Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 25 March 2016

Because You're My Love ( Bab 26)



Dah tiga hari berlalu. Bermakna selama tiga hari itu jugalah Aimi tidak sedarkan diri. Semua orang sudah tentu risau akan keadaan Aimi. Mereka tidak henti berdoa agar Aimi kembali sedar. Mereka tahu berita kematian ayahnya memberikan tamparan yang begitu hebat buat Aimi. Sebab itulah Aimi susah nak percaya.
Kini, Imran lah yang setia menjaga Aimi ketika Maznah dan dua orang rakan Aimi tiada. Sekali pun Imran tidak tinggalkan Aimi kecuali ada urgent dan untuk menunaikan turutan Allah.

Matanya merenung wajah Aimi dengan seribu perasaan. Dia amat merindui keletah Aimi. Dia merindui suara itu. Dia juga merindui reaksi Aimi yang nakal itu. Aimi. Bila awak nak sedar  ni. Kami semua rindukan awak.
Tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan. Pantas dia menoleh ke kiri. Ternyata Faiz. Dia kembali menoleh ke arah Aimi. Kedua-dua mereka hanya mampu melihat dengan perasaan sayu.

“ Doktor mesti sayangkan dia kan?”

Imran tersenyum sipi saat mendengar persoalan itu.

“ Kenapa kamu tanya macam tu?”

“ Dah tiga hari doktor dia tak sedar. Tiga hari tu jugalah doktor tak henti-henti menjaga dia. Saya ni lelaki. Doktor pun lelaki. Saya tahu sangatlah.”

Imran terdiam. Tapi dia terus tersenyum. Faiz dikerling sekilas.

“ Nampak sangat ke?”

Faiz tergelak. Bahu Imran ditepuk sekali lagi.

“ Jelas dan terang.” Seloroh Faiz lantas menarik senyuman.

“ Kalau Aimi pun tahu kan?”

“ Dia akan tahu. Sabar.”

Mereka kembali berdiam. Sesekali terdengar keluhan daripada mulut Imran. Faiz masih setia dengan senyuman.

“ Doktor tak nak cakap dekat dia ke siapa penderma tu?”

Imran beralih ke sofa di hujung bilik. Dia ambil tempat di situ. Seketika dia merenung wajah Faiz dengan senyuman pahit. Kepalanya digelengkan.

“ Saya dah janji dengan Razif. Tapi kalau arwah Razif tak suruh pun saya tetap tak boleh cakap. Saya tak nak dia terluka lebih teruk. Cukuplah dengan berita kematian ayah dia.”

Faiz turut duduk di sebelah Imran. Jauh dia merenung ke hadapan.

“ Betul juga apa kata doktor tu. Tapi kalau dia tanya nanti apa doktor nak jawab?”

Imran terdiam. Dia juga tak tahu nak jawab apa.

“ Tahulah saya kelentong sikit.”

Tok! Tok!

Tiba-tiba pintu dikuak daripada luar. Terjengul kepala Emelda yang tengah tersenyum itu. tanpa berlengah dia pantas masuk dan menutup kembali pintu. Laju kakinya melangkah mendekati Imran dan Faiz. Tempat kosong di depan Faiz diambil. Lantas dia mendongak memandang Faiz dan Imran silih berganti. Dia jadi pelik bila mereka berdua memandang dia dengan renungan yang tanda tanya?

“ Asal tengok macam tu?” Emelda membelek dirinya sekali lagi. Rasanya aku tak pakai tudung atau baju terkalih pun. Elok je.

Imran tersenyum manakala Faiz menarik sengih. Kelakar tengok Emelda yang tiba-tiba jadi gelabah itu.

“ Saya tengok sebab Faiz tengok. Tapi saya tak boleh lah tengok lama-lama sebab nanti orang sebelah saya ni marah. Haha.”

Terus Imran bangun dan mendekati katil Aimi. Faiz yang mendengar terus mengulum senyum. Ada-ada saja la doktor Imran ni.

“ Nak marah kenapa pula doktor?” Emelda masih blur. Dia pandang Faiz inginkan jawapan. Tapi Faiz hanya tersengih.

“ Yala. Dia kan buah hati awak.” Usik Imran lantas melangkah ke arah pintu. Nak keluar ambil angin kejap.

Emelda yang mendengar perkataan buah hati terus tunduk malu. Mukanya dah merah menahan malu. Imran yang bersedia nak keluar menoleh sekilas ke arah Faiz. Bila Faiz melihatnya, cepat-cepat Imran mengenyit mata dengan sengihan. Good luck Faiz! Faiz yang faham maksud Imran terus tersenyum. Tanpa berlengah, Imran pantas keluar daripada situ.

Faiz kembali memandang Emelda yang setia tunduk daripada tadi. Tercetus senyuman kecil daripada mulutnya. Emelda sekarang sangat comel. Alahai.

“ Aku ada satu permintaan ni.” Suara Faiz tiba-tiba.

Emelda terus mendongak ke arah Faiz. Permintaan apa?

“ Lepas ni jangan ber’aku-kau’. Tapi panggil aku dengan panggilan saya. Aku pula panggil kau dengan panggilan awak. boleh?”

Permintaan Faiz yang baru disebut tadi ternyata membuatkan Emelda terus tersenyum. Memang itu yang dia inginkan selama ini. Tapi dia tak berani nak menyuarakan hasratnya sebab dah lama mereka jadi kawan. Akhirnya Emelda hanya mengangguk.

“ So, try la panggil saya.”

“ Erk..apa yang awak bincangkan dengan doktor Imran tadi.”

Emelda terus pandang ke arah lain bila selesai berkata. Dia rasa malu. Faiz yang mendengar terus menarik senyuman panjang.

“ Bincang fasal Aimi. You know what? He loves Aimi very much.” Maklum Faiz.

“ Yes. I know that. Saya pun rasa Aimi sayangkan dia.”

Diam seketika. Tapi tidak lama bila mereka terdengar suara Aimi. Emelda dan Faiz saling berpandangan sebelum bangun dan mendekati Aimi.

“ Aimi? Kau dengar tak? Aku ni Mel.” Panggil Emelda.

Faiz melihat jari-jari Aimi yang mula memberikan tindak balas.

“ jari dia bergerak la Mel. Saya pergi panggilkan doktor dulu.”

Tanpa berlengah, Faiz terus keluar daripada situ untuk memanggil doktor. Emelda yang melihat mengucap syukur dalam hati. Terus dia tersenyum lega.

“ Aimi. Buka mata tu Aimi. Aku ni Mel.”

Mata itu dibuka dengan perlahan-lahan. Bila dia ternampak wajah Emelda, terus dia menarik senyum walaupun hambar. Tangannya terus mencapai tangan Emelda. Emelda membalas genggaman Aimi dengan anggukan.

“ Ya. Aku Mel. Alhamdulillah. Kau sedar juga. Risau aku tau tak?”

Emelda dah mula rasa sebak. Air matanya dah mula bergenang. Tapi dia takkan menitiskan air mata di hadapan Aimi.

“ Ma..maaf.” Ucap Aimi dengan perlahan.

“ Tak apa. Yang penting kau dah sedar. Bukan aku je risau. Orang lain pun sama. Terutama doktor kesayangan kau tu.”

Aimi terdiam. Imran.

“ Dia jaga kau selama tiga hari ni dengan baik sekali. Tiga hari kau tak sedar tau?”

Aimi tersentak lagi. 3 hari? Lamanya.

“ Alhamdulillah. Hari ni kau sedar juga.”

“ Ma..maaf. Maybe aku rasa penat sangat.”

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Muncul Imran bersama Faiz. Wajah mereka berdua penuh rasa cemas bercampur bahagia kerana Aimi dah sedar.

“ Aimi! Ya Allah! Aimi! Alhamdulillah. Awak dah sedar.”

Aimi yang melihat reaksi Imran yang gelisah itu terus tersenyum kecil. kepalanya dianggukkan sedikit. Faiz dan Emelda yang melihat pun turut tersenyum. Imran risau kalah kawan-kawan dia ni ha.

“ Awak tau tak? Saya rasa macam nyawa saya nak melayang tengok awak pengsan hari tu.” Sambung Imran lagi.

Aimi hanya mendengar. Ternyata dia amat merindui lelaki yang berada di depannya saat ini.

“ Ma..maaf.”

“ Tak apa. awak tak salah.”

Aimi mengerling sekilas ke arah Faiz kemudian dia menoleh ke arah lain. Dia mencari mak dia. tapi tiada.

“ Ma..mana mak saya?”

“ Mak awak ada dekat rumah. Kejap lagi dia datang. Awak jangan risau ye.”

Aimi mengangguk perlahan. Teringat pula tentang ayah dia.

“ Ayah?”

Kali ni mereka berdua terus terkedu. Tiada jawapan untuk itu. Takkan Aimi dah lupa? Masing-masing terkelu lidah untuk menjawab persoalan itu.

Aimi yang melihat kebisuan mereka terus menoleh ke arah lain. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Maznah sebelum dia pengsan hari tu. Air matanya terus bergenang.

“ A..ayah saya dah tak ada.” Lirih suara Aimi.

Imran yang mendengar rasa sayu. Ingin sekali dia mendakap tubuh itu. Tapi tak mungkinlah kan? Akhirnya dia hanya mampu melihat dengan perasaan sebak.

“ Semua ni salah saya. Saya yang menyebabkan ayah saya meninggal. Kalau saya tak menyusahkan ayah saya. Mesti ayah saya tak pergi.”

Kali ni air matanya terus mengalir. Dia menoleh ke arah Imran semula.

“ Tak. Bukan salah awak. Awak jangan salahkan diri awak.” Lembut Imran membalas. Dia tak nak emosi Aimi menjadi lebih teruk. Takut Aimi akan hilang kawalan.

“ Salah saya! Semua salah saya!”

Tiba-tiba Aimi bertindak agresif. Dia terus bangun dan menarik jarum yang berada pada tangan kirinya. Dahinya berkerut menahan sakit. Tapi hanya sekejap bila dia terus menurunkan kakinya sehingga menjejak lantai.

“ Aimi! Awak nak ke mana?” Soal Imran kalut. Emelda yang setia berada di belakang mereka terus menerpa ke arah Aimi. Dia menghalang Aimi turun daripada katil.

“ Aku nak pergi! Jangan halang aku! Aku nak pergi jumpa ayah aku!” Aimi semakin membentak. Emelda yang memaut tubuh Aimi daripada pergi pun dah jadi tak berdaya. Bentakan Aimi semakin kuat.

“ Aimi! Hey! Rileks Aimi.” Imran cuba menenangkan Aimi. Tapi malangnya bila Aimi berjaya terlepas daripada Emelda. Kini dia berdiri tepat di depan Imran. Matanya dah menahan rasa sakit dan sedih.

“ Tepi! Jangan halang saya!”

Aimi terus menolak tubuh Imran ke tepi. Tapi apalah daya dia sebagai seorang perempuan.

“ Aimi!”

Jerkahan Imran itu mengejutkan Faiz dan Emelda terutamanya Aimi. Aimi yang berusaha menolak Imran tadi terus terkaku pada tempatnya. Dia sangat terkejut. Melihatkan wajah tegang Imran itu membuatkan dia terus tunduk memandang lantai.

Imran meraup wajahnya perlahan. Calm down Imran! Calm down!

“ Kenapa awak jadi macam ni?” Nada Imran sudah rendah. Aimi masih tunduk.

“ Awak kena terima hakikat Aimi. Yang pergi tetap akan pergi. Apa yang berlaku ada hikmahnya Aimi. Bukan salah awak dan awak tak perlu salahkan diri awak. Sebab ayah awak tak pernah salahkan awak.” Sambung Imran sambil merenung wajah Aimi yang sugul itu.

“ Tapi..”

Aimi terus jatuh terduduk. Saat itu juga dia menghamburkan tangis. Dia tak kuat sebenarnya. Dia dah kehilangan orang yang dia sayang. Mana mungkin dia mampu jadi sekuat yang orang lain inginkan?

Imran yang melihat Aimi sudah menangis itu turut duduk melutut di depan Aimi. Senyuman hambar ditarik.

“ Awak kena kuat Aimi. Awak kena banyak bersabar. Awak perlu banyak berdoa. Percayalah yang ayah awak tak pernah salahkan awak atas kematian dia.” pujuk Imran lagi.

Emelda yang hanya melihat tadi terus duduk dan memaut lembut bahu Aimi. Dia ingin memberikan kekuatan kepada Aimi. Dia tahu Aimi amat perlukan sokongan sekarang ni.

“ Aimi. Stop salahkan diri kau. Kau langsung tak bersalah.” Suara Emelda pula.

Aimi terus memeluk Emelda. Dia tak kuat. Dia nak ayah!

“ Mel. Awak tenangkan lah dia. Saya keluar dulu.”

Imran bangun dengan senyuman tawar. Saat dia menoleh ke belakang, dia dapat lihat wajah muram Faiz. Faiz terdiam tapi terus menganggukkan kepalanya. Mereka berdua terus keluar daripada situ. Ingin memberi ruang kepada Aimi.

Aimi menyeka air matanya saat dia berjaya mengawal perasaannya. Dia meleraikan pelukan dan mendongak melihat Emelda. Emelda terus tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. Belakang Aimi diusap perlahan.

“ Dah. Kau jangan nangis lagi. Kau kan kuat? Kalau mak kau tengok pun mesti mak kau tak suka. Dia lagi sedih.” Emelda masih cuba memujuk.

Aimi hanya mendiamkan diri.

“ Mel.”

“ Ya?”

“ Bawa aku ke kubur ayah aku. Boleh?”

Dan Emelda terus terkedu. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya.

“ Boleh.”

**
“ Doktor.”

Imran yang sedari tadi asyik tunduk mengenangkan Aimi terus mendongak melihat Faiz yang tersandar pada dinding itu.

“ Kenapa?”

“ Apa kata doktor lamar dia.”

“ Ha?”

Faiz yang kelihatan tenang itu direnung. Lamar?

“ Ya. Doktor sayang dia. Dia pun sama. Tak salah kan kalau doktor dengan dia disatukan?” Faiz memberikan cadangan.

Imran terdiam. Pada masa yang sama dia tak sangka Faiz boleh memberikan idea sebegitu.

“ Saya tak sanggup tengok Aimi terus bersedih macam tu. Dia perlukan sokongan dan kasih sayang. Dia bukanlah sekuat yang kita sangkakan.” Sambung Faiz lagi lalu menarik senyuman nipis.

Imran mengerling pintu bilik rawatan Aimi. Ya. Aimi bukanlah sekuat yang kita sangkakan. Dia lebih banyak memendam.

“ Sebab tu saya sarankan doktor kahwin dengan dia.” Kali ni Faiz terus memandang Imran dengan wajah yang tenang. Walaupun tiada senyuman tapi riak Faiz cukup menjelaskan yang dia sememangnya serius apa yang dia katakan sebentar tadi.

“ Dia mesti akan tolak Faiz. Dia baru 18 tahun. Saya? Saya dah 24 tahun Faiz.” Imran tergeleng seketika sambil menarik senyuman kecil.

“ 18 bukan 17 tahun. Lagipun umur sebaya kami memang dah boleh kahwin.”

Imran melihat Faiz dengan riak tidak percaya. Faiz dah tersengih panjang.

“ Faiz?”

Faiz tergelak besar bila melihat reaksi Imran yang tidak percaya itu. Kepalanya digaru perlahan.

“ Kalau saya dah mampu doktor. Memang saya dah lamar Mel tu jadi isteri saya. Tapi saya baru lepas SPM. Result pun tak keluar lagi. Haha.”

Imran pula tertawa kecil.

“ Tak apa. Kalau dah niat tu baik. InsyaAllah akan dipermudahkan.’

“ Jadi doktor. Pertimbangkanlah idea saya tu.”

Faiz tersengih lantas melangkah ke arah Imran. Bahu Imran ditepuk perlahan. Imran yang menerima tepukan itu hanya tersenyum.

Tiba-tiba pintu bilik rawatan Aimi dikuak. Serentak mereka berdua menoleh ke arah pintu tersebut. Keluarlah Emelda dengan senyuman kecil. selepas menutup pintu kembali, Emelda mendekati Faiz dan Imran.

“ Doktor. Dia nak ziarah kubur arwah ayah dia.” Maklum Emelda dengan senyuman kecil.

Imran dan Faiz saling berpandangan sebelum menoleh semula ke arah Emelda.

“ Serius ke ni Mel?” Soal Imran inginkan kepastian.

“ Ya. Dia sendiri yang cakap macam tu. Rasanya dia dah boleh terima hakikat.”

Faiz menarik nafas lega. Baguslah kalau macam tu.

“ Kalau macam tu petang ni kita bawa dia pergi. Saya pergi uruskan prosedur keluar hospital dulu.”

Tanpa berlengah, pantas Imran melangkah meninggalkan mereka berdua. Hatinya rasa lega bila Aimi dah terima hakikat. Moga Aimi akan terus jadi kuat.

Faiz dan Emelda turut tersenyum melihat kesungguhan Imran itu. Sekilas Emelda mengerling ke arah Faiz yang tengah tersenyum itu.

“ Awak bincang apa tadi dengan Imran?” Soal Emelda ingin tahu. Dia terus melabuhkan punggung pada kerusi kosong di belakangnya itu.

Faiz tidak menjawab terlebih dahulu. Dia turut duduk di sebelah Emelda.

“ Awak rasa?”

Emelda merengus geram. Orang tanya dia. Dia tanya kita balik. Faiz yang mendengar rengusan Emelda itu terus tergelak. Dia terus menoleh ke arah Emelda yang memasamkan muka itu.

“ Alolo. Marah pula dia.”

Emelda mencebik. Nak pujuk la tu.

“ Okay. Saya nak beritahu la ni.” Faiz menarik sengihan. Emelda masih tidak menoleh ke arah dia. Hanya dia setia memandang Emelda.

“ Saya suruh doktor Imran melamar Aimi.”

Kali ni Emelda terus menoleh ke arah Faiz gara-gara terkejut.

“ What? Seriously?”

Faiz mengangguk dengan senyuman. Wajah teruja Emelda itu membuatkan dia geli hati.

“ Habis doktor setuju ke?”

“ Entahlah. Maybe sedang fikirkan lagi kot. Yela Aimi baru 18 tahun.”

“ Tak salah pun. Lagipun doktor Imran lebih daripada mampu.”

Faiz mengangguk sekali lagi.

“ Saya harap doktor Imran setuju la melamar Aimi. Saya nak tengok Aimi bahagia.”

Emelda kembali merenung ke hadapan. Dia dapat membayangkan hidup Aimi di sisi doktor Imran itu. Faiz tersenyum melihat reaksi Emelda. Dia terus merenung Emelda dengan rasa senang hati.

“ Kalau saya yang lamar awak?” Tercetus soalan itu daripada mulut Faiz.

Emelda yang mendengar terus mengerutkan dahinya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Faiz yang setia merenungnya itu. Hatinya terus berdegup kencang saat mendapat renungan itu.

“ Ma..maksud awak?” Gugup Emelda jadinya.

“ Saya nak lamar awak jadi suri hati saya. Awak terima tak?”

Emelda terkedu. Lidahnya kelu untuk menjawab soalan itu. Terus dia menoleh ke arah lain.

“ La..lambat lagi la awak. Ki..kita masih muda.”

Faiz tersenyum kecil. suka tengok Emelda gelabah macam tu.

“ Saya gurau je la. Saya pun still tak mampu nak lamar awak.”

Faiz terus menyandarkan kepalanya pada dinding. Matanya merenung siling dengan senyuman panjang.

“ Awak ni!”

Emelda terus tampar lengan Faiz gara-gara geram yang amat. Faiz yang menerima tamparan itu terus tergelak. Kelakar tengok reaksi Emelda itu.

“ Tapi satu hari nanti saya akan tunaikan janji saya tu.”

“ Make sure you will do that Muhammad Faiz.”

“ I will Nur Emelda.”

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers