Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 28 March 2016

Because You're My Love (Bab 31)



“ Haih. Tak sabarnya.”

Wajahnya cukup teruja saat ini. Dah nama pun nak jumpa dengan buah hati. Mestilah teruja tak terkira. Tambahan pula dia baru saja pulang daripada outstation. Rindu dekat buah hati tu jangan cakaplah. Dan hari ni dia buat sedikit surprise.

Kakinya tepat berdiri depan rumah Puteri. Senyuman kecil ditarik. Tak dapat dijangka reaksi Puteri nanti setelah melihat kehadirannya saat ini. Malam pula tu. Jangan-jangan dah tidur.

“ Assalamualaikum.”

Imran memberi salam. Kepalanya terteleng ke kiri dan kanan. Tapi tiada sesiapa pun yang keluar untuk menyambut kehadirannya. Takkan dah tidur? Akhirnya, Imran ambil keputusan untuk masuk saja ke dalam. Mujur pintu pagar tidak berkunci.

Sebaik sahaja kakinya berdiri depan pintu rumah Puteri, pintu itu pula diketuknya. Tapi hampa. Masih tiada sahutan. Tanpa ragu-ragu tombol pintu itu dipulas. Dan Imran terkerjut. Ternyata tidak berkunci. Haish. Bahaya betullah Puteri ni. kang ada pencuri masuk siapa yang susah?

“ Puteri!”

Imran sudah melangkah masuk. Tapi keadaan sangat gelap. Macam tak berpenghuni lagaknya. Tapi samar-samar dia dapat dengar suara orang di tingkat atas. dengan debaran dan perlahan-lahan dia melangkah ke tingkat atas. sampailah ke satu bilik yang pintunya tidak ditutup rapat. Imran melangkah ke situ saat ada cahaya daripada bilik tersebut.

“ You ni. Janganlah. Geli lah.”

Imran mengetap bibir. Pintu itu ditolak perlahan. Dan yah! Dia dapat tengok Puteri sedang duduk berdua-duaan dengan seorang lelaki yang dia tidak kenal. Imran dapat tengok betapa mesranya mereka. Sampai berpelukan. Imran dah bara. Terus dengan kasar dia tolak pintu itu sampai bunyi dan menarik perhatian mereka.

“ Puteri!”

Puteri dan lelaki di sebelahnya itu ternyata terkejut dengan kehadiran Imran. Puteri yang duduk tadi terus berdiri tegak. Bibirnya dah menggigil gara-gara takut. Semuanya dah terkantoi. Imran dah tahu!

“ Im.. dengar dulu penjelasan I. Please Im..” Puteri cuba merayu lalu mendekati Imran. Tapi Imran tersenyum sinis malah langsung tidak menghiraukan Puteri. Tajam dia merenung ke arah Puteri.

“ I begitu percayakan you Puteri. I terlalu cintakan you. Tapi ini balasan you pada I? Kenapa Put? Kenapa? Apa cinta I ni tak cukup lagi ke?”

Imran rasa nak menangis. Tapi dia tahan selagi boleh. Hatinya dah cukup panas melihat adegan panas tadi. Jangan sampai dia pergi tumbuk muka lelaki itu.

“ Tak. Semua ini tak seperti yang you fikirkan.”

“ What?!” Jerkah Imran. Dia dah tak boleh sabar. Dia pun ada tahap kesabarannya juga.

“ Bukan seperti yang I fikirkan? Habis apa? Ha? Dengan apa yang I nampak ni.. berdua-duaan. You kata bukan seperti yang I fikirkan? What the hell!?”

Terus Imran tumbuk pintu bilik dengan kasar. Wajahnya dah menyinga menahan marah teramat. Puteri yang melihat dah terkedu. Dia terkejut dengan tumbukan itu. akhirnya dia memilih untuk berdiam diri. Tapi air matanya dah menitis ke pipi.

“ I kesal dengan you Puteri. Kesal. Kita dah nak bertunang tapi ini balasan yang I dapat? Stupid!”

Imran meraup wajahnya kasar. Dia cuba menenteramkan hatinya kembali. Istighfar banyak-banyak Im. Istighfar!

“ Rasanya sampai sini saja hubungan kita. Kita putus Put. Dan I nak warning you. Kalau lepas ni you kacau I dan cari I lagi. I takkan teragak-agak laporkan hal ni pada papa you.” Mencerun Imran ke arah Puteri yang ketakutan itu.

“ Tapi you..”

“ Enough!” Jerit Imran dengan wajah yang terlalu kecewa.

“ Enough Puteri. Just enough. I dah penat.”

Tanpa menunggu lebih lama, cepat sahaja kaki Imran melangkah meninggalkan kawasan rumah itu. Hatinya sakit sangat. Rasa macam tertusuk benda tajam. Terlalu kejam! Sakit! Apa dosa dia pada Puteri? Ya Allah!

**
“ Abang.”

Imran tersedar daripada lamunan yang panjang apabila bahunya disentuh lembut. Seketika dia menoleh memandang Aimi sebelum menoleh semula ke luar tingkap. Hatinya sangat tenang saat ini. dan tiba-tiba tadi teringat pula peristiwa di mana hubungan dia dengan Puteri putus.

Maybe ada hikmahnya disebalik kejadian itu. Lagipun dia dah lama maafkan Puteri. Cuma dia harap Puteri dapat apa yang dia perlukan. Sememangnya peristiwa itu berjaya membawa separuh hatinya sebelum ini. Tapi, Allah dah berikan ubat dan sebelah inilah ubatnya.

“ Abang okay ke tak ni?” Risau Aimi menyoal.

“ Abang okay. Jangan risau.”

Imran pantas mencapai kedua-dua belah tangan Aimi dan dikucupnya perlahan. Wajah Aimi ditatap dengan penuh rasa sayang dan cinta. Tak menahan dahi Aimi dikucupnya. Lama. Aimi yang menerima kucupan itu hanya mampu menahan debaran.

“ Abang terlalu cintakan Aimi.”

Aimi tersenyum. Dia melarikan pandangan ke luar tingkap. Mereka dalam perjalanan nak ke hotel. Majlis resepsi diadakan di sana. Dan kini mereka berada dalam kereta.

“ Abang.. Macam tak percaya je Aimi dah kahwin.” Ujar Aimi sambil tertawa kecil.

“ Kenapa tak percaya pula?” Imran setia menggenggam tangan Aimi.

“ Yela. Umur saya still 18 tahun lagi kot. Tak padan dengan baru habis spm. Macam tak percaya tahu tak? Abang lainlah. Dah nak masuk 25 tahun.” Jelas Aimi.

Imran yang mendengar dah menarik senyum. Suka tengok wajah kelat Aimi. Comel pun ada.

“ Percaya pada jodoh sayang. Dah jodoh sayang sampai awal. Lagipun okay apa kahwin muda. Lagi berkat hidup tu.”

Aimi tersenyum sinis. Ada saja alasan dia ni. Sabar je la.

Dalam 20 minit jugalah mereka saling berbual sampailah kereta berhenti tepat-tepat di depan sebuah hotel. Dan mereka berdua dapat lihat sudah ramai orang berkerumun di situ semata-mata nak sambut kedatangan mereka.

“ Smile because this is our day dear.” Sempat Imran berpesan sebelum turun daripada kereta.

Aimi menarik senyuman yang paling manis buat dirinya dan tetamu yang hadir. Imran di sebelah dah menggenggam erat tangannya. Masing-masing saling berbalas senyuman sebelum melangkah masuk ke dalam dewan hotel tersebut.

“ And I am sure you will like this.”

Terpegun seketika Aimi saat masuk ke dalam dewan tersebut. Semuanya serba putih. Macam dalam faiytail. Cantik sangat. Aimi sempat melirik sekilas ke arah Imran. Dalam hati dia rasa bersyukur sangat Imran telah menjadi suaminya.

“ Thanks abang. Aimi tak sangka Aimi akan dapat kejutan macam ni.”

Dia sangkakan ibu mertuanya hanya akan membuat simple-simple saja sampai dia nak datang tengok pun tak bagi. Rupanya salah tekaannya. Sungguh! Dia rasa sangat terharu saat ini. Rasa nak pergi peluk ibu mertuanya sekarang jugak. Tahan Aimi! Tahan!

Mereka berjalan sampai menuju ke pelamin yang kelihatan cantik itu. Masing-masing mengambil tempat. Pengapit mula menjalankan tugas. Siapa? sudah tentulah si Faiz dan Emelda. Mereka saja yang setia. Haha.

Makin lama makin ramai tetamu yang hadir. Imran dan Aimi pula tidak lokek memberikan senyuman even penat sekalipun. Tetamu dah datang jadi kena hargai.

“ Aimi. Jom turun jumpa family abang.”

Perlahan-lahan Aimi melangkah turun daripada pelamin sambil dipimpin oleh Imran. Ya Allah. Bahagianya aku rasakan sekarang.

“ Abang.” Panggil Aimi lantas menoleh ke arah Imran.

“ Yes my dear.” Imran turut menoleh ke arah Aimi.

“ Kenapa Aimi rasa bertuah sangat dapat suami macam abang? Kenapa Aimi rasa macam tak layak pun ada?”

Imran tersenyum. Aimi..Aimi. Suka cakap macam tu.

“ Sebab Aimi jodoh abang. Okay? Dah fullstop! Tak nak tanya soalan tu dah.”

Aimi terdiam saat Imran menoleh ke arah lain. Bila Imran melangkah, dia turut melangkah. Tapi matanya saat itu terpandang sesuatu. Terdetik satu nama dalam hatinya. Razif! Terus dia menoleh ke arah Imran. Niat di hati nak cakap tapi nampak macam Imran terlalu sibuk. Akhirnya dia sendiri melangkah meninggalkan Imran di situ. Matanya still tercari-cari kelibat Razif. Sebab dia yakin itu Razif.

“ Aimi! Aimi!”

Langkah Aimi terhenti. Bila tengok Emelda datang ke arahnya. Dia terus diam.

“ Kau nak pergi mana?” Lelah Aimi tengok Emelda saat ini.

“ Beb. Korang ke ajak Razif datang?”

Emelda terkedu. Razif?

“ Ma..maksud kau?” Gugup Emelda menyoal.

“ Ya Razif. Aku macam ternampak dia tadi.” Maklum Aimi lantas melihat sekeliling. Tapi hampa tiada. Orang dah la makin ramai dalam dewan tu. terhambur juga keluhan kecil daripada mulutnya.

Emelda terus terdiam. Dalam hati rasa tidak senang. Macam mana Aimi boleh nampak Razif sedangkan Razif dah tiada. Ya Allah. Tak boleh jadi ni. kena cakap dekat Faiz ni.

“ Aimi. Baik kau pergi dekat Imran sekarang. Dia cari kau tadi. Risau juga dia.” Pesan Emelda lantas tersenyum.

Aimi hanya mengangguk. Ikutkan saja langkah Emelda yang menuju ke arah Imran itu. Tapi sempat juga menoleh ke belakang. Dia amat yakin itu Razif.

“ Sayang.”

Imran terus menghembus nafas lega saat Aimi berdiri depannya saat ini. Emelda yang kesan kerisauan Imran itu hanya tersenyum. itu namanya orang sayang bini. Tanpa berlengah, dia pantas meninggalkan mereka dua lantas mencari kelibat Faiz.

“ Maaf.” Ucap Aimi.

“ Pergi mana tadi? Risau abang.”

“ Tadi macam ternampak Razif la bang. Tu yang pergi cari. Tapi dah hilang. Abang ada jemput dia erk?”

Dan Imran terus terkedu saat mendapat pertanyaan itu. Razif?

“ Erk. Tak ada pula. Abang terlupa.” Imran memerhati sekeliling. Betul ke apa yang isteri aku cakap ni?

“ Tapi tadi tu siapa?” Aimi tergaru-garu keningnya yang tidak gatal itu.

Imran hanya menjongketkan bahu. Tak mahu Aimi terus memikirkan Razif. Cepat sahaja dia menggenggam tangan itu. senyuman kecil ditarik.

“ Sekarang ikut abang. Ibu nak jumpa sayang tau. Jom.”

Apabila Aimi mengangguk, cepat sahaja Imran membawa Aimi ke arah familinya. Tapi dia sempat perhati sekeliling. Dalam hati dah naik risau. Macam mana kalau Aimi nampak sekali lagi wajah yang mirip Razif tu? Ya Allah.

**
Faiz pandang Emelda. Emelda pandang Faiz. Masing-masing terdiam. Masing-masing juga sedang berfikir. Dan akhirnya terlepas keluhan daripada mulut mereka.

“ mungkin perasaan dia je kot.” Ujar Faiz bagi menyedapkan hati.

Emelda terus menggelengkan kepalanya. Tempat kosong di sebelah Faiz terus di ambil. Sekarang pun dah pukul 5. Ramai dah beransur pulang. Kejap lagi selesailah majlis ini.

“ Tak. Saya nampak dia tercari-cari. Saya risau juga. Lagipun Razif dah tak ada. Macam mana dia boleh kata dia nampak Razif. Tak ke pelik?”

Faiz terdiam lagi. dia teringat lagi di mana dia dan Imran ada ternampak wajah yang mirip sangat dengan Razif sebelum ini. Tapi hanya melihat tak berbuat apa-apa. Lagipun ada tujuh orang muka yang sama dalam dunia ni. jadi tak hairanlah. Cuma bila Aimi dah nampak, susah sikit.

“ Sebelum ni saya dan Imran dah pernah nampak dah. mirip sangat dia dengan Razif. Maybe pelanduk dua serupa.” Jelas Faiz lantas menoleh memandang Emelda yang ternyata terkejut itu.

“ Kalau Aimi tanya macam mana kita nak jawab? Saya takut lah awak.” Emelda dah meraup wajahnya. Risau kawan baiknya itu akan sedih dan kembali salahkan dirinya seperti sebelum ini.

Faiz mengetap bibir. Dia sendiri tak tahu nak buat macam mana. Lagipun ini diluar kawalan mereka. semua tak sangka ada orang mirip Razif muncul depan Aimi tadi.

“ InsyaAllah perkara macam ni takkan berlaku. Doa kan agar lelaki tu tak muncul depan Aimi lagi.” Pujuk Faiz agar Emelda dapat tenangkan diri.

Emelda menoleh seketika ke arah pasangan pengantin itu. Melihatkan wajah Aimi yang cukup gembira itu memang tidak sanggup untuk dia beritahu perkara yang sebenar kepada Aimi. Dia yakin sangat Aimi akan bersedih lagi. tambahan pula dalam tubuhnya itu ada organ milik Razif. Allahu! Beratnya dugaan ini.

“ Dah lah Mel. Lupakan okay?”

Faiz bangun dan tersenyum depan Emelda. Dia tatap wajah Emelda yang masih dalam kerisauan itu.

“ Selagi saya ada takkan jadi apa-apa okay?” Ujar Faiz dengan senyuman. Sedangkan dia sendiri tahu tiada kaitan pun dengan Aimi.

Emelda yang mendengar dah mengerutkan dahi.

“ Eh? Apa kaitannya pula?” Emelda dah blur.

“ Yala. Sebab saya disamping awak. Bila awak dalam kesusahan. Saya akan pergi selamatkan awak. Okay. Sweet tak saya?” Faiz cuba berseloroh dengan muka confidentnya tu.

Emelda yang mendengar dah buat muka seposen. Tanpa berlengah, lengan itu pantas ditamparnya. Geram! Orang serius. Dia boleh main-main pula.

“ Ouch! Sakitlah sayang.” Sengih Faiz sambil mengelus lembut lengannya itu. Tak sakit pun sebenarnya. Saja manja terlebih.

“ Ha! Nak lagi ke?” Ugut Emelda bila Faiz macam sengaja cari fasal.

Akhirnya Faiz terus ketawa besar. Seronok usik Emelda sampai merah pipi dibuatnya. Tapi Cuma sesaat bila dia kembali menarik senyum.

“ Awak kena percayakan saya. InsyaAllah. Aimi takkan jumpa dia lagi.”

Emelda terdiam. Melihatkan wajah Faiz yang tengah tersenyum itu. Hatinya yang gundah tadi terus menjadi sedikit tenang. Akhirnya dia turut menarik senyum.

“ Ha. Macam tu la. Kan manis senyum macam tu.” Puji Faiz lantas tersengih.

“ Yela. Kalau tak senyum tak manis la?”

“ Haha. Awak sentiasa manis dalam hati saya. Jangan risau.”

“ Eleh. Macam nak percaya.”

“ Percayalah.”

Dan akhirnya mereka terus ketawa dengan telatah mereka sendiri. Mengada! Haha.

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers