Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday, 3 December 2015

Enovel : Because You're My Love (Bab 1)

Assalamualaikum...

Hai hai youalls. Welcome back to my blogger. Yeah. Dah lama tak menjenguk ke sini. Dan bila hadir ke sini bersama post baru. Semestinya buatkan sesiapa yang ternanti-nanti tu tersenyum sampai ke telinga kan. Haha. *Eh? Tak betul erk?* Okay abaikan. Yes. Atas permintaan seorang adik ni. So, terhasillah enovel ni. 


Sesiapa yang perasan tu. Yes. Ini merupakan cerita daripada cerpen Because I Love You. Dan terniat di hati... cerita ni nak jadi bagi panjang supaya pembaca lebih faham. So, terciptalah enovel ni. Hope sesiapa yang ternanti-nanti enovel daripada aku tu enjoy la. Sebarang kekurangan dan kesilapan harap dimaafkan. InsyaAllah... akan cuba lagi baik lepas ni. So, happy reading guys! :)



Kring!

Loceng sudah berbunyi. Makanannya cepat-cepat dihabiskan supaya dia boleh masuk ke kelas dengan pantas. Kalau terlewat nanti, habislah dia kena denda. Sebaik sahaja dia selesai makan, tergesa-gesa dia melangkah ke arah kelas 5 Bestari. Apabila kakinya berjaya masuk ke kelas, langkahnya pula terhenti secara tiba-tiba.

“ Aimi!”

Insan yang sudah dia lama dia perhati itu kini sedang berhadapan dengannya. Serentak itu, dia jadi gelisah tiba-tiba. Senyuman plastik cuba dipamerkan. Tetapi, dia still tak berganjak daripada situ. Mujur rakan-rakannya sibuk buat kerja sekolah.

“ Ye? Ada apa?” Aimi cuba berlagak formal.

“ Boleh saya jumpa awak selepas habis sekolah nanti?”

Aimi terdiam. Jumpa?

“ Erk.”

“ Saya nak beri something dekat awak. Tunggu saya dekat pintu pagar sekolah pukul 2 nanti. Bye. Saya balik kelas dulu.”

Aimi hanya mampu menjeling kelibat lelaki itu pergi dengan senyuman. Tiba-tiba dia terfikir, nak bagi apa? Dah lah muncul secara tiba-tiba pula tu. Buat aku terkejut je. Nasib kau handsome. Dan.. nasib aku minat kau. Hehe.

“ Aimi! Yang kau still tercegat dekat situ lagi kenapa?”

Aimi tersentak sesaat. Bila sedar banyak mata memandang ke arahnya. Dia pantas tersengih lantas bergerak ke tempat duduknya. Malu!

“ Amboi dia. Best la dapat jumpa jejaka hot dekat sekolah ni?” Usik Emelda dengan sengihan.

Aimi hanya buat muka bosan. Apa-apa jela. Kalau aku layan nanti, makin kuat dia akan mengusik.

“ Tapi, dengar kata dia dah ada girlfriend. Kalau tak salah aku lah.”

Aimi tersenyum tawar. Baguslah. Boleh lah aku buang rasa minat aku ni dekat dia cepat-cepat. Tapi kalau betul, kenapa mesti nak jumpa aku? Takkan dia perasan aku perhati dia dua menjak ni? Erk!

“ Cikgu datang!”

Dan akhirnya, persoalan itu hanya dibiarkan saja berlegar-legar dalam fikirannya tanpa dia mampu menjawabnya.

**
Peluh yang mula merintik itu dilap dengan sapu tangan. Pandangannya dihalakan ke sekitar sekolah. Tapi kelibat yang ditunggu-tunggu masih belum tiba. Hampir sejam dia menunggu depan pintu pagar sekolah ni. Lain yang ditunggu, lain yang jadi. Kang aku balik baru ada akal kot.

“ Aimi? Kenapa kau still tunggu sini lagi?”

Aimi mengeluh hampa. Kan dah kena tegur dengan budak yang tak tahu malu ni.

“ Tengah tunggu orang. Kenapa?”

Dia mula rimas. Sang jejaka hot tu belum datang-datang juga. Tapi, Sang Pengacau ni pula datang. Lagi 5 minit kalau si jejaka tu tak datang. Aku akan balik.

“ Tunggu siapa? Boleh aku join?”

“ Eh! Apa hal yang kau datang duduk kat sebelah aku ni. pergi sanalah. Tak kuasa aku nak tunggu dengan kau.”

Aimi terus bangun dan berjalan pergi. Malas dah aku nak tunggu. Baik aku balik dulu. Kang aku tunggu lama-lama dekat sini, nanti lain jadinya.

“ Aimi! Wait!”

Langkah Aimi terhenti sebaik sahaja mendengar panggilan tersebut. Akhirnya! Datang juga kau. Lambat! Tolak 10 markah.

“ Sorry lambat. Saya ada kelas tadi. Mengejut.”

Aimi dapat lihat riak dia yang kepenatan itu. Sampai mengah dibuatnya.

“ Sokay. Ada apa awak nak jumpa saya?”

Budak lelaki itu tersenyum sipi lalu menyerahkan sesuatu pada Aimi. Aimi menyambut dengan kerutan di dahi.

“ Apa ni?”

“ Nanti balik awak tengok. Ermm.. saya balik dulu. Sorry sekali lagi buat awak tertunggu-tunggu. Bye.”

“ Okay. Bye Rafiz.”

Aimi sudah mampu menghembus nafas lega. Nasib aku sudi juga tunggu tadi. Kalau tidak, mesti aku takkan dapat jumpa dia. haha.

“ Oh. Patutlah tak sudi tunggu dengan aku. Rupanya.”

Faiz tersenyum tawar sebaik melihat adegan tadi. Hatinya diburu rasa cemburu yang amat. Yes. Dia memang sukakan Aimi. Tapi, Aimi tak pernah pandang dia pun. Yang dia tahu, Aimi labelnya sebagai pengacau.

Aimi tersentak apabila ditegur. Muka Faiz yang macam kecewa itu dipandang.

“ Kenapa kau ni? ada masalah?”

Faiz terus berlalu pergi meninggalkan Aimi terpinga-pinga. Aku mungkin takkan dapat peluang tu lagi. Aku juga tak layak sebenarnya digandingkan dengan kau. Arh! Pasrah je lah Faiz. Cari orang lain yang nakkan kau. Dia takkan sedar kehadiran kau la.

“ Eh! Kenapa dengan mamat tu. Sewel?”

Aimi akhirnya hanya menjongket bahunya tanda tidak tahu lalu berjalan untuk pulang ke rumah. Yang pasti, hatinya kini sedang tertawa gembira. Yihaa!

**
Tangannya membuka balutan kotak itu dengan selembut yang mungkin. Gara-gara tak mahu balutan itu koyak sebab terlalu cantik dipandang. Okay! Dah teruk sangat tu Aimi oi.

Dalam tengah khusyuk dia membuka hadiah itu, tiba-tiba telefonnya bergetar. Tapi, dia langsung tidak menghiraukan telefon itu malah terus fokus akan hadiah yang akan dibukanya nanti. Nak tengok apa isi di dalamnya.

Selesai je balutan dibuka, Aimi dengan senyuman puas membuka kotak itu. Dan dia terkejut melihat isi di dalam kotak itu.

“ Eh! Ni bukan sapu tangan aku ke?”

Tangannya mencapai pula sepucuk surat yang berada dalam kotak itu.

Saya pulangkan sapu tangan awak. Maybe awak tak perasan, sapu tangan awak tercicir masa awak kelam kabut masuk ke kelas tempoh hari. Saya perasan so saya tolong simpan kejap. Sorry sebab baru bagi. Terlambat. Hehe.

Aimi terdiam sesaat. Kemudian, dia tersenyum kecil. Tak sangka. Ada juga orang sudi simpan sapu tangan buruk aku ni. Dan aku mana ingat langsung tentang sapu tangan ni. Aduhai!

Sambil dia belek sapu tangan tu, telefon bimbitnya sekali lagi bergetar. Tanpa berlengah, dia mencapai telefon tersebut dan melihat nama di skrin. Eh! Nombor yang tidak dikenali.

“ He..helo.”

Aimi menyimpan semula kotak tadi ke dalam laci dengan sebaik mungkin. Senyumannya terus mekar gara-gara surat itu.

“ Aimi Aisya.”

Tapi, senyumannya itu tidak lama bila terdengar suara asing itu.

“ Siapa?”

“ Aku.”

“ Tahulah. Tapi siapa?” Aimi dah bengang.

“ Faiz Mokhtar Idris.”

Kali ni, Aimi benar-benar terkedu.

2 comments :

  1. Salam.
    kami dari penerbitan lovenovel sedang mencari manuskrip untuk dinilai.
    sekiranya cik/puan ade manuskrip penuh untuk dinilai oleh pihak kami.
    cik/puan boleh email terus ke lne.manuskrip@gmail.com . TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Saya dah hantar ke email yang tertulis tu. :)

      Delete

Popular Posts