Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday, 16 January 2016

Because You're My Love (Bab 13)

Assalamualaikum.

Alahai. Lamanya aku tk muncul. Haha. Sorry guys. Sorry. Dan sorry juga sebab masih tiada cerpen baru untuk tahun 2016. Aku hanya boleh berikan korang sambungan enovel ini. Sorry erk. Hehe.



Wajah Puteri yang terjengul di sebalik pintu itu membuatkan Imran terus merengus geram. Aimi pula hanya berdiam diri. Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku antara mereka berdua.

“ Kau nak apa? Aku busy sekarang ni. Aku ada patient.”

Puteri masuk dan menutup pintu. Senyuman kecil diukir. Dia menapak mendekati Aimi yang tengah duduk itu.

“ ni ke patient you? Dia sakit apa?”

Aimi terdiam. Imran pula yang menyedari perubahan pada riak wajah Aimi terus merengus kasar.

“ Itu bukan urusan kau.”

Puteri mengerling Aimi di sebelah.

“ You sakit apa?”

Aimi cuba mengukirkan senyuman yang paling ikhlas. Dia cuba sabarkan hati.

“ Jantung.”

Tiba-tiba Puteri tertawa kecil. Aimi yang mendengar tersentap.

“ Oh. Patutlah. Ermm. Tak lama lagi tamatlah riwayat hidup you.”

“ Puteri!”

Jeritan Imran mengejutkan Aimi dan Puteri. Aimi pantas bangun untuk pergi. Tapi tangannya terlebih dahulu dicapai Imran. Aimi yang menyedari hal itu pantas mendongak melihat Imran. Imran sudah berwajah tegang.

“ Kau tak berhak cakap dia macam tu! kau tak tahu apa-apa diam! Kau patut pergi! Dan aku tegaskan sekali lagi dia akan sembuh dan..”

Imran menoleh seketika ke arah Aimi. Aimi membalas renungan itu dengan senyuman hambar.

“ Dan aku akan kahwin dengan dia satu hari nanti.”

Puteri dan Aimi. Masing-masing terkedu.

“ What? You nak kahwin dengan perempuan macam ni? How dare you!?”

“ Hey! Kau ingat sikit Puteri! Kau langsung tak berhak masuk campur dalam urusan peribadi aku. Dan aku beri peringatan dekat kau. Kalau kau cuba-cuba ganggu kami berdua. Kau akan menyesal. Aku takkan teragak-agak bawa kau masuk lokap.”

Wajah Puteri terus berubah. Aimi yang melihat langsung tidak faham apa yang berlaku. Tapi lebih baik dia berdiam.

“ Im..”

“ Go! Just go! Kalau kau tak nak aku panggil pengawal, baik kau pergi!”

Tahap kesabaran Imran dah nak habis. Dia dah tak sanggup untuk bersabar lagi dengan Puteri. Kali ini Puteri dah melampau!

“ Okay! Fine! Tapi I akan tetap cari you lagi lepas ni.”

Hilang saja kelibat Puteri. Barulah Imran melepaskan pegangannya. Aimi masih diam tidak berkutik semenjak tadi. Itu membuatkan Imran menjadi risau.

“ Aimi. Serius. Saya nak minta maaf. Saya tak sangka dia akan cakap macam tu. I’m sorry.”

Aimi tersenyum hambar lantas menganggukkan kepalanya. Tanpa memandang Imran, dia terus duduk dan menoleh ke arah lain.

“ Saya faham. Betul apa dia cakap.”

“ no!” Bentak Imran lantas meraup rambutnya kasar.

“ No Aimi! No!”

Aimi mengetap bibirnya kuat. Entah kenapa hatinya saat ini benar-benar lemah bila di depan Imran. Dia rasa sakit sangat tengok Puteri tadi. Dia rasa dia insan yang tak berguna.

“ Aimi.”

Imran merenung Aimi dengan dalam. Aimi terus tunduk kerana dia malu dengan diri dia.

“ Looks! Saya takkan biarkan benda macam ni berlaku lagi. Saya akan pastikan awak sembuh. Itu janji saya.” Tegas Imran.

“ Saya terima apa saja ujian Allah Imran. Terima kasih sebab sudi rawat saya. Saya rasa saya tak boleh teruskan appointment dengan awak hari ni. saya balik dulu.”

Terus Aimi bangun dan menuju ke arah pintu. Tapi baru saja beberapa langkah, Imran terus merentap lengan Aimi. Langkah Aimi juga terus terhenti.

“ Biar saya hantar.”

“ No. Awak mesti ada banyak kerja.”

“ No. biar saya hantar.” Sekali lagi Imran bertegas.

Tanpa berlengah, Imran terus menanggalkan coat doktornya itu dan diletakkan di atas sofa. Kunci kereta di capai dan ditarik lengan AImi agar mengikutinya.

Aimi yang mendiamkan diri itu menangis dalam hati. Ya Allah. Kenapa Engkau hadirkan orang seperti dia dalam hidup aku? Sekarang aku rasa dia terlalu berharga buat aku.

**
Sudah 10 minit berlalu. Sepanjang 10 minit itu jugala masing-masing lebih memilih untuk mendiamkan diri. Tapi, masing-masing teragak-agak nak mengeluarkan suara. Akhirnya, jadi sunyi sepi keadaan dalam kereta time ini.

Aimi mengerling sekilas ke arah Imran. Dia takut Imran masih dalam mood yang tidak baik. Terhambur keluhan kecil daripada mulutnya. Entah kenapa, hatinya tadi berdebar-debar hebat saat Imran membela dirinya daripada perempuan tu.

“ Awak fikir apa?”

Aimi tersentak. Pantas dia memandang ke hadapan.

“ Nothing.”

Aimi terus berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sedangkan dalam hati hanya Allah saja yang tahu apa yang dia rasa. Imran di sebelah sudah mengukirkan senyuman kecil. Geli hati tengok reaksi Aimi sebentar tadi.

“ Saya nak minta maaf.” Ucap Imran dengan kesal. Bila ingat balik apa yang Puteri katakan tadi dia rasa kesal sangat.

“ It’s okay.”

Aimi hanya mampu tersenyum hambar.

“ No. I know you not okay. Awak kena percayakan saya. Awak pasti akan sembuh.”

“ Sudahlah Imran. Saya tak nak cakap fasal ni dah. Lupakan okay?”

Aimi menoleh ke arah Imran dan memberikan senyuman. Imran yang menyedari hal itu hanya mampu menganggukkan kepalanya. Aimi. Maafkan saya.

“ Boleh saya tanya sikit?”

Aimi menarik nafasnya dalam-dalam ingin mengumpul kekuatan.

“ Yap. Apa tu?”

“ Boleh tak beritahu saya lepas ni keadaan saya macam mana. I mean teruknya macam mana.”

Kali ni Imran terdiam. Dia terkelu lidah untuk menjawab. Sebab dia tak tahu nak berikan jawapan macam mana dekat Aimi. Aimi yang menanti mengeluh hampa.

“ Tak apalah. Saya dah tahu jawapannya. Thanks.”

Aimi terus menoleh ke arah tingkap. Terus air matanya mengalir tanpa dipinta. Dia tak tahu kenapa tapi kebisuan Imran tadi membuatkan dadanya senak. Dia tahu Imran hanya ingin menjaga hatinya.

“ Saya akan pastikan awak sembuh.” Ujar Imran tapi dengan perlahan. Dia tak nak buatkan hati Aimi resah. Dia tak nak.

**
Berkali-kali tangannya menekan loceng rumah tersebut. Tapi masih tiada seorang pun yang keluar. Dia mula merengus geram. Dia mencapai telefon bimbit dan mendail nombor orang rumah tersebut. Hampir 2 minit menunggu akhirnya panggilan bersambut.

“ Kau kat mana sekarang?” Dingin Imran menyoal.

“ I dekat luar. Kenapa Im? You nak jumpa I erk?”

Imran terus melangkah ke arah kereta semula.

“ Yes. Aku nak jumpa kau. Kau dekat mana?”

“ Serius? Okay. You boleh datang ke rumah papa I.”

Tanpa berlengah, dia pantas mematikan talian dan bergerak ke rumah pakcik saudaranya itu. hampir 15 minit barulah dia sampai. Belum sempat tekan loceng pun Puteri dah keluar daripada rumah dengan senyuman manisnya itu. Imran yang melihat dah rasa nak termuntah.

“ Papa kau mana?”

Imran mula menapak masuk ke dalam rumah. Bibik yang tolong bukakan pintu pagar tadi dah menghilang ke dapur.

“ Papa I kerja la. You datang sini kenapa? Rindu I erk?”

Puteri dah senyum menggoda. Imran yang melihat terus tersenyum sinis.

“ Aku? Nak rindu kau? Please!”

Imran memerhati sekeliling. Entah kenapa dia dapat rasakan ada orang lain selain dia dalam rumah ni. Dia mendongak melihat ke tingkat atas. Dan dia macam perasan sesuatu. Terus dia menoleh ke arah Puteri.

“ Siapa lagi yang ada dalam rumah ni?” Soal Imran dengan wajah ketat.

Puteri tersentak. Tapi dia masih beriak selamba.

“ Ada siapa? Tak ada la. I seorang je.”

Imran tak percaya kata-kata Puteri tu. Tapi dia tidak ambil peduli. Dia terus duduk di sofa. Dia perlu selesaikan segala-galanya hari ini.

“ Apa sebenarnya yang kau nak dari aku Puteri?”

Puteri terdiam.

“ Kalau sekali kau tak kacau hidup aku tak boleh ke?” Imran dah mula berlembut dengan Puteri. Dia dah penat.

“ Imran. Please. I Cuma nakkan you.”

“ But, I don’t love you! Cukuplah sekali Put. Kau patut bahagia dengan orang lain. Not me. Aku tahu lelaki yang datang jumpa aku tempoh hari tu sangat sayangkan kau. I know that.”

Imran renung tajam ke arah Puteri. Melihatkan Puteri yang cuba beriak selamba itu membuatkan dia mula mengukirkan senyuman sinis.

“ Aku tahu. Dan aku yakin sangat lelaki tu ada dalam rumah ni. kan?”

Terus Imran menoleh ke arah tangga bila dia menyedari seseorang berdiri di situ. Dan telahannya tepat bila lelaki yang warningnya tempoh hari duduk di situ. Bila kehadiran lelaki itu dah mula disedari, kakinya laju saja melangkah dan duduk di sisi Puteri. Puteri masih terkedu.

“ Aku tak sangka. Dekat rumah papa kau sendiri pun kau masih buat macam ni? Bila kau nak berubah Put?” Ujar Imran kesal.

“ I bukannya buat apa-apa pun dengan dia.” Nafi Puteri.

Imran memandang lelaki di sebelah Puteri. Mereka saling berbalas pandangan.

“ Aku tak tahu apa hubungan korang berdua. Tapi kau boleh tolong aku tak?” Tanya Imran pada lelaki itu.

“ Apa?”

“ Tolong jaga buah hati kau ni baik-baik. Kalau boleh kahwin teruslah senang. Kau tahu tak sebab buah hati kau ni patient aku terus rasa down! Tolong lah. Cakap dekat dia yang aku tak perlukan dia lagi dalam hidup aku.”

Imran terus bangun selepas selesai berkata. Tapi buat kali terakhir dia menoleh memandang Puteri yang berdiam daripada tadi.

“ Puteri. Aku sayangkan kau tapi sebagai sepupu aku. Dan tolong terima orang yang bersungguh mencintai kau. Bukan aku tapi dia. Sedarlah Put. Jangan buatkan papa kau kecewa lagi. Dia percayakan kau. Fikir-fikirkanlah dan tolong jangan cari aku lagi selepas ni.”

Usai berkata, Imran terus berlalu keluar daripada situ. Dia rasa lega selepas berkata demikian depan dua orang itu. Berharap mereka tidak akan mengganggunya lagi.

Puteri terdiam. Tapi dia sudah mengalirkan air mata. Tiba-tiba tangannya disentuh perlahan. Terus Puteri menoleh ke arah lelaki itu.

“ Puteri. Betul kata dia. You tak nak berubah ke? I sayangkan you Put. Please. Kahwin dengan I?”

Terus Puteri menangis teresak-esak selepas mendengar permintaan itu.

**
Wajah yang kelihatan mendung itu diperhati dengan perasaan aneh. Masing-masing tertanya-tanya. Tapi tak berani pula nak keluarkan suara untuk bertanya. Sudahnya, masing-masing berdiam diri. Akhirnya, tuan empunya diri juga yang bersuara.

“ korang nak apa?”

Faiz dan Razif masih mendiamkan diri. Serius. Aimi kelihatan tidak bermaya saat ini. Tujuan mereka datang sebab nak beritahu masalah dengan Dina dah selesai. Tapi, kalau cakap sekarang macam tak berapa okay je.

“ Kau okay ke Aimi?” Faiz yang beranikan diri menyoal.

Aimi tersenyum hambar. Selepas balik daripada hospital tadi. Dia terus tak ada mood. Teringat fasal penyakitnya itu membuatkan dia jadi lebih down.

“ Aku okay je. Korang nak apa-apa tak? Kalau nak aku pergi buatkan.”

“ Tak payah. Kau duduk je sini diam-diam.” Arah Faiz.

Aimi hanya menurut. Dia tunduk memandang jari.

“ Awak tak okay kan Aimi? Kenapa ni? Cuba cakap dekat kami.” Razif pula menyoal.

“ Saya okay. Betul. Tak sihat sikit je ni.”

“ Betul ni?”

Aimi mengangguk bagi meyakinkan mereka.

“ Okay. Aku just nak cakap dekat kau. Fasal Dina tu dah okay. Selesai. Jangan kau fikir lagi.” Maklum Faiz dengan senyuman kecil.

“ Baguslah kalau macam tu. Lega aku dengar.”

Faiz dan Razif terus bangun. Rasanya mereka perlu beredar segera. Hari dah nak malam.

“ Kami balik dulu.”

Aimi membuntuti mereka sampai ke pintu. Faiz berlalu dahulu ke arah motosikalnya. Dia ingin memberi ruang kepada Razif dan Aimi.

Razif berhenti seketika daripada melangkah. Dia menoleh memandang Aimi. Aimi hanya mendiamkan diri.

“ Aimi? Apa apa-apa yang awak nak beritahu saya ke?”

Aimi tersentak. Tapi tak pula dia menoleh memandang Razif.

“ Tak ada.”

Razif still setia pandang Aimi. Entah kenapa dia rasa Aimi ada rahsiakan sesuatu daripada dia dan kawan-kawan dia.

“ Razif.”

Aimi menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Rasanya ini keputusan yang paling berat bagi dia. Tapi dia perlu lakukan agar tiada sesiapa kecewa. Dia tak nak sebab dia orang lain susah.

“ Ya?”

Aimi mendongak melihat Razif yang sedikit tinggi daripada dia itu. senyuman hambar terukir.

“ Boleh saya minta awak buat sesuatu?”

“ Apa?”

“ Lupakan saya.”

Dan Razif terus terkedu.

No comments :

Post a Comment

Popular Posts