Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 29 December 2015

Because You're My Love ( Bab 11)



Keesokan harinya, Faiz dan Razif terus serbu ke kelas Dina. Mereka memang tidak puas hati dengan tindakan Dina terhadap Aimi. Nasib baik Aimi selamat. Kalau tidak, memang Dina akan masuk lokap.

“ Dina! Mana kau!” Jerit Faiz depan kelas Dina. Hatinya menggelegak marah.

Razif memerhati sekeliling. Wajahnya yang tegang itu membuatkan pelajar kelas itu jadi kecut perut.

“ Erk. Maaf bang. Cari Dina ke? Dia tak datang hari ni.” Salah seorang pelajar kelas itu tegur dengan rasa takut.

“ Shit!”

Faiz terus mengetuk pintu kelas mereka dengan geram. Razif pula meraup mukanya kasar.

“ Tak guna punya perempuan. Mesti dia lari.”

Razif pandang pelajar perempuan tadi dengan senyuman tipis. Dia cuba memaniskan muka.

“ Boleh tolong abang tak?”

“ Erk. Apa bang?”

“ Ada nombor telefon Dina tak?”

Faiz terus menoleh ke arah Razif. Kenapalah aku tak terfikir soal itu?

“ Erk. Ada. Kejap nak tulis.”

“ Kalau boleh tulis sekali alamat rumah dia ye.”

Faiz memandang Razif. Bila nampak senyuman Razif. Dia mula tersenyum. Dia faham apa maksud Razif.

“ Nah bang.”

Razif tengok nombor telefon dan alamat Dina pada kertas itu dengan perasaan puas. Kemudian dia mengerling Faiz yang tengah perhatikan dia.

“ Kau dah ada idea?” Soal Faiz ingin tahu.

“ Yes. Jangan risau. Aku tahu apa aku nak buat. Jom balik kelas.”

Yang pasti Faiz dan Razif tak akan lepaskan Dina kalau apa-apa yang buruk berlaku pada Aimi sekali lagi. Mereka harus ambil tindakan dengan segera.

**
Selepas waktu kerja tamat, dia bergegas menuju pulang ke rumah. Bila sampai, dia dapat lihat sebuah kereta yang dia sangat kenali. Tanpa berlengah dia pantas masuk untuk menemui pemilik kereta tersebut.

“ Puteri! Mana kau?!” Serang Imran sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.

“ Im! Kenapa ni?”

Imran tersenyum sinis. Puteri ada bersama mama aku rupanya. Mesti dia nak bodek lagi mama aku. Memang perempuan yang tak tahu malu. Dia tak serik ke dengan perbuatan yang dulu?

“ Mama. Boleh tinggalkan kami dua kejap tak? Im ada benda nak cakap dengan dia.” Ujar Imran dengan riak serius sambil memandang ke arah Puteri.

Puteri yang melihat rasa kecut perut. Kenapa pula kali ni?

“ Oh. Okay. Bincang elok-elok. Mama ke dapur dulu.”

Usai, mama Imran berlalu. Imran terus menapak ke arah Puteri. Tempat kosong di hadapan Puteri di ambil. Wajahnya yang serius itu terus membuatkan Puteri tunduk memandang lantai. Hatinya dah kecut. Takut.

“ Kau memang cari fasal dengan aku kan?”

Puteri mendongak melihat Imran.

“ Cari fasal? Apa yang I buat?”

Imran tertawa tapi cukup sinis.

“ Kau tanya apa yang kau buat? Hey! Dengar sini. Aku dah kata yang kita dah tiada apa-apa hubungan. Kau faham kan? Or nak aku translate dalam bahasa lain?”

Puteri terdiam. Tapi dalam hati memang tidak puas hati.

“ I sayangkan you Im.”

“ Stop! Enough!”

Imran terus bangun. Hatinya dah membara. Dia takut Puteri kena lempang dengan dia nanti. Baik dia blah cepat.

“ Kau tau tak apa yang jadi dekat hospital tadi? Kau tahu tak siapa yang datang jumpa aku dan warning aku fasal kau? Kau tau tak?”

Puteri tersentak. Siapa?

Melihatkan wajah Puteri yang blur itu membuatkan Imran terus meraup rambutnya kasar.

“ Aku tak tahu dia siapa tapi dia siap warning aku supaya jangan kacau kau. Supaya jauhi kau! Memang selama ini itu yang aku buat. Tapi kau! Kau punca segala-galanya! Dah ada pakwe buat cara ada pakwe. Sekali lagi kalau dia datang jumpa aku. Kau tidak akan tahu apa yang aku akan buat dekat kau. Maybe lebih teruk daripada ini.”

Tajam Imran memandang Puteri. Bila dah rasa puas, dia terus naik ke bilik. Dia memang tidak boleh lama-lama berada depan Puteri. Hatinya tu cepat panas bila tengok Puteri. Entah sampai bila kebencian ini akan hilang.

Puteri yang dengar kata-kata Imran terus merengus geram. Ini mesti kerja Khai. Ish! Tak guna punya Khai! Aku tak kacau dia pun. Tak boleh jadi. Aku mesti lakukan sesuatu.

“ Eh! Puteri. Mana Imran?”

Muncul Datin Hanis dengan kerutan di dahi. Tadi Imran yang cakap nak bincang sesuatu dengan Puteri. Tapi sekarang dah menghilang?

Puteri tersentak. Pantas dia mengukirkan senyuman. Tapi dalam hati dia geram sangat-sangat dengan Khai dan Imran.

“ Dia dah naik atas. Maybe letih kot.”

Puteri terus menoleh ke arah tangga bila menyedari kelibat Imran. Imran pandang tajam dari atas lalu terus turun dan menuju ke dapur. Tiada hati nak berdepan dengan Puteri lagi.

“ Im! Kamu nak apa? biar mama buatkan.”

Datin Hanis terus bangun dan mengekori langkah Imran sehingga ke dapur. Imran yang menyedari kehadiran mamanya itu terus mengukirkan senyuman.

“ tak apa ma. Im boleh ambil sendiri. Ma… bila dia nak balik?”

Imran mengambil tempat di meja makan. Fikirannya runsing sangat sekarang ni.

“ Eh. Ada pula tanya mama macam tu. Dia kan tetamu kita. Yang Im ni. Tadi kata nak jumpa Puteri.”

Imran tersenyum sinis. Terus diteguk minuman yang dia ambil tadi sampai habis.

“ Dah jumpa tadi. Mama. Kalau dia rasa dia tak ada apa-apa hal lebih baik balik la. Menyemak je duduk sini.”

Terus Imran bangun dan meninggalkan Datin Hanis terpinga-pinga. Eh! Apa kena dengan anak aku ni?

“ You!”

Imran yang baru nak naik tangga terus terhenti. Tapi tidak pula dia menoleh ke arah Puteri.

“ Im. Maafkan I. I tahu I salah. Tapi tak boleh ke you beri peluang kedua dekat I?” Separuh merayu Puteri berkata.

Imran merengus geram. Terus dia menoleh memandang Puteri yang cuba meraih simpati itu. terukir senyuman yang cukup sinis.

“ Dulu kalau kau jujur. Maybe boleh aku maafkan kau. Tapi tidak Puteri. Kau dah hancurkan kepercayaan aku dan khianati cinta aku. Lepas tu kau nak aku maafkan kau? Mudahnya kau cakap. Kau tak tahu aku punya sengsara lepas dapat tau perbuatan kau dulu. Kau sedar tak selama ni aku begitu sayangkan kau?! Ha?!” Imran dah mula membentak.

Puteri tersentak. Dia mula rasa sebak.

“ Ya. I tahu I salah. I minta maaf. I tak sanggup kehilangan you Im. I terlalu sayangkan you. Ya. Dulu I silap sebab terlalu percayakan dia. Tapi akhirnya dia tipu I. Please Im.”

Puteri mula mendekati Imran. Tetapi Imran semakin menjauh. Matanya dah merah menahan rasa. Bila teringat pasti hatinya sakit. Sangat sakit!

“ Kau ingat mudah? Kau cakap senang! Kalau aku ni robot dah lama aku maafkan kau. Tapi aku manusia biasa Put! Aku tak sempurna! Kau tak faham ke? Please Put. Kalau kau tak nak aku lebih bencikan kau. Please. Jauhi aku. Kau berhak bersama orang lain but not me. Please.”

Terus Imran berlalu naik ke atas. Tanpa Puteri sedar, air mata Imran telah mengalir. Imran terus menyeka air matanya. Kasar. Dia dah tak sanggup nak hadapi semua ini. Dia cuba untuk membenci Puteri. Tapi dia tak boleh terlalu bencikan Put. Rasa sayang tu still ada. Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang dicintai.

Puteri dah terduduk dengan linangan air mata. Dia cukup kesal dengan perbuatan dia dulu. Tapi jujur dia terlalu cintakan Imran. Dia tak mahu kehilangan Imran.

“ Im. I miss you.”

**
Aimi hanya tersenyum saat melihat teletah kawan-kawannya yang datang melawat itu. sebenarnya dia baru keluar hospital. Dan kawan-kawan dia datang melawat di rumah. Aimi rasa hidupnya lengkap kini. Dia dah tak risau tentang penyakit dia sebab dia mempunyai kawan yang cukup memahami.

“ Aimi. Kau tahu tak? Faiz ni boleh tidur dalam kelas tadi. Time cikgu Habsah pula tu. Memang kena la!”

Emelda tergelak bila tengok Faiz dah mencerlung ke arahnya. Faiz dah geram tu.

“ Kau jaga sikit Mel. Kau ingat aku tak tahan ke daripada tidur. Aku tahan kot. Tapi Cikgu Habsah buat aku tertidur. Kau faham je la kan? Aku ni bukan peminat sejarah macam kau.” Balas Faiz dengan nada tidak puas hati.

“ Yela tu. Haha. Malu cakap malu.”

Faiz terus ketuk kepala Emelda kerana terlalu geram. Tapi malu juga sebab Aimi tahu.

“ Ouch! Aku cakap je kot tapi tak ketuk pun kepala kau. Main kasar nampak.”

Razif dan Aimi saling berpandangan sebelum tertawa kecil.

“ korang ni! macam budak-budak la. Aku kahwinkan korang nanti baru tahu.” Suara Aimi dengan sengihan.

“ No!”

“ Never!”

Kata mereka berdua serentak. Lepas tu dua-dua terus menoleh ke arah lain. Teletah mereka sekali lagi berjaya membuatkan Razif dan Aimi tertawa.

“ Tahu pun takut. By the way.. korang dah jumpa Dina ke?” Aimi menyoal dengan nada risau. Takut kawan-kawan dia buat macam-macam dekat Dina.

Tiga orang sekawan tu terus terdiam. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Lepas tu terdengar Faiz mengeluh kecil. Aimi yang melihat jadi tanda tanya.

“ Kenapa ni?”

“ Dia tak datang hari ni. Aku tahu dia takut. That’s why dia tak datang ke sekolah. Tapi Razif sempat minta nombor phone dan alamat dari kawan dia. Kalau esok dia still tak datang, maybe kami akan serang rumah dia.” Jelas Faiz.

“ Tapi korang nak buat apa?” Soal Aimi lagi.

“ Kami akan bagi pengajaran dekat dia.” Tiba-tiba wajah Razif menjadi tegang. Aimi yang melihat tersentak.

“ Janganlah buat benda yang tak baik dekat dia. Dia tak sengaja la.” Aimi cuba membela Dina.

“ Tak sengaja kau cakap! Sampai kau masuk hospital kau kata tak sengaja?” Emelda dah mula tertawa. Tapi sinis.

Aimi terdiam.

“ Kau jangan risau Aimi. Kami tahu kerja kami. Yang penting kau selamat. Kau kena percayakan kami.” Ujar Faiz dengan tenang.

Aimi yang melihat hanya menganggukkan kepalanya. Dia tak mampu untuk halang kawan-kawannya lagi. Biar mereka uruskan segala-galanya.

“ By the way… esok kau datang tak?” Emelda ingin tahu.

“ InsyaAllah aku datang. SPM dah dekat beb.”

“ Baguslah.”

Suasana menjadi sepi seketika. Masing-masing melayan perasaan. Aimi yang sedar hal itu terus bangun. Mereka yang lain terus mendongak melihat Aimi.

“ Jom. Aku belanja korang makan. Mak aku masak sedap punya untuk korang.” Ajak Aimi dengan senyuman.

“ Beres!!”

Emelda dan Aimi dah berlalu. Tapi Razif dan Faiz masih statik pada tempat.

“ Bro. Kau terlalu sayangkan dia kan?” Suara Faiz tiba-tiba sambil memandang Emelda dan Aimi.

Razif yang mendengar terus menarik senyum.

“ Erm. Sayang. Sampai aku tak boleh duduk diam kalau dia dalam bahaya.”

“ Aku bangga dengan kau. Kau jaga dia baik-baik. Kalau kau buat dia nangis, aku takkan teragak-agak datang serang kau pula.”

Razif terus gelak. Bahu Faiz ditepuknya.

“ InsyaAllah. Tak.”

Faiz terus menoleh ke arah Razif. Senyuman panjang ditarik. Dia menghulurkan tangan kanannya pada Razif. Razif yang melihat menjongket kening.

“ Best friend forever?”

Razif menyambut dengan anggukan.

“ Forever!”

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers