Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 30 March 2016

Because You're My Love (Bab 35)



“ Sayang!”


Imran bergegas menyarungkan baju kemejanya. Lepas itu rambutnya disikat selaju yang mungkin. Bila nampak tie yang tergantung pada lehernya, dia mendengus geram. Dia dah betul-betul lewat untuk ke hospital. Semalam gatal tidur lewat sangat. Kan dah lewat.


“ Abang?”      


Muncul Aimi bersama kerutan. Dia baru sahaja selesai menyiapkan sarapan. Bila dengar namanya dipanggil, pantas dia naik ke atas. Melihatkan Imran yang kelam kabut itu. tahulah dia yang Imran dah lewat untuk ke kerja.


“ Kenapa tak kejutkan abang?” Dengan lembut Imran menyoal. Tapi matanya masih terarah pada cermin. Mengemaskan rambutnya dan tali lehernya itu.


Dengan senyuman Aimi menghampiri Imran. Perlahan juga dia menolak tangan Imran. Tali leher yang dipegang Imran diambil dan dia mula mengemaskan ikatan yang telah dibuat. Mula-mula dulu memang dia kekok gila nak buat tapi lama-lama dah terbiasa. Dah suami kerja doktor. Kena lah belajar. Kalau suami kerja biasa-biasa saja tak perlu pun ambil tahu.


“ Thanks sayang.”


Imran memberikan senyuman sebelum mengucup dahi Aimi lembut.


“ Aimi ingat abang tak kerja. lena sangat tidurnya. So Aimi tak berani nak gerak.”


Aimi mengambil beg kerja Imran lantas menghulurkan kepada Imran. Selepas itu barulah dia keluar daripada bilik dan diikuti Imran. Imran menjeling jam tangannya. Dah lewat sangat ni.


“ Sayang. Abang minta maaf tapi abang betul-betul dah lewat. Jadi abang kena pergi dulu tanpa sarapan. Sorry sayang.” Dengan wajah serba salah Imran berkata.


Aimi tersenyum. Tangan Imran dicapai lalu disalamnya. Kemudian dahinya pula dikucup Imran.


“ Tak apa. Aimi faham. Dah. Pergi cepat. Nanti lewat.”


“ Abang janji. Malam nanti abang bawa Aimi pergi dinner. Okay sweetheart? I have to go. Bye. Assalamualaikum.”


“ Waalaikumussalam.”


Imran bergegas masuk ke dalam kereta. Selepas menghidupkan enjin kereta, dia pantas mengundurkan keretanya sehingga ke luar halamn rumah. Sebelum dia berlalu dia sempat menoleh ke arah Aimi dan memberikan Aimi senyuman. Aimi membalas senyuman itu sehinggalah kelibat Imran betul-betul hilang daripada pandangan.


“ So.. apa aku nak buat ni?”


Aimi menutup pintu rumah. Kakinya diatur sehingga ke bilik. Matanya meliar sekeliling. Semuanya dah kemas. Sekarang apa aku nak buat? Bosannya.


“ Eh!”


Aimi mengerutkan dahinya saat ternampak sesuatu daripada bawah katil. Dengan perlahan-lahan Aimi tunduk dan melihat apa yang ada di bawah katil. Kotak! Dengan penuh cermat dia mengeluarkan kotak tersebut. Berhabuk!


Aimi membuka kotak itu dengan perasaan berdebar. Buka-buka saja kotak tu, dia dapat lihat satu gambar. Dan dalam gambar tu ada wajah suaminya dengan Puteri. Aimi tersentak seketika. Puteri? Apa hubungan mereka dulu?


Aimi membelek pula gambar kedua. Kali ni dia betul-betul terkedu. Gambar Puteri sedang merangkul lengan Imran. Dan Imran pula kelihatan bahagia sekali dalam gambar tersebut. Aimi melihat belakang gambar tu. Ada tulisan.


I will be your love forever ~ Imran


Pap!


Terjatuh terus kotak itu daripada pegangannya. Serentak itu air matanya terus bergenang pada tubir mata. Hatinya bagai ditusuk benda yang tajam sekarang ni. Tak mahu hatinya bertambah sakit, dia terus menolak kotak itu semula ke bawah katil. Air matanya yang nak mengalir pantas diseka kasar.


Tapi tidak lama bila air mata itu kembali mengalir. Setitis. Dua titis dan makin laju air matanya mengalir ke pipi. Sehinggalah dia menangis dengan rasa yang sangat sakit dan kecewa.


“ Abang..”


Aimi memejamkan matanya erat. Tak! Aku perlu kuat. Aku perlu selidik dulu. Aku tak boleh bertindak melulu. Lagipun Puteri dah kahwin. Tak mungkinlah mereka masih ada hubungan. Tak. Aku perlu lakukan sesuatu.


Pantas Aimi mendail nombor Puteri. Dia perlu jumpa Puteri dan meminta penjelasan. Kalau tidak dia akan tertanya-tanya.


“ Puteri. Boleh saya jumpa awak kejap?” Soal Aimi lantas menyarungkan tudungnya.


“ Boleh. Datang rumah I. I ada dekat rumah. You tahu kan rumah I dekat mana?”


“ Ya. Thanks Puteri.”


Abang. Aimi minta maaf. Tapi Aimi kena keluar rumah. Maaf sebab tak minta izin dulu. I have to!


**

Aimi memerhati sekeliling rumah. Tapi tidak pula dia menekan loceng. Tiba-tiba keberanian dia hilang dalam sekelip mata. Dia jadi teragak-agak sama ada nak teruskan atau tidak niatnya untuk berjumpa dengan Puteri.


“ Balik je la Aimi.”


Aimi mula memusingkan badannya ke arah jalan semula. Matanya dipejamkan seketika. Mengumpul kembali semangat yang ada. Tapi still tak berani nak masuk. Ya Allah. Apa aku nak buat sebenarnya ni?


“ Aimi!”


Aimi tersentak. Pantas dia membuka mata dan menoleh ke belakang. Ternyata Puteri sudah sedar akan kehadirannya kali ini. pintu pagar utama telah dibuka. Dan muncullah Puteri dengan senyuman lebarnya.


“ Kenapa tak panggil? Nasib I nampak you dari atas. jom lah masuk. Husband I tak ada. Dia kerja.”


Belum sempat Aimi nak berbuat apa-apa, tangannya terlebih dahulu ditarik. Dengan hati yang berat , dia mengikut langkah Puteri sehingga ke dalam rumah. Apabila sampai saja di ruang tamu, mereka berdua terus mengambil tempat.


“ Ada apa nak jumpa I ni Aimi?” Soal Puteri.


Aimi terdiam. Dia mengetap bibir. Apa aku nak jawab ni?


“ Aimi?”


Puteri pelik. Aimi nampak macam menyembunyikan sesuatu. Dan macam teragak-agak nak cakap. Akhirnya Puteri mencapai kedua-dua tangan Aimi lantas memberikan senyuman kecil.


“ Cakap je Aimi. I sudi dengar.” Pujuk Puteri.


Aimi tersenyum kelat. Nafas ditarik dalam lalu menghembuskannya dengan perlahan. Wajah Puteri ditatap dengan seribu persoalan.


“ Apa hubungan awak dengan Imran?” Dengan satu nafas saja Aimi menyoal.


Puteri yang mendengar dah menjongketkan kening.


“ Sepupu la. Kan Im dah cakap sebelum ni?” Terang Puteri dengan kerutan.


Aimi terdiam. Dengan hati yang berat, dia keluarkan juga gambar yang dia nampak semasa di dalam rumah tadi dan hulurkannya kepada Puteri.


“ Habis ni?”


Puteri menyambut huluran Aimi dengan tanda tanya. Bila matanya dah melihat gambar itu, hatinya terus tersentak. Terus dia mendongak melihat Aimi yang kesedihan itu. Terhambur juga keluhan kecil daripada mulutnya.


“ Okay. Looked! Jangan salah faham Aimi.”


“ Please explain.” Rayu Aimi dengan hati yang rapuh.


Puteri tersenyum tawar. Kepalanya dianggukkan seketika.


“ Sebenarnya 5 tahun yang lalu, kami berdua adalah pasangan kekasih.”


Kenyataan itu sememangnya berjaya membuatkan Aimi terkelu. Tapi dia tidak cepat melatah. Dia masih menanti kata-kata yang seterusnya daripada mulut Puteri.


“ Tapi itu dulu Aimi. Sekarang tak lagi. Dia betul-betul sayangkan you Aimi. Dia tak pernah menduakan cinta dia. Dia seorang yang setia. Percayalah cakap I. I pun dah ada husband I. Dan I bersyukur sebab dia pilih you daripada I. Lagipun salah I juga. Punca kami putus pun daripada I.”


Puteri menjeling sekilas ke arah gambar yang diambil 5 tahun lalu. Kenangan lalu memang susah untuk dilupa. Tapi itu dulu. Sekarang dah banyak yang berubah.


“ I curang Aimi. I tipu dia. I cakap I sayang dia tapi belakang dia I ada pasang lain.”


Serentak itu air mata Puteri mengalir ke pipi. Tapi cepat-cepat disekanya dengan senyuman pahit. Aimi yang melihat dah terkedu.


“ Lepas dia pergi barulah I sedar yang I benar-benar cintakan dia. Tapi I dah terlambat Aimi. Dia dah tak boleh terima I. Dua tahun juga I cuba raih kembali hati dia. Macam-macam cara dah yang I buat termasuk menyakiti you depan Im dekat hospital time tu. tapi tetap tak jalan. Because of what? Because he’s really love you Aimi.”


Puteri menarik senyuman yang paling ikhlas buat Aimi. Dia nak Aimi percaya apa kata dia. dia tak nak sebab dia rumah tangga Aimi dan Imran menjadi teruk.


“ Tapi..”


“ Selama dia hidup dengan you. Ada dia abaikan you? Ada dia berkasar dengan you? Or ada dia layan acuh tak acuh je terhadap you? Ada?”


Soalan Puteri itu membuatkan Aimi terus menggelengkan kepalanya.


“ Langsung tak ada Puteri. Dia layan saya dengan baik. Bak seorang Puteri. Dan dia sabar saja dengan saya setiap kali saya merajuk.”


Penjelasan Aimi ternyata membuatkan Puteri tersenyum kecil. kepalanya dianggukkan. Tangan Aimi digenggam erat.


“ Itu menunjukkan dia betul-betul cintakan you Aimi. Gambar ni, hubungan I dengan dia dulu tu.. it just old story Aimi. Kisah silam. Dan you tak patut jadikan hal ini punca you bergaduh dengan dia. Please don’t.” Pinta Puteri sambil menggelengkan kepalanya.


Aimi mula menarik senyuman. Terus tubuh Puteri dipeluknya.


“ Thanks Puteri. Saya tak tahu apa akan jadi kalau saya tak jumpa awak. Maybe saya akan gaduh dengan Im. Dan thanks juga sebab berikan keyakinan kepada saya.” Ucap Aimi dengan tulus ikhlas.


“ no problem my dear. I Cuma nak tebus kembali kesalahan I pada dia dan you. I tahu dia boleh bahagiakan you Aimi. Trust me. Dan please.. kalau hal macam ni berlaku lagi. please jangan bertindak melulu. Fikir dulu. ye?”


Aimi tertawa kecil. Dia pantas membuat anggukan kecil.


“ Yes. I’m promise. Thanks again Puteri.”


Abang. Maafkan Aimi. Mujur Aimi datang jumpa Puteri. Wait for me tonight.


**

“ Saya balik dulu Puteri. See you again!”


“ Okay dear. Bye.”


Dengan senang hati, Aimi berjalan menuju ke perhentian teksi. Mujur rumah Puteri tidak jauh daripada pekan. Kalau tidak jenuh juga nak berjalan. Nanti tak fasal-fasal sakit kaki.


Aimi mula meliar sekeliling. Mencari sama ada teksi ada atau tidak. Tapi tiada. 5 minit juga menunggu tapi tiada satu pun teksi datang. Aimi mengeluh kecil. Adakah ini balasan sebab aku keluar tak minta izin suami?


Aimi terus melabuhkan punggung di bangku di belakangnya itu. Kejap-kejap dia memandang ke arah jalan. Kejap-kejap dia tunduk memandang telefon. Kejap-kejap dia bernyanyi kecil. Nak dekat 10 minit juga dia berkeadaan begitu sehinggalah ada seseorang yang datang menghampirinya.


“ Cik.”


Aimi terus mendongak saat dirinya ditegur. Aimi tengoklah kiri kanannya sekilas. Mana tahu ada orang lain. Rupanya dia saja. Aimi dah mula berdebar. Rasa takut mencengkam diri. Dahlah dia keseorangan di sini. Apa lelaki depan dia ni nak?


“ Erk. Yes?” Aimi mengukirkan senyuman paksa.


“ Boleh saya duduk sebelah cik?”


Tak perlu dipinta pun, Aimi terlebih dahulu bangun. Dia memang tak selesa nak duduk sebelah lelaki ini. Tambah-tambah lelaki itu memandangnya semacam. Lagi takut Aimi dibuatnya.


“ Erk. Duduklah.”


Aimi terus memusingkan badan ke arah lain. Dia perlu pergi dari sini. Kat depan ada perhentian bas. Lebih baik dia tunggu dekat situ. Kalau lebih lama dia tunggu dekat sini, entah apa akan jadi nanti.


“ Eh! Cik! Nak ke mana?”


Aimi langsung tidak menghiraukan panggilan lelaki asing itu. Yang pasti, dia sangat takut sekarang ni. Dalam fikirannya saat ini hanya terfikirkan Imran saja. Dia rasa berdosa pula keluar tanpa izin suami. Terus matanya bergenang dengan air mata kerana takut.


“ Cik! Tunggulah!”


Aimi menoleh sekilas. Terkejut dia bila lelaki itu ternyata mengekori langkahnya. Kakinya semakin laju melangkah. Ya Allah! Tolonglah aku! selamatkan aku.


Sedang Aimi berjalan, tiba-tiba dia terasa bahunya dilanggar seseorang. Terus Aimi tunduk dengan perasaan takut dan bersalah. Rasa sakit ditolak ke tepi sebab dia tahu dia yang salah gara-gara jalan tak tengok depan.


“ Maaf. Maaf sangat-sangat.”


Aimi sempat menoleh ke belakang. Apabila lelaki asing itu semakin menghampiri, Aimi terus bersembunyi belakang lelaki yang terlanggarnya tadi. Dia menggelengkan kepalanya tanda tak nak berdepan dengan lelaki asing itu.


“ Eh! Awak. kenapa awak sembunyi belakang saya?”


Aimi mengetap bibir. Dia sudah memejamkan matanya erat. Dia terlalu takut jadi sukar untuk dia berfikir dengan baik.


“ Tolong saya. Saya tak tahu kenapa lelaki tu kejar saya. Saya takut. Please help me.” Pinta Aimi tanpa mendongak ke arah lelaki di depannya itu. dia hanya setia tunduk ke bawah. Dalam hati dia sudah beristighfar berkali-kali agar dia dilindungi.


“ Cik.”


“ Maaf. Kenapa kejar dia?”


Aimi semakin mengecilkan dirinya di belakang lelaki itu. dia langsung tidak berani nak tengok apa akan terjadi nanti.


“ Erk. Nothing.”


Terus lelaki asing tadi berlalu. Aimi yang sedar lelaki asing itu sudah pergi pantas menghembus nafas lega. Serentak itu dia mendongak melihat lelaki yang telah selamatkan dia tadi.


“ Terima kasih..”


Tapi belum sempat Aimi nak memberikan senyuman, dia terlebih dahulu terkaku pada tempatnya.


“ Sama-sama.”


“ Razif?”


Diam.


“ Razif?”


Firhan terkedu. Dia terasa sukar untuk bernafas kali ini. Nasibnya tidak baik saat ini kerana terserempak dengan isteri Imran. Aduhai! Apa perlu aku buat ni?


“ Erk. Hai.” Kekok Firhan membalas.


Aimi dah mula mengukirkan senyuman lebar.


“ Alhamdulillah. Akhirnya saya dapat juga jumpa awak. Mana awak pergi selama ni? Risau tau tak. Dah lah wedding saya pun awak tak datang.”


Firhan dah menarik sengih. Sebenarnya dia tak tahu nak bagi jawapan apa saat ini. Dia buntu. Tapi bila tengok wajah teruja Aimi tu, dia jadi tak sampai hati nak beritahu perkara sebenar. Terpaksalah dia menipu.


“ Saya ada hal sikit. Sorry lah sebab tak muncul depan awak. Sorry juga sebab tak hadir wedding awak.” Jawab Firhan dengan teragak-agak.


“ It’s  okay. Dan terima kasih sebab tadi tolong saya.”


“ no problem.”


Aimi menatap sekali lagi wajah Razif. Tapi dia mula pelik. Semenjak bila Razif pandai buat rambut cacak? Dan semenjak bila Razif jadi tinggi sikit daripada sebelum ni? Maybe dia semakin membesar.


“ Erk. Saya kena gerak dulu. See you again.”


Firhan terus berlalu tanpa menunggu jawapan Aimi. Dalam hati jangan cakaplah. Berdebar gila sebab takut rahsia bocor. Nasib sempat kawal. Kalau tidak habislah.


Aimi hanya melihat Razif berlalu. Dalam hati sedikit kecewa bila melihatkan Razif macam dah tak kenal dia. Dia melihat sampailah kelibat Razif hilang daripada pandangan. Setelah itu, kakinya kembali melangkah ke arah perhentian bas. Dia perlu pulang atau Imran akan risau.


Sedar tak sedar, dia sudah ada di perhentian bas. Tak sampai satu minit menunggu. Bas sudah sampai. Aimi mendongak melihat langit. Bila dah rasa tenang semula, barulah dia melangkah ke arah bas.


“ Aimi!!”


Tapi terhenti saat namanya diseru seseorang. Dengan pantas dia menoleh ke belakang. Belum sempat nak berikan reaksi, tubuhnya terlebih dahulu berada dalam pelukan seseorang. Buat seketika Aimi jadi tak tahu nak buat apa. sampailah pelukan direnggangkan.


“ Are you stupid? Awak hampir nak dilanggar tahu tak?”


Suara yang tinggi itu membuatkan Aimi terus mendongak. Dan serentak itu air matanya mengalir pula. Razif!


“ Mujur saya sempat. Mujur saya tak jauh dari awak. Apa yang awak fikir ha? Hampir saja motosikal tu nak langgar awak! Kalau betul awak kena langgar, apa saya nak jawab dengan suami awak nanti?”


Aimi menekup wajahnya. Kenapa? Kenapa aku tak nampak? Kenapa aku terlalu cuai?


“ Aimi.”


Firhan mengeluh kecil. Tak sampai hati nak marah bila tengok keadaan Aimi. Perlahan-lahan dia menarik lengan Aimi yang berlapik itu jauh daripada jalan. Wajah Aimi ditatapnya lembut.


“ Sorry. Bukan saya nak marah awak tapi awak buat saya risau.”


Aimi menjatuhkan tangannya ke sisi. Air matanya terus diseka perlahan. Dia mula menarik senyuman.


“ Terima kasih Razif. Saya tak tahu apa akan jadi kalau betul-betul saya kena langgar tadi.”


“ Tugas saya sebagai manusia. Atas dasar pertolongan. Awak dah okay kan?”


Aimi terus mengganggukkan kepalanya. Tanda dia okay.


“ Baguslah. Lega saya dengar. By the way saya ada hal. Urgent. Saya pergi dulu. Saya sarankan jangan balik naik bas. Awak nampak macam masih trauma. Baik awak telefon suami awak. boleh kan?”


Aimi terdiam. Dia keluar tanpa pengetahuan Imran. Kalau telefon, Imran pasti marah.


“ Erk. Boleh.” Teragak-agak Aimi menjawab. Dia rasa bersalah yang amat. Ini balasan sebab dia keluar tanpa izin suami.


Firhan yang melihat keadaan Aimi macam tidak tentu arah itu sekali lagi melepaskan keluhan. Dengan keadaan Aimi macam ni. mana mungkin dia nak tinggalkan dia.


“ Bak sini handpone awak. Saya nak call suami awak.”


Aimi tersentak. Dia memandang sepi ke arah tangan Firhan. Dia pun tak tahu nak beri atau tidak.


“ Aimi. Please.” Pohon Firhan.


“ Okay.”


Bila handpone Aimi sudah berada pada tangan Firhan. Cepat-cepat Firhan mendail nombor Imran.


“ Assalamualaikum bro. Aku ni.”


Apabila Firhan menjauh. Aimi terus toleh ke arah lain. Dia cuba ingat apa yang terjadi tadi. Tapi gagal. Sebab semuanya terlalu cepat. Dan kenapa dia perlu cuai? Ya Allah.


“ Nah. Saya dah call. Kejap lagi dia datang. Kebetulan dia ada dekat-dekat sini.” Maklum Firhan sebaik sahaja selesai call Imran. Handpone kembali diserahkan semula kepada Aimi. Aimi menyambutnya dengan anggukan.


“ Saya tunggu dengan awak dekat sini.”


Aimi mengangguk lagi. Tapi sesekali dia kerling juga ke arah Razif. Dia terfikir lagi. Adakah ini Razif? Kenapa dia rasa macam lelaki di depannya saat ini bukan Razif? Berbeza.


“ Saya rasa itu kereta dia.”


Lamunan Aimi terhenti bila Firhan bersuara. Aimi menoleh ke arah yang ditunjukkan Firhan. Kelihatan Imran sedang melangkah ke arah mereka.


“ Aimi. Kenapa tak cakap nak keluar? Patutlah abang rasa tak sedap hati.”


Aimi terus diserang. Belum sempat nak cakap apa-apa pun.


“ Bro. Thanks. Kau dah tolong aku.” Giliran Imran pula mengucapkan terima kasih kepada Firhan.


Firhan hanya tersenyum. Bahu Imran ditepuk perlahan sebelum dia melangkah pergi. Aimi dan Imran hanya melihat Firhan pergi tanpa berkata apa-apa. Bila kelibatnya dah hilang, Imran kembali memandang ke arah Aimi. Aimi nampak keliru.


“ Sayang.”


Aimi terus menggenggam tangan Imran. Dia membuat gelengan kecil. Air matanya dah bergenang.


“ Maafkan Aimi. Aimi tahu Aimi salah. Aimi keluar tanpa cakap dekat abang. Maafkan Aimi.”

Imran yang tidak tahu apa-apa itu hanya tersenyum. Tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya.


“ Tak apa sayang. Abang tak marah. Yang penting sayang selamat.”


“ Sorry sangat-sangat abang.”


“ Syuuh! It’s okay dear.”


Entah berapa lama Aimi menangis dalam pelukan Imran. Tapi yang pasti baju Imran dah basah. Aimi mendongak melihat Imran dengan perasaan serba salah.


“ Sorry basahkan baju abang.”


Imran tertawa kecil. kepala Aimi diusap lembut.


“ Anything for you. Jom kita balik.”


Tangan Aimi digenggamnya erat lantas mereka berdua berjalan ke arah kereta Imran. Tapi sebelum tu sempat lagi Imran memberi kucupan pada pipi Aimi.


“ Abang!”


“ Ubat tu. Nak bagi hilang tangisan sayang. Free kot. Mana dapat dekat kedai.”


“ Ha. Ha. Ha. Not funny abang.” Aimi buat muka seposen.


Imran yang melihat sudah ketawa besar. Aimi. Aimi. Abang tak tahu lah jika Aimi hilang daripada pandangan abang. Agaknya abang akan jadi gila.

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers