Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 23 December 2015

Because You're My Love (Bab 9)

P/S : Wait for new cerpen tonight. ^^



Hari baru. Semangat baru. Azam baru. Dan Aimi yang baru. Yeah! Dia dah sampai ke sekolah dengan semangat yang baru. Lupakan apa yang berlaku sebelum ni. Fasal penyakitnya itu akan cuba tidak dikisahkan sangat kalau tidak bertambah teruk jadinya. Cuba jadi seceria yang boleh. Yeah!

“ Hai.”  Tegur Aimi apabila masuk ke dalam kelasnya. Yang kelihatan hanya Emelda.

Emelda yang mendengar suara Aimi terus mendongak daripada memandang buku. Lebar terus senyuman dia.

“ Aimi! Ya Allah! Kau datang juga akhirnya. Rindu kau!”

Terus tubuh Aimi didakapnya. Aimi yang terkejut terus tertawa kecil. Mel…Mel.

“ Aku dah sihat so aku datang. Lagipun kan? Tinggal sebulan je lagi nak SPM. So, aku tak nak lah hampakan orang tua aku.”

Pelukan dileraikan. Emelda terus mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Aimi. Terus ditarik tangan Aimi agar duduk ditempatnya.

“ Aku ada story. Hot punya!”

Wajah teruja Emelda itu membuatkan Aimi tergeleng. Emelda dengan gosip memang tidak dapat dipisahkan.

“ Kau jangan lah nak gosip-gosip pagi-pagi buta ni weh. Orang datang nak belajar.” Aimi mula berleter.

“ Bukan gosip! Tapi benda betul. Berkaitan dengan Razif dan Faiz.”

Dengar je nama berdua tu, Aimi terus pandang Emelda.

“ Kenapa dengan mereka? gaduh ke?”

Emelda tersengih.

“ tu la kau. Lama sangat tak datang sekolah. Banyak dah yang kau tertinggal.”

Aimi terdiam.

“ Cepatlah!” Aimi mendesak pula. Tak puas hati bila Emelda tiba-tiba diam dengan sengihan kerang busuk dia tu.

“ Yela. Aku nak cakap la ni. mereka berdua dah jadi kawan. Satu geng dah pun.” Lapor Emelda dengan perasaan bangga. Sebab kawan dia jugak.

Aimi yang mendengar terus menarik senyuman. Alhamdulillah lah kalau macam tu.

“ Tapi..”

Aimi mengerutkan dahi pula.

“ tapi apa pula?”

“ Kami tengah cuba siasat sesuatu. Macam detektif pula. Haha.”

Emelda gelak besar sampai Aimi pun jadi bosan.

“ Kenapa? Cuba kau jangan cerita sekerat-sekerat. Aku tampar juga nanti kot.” Aimi bagi amaran sebab terlalu geram. Emelda tersengih.

“ Hehe. Sorry. Macam ni. Ada sorang budak form 4 ni. Dia minat dekat Razif kau. Kemarin dia tiba-tiba bagi hadiah dekat Razif kau tu. lepas tu kami terjumpa satu botol kecil dalam beg kertas tu. kecil macam minyak wangi la. And then, Faiz buka dan tengok isi dekat dalam tu. rupanya ada kertas dan kunci. Yang lagi mengejutkan dalam kertas tu tertulis sesuatu yang mencurigakan. Sebab tu kami tengah siasat.”

Aimi terdiam selepas mendengar penerangan Emelda.

“ Dan… tak sangka diorang tu boleh berkerjasama.”

Aimi senyum. Baguslah kalau macam tu.

“ Ha. Panjang umur. Dua orang tu baru sampai. Aik? Datang pun sama-sama ke?”

Aimi terus menoleh ke arah pintu. Kelihatan Faiz dan Razif tengah bersembang. Bila nampak aku dan Emelda, terus mereka berdua masuk ke dalam kelas. Razif yang bukan kelas aku pun tau masuk je. apa kisah kan? Ketua pengawas la katakan.

“ Hai Aimi. Dah sihat ke?” Soal Razif.

“ Alhamdulillah. Korang berdua macam mana? Sihat?”

Faiz tersengih.

“ Terlebih sihat pun ha. Mel. Aku memang tau bukan agak tapi confirm yang kau cerita dekat Aimi fasal hal kami kan?”

Emelda yang rasa serba salah tu terus tersengih. Minta simpati la kononnya.

“ Kata kawan. Mestilah cerita.” Suara Aimi pula.

“ Bagus punya kawan.” Faiz rasa nak sekeh kepala Emelda tapi tak sampai. Nasib baik.

“ Ala. Bukan orang asing. Kawan baik kita juga.”

“ baguslah kalau korang berdua dah berbaik. Tak baik gaduh-gaduh ni.” Suara Aimi dengan senyuman lebar.

“ Berterima kasih dekat kau juga Aimi. Kalau tidak sampai sekarang mesti tak rapat macam ni. Anyway… Sabtu ni jemputlah datang rumah aku. Mak aku ada buat kenduri kesyukuran sikit.”

Semua yang berada di situ hanya mengangguk.

“ InsyaAllah. Eh. Dah nak mula kelas ni. Wahai Razif. Nak stay sini ke?” Emelda mula mengusik.

Razif tersengih lalu memandang Aimi.

“ Nak keluar la ni. Rileks. Aimi.. jumpa awak nanti. Bye.”

Keluar je Razif daripada kelas. Emelda dan Faiz masing-masing tersengih nakal. Aimi yang tengok dah jadi pelik semacam.

“ korang ni dah kenapa? Sewel?”

Terhambur juga ketawa daripada mereka berdua.

“ Tak la. Sihat walafiat lagi. kau tu je sewel sebab tengah angau. Haha. Faiz! Blah!”

Aimi cuba bawa bersabar. Layan dua orang ni sampai bila pun tak habis. Baik aku study. Sabar jala.

**
“ Doktor.”

Setiap kali dia masuk ke dalam hospital, pasti dirinya disapa mesra. Dia hanya membalas dengan senyuman. Bila kakinya dah berdiri tepat di depan bilik yang tertera namanya itu, senyuman ditarik. Tarik nafas dalam-dalam baru hembuskan. Bila dah puas hati, baru dia masuk ke dalam. Mana nak tak nya dia jadi macam tu, sebab kejap lagi dia akan berdepan dengan orang besar hospital tersebut.

“ Assalamualaikum Doktor Imran.”

Dan orang besar yang dikatakan tu merupakan bapa saudaranya. Haha. Kelakar tak kelakar? Tak pun.

“ Waalaikumussalam. Pakcik dah lama sampai?”

Bila berdua je Imran berani panggil Dr. Ihsan tu pakcik. Kalau ramai-ramai memang tak la. Etika kerja weh!

“ Baru ja. Kamu dari mana? Rumah?”

Dr. Ihsan melihat Imran dengan rasa senang hati. Bangga bila tengok kejayaan anak saudaranya itu menjadi doktor. Tak lama lagi maybe boleh jadi orang besar dekat hospital ni pula. Baguslah.

“ Tak. Dari bilik mesyuarat. Ada hal penting tadi. Pakcik nak apa-apa tak? Saya boleh ambilkan.” Imran tawar diri.

“ Eh. Tak payah. Kamu duduk ja. Pakcik datang ni pun bukan sebab kerja.”

Okay. Imran dah mula rasa lain semacam. Agaknya fasal apa?

“ Erk. Fasal apa pakcik?”

“ puteri.”

Dengar je nama tu, mood Imran terus down. Dr. Ihsan ni ayah Puteri. Jadi memang tak hairanlah Dr. Ihsan bersuara tentang anaknya tu. Ibu ayahnya bagus. Tapi anaknya tak berapa bagus.

“ Kenapa dengan Puteri pakcik?” Soal Imran dengan senyuman hambar.

“ Dia ada cakap dekat pakcik yang kamu cuba menjauhi dia. betul ke?”

Damn! Imran bentak dalam hati. Ini rupanya cara licik kau. Tak kena dekat aku dan mama aku. ayah kau pula jadi mangsa. Kau memang manusia yang tak berhati perut!

“ Pakcik faham kan macam mana kami boleh putus sebelum ni. hanya pakcik je tau masalah kami.” Ujar Imran dengan semangat yang hilang.

Dr. Ihsan terdiam. Dia tahu dan dia sangat simpati dengan nasib Imran.

“ Dan sebab tu juga saya tak nak ada kaitan lagi dengan Puteri. Harap pakcik faham.” Sambung Imran lagi. Dia harap sangat dia takkan dengar nama tu dah. Sakit telinga. Sakit hati dan sakit otak memikirkannya.

“ Kawan pun tak boleh? Pakcik bukan apa. pakcik Cuma kesiankan dia. selalu sangat merayu dekat pakcik agar dapat rapat dengan kamu balik.”

Imran merengus geram. Puteri! Kau memang dah melampau!

“ pakcik. Bukan maksud saya nak kecilkan hati sesiapa. Tapi saya memang tak boleh terima apa yang dia buat. Kalau pakcik kat tempat saya pun, saya jamin pakcik pun akan buat seperti mana saya buat sekarang. Saya kalau boleh tak nak ada kaitan apa-apa lagi dengan dia. Harap pakcik faham.”

Imran dah tak tahu nak cakap macam mana. Dia merayu sangat agar pakciknya tu faham dengan kehendaknya.

Dr. Ihsan tersenyum. Dia sungguh kagum dengan Imran.

“ Pakcik faham. Jangan risau. Pakcik harap kamu dapat jumpa dengan seorang perempuan yang sesuai dengan kamu.”

Imran tersenyum tipis.

“ InsyaAllah pakcik. Doakan je. Hehe.”

Tiba-tiba pintu bilik Doktor Imran diketuk. Pantas pandangan mereka tertoleh pada pintu.

“ masuk!” Laung Imran.

Saat pintu terbuka, terjengul kepala seorang perempuan yang sangat-sangat nak dielak oleh Imran. Imran yang melihat terus menjadi marah. Manakala Ihsan tergeleng-geleng melihat sikap degil Puteri itu.

“ Hai papa. Hai Im. Ganggu tak?”

Imran sudah meraup wajahnya berkali-kali agar dapat bersabar. Tak boleh kurang ajar depan bapa saudaranya. Nanti sesekali dengan dia masuk lokap.

“ Puteri. Kenapa datang sini?” Dr. Ihsan sudah bangun dan mendekati Puteri yang berada di muka pintu.

“ Ala pa ni. mesti la nak jumpa papa dan Imran.”

Imran terus memandang ke arah skrin laptop. Dia langsung tak menghiraukan Puteri. Buat sakit hati!

“ Dah. Jom balik. Imran tengah kerja.”

Dr. Ihsan terus tolak belakang Puteri sehingga ke luar bilik Imran. Sebelum dia menutup pintu, sempat dia menoleh ke arah Imran.

“ Imran. Pakcik balik dulu.”

“ Okay pakcik. Terima kasih.”

Selepas pintu tertutup, barulah Imran mampu menarik nafas lega. Dia memang tak boleh tahan dengan adanya Puteri tadi. Kalau nak tengok dia buat sesuatu di luar jangkaan, bagi lah Puteri ada di depan dia. mesti akan jadi punya.

Tiba-tiba dia teringat akan Aimi. Agaknya apa Aimi tengah buat erk? Imran tersenyum. Tak boleh jadi! Apa kena dengan aku ni?! Haih! Masalah!

‘ Kau tengah angau tu Im!’

Imran pantas menggelengkan kepalanya lantas tampar perlahan kedua-dua pipinya. Bangun Imran! Bangun! Kerja okay kerja! Jangan fikir yang nonsense!

**
“ Terima kasih cikgu!”

Keluar je cikgu daripada kelas, semua pelajar berpusu-pusu keluar kelas. Yala. Dah waktu sekolah dah habis. Balik lah. Apa lagi?

“ Aimi. Kau balik dengan siapa?”

Aimi menyusun bukunya elok-elok lalu dimasukkan ke dalam beg. Matanya mengerling jam tangan. Lepas tu barulah dia toleh pandang Emelda.

“ Ayah aku kot. Entahlah.”

Aimi bangun dan menggalas begnya. Tiba-tiba dia menguap. Arh! Mengantuk!

“ Jom aku hantar. Lama tak pergi rumah kau.” Ajak Emelda. Memandangkan dia datang ke sekolah dengan menunggang motosikal. So, mudah bagi dia untuk ke mana-mana.

“ Tak payahlah. Susahkan kau je. Nanti ayah aku datang ambil.”

Aimi dan Emelda berjalan pula ke arah Faiz yang tengah menyiapkan sesuatu itu. muka habis serius dah la tu. sampai orang berdiri di tepi dia pun tak perasan.

“ Aku tahu lah kau rajin. Tapi waktu sekolah dah tamat bro.” tegur Emelda.

Faiz tersentak. Nasib tak gugur jantung dia. Dia menjeling Emelda geram. Kacau!

“ Sikit je lagi ni. Aku malas nak siapkan dekat rumah. Sebab petang nanti aku ada latihan bola sepak. Mana nak sempat buat. Korang balik la dulu.”

Faiz kembali menyambung kerja sekolahnya. Aimi dan Emelda yang melihat hanya mampu menjongketkan bahu.

“ Okaylah kalau macam tu. kami balik dulu.”

Tanpa menghiraukan Faiz, mereka pun keluar daripada kelas. Terserempak pula dengan Razif. Razif menghadiahkan senyuman kepada Aimi dan Emelda.

“ Eh! Mana Faiz?” Soal Razif bila sedar Faiz tiada bersama mereka.

“ Nak siapkan kerja sekolah katanya. Kejap lagi dia balik la.” Jawab Emelda sambil memerhati sekeliling.

“ Bro. Hari ni Dina tak datang jumpa kau ke?” Suara Emelda separuh berbisik.

“ Tak pula. Baguslah kalau macam tu.”

Aimi mengerutkan dahi. Siapa pula Dina ni? Macam-macam aku tak tahu haih.

“ korang. Kalau nak sembang berdua , pergi masuk kelas balik. kalau tak nak balik, aku nak balik.” Aimi memberikan arahan tapi sambil tersenyum. senyuman sindir sebenarnya.

Emelda tersengih manakala Razif sudah tergelak.

“ Sorry beb. okay. Jom balik. Razif jumpa esok.”

Baru dua langkah Emelda dan Aimi berjalan, tiba-tiba seorang pelajar perempuan datang merempuh dan terkena Aimi. Nasib baik Aimi sempat seimbangkan badan dia daripada terjatuh. Emelda pula terkejut besar.

“ Woi! Jalan pakai apa?” Emelda menjerit geram. Tapi yang pelik budak tadi terus menuju ke arah Razif.

“ Sabar Mel sabar.” Aimi cuba mententeramkan perasaan Emelda.

Emelda pandang pelik ke arah mereka berdua. Tak silap aku tu Dina. Jangan-jangan..

“ Razif!”

Emelda pantas tarik tangan Aimi dan menuju semula ke arah Razif. Razif yang sememangnya terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Dina tu bersyukur bila Emelda kembali ke arahnya.

“ Mel.”

Kini, semua mata tertumpu pada Dina. Dina yang melihat dah kecut perut.

“ Oh. Kau yang main rempuh kami tadi. Nasib baik tak jatuh. Mata tu letak mana sayang?” Bukan main baik lagi Emelda sindir. Aimi disebelahnya hanya mampu mendiamkan diri.

Dina terkedu. Dalam hati dah mengata macam-macam. Memang dia sengaja rempuh mereka berdua terutama Aimi. Tapi tak menjadi pula rancangan dia nak menjatuhkan Aimi depan Razif.

“ Dah lah Mel. Dia tak sengaja la.” Aimi cuba membela bila tengok Dina diam daripada tadi. Rasa kesian pun ada.

“ Aku tak boleh sabar sebab dia sengaja! Dia ingat kita ni kecik macam semut kot.”

Belum sempat Aimi nak bersuara lagi, Faiz tiba-tiba muncul. Dina yang sedar dengan kewujudan Faiz terus berura-ura nak beredar daripada situ. Dia dah tak selamat!

“ Tunggu. Kau tak boleh pergi selagi aku tak cakap sesuatu.” Faiz dah keluarkan suara dengan muka yang cukup serius.

Razif, Emelda dan Aimi pun terdiam bila tengok Faiz. Kalah ketua pengawas kau ni Faiz. Kenapalah tak Faiz je jadi pengawas.

Dina terus statik pada tempatnya. Langsung tak pandang mereka berempat.

“ Aku dah warning kau sebelum ni. kau degil erk? Aku nak cakap ni. Ni..”

Faiz menunjukkan tangannya ke arah Aimi dan kemudian ke arah Razif. Dina mendongak melihat arah tangan yang ditunjuk Faiz itu.

“ Mereka berdua ni. Saling suka sama suka tau? Dan mereka tak perlukan orang ketiga macam kau. Ha. Satu lagi. Kau jangan mimpi kau akan dapat Razif sebab Razif takkan layan kau. Kau sedar diri tu sikit yang perjalanan kau masih panjang. Jangan cuba rosakkan diri. Nanti kau akan menyesal. Jom kawan-kawan. Kita blah. Panas pula aku duduk sini.” Faiz tersenyum sinis selepas berkata demikian.

Terus dia berlalu meninggalkan mereka.

“ Dina. Saya harap awak berhenti ganggu kami. Tak kira apa niat awak baik awak stop. Or you will be regret.” Giliran Razif pula bercakap dan terus mengekori langkah Razif. Tinggallah Aimi dan Emelda.

Dina merengus geram dan terus pandang ke arah Aimi.

“ Puas hati kau kan? Sekarang semua tak suka aku.”

Tajam dia merenung Aimi. Aimi yang melihat rasa serba salah. Bukan itu niat dia.

“ hey! Kau jangan nak tuduh Aimi pula. Dia langsung tak tahu apa-apa. sedap hati kau je kan?” Emelda dah membara.

“ Sebab dia aku tak dapat Razif!”

Terus Dina tolak tubuh Aimi sampai Aimi jatuh. Tindakan kasar itu mengejutkan Emelda dan sudah tentu Aimi. Sampai mereka tak sempat nak berbuat apa-apa.

“ Ouch!” Aimi menjerit kesakitan. Bukan tubuhnya yang sakit tapi jantungnya. Dia tiba-tiba rasa sesak nafas.

Dan semestinya jeritan itu didengari oleh Razif dan Faiz.

“ Aimi!”

Dina yang terkejut dengan jeritan itu pantas melarikan diri. Niatnya hanya nak menjatuhkan Aimi tapi tak sangka Aimi akan sakit sampai macam tu sekali.

“ Ya Allah! Macam mana boleh jadi macam ni?” Faiz dah cemas melihat keadaan Aimi yang sedang mengerang kesakitan itu.

“ Dina. Dia tolak Aimi sampai jatuh. Dia tu memang dah melampau!” Giliran Emelda pula marah.

“ Sekarang kita kena bawa Aimi ke hospital.” Razif bersuara. Cemas juga dia tengok.

Aimi mengetap bibir kuat. Ya Allah! Sakitnya! Tahan sikit. Please!

“ Aimi? Kau okay tak ni?” Faiz dah bimbang. Dia melihat sekeliling. Tak tahu nak minta tolong siapa. dah lewat ni.

Aimi mengangguk dengan senyuman hambar. Tapi tak lama bila rasa sakit tu bertambah.

“ Argh! Sakit!”

“ Aimi!”

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers