Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 25 March 2016

Because You're My Love (Bab 25)



Pada mulanya, hanya jari-jarinya saja yang bergerak. Kini, matanya pula bergerak-gerak. Lama-kelamaan mata itu dibuka perlahan-lahan. Saat ada cahaya yang masuk ke dalam matanya. Pantas dia menutup matanya kembali tapi tidak lama bila dia berjaya mengawal anak matanya itu.

“ Alhamdulillah. Awak dah sedar Aimi.”

Aimi cuba memerhati sekeliling. Melihatkan wajah nurse Izati itu. Barulah dia faham yang dia berada di hospital. Ternyata Allah masih panjangkan umurnya. Sekali lagi dia melihat wajah nurse yang bernama Izati itu. Dia ingin membuka mulut untuk bertanya tapi gagal. Mulutnya seakan-akan berat untuk berkata-kata. Akhirnya, dia hanya mendiamkan diri. Badannya juga terasa masih lemah.

“ Aimi. Kalau nak apa-apa just minta dekat akak tau. Badan Aimi masih lemah. Aimi baru lepas pembedahan. Tak boleh gerak banyak.”

Aimi hanya mendiamkan diri. Tapi dia masih dengar apa kata-kata Izati itu.

“ Aimi. Saya keluar dulu. Nanti Doktor Imran akan datang. Kamu rehat dulu la ya.”

Aimi hanya melihat tubuh Izati yang keluar daripada bilik tersebut. Aimi memejamkan matanya kembali. Dia cuba ingatkan kembali apa yang berlaku sebelum dia tidak sedarkan diri sebelum ini.

“ I love you.”

Bila ayat itu berlegar dalam fikirannya. Dia terus membuka mata. Peristiwa di saat dia rasa dia takkan hidup lama itu kembali bermain dalam fikirannya. Dia telah meluahkan perasaannya time tu. Mengingatkan semua itu membuatkan dia malu. Terus dia menekup wajah dengan rasa malu yang amat tebal. Agaknya, Imran dengar tak time tu?

“ Assalamualaikum.”

Suara garau itu membuatkan Aimi meletakkan tangannya ke sisi. Terus dia membuka mata dan melihat ke arah pemilik suara itu. Imran. Tapi dia buat biasa. Salam dijawab dalam hati.

“ Alhamdulillah. Kamu dah sedar.” Imran mengucapkan syukur melihat keadaan Aimi yang sudah sedar itu.

Aimi memilih untuk mendiamkan diri. Sebab dia memang tidak berdaya untuk bercakap sekarang. Hanya senyuman yang mampu dia beri.

“ Aimi. Awak nak apa-apa ke?”

Imran jadi risau kembali bila melihat Aimi hanya berdiam. Takkan ada masalah lagi pada jantung barunya itu?

Aimi terus menggelengkan kepalanya. Tapi senyuman setia pada bibirnya walaupun tawar.

“ Kalau macam tu rehatlah. Awak perlukan rehat yang lebih. Saya keluar dulu ye.”

Aimi hanya melihat tanpa menghalang. Memang dia tak nak jumpa Imran buat masa ini sebab dia malu. Malu sangat. Jadi, biarlah dia berjauhan seketika dengan Imran. Ni pun mujurlah dia baru sedar. Kalau lama sikit mesti Imran akan tanya soal itu. Argh! Mana aku nak letak muka?

Imran yang baru keluar daripada bilik rawatan Aimi mengeluh hampa. Dia rindu sangat nak dengar suara Aimi. Tapi Aimi hanya mendiamkan diri saja tadi. Mungkin keadaan Aimi yang baru sedar membuatkan Aimi lemah. Jadi, dia tak ada kekuatan untuk bersuara. Maybe la. Think positif la Imran.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa berlengah dia pantas menjawab panggilan tersebut.

“ Helo.”                     

“ Helo doktor. Ayah Aimi dah nak dikebumikan. Doktor nak balik sini tak?”

Imran mengerling sekilas ke arah jam tangannya. Pantas langkahnya laju diatur ke luar hospital.

“ Tunggu saya. Kejap lagi saya datang.”

Pakcik. Biarlah buat kali terakhir saya hantar pakcik. Saya mewakilkan Aimi. Saya tahu kalau Aimi tahu mesti dia nak jumpa pakcik. Pakcik tunggu saya.

**
Kakinya melangkah perlahan ke hadapan. Matanya meliar melihat sekeliling. Kini, di sekelilingnya hanya ada pasir. Adakah dia terdampar di padang pasir? Kenapa dia ada dekat sini? Sesaat kemudian, dia terus melajukan langkah bila dia ternampak seseorang.

Saat kakinya dah maju. Kelibat itu datang menghampiri. Bila kelibat itu sudah berada depan matanya. Terus bibirnya mengukirkan senyuman.

“ Ayah!”

Tubuh ayahnya terus dipeluk. Dia rindu sangat dekat ayahnya itu. Tapi Cuma sesaat bila ayahnya meleraikan pelukan. Yang pasti, dia dapat lihat ketenangan pada wajah tua itu. Ayahnya setia mengukirkan senyuman.

“ Aimi. Jaga diri. Ayah dah tak boleh jaga kamu selepas ini.”

Aimi mengerutkan dahi. Dia tidak faham apa yang ayah dia sedang katakan. Baru saja dia nak membalas kata ayahnya itu, muncul seorang lagi dan berdiri di sisi ayahnya. Imran?

“ Aimi. Jangan tinggalkan Imran. Ayah tahu kamu sayangkan dia. Percaya pada ayah. Dia akan jaga kamu sebaik yang mungkin.”

Dia menoleh melihat Imran yang tersenyum itu.

“ Awak. Ikut saya?”

Dalam keadaan teragak-agak dia cuba mencapai tangan Imran tapi gagal bila kelibat ayahnya dan Imran tiba-tiba hilang. Dia terus menoleh sekeliling. Tiada!

“ Ayah! Im! Mana kamu berdua pergi?!”

Laju kakinya berjalan tapi tiada. Kelibat itu benar-benar dah hilang. Akhirnya, dia terduduk dengan linangan air mata. Baru saja dia bangun, dia terus membuka matanya.

“ Ya Allah!”

Aimi terus melihat sekeliling. Ya Allah! Kenapa dengan mimpi tu? Dahinya yang berpeluh itu dilap perlahan. Perlahan-lahan dia bangun duduk walaupun terasa pedih pada dada. Sekali lagi dia memejamkan matanya tapi Cuma sekejap bila wajah Imran bermain dalam fikirannya.

“ Ayah. Kenapa dengan ayah?”

Perlahan-lahan kakinya cuba menjejak lantai. Dahinya sudah berkerut menahan sakit. Dadanya disentuh perlahan. Dia dapat rasakan kesan jahitan di situ. Tapi dia tidak peduli. Yang dia tahu dia nak keluar daripada sini. Dia nak jumpa dengan ayahnya.

Saat kakinya dah mencecah lantai, dia cuba untuk berdiri. Bila dia rasa dah stabil dengan keadaannya, dia terus memulakan langkah. Tapi baru selangkah, dia terus terjatuh.

“ Argh!”

Rasa sakit pada dada dan tubuhnya terasa pedih. Dahinya dah berpeluh gara-gara menahan sakit. Tapi dia tidak berputus asa. Sekali lagi dia cuba bangun berdiri. Dan sekali lagi bila dia mula melangkah, saat itu juga dia mula hilang pertimbangan.

“ Arh!”

Aimi terus memejamkan matanya bila tubuhnya ingin mencecah lantai. Tapi, kenapa dia tiba-tiba rasa macam di awan-awangan. Dia kembali membukakan matanya. Dan terpampang wajah Imran yang beriak serius itu di depan matanya. Erk!

“ Awak nak pergi mana? Kan saya dah cakap awak tak boleh bergerak. Awak baru lepas buat pembedahan.” Suara itu kelihatan keras.

Aimi yang mendengar terus terdiam. Perlahan-lahan Imran memimpin Aimi agar duduk semula ke katil. Tubuh Aimi terus dibaringkan dengan perlahan. Sesudah itu, Imran terus menyelimutkan Aimi agar Aimi tidak kesejukan.

“ Awak buat saya risau la Aimi. Kalau nak apa-apa just panggil saya atau nurse kat sini.” Sekali lagi Imran bersuara. Tapi kali ini nadanya dah kembali kendur.

Aimi menggigit bibir. Dia tahu dia salah. Tapi dia Cuma nak cari ayah dia.

“ A..ayah.”

Dengan susah payah, dia mengeluarkan suara. Imran yang terdengar terus terkedu. Aimi cari ayah dia ke? Ya Allah! Macam mana aku nak cakap ni?

“ Kenapa Aimi?” Imran buat-buat tanya sedangkan dia sudah dengar tadi.

Aimi cuba sekali lagi untuk mengeluarkan suara tapi dia sudah tidak berdaya. Dia terasa lemah. Akhirnya dia terus menggelengkan kepalanya. Terus dia menoleh ke arah lain. Dia kecewa sangat bila tidak dapat jumpa dengan ayahnya. Kenapa dia lemah sangat ni?

Imran yang melihat kebisuan Aimi mula rasa sedih. Takkan dia nak cakap yang ayah Aimi dah tak ada? Mustahil. Biarlah makcik yang beritahu sendiri. Dia tak kuat nak lihat Aimi menitiskan air matanya.

“ Aimi. Awak perlukan apa-apa ke?”

Aimi terus menggelengkan kepalanya tanpa melihat Imran. Sedar tak sedar, air matanya telah pun menitis tanpa pengetahuan Imran. Dia terus memejamkan matanya. Dia tak nak sesiapa tahu yang dia tengah menangis. Imran yang melihat Aimi menutup mata itu terus terdiam.

“ Awak rehatlah. Saya keluar dulu.”

Keluar saja Imran daripada situ. Aimi kembali membuka matanya. Serentak itu air matanya makin laju mengalir. Malam itu, dia kembali menangis. Entah sebab apa tapi dia berasa sangat sedih. Sangat sedih!

**
Keesokan harinya, Maznah bersama Faiz dan Emelda datang ke hospital bagi menjenguk Aimi. Tapi, sebelum itu mereka berjumpa dahulu dengan Imran. Dan kini mereka berada dalam bilik kerja Imran.

“ Im. Makcik risau la.” Maznah menyuarakan rasa risaunya.

Imran mengeluh kecil. Bukan Maznah saja risau. Tapi dia pun sama. Dia takut akan penerimaan Aimi nanti. Tapi kalau tak diberitahu, lagilah Aimi akan curiga.

“ Tapi makcik. Kalau tak beritahu saya takut dia akan syak yang bukan-bukan.” Suara Faiz pula.

Emelda hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu nak cakap apa sebab dia risaukan Aimi. Sebenarnya dua hari ni mereka semua menerima tamparan yang besar dalam hidup mereka. Dimulakan dengan pemergian Razif kemudian pemergian Azmir. Seterusnya keadaan Aimi yang kritikal sebelum mendapat penderma. Sungguh! Semua itu merupakan ujian yang sangat berat buat mereka.

“ Tak apa. Biar makcik beritahu dia. Tapi kamu semua tolong makcik ye. Makcik takut dia tak dapat dikawal.”

Imran hanya menganggukkan kepalanya. Dia tahu. Lepas Aimi tahu ayahnya dah meninggal. Pasti Aimi akan sedih dan maybe masa tu dia sebagai doktor perlu memberikan ubat penenang.

Hampir 10 minit mereka berbincang, akhirnya mereka menuju ke bilik rawatan Aimi. Saat kaki melangkah masuk. Mereka dapat melihat keadaan Aimi yang tengah tidur itu. Maznah sebagai ibu terus rasa sayu melihat keadaan anaknya itu. Dia tiada saat anaknya bertarung nyawa. Dia juga tiada untuk menemani Aimi. Mak apakah dia?

Faiz dan Emelda pula terus rasa sebak. Mengingatkan Aimi terus mengingatkan mereka terhadap pengorbanan Razif. Sesungguhnya, mereka berdua merupakan kawan yang paling mereka sayangi. Mereka berdua sangat baik. Moga roh Razif dicucuri rahmat.

“ Aimi.”

Panggil Imran perlahan. Senyuman cuba diukir walaupun perit. Aimi yang mendengar namanya dipanggil pantas membuka matanya dengan perlahan-lahan. Terpampang figura Imran di hadapannya. Tapi dia tidak memberikan senyuman melainkan renungan kosong.

“ Aimi.”

Aimi yang mendengar suara yang sangat dia rindui itu terus menoleh ke arah kiri. Terus matanya berkaca-kaca saat melihat kehadiran Maznah.

“ Mak!”

Maznah terus menghampiri Aimi lalu memeluk tubuh yang tengah terbaring itu. Air mata yang mula bergenang ditahan sebaik yang mungkin.

“ Ya sayang. Mak ada di sini.”

Saat pelukan terlerai. Aimi menoleh pula ke arah Faiz dan Emelda. Senyuman lebar diberikan kepada mereka berdua.

“ Korang.”

Giliran Emelda pula berpelukan dengan Aimi. Tanpa dapat ditahan, mereka berdua terus menitiskan air mata. Tak tahan kalau asyik-asyik berpura-pura kuat. Mereka bukan robot tapi manusia biasa yang ada perasaan.

“ Kau sihat Aimi?”

Soal Faiz saat mereka sudah meleraikan pelukan. Melihat anggukan Aimi, Faiz terus tersenyum. Tapi dalam hati dia rasa tidak tenang selagi berita kematian ayah Aimi tidak diberitahu.

“ Mak. Mana ayah?”

Nah! Itulah soalan yang paling ditakuti oleh mereka yang berada di situ. Masing-masing dah terdiam. Tapi Maznah masih setia mengukirkan senyuman walaupun hambar. Dia cuba kuatkan hati untuk memberitahu Aimi. Aimi yang melihat semua terdiam dah rasa lain. Terus dia memandang ke arah Maznah.

“ mak? Mana ayah? Kenapa semua diam?” Bertalu-talu Aimi mengeluarkan soalan. Dia mula rasa tidak sedap hati.

“ Aimi. Dengar apa yang mak nak cakapkan ni.”

Tangan anaknya mula digenggam. Aimi terus mendiamkan diri dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada kata-kata yang akan dikeluarkan oleh Maznah itu.

“ Apa yang terjadi ada hikmahnya sayang. Dan mak nak kamu kuat terima ujian Allah kali ni walaupun sukar sangat untuk diterima. Ya sayang ya?”

Aimi membuat anggukan tapi dia masih tidak tenang.

“ Kenapa mak? Apa yang terjadi?”

Maznah tersenyum lagi. Kali ni dia perlu kuat.

“ Aimi. Ayah sayangkan kamu tau. Walaupun ayah dah tak ada dia sentiasa ada dalam hati kamu.”

“ maksud mak?”

Aimi dah mula rasa nak menangis.

“ Ayah dah pergi nak. Ayah dah kembali pada PenciptaNya.”

Terus air matanya mengalir ke pipi. Dia tidak percaya. Tak! Tak percaya!

“ mak mesti tipu kan? Mak tipu kan? Ni semua helah mak kan?”

Aimi ketawa kecil. tapi ketawa yang dibuat-buat. Dan ketawa itulah menyakitkan hati mereka semua yang berada di situ. Maznah terus menggelengkan kepalanya. Dia terus menarik Aimi ke dalam pelukannya.

“ Tak sayang. Mak tak tipu. Ayah dah tak ada sayang. Ayah dah pergi tinggalkan kita buat selama-lamanya.”

Hanya air matanya yang mengalir. Tapi dia terus diam tidak memberikan reaksi. Imran yang menyedari hal itu terus menjadi risau.

“ Aimi. Aimi.” Imran memanggil.

Maznah mula meleraikan pelukan. Melihatkan Aimi berdiam membuatkan dia risau.

“ Aimi?”

Aimi melihat semua orang yang berada di situ dengan senyuman. Belum sempat dia nak mengatakan sesuatu, dia terus rebah di sisi Maznah. Pandangannya yang kabur terus jadi gelap.

“ Ya Allah! Aimi!”

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers