Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 23 March 2016

Because You're My Love (Bab 20)

Assalamualaikum.

Okay. Aku tahu apa reaksi korang. *Sengih*. Ala. Sorry la guys. Tak terfikir dan terlupa terus dekat enovel ni. Huhu. Apalah tuan writer ni kan? Haha. Sorry gusy. Idea kering. Tu jadi macam ni. Tapi... harap korang tak jemu la erk dengan aku yang makin hari makin malas nak menulis ni. Haha. Okay. Teruskan membaca. ><



“ Aimi.”

Datin Hanis yang mendengar Imran menyebut nama seseorang itu terus mendongak. Dia tadi yang elok sedang membaca surat khabar terus tak jadi bila tengok Imran ralit termenung. Terbit senyuman kecil pada bibirnya. Siapa agaknya gerangan yang dia sebut tadi.

“ Imran.” Panggil Datin Hanis dengan lembut.

Imran yang sememangnya tengah termenung itu terus tersentak. Bila melihat wajah mamanya yang pelik itu. Terus dia tersengih.

“ Ada apa ma?”

Imran berpura-pura tidak tahu. Matanya terus tumpukan perhatian pada televisyen. Hari ini dia cuti. Asyik kerja je. Nak juga dia rehat. Dan.. hurm. Dia sangat rindukan Aimi. Dah seminggu lebih Aimi tidak datang ke hospital. Dua hari lepas pun appointment dengan Aimi berlalu bergitu je sebab Aimi tak datang. Takkan Aimi tak mahu berjumpa dengan dia lagi? Ah! Susahlah macam ni.

“ Aimi? Siapa tu?”

Okay. Imran terus menoleh memandang mamanya dengan wajah tertanya-tanya.

“ Mama dengar dari mana nama tu?”

“ Haih. Tanya kita pula. Kamu yang sebut tadi. Berangan sampai ke mana entah. Sampai sebut nama orang pun tak sedar.” Perli Datin Hanis.

Imran yang mendengar kata-kata Datin Hanis terus menarik sengih. Dia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

“ Erm. Dia patient Im ma. Dan..”

Datin Hanis menjongketkan kening saat Imran berhenti. Ingin tahu kata-kata seterusnya daripada mulut Imran.

“ Im suka dia.”

Datin Hanis tersentak. Tapi Cuma seketika bila bibirnya mula mengukirkan senyuman manis.

“ Alhamdulillah. Tak lama lagi mama dapatlah menantu.”

Imran terus menggelengkan kepalanya. Mama aku ni terlalu excited la.

“ Still awal la mama. Lagipun dia jauh lebih muda daripada Imran. Dan Im tak sure kalau dia boleh terima Im.”

Imran terus memandang ke arah lain bila Datin Hanis ralit memandangnya. Sembunyikan rasa kecewa tu Im. Or your mom will know.

“ Kenapa pula?”

“ Erm.”

Melihatkan Imran sengaja berdiam tu, Datin Hanis pantas menampar lembut lengan anaknya itu. Sengaja buat mamanya tertanya-tanya.

“ Sakit lah mama.” Adu Imran dengan sengihan kecil. Dia tahu mamanya geram.

“ Tahu pun sakit. Cepat cakap. Kenapa dia tak boleh terima? Anak mama ni kacak apa. Perfect la katakan. Apa lagi yang kurang?”

Imran tersenyum malu. Mama aku ni terlebih memuji la pula.

“ Dia tak tahu pun Imran cintakan dia. Tapi kalau dia tahu pun mesti dia akan tolak. Sebab dia tak nak ada kaitan dengan sesiapa pun.” Kedengaran lirih suara Imran saat ini.

“ Kenapa?” Datin Hanis semakin tertanya-tanya.

Imran menyandarkan kepalanya pada sofa. Dia merenung siling dengan senyuman hambar. Susah nak gambarkan perasaan yang dia sedang rasakan kini.

“ Dia ada masalah jantung ma. Dia tak nak susahkan orang di sekeliling dia. Dia lebih sanggup tanggung rasa sakit tu sorang-sorang dia. Sebab tu kalau Im cakap pun tentang perasaan Im ni. dia pasti akan tolak. Sebab dia yakin dia tidak akan sembuh. Im yang dengar pun rasa sebak. Apatah lagi dia?”

Terhambur juga keluhan kecil daripada bibirnya. Datin Hanis yang mendengar pun rasa sayu.

“ Dia tak boleh sembuh ke Im?”

Imran kembali duduk tegak. Tangannya mencapai remote control lalu menutup televisyen. Tiada siaran yang menarik pun.

“ Boleh mama. Dengan mendapatkan rawatan susulan dan memerlukan penderma.”

Terus Imran bangun berdiri. Sempat juga dia hadiahkan senyuman pada Datin Hanis sebelum beredar ke arah tangga.

“ Tapi Im dah janji pada diri Im. Walauapapun yang terjadi. Im tetap akan sembuhkan dia.” Tekad Imran lalu naik ke atas bilik.

Datin Hanis yang mendengar terdiam. Tapi jauh di sudut hatinya ingin sekali berjumpa dengan perempuan yang berjaya membuka hati Imran itu. Mesti perempuan tu istimewa sebab itu lah Imran boleh jatuh hati.

**
Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Begitu juga dengan Aimi. Kelebihan dia suka menceriakan orang di sekelilingnya. Tetapi kelemahan dia, dia suka pendam dan kalau ada sesuatu yang menghiris perasaan dia, dia akan menangis keseorangan. Luar je nampak kuat. Tapi sebenarnya hati dia lembut. Hati perempuan kan?

Tengoklah sekarang. Dia lebih suka bersendirian saat hatinya tidak tentu arah. Maznah yang melihat hanya mampu mendiamkan diri. Tapi, dia tak akan biarkan anaknya itu terlalu melayan emosi. Takut akan menjejaskan keadaan jantungnya.

“ Aimi.”

Maznah terus melabuhkan punggungnya di sisi Aimi. Aimi yang ralit termenung itu terus tersedar. Dia menoleh ke arah Maznah. Senyuman kecil diberi.

“ Mak. Ayah mana?”

“ Ada dekat belakang tu. Aimi. Kamu ada masalah ke?”

Aimi terdiam. Mak aku ni memang faham aku kan?

“ Tak adalah. Aimi okay je.”

Terus Aimi memandang ke luar rumah. Daripada tadi dia asyik sangat pandang ke luar rumah. Dalam hati sebenarnya dia mengharapkan kedatangan seseorang. Tapi mustahillah lelaki itu akan muncul.

“ Kenapa kamu dah lama tak ke hospital?”

Soalan ini sememangnya menjerat Aimi untuk terus menjawab. Takkan nak menipu? Tapi kalau jujur pun, apa yang dia nak jawab?

“ Sebab tak ada benda yang penting pun kat sana.” Balas Aimi tenang.

“ Imran?”

Aimi mengetap bibir pula. Serentak itu hatinya berasa lain macam. Arh!

“ Kenapa dengan dia?” Aimi buat-buat tanya dengan riak ceria. Dia tak nak ibunya kesan apa yang dia sedang rasakan sekarang.

“ Kamu tak boleh tipu mak tau? Mak yang lahirkan kamu. Naluri seorang ibu kuat tau?”

Aimi terus tunduk memandang jari. Kali ni dia kalah. Maznah lebih tahu isi hatinya.

“ Entahlah mak. Aimi Cuma nak mengelak daripada dia je.”

“ Tapi kenapa? Apa salah dia?”

“ Tak ada. Dia tak salah. Aimi je yang salah.”

“ Aimi buat apa?”

Aimi meraup mukanya dengan perlahan. Maznah dapat lihat betapa Aimi cuba memendam perasaannya seorang diri.

“ Tak. Aimi tak buat apa-apa.” Nafi Aimi.

“ Jangan tipu mak sayang. Cuba cakap dekat mak.”

Maznah memaut bahu Aimi dengan erat. Rambut Aimi dibelai lembut.

“ Mak.”

Aimi terus memeluk Maznah dengan linangan air mata.

“ Kenapa sayang?”

Maznah mengusap perlahan belakang Aimi. Dia risau kalau setiap hari Aimi berkeadaan begini.

“ Aimi tak nak terlalu berharap. Tapi Aimi dah terlanjur sukakan dia. Macam mana ni mak?” Dengan esakan Aimi meluahkan perasaannya. Maznah yang mendengar terkedu. Tangannya setia mengusap belakang Aimi.

“ Mak. Aimi tak salah kan? Tak salah kan kalau Aimi cintakan dia?” Aimi soal pula kali ini.

“ Tak sayang. Lagipun perasaan tu datang dari Allah.”

Aimi menggigit bibir. Terus dia meleraikan pelukan. Air mata diseka perlahan.

“ Aimi dah cuba kawal mak. Tapi kenapa Aimi masih rasa? Sebab tu Aimi tak pergi hospital. Aimi tak nak dia tahu perasaan Aimi.”

Maznah tersenyum hambar. Tangannya menepuk perlahan lengan Aimi. Seraya memberikan kekuatan.

“ Dia pun sayangkan kamu Aimi.”

Aimi terdiam. Tapi kenapa dia susah sangat nak percaya?

“ pergilah jumpa dia sekali. Dia ada telefon mak sebelum ni. tanya kenapa kamu tak pergi hospital. Kamu ada appointment dengan dia kan sebelum ni?”

Aimi terus terkedu. Dia memilih untuk berdiam. Sebab dia tak tahu nak cakap macam mana.

“ Pergilah Aimi. Sekurang-kurangnya dia tahu keadaan kamu.”

Aimi tersenyum tapi hambar. Perlahan dia menganggukkan kepalanya.

“ Tengoklah mak. Bila Aimi bersedia Aimi pergi.”

Terus Aimi memeluk Maznah sekali lagi. Terima kasih mak.

**
 Bunyi desiran pantai yang beralun itu membuatkan hati Aimi serta-merta tenang. Bibirnya automatik mengukirkan senyuman saat itu. Dia memejamkan matanya erat agar dapat menghayati ciptaan Allah yang indah dan tiada tandingan itu.

Dalam dia cuba menghayati ciptaan alam itu, tiba-tiba dia dapat rasakan kehadiran seseorang di sisinya. Pantas dia membuka mata dan menoleh ke arah kirinya. Serentak itu dia terus terkesima melihat insan yang berdiri di sebelahnya saat ini.

“ Kenapa awak sering mengelak daripada saya?”

Apabila wajah itu menoleh ke arahnya, dia terus memandang ke arah lain. Dia tiada jawapan untuk itu.

“ Aimi. I miss you.”

Saat tangan itu cuba meraih tangannya, dia cepat-cepat menepis dan menggelengkan kepalanya. Dia melihat lelaki itu dengan gelengan.

“ No! Saya tak percaya!”

Baru saja Aimi ingin berlari, lengannya berjaya direntap. Terus Aimi memandang tepat ke arah mata lelaki itu.

“ Aimi. Kenapa awak selalu nafikan perasaan saya? Saya ikhlas Aimi. Saya tak tipu!”

Aimi terus menarik kembali lengannya. Tanpa berlengah, dia pantas berlari daripada situ. Meninggalkan kawasan pantai dan meninggalkan Imran.

“ Aimi!”

“ Im!”

Terus Aimi membuka mata. Dia melihat sekeliling. Ya Allah. Aku bermimpi rupanya. Tapi kenapa mimpi tu macam real? Aduh! Takkan rindukan dia sampai termimpi? Come on Aimi!

Dahinya yang berpeluh itu dilap dengan hujung lengan bajunya. Perlahan-lahan dia bergerak ke arah tingkap. Melihatkan suasana luar yang semakin gelap itu, dia kembali ke birai katil. Kemudian tangannya mencapai telefon bimbit dan melihat skrin telefon.

“ 5 missed call?”

Tersentak Aimi saat melihat siapa yang buat missed tu. Imran? Macam mana aku boleh tak sedar ni? Baru saja dia ingin mendail semula nombor itu, telefonnya kembali berbunyi. Cepat-cepat dia menjawab panggilan tersebut.

“ Helo. Assalamualaikum.” Suara Aimi.

“ Waalaikumussalam. Mana awak pergi? Kenapa baru jawab call?”

Aimi kembali berbaring. Matanya merenung siling. Automatik juga senyumannya terukir.

“ Saya baru bangun.”

“ Ya Allah. Awak tidur lepas Asar ke?”

“ Tertidur.”

“ Awak buat saya risau je la.”

Aimi memejamkan matanya erat. Teringat fasal mimpi tadi. Agaknya kenapa dia boleh bermimpi macam tu?

“ Tak payah la risau. Saya okay.”

“ Mestilah risau. Sebab saya sa..”

Tiba-tiba panggilan terus mati. Aimi yang sudah tidak dengar suara Imran mengerutkan dahi. Eh! Kenapa ni? Terus dia melihat skrin telefon. Laa. Bateri habis rupanya. Patutlah. Takut Imran menanti, dia terus mencapai charger dan memasukkan pada lubang telefonnya.

Hampir 2 minit, barulah telefonnya kembali seperti sedia kala. Tanpa berlengah, tangannya cepat saja mendail nombor Imran kembali. Tiga kali deringan, barulah panggilannya tu terjawab.

“ Aimi! Kenapa dengan awak?”

Aimi tersenyum sipi saat mendengar suara yang resah itu.

“ Bateri habis tadi. Sorry.”

Terdengar pula keluhan kecil. Aimi terus terdiam. Risau sangat.

“ Aimi. Esok datang hospital.”

Terus Aimi menggeleng. Macam Imran boleh nampak. Tapi dia tak bersedia lagi nak berdepan dengan Imran.

“ Tengoklah macam mana.” Aimi cuba memberikan alasan.

“ Awak sebenarnya sedang mengelakkan diri daripada saya kan?”

Aimi menggaru keningnya perlahan. Dalam hati nak kata ya. Tapi mulut terkeluar tak pula.

“ Mana ada. Saya busy sikitlah.”

Alasan lagi alasan lagi Aimi. Macam Doktor Imran tu nak percaya kan?

“ Saya nak jumpa awak. Saya tunggu awak esok.”

Belum sempat Aimi nak menjawab. Talian terlebih dahulu dimatikan. Aimi tersentak melihat skrin telefon tersebut. Dah letak? Amboi. Macam merajuk je.

“ Aimi. I miss you.”

Berlegar pula kata-kata Imran dalam mimpi tu. Aimi terus meraup wajahnya. Ah! Mimpi je tu. Lupakan! Lupakan!

“ Aimi! Belum bangun ke?”

Mendengar suara Maznah, Aimi terus usir nama Imran jauh-jauh.

“ Dah mak. Kejap lagi Aimi turun.”

Imran. Kalau saya pergi jumpa awak esok. Rasa-rasa saya boleh berlagak macam biasa ke? Kalau saya jadi lain macam mana? Arh! Stress!


No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers