Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday 17 January 2016

Because You're My Love (Bab 14)



“ Aimi!”

Dia yang baru saja melabuhkan punggung pada kerusi terus menoleh ke arah pintu. Dahinya berkerut saat melihat wajah ketat Faiz dan Emelda itu. Kedua-dua mereka laju saja melangkah dan berdiri depan Aimi. Aimi yang melihat jadi tanda tanya.

“ Kenapa dengan korang ni?” Soal Aimi dengan tanda tanya.

Faiz dan Emelda masing-masing terdiam. Tapi Faiz terus mengeluh kecil saat melihat wajah Aimi yang seperti tiada apa-apa yang berlaku itu.

“ Kenapa kau buat dia macam tu?” Soal Faiz perlahan. Emelda yang mendengar terdiam.

Aimi mengerutkan dahi.

“ Buat apa? Kat siapa?”

Faiz meraup mukanya perlahan. Wajahnya dikendurkan.

“ Kenapa kau cakap dekat Razif macam tu?”

Dan kini Aimi pula terkedu. Baru dia tahu kenapa dua orang rakannya itu terus datang serang dia pagi ni. Tapi dia cuba berlagak selamba. Senyuman kecil diukirkan.

“ Aku cakap apa?”

“ Aimi. Kau ada masalah ke?” Giliran Emelda menyoal. Dia risau tengok Aimi.

“ Aku okay je la. Kenapa?”

“ Habis kenapa kau suruh dia lupakan kau?”

Aimi tunduk memandang buku. Senyuman masih setia terukir pada bibirnya. Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu.

“ Itu yang terbaik buat kami berdua Faiz. Terbaik buat dia terutamanya.”

Aimi terus mendongak selepas meluahkannya. Faiz dan Emelda terdiam. Mereka berdua tak faham.

“ Kau tahu tak? Dia terus down lepas kau cakap macam tu. Dia tak percaya. Dan dia dah janji dekat diri dia yang  dia takkan lupakan kau even kau dah lupakan dia. Dah tak sayang dia.” Terang Faiz.

Aimi mengetap bibir kuat. Air matanya dah bergenang. Tapi dia masih kuat untuk terus tersenyum.

“ Korang takkan faham.” Gumam Aimi perlahan.

“ Apa yang kami tak faham Aimi? Cuba kau berterus terang dekat kami apa masalah kau? Kami kawan kau tau tak?”

Emelda menyentuh lembut tangan Aimi seraya memujuk Aimi memberitahu masalah dia. Aimi tersenyum hambar. Dia memandang kedua-dua wajah yang setia berada di sisinya tak kira susah mahupun senang.

“ Aku belum bersedia nak beritahu korang. Nanti lah. Yang pasti aku masih kawan dengan Razif. Kawan tetap kawan kan?”

Terhambur juga keluhan kecil daripada mulut Faiz dan Emelda. Aimi memang degil!

“ Bila kau bersedia kau cakap dekat kami ye? Aku rasa kau patut berbincang elok-elok dengan Razif. Dia kecewa.”

Aimi hanya menganggukkan kepalanya. Ya. Dia memang patut buat macam tu. Sebab semalam lepas dia nyatakan suara hati dia, Razif terus berlalu tanpa kata. Razif tak tahu, semalam dia menangis semahunya selepas meluahkan rasa hatinya tu. Dia terpaksa.

“ Aku rasa dia nak jumpa kau.”

Terus Aimi menoleh ke arah pintu. Razif berdiri dekat situ dengan wajah yang muram. Tapi still memberikan senyuman. Faiz dan Emelda dah bergerak ke tempat masing-masing. Tak nak kacau Aimi dengan Razif.

Aimi bangun dan mendekati Razif. Aimi cuba untuk tersenyum. Even hatinya menangis.

“ Razif.”

Razif menggelengkan kepalanya. senyuman hambar terukir.

“ Kenapa Aimi? Kenapa awak cakap macam tu semalam?”

“ Itu yang terbaik buat kita Razif. Lebih baik awak lupakan saya. Atau awak akan menyesal.” Luah Aimi dengan tenang.

Razif terdiam. Tapi dia terus tertawa kecil. Tawa yang dibuat-buat. Aimi yang mendengar terasa sakit. Razif. Maafkan aku.

“ Kenapa saya nak menyesal? Aimi. Jujur saya katakan tiada seorang perempuan pun yang berjaya menggetarkan jantung saya melainkan awak Aimi. Kenapa awak ambil keputusan macam ni? Cuba beritahu saya.”

Tajam Razif memandang ke arah Aimi. Aimi terus menoleh ke arah lain. Tak sanggup bertentang mata dengan Razif atau dia akan kalah dengan perasaan dia sendiri.

“ Saya terpaksa Razif. Lagipun lepas ni kita akan bawa haluan masing-masing. Ini yang terbaik Razif. Saya pun kena pindah selepas ni. Tapi jangan risau. Kita still boleh jadi kawan. Kan?”

Sebak. Ya. Itu yang Aimi rasakan. Melihatkan Razif yang diam tu. Aimi terus memusingkan badan ke belakang. Perlahan-lahan air matanya yang cuba ditahan tadi mengalir. Cepat-cepat dia seka agar tiada sesiapa pun yang perasan.

“ Lupakan saya Razif. Please.”

Terus Aimi berlalu ke tempat duduknya. Berpura-pura membaca buku sedangkan hatinya sedang berperang agar tidak menangis.

“ Saya tak tahu apa masalah awak. Tapi kalau ini yang awak nak. Saya terima.”

Terus Razif berlalu dengan lara di hati. Air matanya juga ingin mengalir tapi dia kuatkan hati. Dia lelaki. Tak boleh lemah. Kuatkan hati Razif!

Berlalu je Razif daripada kelas Aimi, Aimi terus menangis teresak-esak. Langsung tidak hiraukan pandangan Emelda dan Faiz yang tengah melihatnya ketika itu. Faiz dah tak tahan. Terus dia pergi berdepan dengan Aimi. Emelda yang melihat terus menggeleng saat Faiz ingin bersuara. Biarkan Aimi tenang dulu. Faiz hanya mengeluh.

Rasanya dalam 10 minit juga baru Aimi kelihatan tenang. Air matanya terus diseka. Dia terus mendongak saat menyedari Faiz masih setia berada depannya. Dia memberikan senyuman pahit kepada mereka berdua.

“ Aimi? Aku tahu kau ada masalah. Kalau tidak kau takkan menangis macam ni bila dia pergi! Baik kau cakap Aimi! Aku tak tahan tengok korang menderita!” Faiz dah mula membentak kerana marah dengan sikap Aimi yang suka berahsia dan memendam itu.

Aimi menggenggam kemas tangan Emelda. Inginkan kekuatan.

“ Aku terpaksa Faiz. Aku terpaksa. Semua ni demi kebaikan semua. Terutama dia. Aku tak nak dia menyesal.”

“ But why?” Emelda pula bertanya. Dia juga ingin tahu.

Aimi menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Senyuman diukir semanis yang mungkin. Kemudian, wajah Faiz dan Emelda diperhati sebelum dia membuka mulut.

“ Aku sakit Faiz. Aku sakit.”

Faiz dan Emelda masing-masing terus terkedu.

“ Sebab tu aku tak teruskan hubungan ni. Aku tak nak dia tahu aku terseksa. Aku juga tak nak sesiapa tahu sebenarnya. Tapi sebab korang kawan aku, aku kena beritahu. Just janji jangan beritahu dia atau sesiapa pun. Janji?”

Faiz dan Emelda saling berpandangan sebelum tersenyum hambar.

“ Kami janji. Tapi kau sakit apa?” Faiz ingin tahu even kenyataan itu amat pedih untuk dia terima.

“ Jantung Faiz.”

Aimi terus tunduk bila hatinya dah mula rasa sebak kembali.

“ Jangan beritahu dia Faiz. Jangan. Korang buatlah macam tiada apa-apa yang berlaku. Aku percayakan korang. Korang boleh tolong aku kan?”

“ Ya. Kami janji takkan kecewakan kau. Kami sayang kau Aimi.”

Terus Emelda tarik Aimi ke dalam pelukannya. Sekali lagi Aimi mengalirkan air mata. Faiz yang melihat turut jadi sebak. Aimi. Aku tak sangka kau akan dapat ujian berat sebegini. Tapi aku yakin kau mampu hadapinya. Kau kena kuat Aimi.

**
“ Imran!”

Imran yang baru saja selesai menyemak dokumen pesakit itu terus mendongak ke arah pintu saat namanya di panggil.

“ Aimi?”

Terus Aimi masuk dan duduk di sofa. Serentak itu air matanya terus mengalir lagi. Imran yang melihat keadaan Aimi terus duduk di depan Aimi.

“ Kenapa ni? Cuba cerita dekat saya.”

Aimi menyeka air matanya perlahan. Dia memandang wajah Imran dengan senyuman hambar.

“ Saya tipu orang yang saya sayang. Saya terpaksa Imran. Saya terpaksa.”

“ Apa yang awak tipu?”

“ Apa perasaan awak? kalau awak sakit lepas tu awak dan seorang perempuan saling suka sama suka. Tapi disebabkan penyakit awak, awak terpaksa tipu dia dan suruh dia lupakan awak. apa perasaan awak Im?”

Imran terus terkedu. Tahulah dia yang Aimi ada masalah dengan Razif tu.

“ Saya suruh dia lupakan saya Im. Dia tak puas hati. Dia tanya saya kenapa tiba-tiba. Saya tipu kata lepas ni saya nak pindah. Dan saya akan bawa haluan ke lain. Saya tak nak dia menyesal. Saya terpaksa Im. Tapi hati ni hanya Allah je yang tahu. Kenapa susah sangat Im? Kenapa sakit sangat?”

Imran bangun dan duduk di sisi Aimi. Dia tersenyum hambar. Ingin sekali dia menyeka air mata Aimi. Tapi dia tak berhak.

“ Sebab dia orang yang awak sayang. Apa yang awak buat pun demi kebaikan awak. InsyaAllah awak akan dapat lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Jangan terus salahkan diri awak. Saya tahu Allah sedang uji sebab sayang.” Lembut Imran menasihati.

Aimi terdiam. Air matanya dah kering. Dia tunduk memandang jari.

“ Saya Cuma tak nak dia tahu saya sakit.” Gumam Aimi perlahan. Imran yang mendengar tersenyum.

“ Tapi nanti dia akan tahu juga. Dah. jangan sedih.”

Imran baru saja nak bangun tapi tak jadi bila hujung coat doktornya ditarik. Aimi tersenyum kecil. imran yang melihat terus duduk kembali.

“ Kenapa Aimi?”

Aimi terus menggelengkan kepalanya.

“ Terima kasih. Saya ni memang macam budak-budak kan? Orang datang sini sebab nak dapatkan rawatan. Tapi saya? Nangis-nangis.”

Aimi tertawa kecil. Imran hanya tersenyum.

“ Saya kan kawan awak. Okay la tu. Selain title doktor, dapat juga title kawan or cikgu kaunselor.”

Giliran Imran pula ketawa bila tengok muncung Aimi. Tapi Cuma sekejap bila Aimi pun join sekali.

“ Aimi dah makan ke?”

Aimi hanya menggelengkan kepalanya.

“ Kalau macam tu jom kita pergi makan. Saya belanja.”

Aimi hanya menganggukkan kepalanya. Tapi dia masih tidak melepaskan hujung baju Imran. Imran yang melihat tak jadi bangun. Dahinya berkerut bila tengok wajah Aimi yang tiba-tiba nampak tak bermaya.

“ Im. Boleh saya tidur sekejap? Saya penat. Penat sangat.”

Belum sempat Imran nak kata apa-apa, Aimi terus saja sandarkan kepalanya pada sofa. Matanya mula dipejamkan. Senyuman setia berada pada bibirnya. Imran yang melihat dah mula rasa lain.

“ Aimi? Awak okay ke?”

“ bagi saya 10 minit je. nanti awak gerak saya.”

Melihatkan Aimi dah melelapkan matanya, Imran tersenyum. Aimi. Saya tak sangka dapat kenal awak. Walaupun jarak umur kita beza 7 tahun. Tapi awak berjaya menceriakan hidup saya. Awak langsung tak anggap saya ni macam senior awak. Haha. Saya bahagia Aimi. Mungkinkah awak akan terus berada di sisi saya macam ni?

Imran terus tersedar bila asyik renung wajah Aimi. Haih! Apalah yang aku menungkan tadi? Dikerling jam dinding sekilas. Dah setengah jam berlalu. Lamanya aku termenung. Tadi Aimi kata nak tidur 10 minit ja.

“ Aimi. Bangun. Kita pergi makan dulu.”

Imran menggoncangkan sikit bahu Aimi. Tapi Aimi masih tidak berganjak malah tidak memberikan sebarang tindak balas. Sekali lagi Imran menggoncangkan bahu Aimi ingin membuatkan Aimi terjaga. Tapi tidak juga. Imran dah mula rasa tidak sedap hati.

“ Aimi? Aimi? Bangun.”

Baru saja Imran nak gerakkan tubuh Aimi, tangan yang setia memegang hujung baju Imran tadi terlepas. Imran yang melihat terus terkedu.

“ Aimi!”

2 comments :

  1. Nice...next bab please

    ReplyDelete
  2. Sy sentiasa menantikan hasil karya akak yang terbaru.

    ReplyDelete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers