Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 25 March 2016

Because You're My Love (Bab 24)

Assalamualaikum..

Ehem..Ehem.. Curi masa kerja sikit. Haha. Demi nak habiskan enovel ni so terpaksala percepatkan sikit. Sampai curi masa. Haha. Okay. Tak nak bebel. Jemput baca. 



Dah 4 jam berlalu. Ini bermakna 4 jam juga Faiz dan Emelda menunggu di luar bilik pembedahan. Mereka sedang menunggu Aimi. Pada masa yang sama mereka mendoakan Aimi selamat.

Selepas pengebumian Razif, mereka terus bergegas ke sini. Mereka ingin selalu berada di samping Aimi. Mereka tak nak kehilangan lagi seorang kawan baik mereka.

“ Ya Allah. Macam mana kita nak beritahu doktor Imran? Dia tengah buat pembedahan.”

Tiba-tiba lalu dua orang nurse di hadapan Faiz dan Emelda. Mereka berdua yang mendengar mula rasa aneh. Mereka berdua saling berpandangan sebelum memandang semula ke arah nurse itu.

“ Kesian budak Aimi tu.”

Faiz mengerutkan dahi. Kenapa kak nurse ni sebut nama Aimi?

“ Maaf kak. Apa yang berlaku? Kami ni kawan Aimi.” Faiz memberanikan diri bertanya.

Nurse-nurse tadi terus menoleh ke arah Faiz. Sesaat kemudian mereka mengukirkan senyuman hambar.

“ Ayah Aimi. Dia kemalangan. Dan..”

Emelda dan Faiz terkedu.

“ Dan apa kak?” Gesa Emelda pula.

“ Ayah dia dah meninggal dalam kemalangan tersebut.”

“ Allah!”

Faiz terus meramas rambutnya dengan perasaan yang sukar untuk digambarkan. Emelda pula dah menekup mulut. Ya Allah. Mereka baru kehilangan Razif. Kini, mereka kehilangan pula ayah Aimi. Ya Allah! Berat sungguh dugaan ini.

“ Sekarang ayah dia ada dalam bilik mayat. Kamu berdua nak pergi lawat ke?”

Faiz melihat Emelda yang kelihatan muram itu. Dia tahu Emelda sedih.

“ Boleh juga.”

Emelda terus menoleh ke arah Faiz. Dia terus menggelengkan kepalanya. Hati dia dah tak kuat saat ini. Mereka baru sahaja kehilangan Razif.

“ Mel.”

Faiz memegang kedua-dua bahu Emelda. Mata yang penuh dengan air mata itu direnung. Senyuman hambar cuba diukir.

“ Tak nak. Hati aku tak kuat Faiz. Aku tak kuat.”

Emelda tunduk dengan bahu yang terhinggut-hinggut. Faiz yang melihat keadaan Emelda terus melepaskan pegangannya. Wajahnya diraup berkali-kali.

“ Mel. Kau kena kuat. Demi Aimi. Please.” Sekali lagi Faiz cuba memujuk.

Emelda masih menggelengkan kepalanya.

“ Kejap je. Please. Kita tengok bagi pihak Aimi.” Lembut Faiz memujuk.

Perlahan-lahan Emelda mendongakkan kepalanya. Air matanya yang mengalir dibiarkan terus mengalir. Melihatkan wajah Faiz yang penuh mengharap itu membuatkan dia terus menganggukkan kepalanya.

“ terima kasih Mel.”

Ingin sahaja Faiz memeluk tubuh Mel. Tapi dia tak berhak. Akhirnya dia hanya memberikan senyuman buat 
Mel.

**
Dah nak dekat pukul 1 pagi. Barulah lampu bilik kecemasan itu berubah menjadi hijau. Faiz dan Emelda yang setia menunggu itu terus bangun berdiri. Ingin tahu perkembangan Aimi.

Doktor Imran keluar daripada situ dengan wajah yang letih. Bila nampak saja wajah Faiz dan Emelda yang sugul itu. Dia terus tersenyum. Langkah terus menuju ke arah mereka berdua.

“ Doktor. Macam mana dengan keadaan Aimi?” Belum sempat Imran nak membuka mulut. Emelda terus menyoal dahulu.

“ Alhamdulillah. Pembedahannya berjalan dengan lancar. Dia berjaya diselamatkan.”

Kedengaran pula rasa syukur oleh mereka berdua. Imran yang melihat pun mengucap syukur dalam hati.

“ Tapi doktor.”

Dahi Imran terus berkerut saat melihat wajah Emelda yang bertambah sugul itu. Faiz di sebelah sudah mendiamkan diri.

“ Tapi apa Mel?”

“ Ayah Aimi doktor. Dia dah tak ada.”

Dengar saja berita itu, senyuman Imran terus mati. Dia yang berdiri tadi terus mengambil tempat di kerusi. Dia tak kuat untuk terus berdiri.

“ Nurse kata dia kemalangan.”

Imran terkedu. Teringat lagi dia waktu Azmir menghantar Aimi ke hospital beberapa jam yang lalu. Katanya nak balik ambil mak Aimi. Tapi baru dia sedar sampai saat ini kelibat itu langsung tiada. Ternyata..Allah. Macam mana dengan Aimi nanti?

“ Razif baru saja pergi. Lepas tu ayah dia pula. Saya takut dia tak kuat Doktor.” Luah Emelda dengan perlahan.

Imran menggosok-gosok mukanya dengan seribu kehampaan. Dia berasa hampa kerana dia tak dapat selamatkan ayah Aimi dan Razif. Dia berasa kecewa sangat-sangat.

“ Semua salah saya. Saya gagal selamatkan Razif. Kemudian ayah dia pula. Ya Allah. Doktor apa saya ni?!”

Faiz terus menggelengkan kepalanya.

“ Doktor tak salah. Lagipun dah ajal Razif sampai sini saja. Ayah Aimi pun tak minta semua ni. yang penting Doktor dah selamatkan Aimi. Saya rasa ayah dia mesti bangga sebab anak dia dah selamat.”

Faiz terus duduk di sisi Imran. Bahu doktor itu ditepuknya berkali-kali.

“ Doktor dah menyelamatkan nyawa Aimi. Itu yang penting.”

Imran terdiam. Matanya jauh merenung ke hadapan. Dia masih teringat bagaimana reaksi Aimi dan kesakitan yang ditanggung Aimi sebelum masuk  ke wad kecemasan. Dia tak boleh lupa semua tu.

“ Terima kasih doktor. Kalau doktor tak ada. Mungkin Aimi..”

Imran terus menggelengkan kepalanya saat melihat Emelda yang ingin mengalirkan air mata itu.

“ Aimi dah selamat. Itu yang penting. Dah jangan fikir lagi.”

Imran terus bangun. Dia tak boleh terus bersedih. Kalau dia bersedih apatah lagi kawan-kawan Aimi. Mesti lagi sedih.

“ Aimi mungkin tidak akan sedar dalam masa ini. Sekarang kita perlu tolong Aimi.”

Faiz dan Emelda berpandangan sebelum turut bangun.

“ Tolong apa doktor?”

“ Uruskan pengebumian ayah dia. Teman mak Aimi. Kamu mesti tak nak mak dia sedih kan?”

“ InsyaAllah doktor.”

**
Suara-suara yang mengalunkan bacaan yasin sudah kedengaran dari luar rumah. Suasana hiba yang menyelubungi ruang rumah itu tidak mematahkan semangat Imran untuk terus tersenyum. Dia perlu kuat kalau nak orang lain juga kuat. Dia tak nak orang di sekelilingnya terlalu bersedih.

“ Doktor.”

Imran yang tengah memikirkan masa depan Aimi terus tersentak saat dirinya ditegur.

“ Makcik.”

Maznah mengambil tempat di sisi Imran. Walaupun suaminya telah meninggal. Tapi Imran susah nak tengok Maznah menangis. Mungkin Maznah tak nak tunjuk.

“ Terima kasih ye. Kerana kamu dah banyak tolong makcik kat sini.”

“ Dah tanggungjawab saya makcik.”

“ Terima kasih juga sebab berjaya selamatkan anak makcik. Sekarang ni makcik dah tak ada sesiapa melainkan Aimi.”

Imran perasan Maznah sedang cuba menahan duka dengan tidak mengalirkan air mata. Air mata yang bergenang tadi pun terus diseka tak nak orang lain perasan. Aimi. Mak awak memang seorang yang tabah.

“ Terima kasih dekat Allah makcik. Bukan saya. Saya Cuma menjalankan tanggungjawab.”

Maznah tersenyum hambar. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“ Makcik masuk dulu.”

Hilang saja kelibat Maznah. Imran terus mendongak ke arah langit. Langit pada pagi ini kelihatan mendung. Macam faham perasaan mereka yang baru kehilangan orang yang disayangi.

“ I love you.”

Tiba-tiba kata-kata terakhir Aimi sebelum tidak sedarkan diri berlegar dalam fikirannya. Dadanya terus berdegup kencang. Matanya pula terus berair. Aimi. Saya pun sayangkan awak. Saya rasa macam nyawa saya dah melayang selepas tengok awak tidak sedarkan diri. Saya takut sangat Aimi. Saya ingat saya akan kehilangan awak.

Semua perilaku Aimi kembali bermain dalam fikirannya. Tanpa disedari, air matanya terus menitis. Arh! Kenapa dengan aku ni? Terus diseka air matanya. Senyuman pula terus diukir even tawar.

“ Doktor rindukan dia kan?”

Muncul Faiz secara tiba-tiba. Melihatkan Faiz yang kelihatan tenang itu membuatkan Imran terus terdiam.

“ Doktor. Saya rasa terkilan sebab tak dapat jumpa Razif buat kali terakhir. Tapi pada masa yang sama saya bersyukur sebab Aimi selamat.” Faiz menoleh pula ke arah Imran yang terdiam itu.

“ Faiz. Aimi tu terlalu baik. Dia lain daripada yang lain. Dia selalu berusaha buat orang di sekeliling dia bahagia sedangkan dia? Lebih suka memendam.” Luah Imran dengan senyuman hambar.

“ Aimi. Siapa yang tak kenal. Degil nombor satu.”

“ Dan siapa tak kenal Aimi yang suka buat orang risau.” Sambung Imran pula.

Akhirnya mereka terus tertawa kecil tapi tidak lama. Senyuman mereka terus mati saat mengingatkan apa yang telah terjadi. Mesti Aimi sukar untuk menerima semua ini.

“ Razif minta saya rahsiakan daripada Aimi. Dia tak nak Aimi tahu yang dialah penderma tu.” Maklum Imran.

“ Dan saya juga rasa Razif tak nak Aimi terlalu sedih akan pemergian dia.” Ujar Faiz pula.

“ Kita tak tahu apa akan jadi selepas ni. Tapi sama-samalah kita berusaha bangkitkan semangat Aimi.”

Faiz tersenyum.

“ Sudah semestinya. Dia kawan saya.”

Belum sempat Imran nak membalas. Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Pantas dijawab panggilan tersebut.

“ Helo. Ya Izati. Ada apa?”

Imran mengerling sekilas ke arah Faiz.

“ Doktor. Aimi doktor.”

Terus riak Imran berubah. Faiz yang melihat jadi tanda tanya.

“ Aimi.”

Selepas mendengar nama Aimi. Fahamlah Faiz.

“ Nanti saya ke sana.”

Imran terus bangun dan menamatkan panggilan. Faiz turut bangun.

“ Saya kena ke hospital. Nanti ada apa-apa saya call awak Faiz.”

“ okay doktor.”

Dalam hati. Faiz berdoa agar Aimi tidak ada apa-apa.

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers