InsyaAllah.

Apabila Aimi mendongak, sepasang mata yang redup itu memandang ke arahnya. Aimi membalas tatapan itu dengan senyuman kecil.

“ Im! Ciumlah dahi dia.”

Tiba-tiba Faiz menyampuk dan membuatkan orang sekeliling terus ketawa. Aimi dah mengetap bibir gara-gara malu. Faiz ni! Aku bagi juga penyepak karang! Haish! Manakala Imran hanya tersenyum. Tahu sangat pasangan pengantin baru seperti mereka pasti akan diusik punya.

“ Aimi.”

Perlahan-lahan dagu Aimi ditolak sedikit ke atas dan dahi itu dikucupnya dengan penuh rasa kasih sayang. Aimi yang menerima kucupan itu menutup matanya dengan senyuman dan seribu kesyukuran di atas anugerah ini. Terima kasih Ya Allah.

Klik!

Masing-masing terus kembali seperti asal apabila selesai sesi pembatalan air sembahyang. Masing-masing juga tidak henti-henti memberikan layanan pada tetamu yang datang. Tidak ketinggalan keluarga sebelah Imran. 

“ Sayang.”

Aimi yang ralit memandang ke arah Faiz dan Emelda itu terus tersentak. Dia menoleh sekilas ke arah Imran sebelum kembali memandang ke arah mereka. tersenyum juga dibuatnya. Mereka tu macam belangkas. Kadang-kadang tu macam anjing dengan kucing. Tapi itulah yang menyatukan mereka. alahai.

“ Abang janji abang akan jaga Aimi dengan sepenuh hati abang sehingga ke hujung nyawa abang. Itu janji abang.”

Aimi terus menoleh ke arah Imran saat Imran berkata demikian. Ternyata Imran memang benar-benar maksudkannya saat Aimi pandang tepat ke arah mata Imran. Aimi terus tersenyum. Tangan Imran digenggam erat. Perlahan juga dia menganggukkan kepalanya.

“ Terus didik saya sebab saya bukan manusia sempurna. Terus mencintai saya sebab saya masih belum mampu membahagiakan awak dan terus pimpin saya ke syurga sebab saya nak masuk syurga Allah bersama dengan awak.” Ucap Aimi dengan penuh makna.

Imran menggelengkan kepalanya sesaat sebelum tersenyum.

“ Mulai hari ini panggil abang dengan abang. Tak nak dah berawak saya. Tak sweet.”

Aimi tergelak. Sweet la sangat kan?

“ Hai pengantin baru.”

Muncul Puteri bersama tunangnya di hadapan Aimi dengan Imran. Memang tidak dapat dinafikan Puteri nampak cantik malam ini dan paling mengejutkan Imran adalah Puteri telah mengenakan tudung. Alhamdulillah. Maybe Puteri telah berubah.

“ Hai. Aimi. Ini sepupu abang, Puteri. Dan ini tunang dia. hujung minggu ni giliran mereka pula.”

“ Yeke? Tahniah Puteri.”

Puteri tersengih. Tanpa berlengah dia terus memeluk tubuh Aimi. Dia rasa bersyukur kerana Imran memilih Aimi bukan dia.

“ Awak pun tahniah Aimi. Saya doakan awak bahagia dengan sepupu saya ni.”

Aimi tersenyum sahaja menyambut ucapan itu.

“ Im. I tahu ini jalan yang you pilih dan untuk itu tahniah. I bahagia tengok you bahagia. Anyway.. hujung minggu ni tolonglah datang!”

“ InsyaAllah. Dah. pergi makan. Tunang kau dah lapar tu.”

Usai sahaja Puteri dan tunangnya berlalu, Imran kembali menoleh ke arah Aimi. Hanya satu saja yang dia ingin Aimi dengar saat ini sebelum dia pulang ke rumah untuk majlis resepsi esok.

“ Aimi. Abang nak Aimi tahu satu benda je daripada abang. Ingat sampai bila-bila.”

Aimi kembali fokus pada Imran. Wajah suaminya itu ditatap dengan penuh kasih sayang.

“ Apa?”

“ Sama ada hari ni, esok, lusa ataupun hari-hari seterusnya. Abang tetap cintakan Aimi tidak kira apa yang telah berlaku. Abang cintakan Aimi demi Allah. Dan untuk itu abang nak Aimi janji dengan abang jangan sesekali ingkar perintah Allah sayang. Dan sama-sama kita belajar untuk ke syurga Allah.”

Kerana itu Aimi terus memeluk Imran. Dia cukup terharu dengan kata-kata Imran sebentar tadi.

“ Aimi pun sama. Sebab tu Aimi sayangkan abang.”

Dan Imran turut membalas pelukan Aimi. Sama-sama sayang.

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers