Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 24 March 2016

Because You're My Love (Bab 23)

Okay. Jangan kata apa-apa dan baca ja. Haha. 



Matanya merenung jauh ke arah hadapan. Kepalanya dah cukup berserabut. Hatinya pun juga begitu. Nak memandu pun tak tenang. Setiap kali teringat kata-kata nurse pagi tadi. Dia terus rasa tidak tentu arah. Rambutnya diraup kasar.

“ Kenapa aku bodoh sangat! Kenapa aku tak kesan perubahan dia time tu?”

Dia menggigit pula tangan kanannya. Air matanya yang ditahan tadi mengalir lagi. Dia kecewa sangat. Kawan jenis apa dia bila tak tahu Aimi sakit! Argh!

Pap!

Kuat tangannya menampar stereng kereta. Matanya juga dah makin kabur kerana air mata. Tiba-tiba ada cahaya terang menerobos masuk ke dalam matanya. Tersedar, dia terus menggosok matanya.

Melihatkan ada sebuah kereta laju daripada arah bertentangan, dia terus membelok keretanya ke arah kanan. Dan gara-gara tidak sempat nak mengelak, akhirnya kereta itu terus terlanggar tembok jalan.

Srettt!

**
“ Doktor! Doktor! Ada pesakit kemalangan!”

Imran yang setia tunggu Aimi dekat luar bilik rawatan terus mendongakkan kepalanya. Air matanya terus diseka. Hatinya betul-betul tidak kuat saat ini. Keadaan Aimi sangat kritikal saat ini. Dia dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Aimi. Tapi keadaan Aimi semakin teruk. Satu saja jalan penyelesaiannya saat ini iatu mendapatkan penderma. Tapi mana dia nak dapat penderma tu! Ya Allah!

“ Doktor.”

Imran terus bangun. Dia perlu kuatkan semangat. Dia tak boleh lemah. Pantas kakinya laju melangkah ke arah nurse yang memanggilnya tadi.

“ Macam mana keadaan pesakit tu sekarang?” Serius Imran menyoal

“ Parah.”

Bila dah sampai ke wad ICU. Terus mereka berdua menuju masuk ke dalam. Imran terus menuju ke katil pesakit tersebut. Bila dia tengok muka pesakit itu, dia tersentak besar.

“ Razif?”

Razif yang seperti terdengar namanya dipanggil membuka matanya dengan perlahan. Bila wajah Imran ada di hadapannya, dia tersenyum tawar. Rasa sakit yang dia rasai tidak dihiraukan.

“ Dok..doktor.”

Imran terdiam. Ya Allah. Razif!

“ Macam mana kamu boleh jadi macam ni?”

Razif masih cuba untuk tersenyum walaupun dadanya semakin sakit. Dia mula rasa sesak nafas. Darah yang mengalir daripada kepalanya itu langsung tidak dihiraukan. Imran yang melihat terus menyuruh nurse di situ membersihkan luka tersebut.

“ Dok..doktor. Tolong sa..saya boleh? For the last time. Please…”

Tiba-tiba Razif memegang tangan Imran dengan kuat. Imran yang melihat terkedu.

“ Kenapa Razif? Benda apa?”

“ Kalau ajal saya sampai sini saja. Tolong dermakan jantung saya pada Aimi. Tolong doktor. Selamatkan Aimi.”

Dan kali ni Imran terus terpegun. Permintaan Razif itu mengejutkan dia. Sangat-sangat.

“ Ma..macam mana kamu tahu dia sakit?”

“ Saya terdengar pagi tadi. To..tolong doktor.”

Imran meraup wajahnya kasar. Kenapa semua ni harus terjadi?

“ Aimi dalam kritikal sekarang ni.” Maklum Imran dengan senyuman tawar.

Razif yang mendengar terus terdiam. Tapi tidak lama bila dadanya mula rasa sakit.

“ Doktor. Bacaan jantung dia semakin rendah.”

Imran terus melihat bacaan jantung Razif. Belum sempat tangannya ingin membuat pemeriksaan lebih lanjut. Tangan itu dicapai Razif. Melihatkan Razif menggelengkan kepalanya, Imran jadi kaku.

“ Tolong doktor. Selamatkan dia. Saya tahu umur saya dah tak panjang.”

Imran menggigit bibir. Dia tak tahu nak buat keputusan macam mana. Kalau dia tak dapatkan penderma, peratus Aimi nak selamat tiada. Tapi kalau dia terima permintaan Razif. Razif pula akan pergi. Ya Allah! Beratnya ujian kali ni.

“ Tolong doktor!”

Akhirnya dengan hati yang berat dia mengangguk.

“ Ya. Saya akan selamatkan Aimi. Terima kasih Razif.”

Razif sudah mampu tersenyum lega. Kini, barulah dia boleh pergi dengan tenang. Aimi. Saya janji saya akan selamatkan awak.

“ Dan…tolong jangan beritahu dia yang saya pemilik jantung tu.”

“ InsyaAllah.”

Razif sudah memejamkan matanya. Alhamdulillah. Barulah dia boleh pergi dengan lega. Imran yang melihat keadaan Razif saat itu berubah cemas.

“ Razif! Razif! Dengar tak suara saya ni?”

Cengkaman pada lengan Imran akhirnya terlepas. Tangan Razif terus terlepas. Imran yang melihat keadaan itu terus terundur dua langkah ke belakang. Perlahan bibirnya mengucap.

“ Doktor.”

Melihatkan gelengan nurse, Imran jadi sebak. Razif dah tiada.

“ Saya akan tunaikan permintaan awak Razif.”

**
Suasana hiba menyelubungi ruang rumah Razif ketika itu. Faiz dan Emelda yang tengah bekerja pada malam itu terus bergegas ke rumah Razif saat mendapat berita yang tidak baik itu. Semua rakan-rakan baik Razif juga datang ke rumahnya pada saat itu. Ingin melihat Razif buat kali terakhir.

Faiz yang baru selesai membacakan surah yasin kepada Razif terus bangun dan keluar daripada situ. Dia sudah tidak dapat menahan kesedihan. Dia sudah tidak dapat berpura-pura kuat. Akhirnya, air matanya tumpah jua ke pipi. Melihatkan wajah tenang Razif tadi, dia tahu Razif reda dan sudah tahu akan kepergiannya kali ini.

Emelda yang melihat Faiz keluar turut berbuat demikian. Air matanya diseka sebelum berdepan dengan Faiz.

“ Faiz.”

Faiz yang menyedari kehadiran Emelda pantas menyeka air matanya. Senyuman hambar ditarik. Dia terus memandang ke arah lain bila menyedari Emelda sedang merenungnya.

“ Aku tak percaya dia akan pergi secepat ini Mel. Aku tak sangka dia akan pergi dulu.” Lirih Faiz ketika berkata.

“ Ya. Aku tahu. Tapi yang hidup pasti akan mati tak kira cepat atau lambat. Dah itu takdir dia. Kita mesti reda Faiz. Kalau dia tahu kau sedih macam ni, tentu dia tak suka.” Emelda cuba memujuk. Dia tahu Faiz rapat sangat dengan Razif. Walaupun usia persahabatan mereka baru mencecah 4 bulan. Tapi bagaikan dah setahun mereka berkawan.

Faiz tersenyum pahit. Dia mendongak memandang langit. Razif. Terima kasih kerana sudi jadi kawan aku. Aku sayang kau Razif. Aku tahu kau dah pergi dengan tenang. Tapi, aku masih susah nak percaya. Kuatkankah hati aku ni selepas ni Razif? Baru sebulan kita habis SPM. Kau pula dah pergi. Mana janji kau nak pergi ambil result sama-sama? Ya Allah.

“ Faiz. Dia dah berjasa pada kita terutama pada Aimi.”

Faiz yang ralit memandang langit itu terus menoleh ke arah Emelda. Dia tak faham apa yang Emelda katakan.

“ Doktor Imran dah beritahu aku segala-galanya.”

“ Beritahu apa ni Mel?”

Emelda mula merasa sebak. Air matanya dah bergenang.

“ Dia dah tahu Aimi sakit Faiz.”

Faiz tersentak.

“ Pagi tadi dia tahu. Doktor Imran cerita masa dia rawat Razif. Razif buat permintaan terakhir. Kebetulan masa tu Aimi dalam keadaan kritikal. Jadi..”

Emelda dah tidak dapat meneruskan kata-katanya bila air matanya dah mengalir ke pipi. Dia menekup mulutnya dengan kuat. Faiz yang melihat terus memegang tiang yang berada di sebelahnya. Dia rasa nak rebah saat mendengar kata-kata Emelda.

“ Dia..dia dermakan jantung dia pada Aimi.”

Kali ni giliran Faiz pula mengalirkan air mata. Ya Allah!

“ Dia..dia macam tahu dia akan pergi. Dan sekarang… Doktor Imran sedang berusaha menyelamatkan Aimi dengan jantung Razif.”

Faiz terus terduduk dengan perasaan hiba. Emelda yang melihat keadaan Faiz terus menangis.

“ Razif…” Faiz menutup mukanya lalu menghamburkan tangisnya di situ. Emelda yang faham perasaan Faiz itu turut menangis. Kini, mereka berdua betul-betul sudah kehilangan Razif dan pada masa yang sama amat berterima kasih pada Razif sebab dia Aimi selamat.

“ Sudahlah. Yang pergi biarkan pergi.”

Faiz dan Emelda terus menoleh ke arah suara itu. Ternyata ayah Razif. Melihatkan ayah Razif yang kelihatan tenang itu, mereka berdua terus menyeka air mata.

“ Pakcik.”

“ Pakcik dah reda Faiz. Mel. Lagipun dia dah berjasa kali ni. Pada kawan kamu. Dia dah menyelamatkan seorang kawan kamu. Walaupun pakcik dah kehilangan dia, tapi dia masih ada dekat sini. Dekat dengan kita.” Ujar Hisyam sambil meletakkan tangan kanannya ke arah dadanya.

Faiz dan Emelda yang melihat terus tersenyum hambar.

“ Ya. Dia selalu ada dalam hati kita.”  Balas Faiz lalu memejamkan matanya.

Ya. Dia selalu ada bersama kita. Terima kasih Razif.

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers