Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday, 3 April 2016

Because You're My Love (Bab 39)



“ Sadaqallahul azim…”

Usai membaca Yaasin, tangannya mula menaburkan bunga ke atas tanah kubur itu. Sesudah itu, dia mula menyiram air di atas bunga-bunga dan tanah itu. Bila dah selesai gilirannya, dia menyerahkan pula pada orang disebelahnya.

Batu nisan yang tertulis nama Muhammad Razif itu dipegangnya seketika sebelum menarik senyuman hambar. Air mata yang ingin mengalir cepat-cepat diseka. Dia dah janji dengan dirinya sendiri yang dia tidak akan menangis depan kubur Razif. Dia perlu kuatkan semangat. Demi Razif dia kena kuat. Kalau Razif tengok pun mesti tak suka.

“ Sayang.”

Imran yang baru selesai itu menoleh ke arah Aimi yang berdiam diri sejak tadi. Jadi risau dia.

“ Abang. Terima kasih sebab sudi bawa Aimi lawat kubur arwah.”

Imran tersenyum. kepala Aimi diusap lembut.

“ Dia kawan Aimi dan dia juga telah menyelamatkan Aimi. Mestilah abang sudi bawa.”

Aimi mengerling sekilas ke arah Imran lalu kembali memandang ke arah kubur arwah Razif. Razif. Terima kasih untuk segala-galanya. Terima kasih sangat-sangat. Saya tahu sampai bila-bila pun saya tak mampu balas budi awak yang tak ternilai ini. Cuma saya harap ada balasan yang baik daripada Allah untuk orang yang sebaik awak. Razif.

“ Jom kita balik.” Ajak Imran lalu bangun berdiri.

Aimi turut bangun. Tapi dia masih tidak berganjak. Imran yang menyedari hal itu hanya tersenyum kecil.

“ Abang jalan dulu. Ambil masa sayang.”

Aimi hanya membiarkan Imran berlalu. Sesaat dia mendongak ke arah langit. Dalam hati dia berdoa agar roh Razif dicucuri rahmat. Bila dah rasa tenang barulah dia tunduk semula.

“ Razif. Saya balik dulu. InsyaAllah kalau ada masa lagi saya datang. Terima kasih untuk segala-galanya.”

Dengan hati yang tenang, dia melangkah meninggalkan kubur Razif. Dengan senyuman kecil juga dia meredakan segala apa yang telah terjadi. Dia pasti apa yang berlaku ada hikmahnya. Itu takdirnya. Dan dia tak boleh menolaknya. Terima dengan hati yang terbuka.

“ Abang. Tunggu.”

Aimi pantas mengejar langkah Imran. Bila dah berdiri di sisi Imran, tangan itu digenggamnya.

“ InsyaAllah. Syurga tempat dia.” Ujar Imran lantas mereka meneruskan perjalanan sehingga ke kereta.

Aimi tersenyum. InsyaAllah abang. Razif. Ketahuilah bahawa saya takkan pernah lupakan orang sebaik awak. Sebab awak pernah jadi sebahagian daripada hidup saya dulu. Thanks Razif. Thanks you so much.

**
Semenjak tadi, keadaan menjadi sepi. Tiada seorang pun yang ingin membuka mulut. Masing-masing takut sebenarnya. Tambah-tambah selepas tengok Aimi yang masih mendiamkan diri tu. Imran di sebelah sudah menjongketkan kening.

“ Abang pergi dapur jap. Sayang berbual lah dulu.”

Tanpa berlengah, Imran pantas bangun daripada tempat duduknya. Dia bergegas menuju ke dapur. Rasanya selepas ini bukan urusan dia. Biarlah isterinya yang menyelesaikan sendiri.

“ Aimi. Saya nak minta maaf.”

Firhan kerling ke arah Faiz sebelum kerling semula ke arah Aimi yang terdiam itu. Dia dah mula resah. Selepas Faiz maklumkan pada dia yang Aimi dah tahu kisah sebenar, dia dah tak tentu arah. Tapi pada masa yang sama dia bersyukur sebab dia tak perlu menyamar lagi.

“ Maafkan kami Aimi. Kami Cuma tak nak kau bersedih bila dapat tahu.” Suara Emelda pula. Sebab dia pun terlibat sama.

Aimi tersenyum kecil. Rasa geli hati pun ada tengok muka-muka depan dia ni. Gelisah semacam. Baru mereka tahu langit tu tinggi ke rendah. Bila buat tak fikir pula perasaan orang. Sekarang baru mereka tahu. Haha.

“ Ada tak korang fikir perasaan aku bila korang buat semua ni?”

Firhan, Faiz dan Emelda terkedu. Melihatkan renungan tajam Aimi itu. Tahulah mereka yang Aimi betul-betul marah.

“ Maaf Aimi. Kami Cuma tak nak kau lebih terluka. Maaf.” Giliran Faiz pula meminta maaf.

Aimi tersenyum sinis.

“ Tapi dengan cara korang ni aku lebih terluka. Ada kau pernah fikir semua tu?”

Mereka semua terus terdiam. Terkelu lidah nak jawab apa. Tiba-tiba Imran muncul dan duduk semula di sisi Aimi.

“ Sayang. Jangan salahkan mereka sepenuhnya. Abang yang mulakan semua ni dulu. sepatutnya sayang salahkan abang.”

Aimi terdiam. Imran pula sudah tersenyum. Tahu sangat apa agenda Aimi tu. Sedangkan semalam dia yang cakap yang dia dah lama maafkan mereka. Tak ambil hati dah pun sebab dia tahu mereka buat semua ni untuk dia. Imran yang teringat kata-kata Aimi semalam tu menahan senyum.

“ Maafkan kami Aimi.” Firhan sekali lagi meminta maaf.

Aimi kerling Imran yang sudah tahan senyum itu. Tangannya digenggam erat. Aimi kembali memandang ke arah mereka. Terus dia mengukirkan senyuman.

“ Tahu pun takut?”

Imran memang dah tak tahan lantas terus tertawa kecil. Tengok muka-muka yang kecut perut tu lagi buatkan dia ketawa besar. Aimi di sebelah sudah tersengih. Tapi mereka bertiga tergamam. Terpinga-pinga. Apa dah jadi?

“ Aku dah lama maafkan korang la. Aku tak ambil hati pun. Aku berterima kasih sebab korang sudi tolong aku. Tapi please… jangan buat lagi. Even kebenaran itu menyakitkan tapi itu lebih baik daripada penipuan yang membahagiakan.”

Mereka masih terdiam. Masih tiada sahutan. Imran dan Aimi yang melihat terus saling berpandangan seketika sebelum tertawa lagi.

“ Hello? Guys?” Imran memanggil.

Firhan tersedar. Terus dicuit bahu Faiz. Faiz pula menolak sedikit bahu Emelda. Akhirnya mereka bertiga terus menghembus nafas lega.

“ Alhamdulillah. Thanks Aimi. Lega aku dengar.” Emelda mengurut dadanya perlahan. Lega sangat bila Aimi tak marahkan mereka.

“ Lain kali buatlah lagi.” Sindir Aimi dengan senyuman manis. Tapi Imran terus ketawa.

“ Tak. Kami janji kami tak buat lagi.” Janji Faiz dengan sengihan.

“ Saya pun.” Firhan pula berjanji.

“ Aku pun. Aku takkan buat lagi.” Emelda pula.

Aimi terus tersenyum kecil.

“ Yela. Aku percayakan korang.”

“ So, jom kita makan dulu. Makanan dah sedia atas meja.” Jemput Imran lantas tersenyum.

“ Jom!”

Apabila mereka bertiga berlalu, barulah Imran dan Aimi bangun. Tapi sempat lagi Imran memaut mesra bahu Aimi lantas mengucup pipi itu. Aimi yang dapat habuan itu pantas menjeling geram ke arah Imran.

“ Sebab tu abang sayang sangat-sangat dekat Aimi. Thanks dear.”

“ Anything for you husband.”

**
“ Arh!!! Leganya!!!”

Faiz terlopong melihat Emelda yang tiba-tiba menjerit itu. Mujur sekeliling mereka tiada orang petang-petang macam ni.

“ Awak ni! Malu la kalau orang tengok.” Tegur Faiz lantas duduk di sisi Emelda. Matanya merenung tasik di hadapannya dengan senyuman.

Emedal ketawa kecil. Dia turut memandang ke arah tasik.

“ Saya lega sangat sebab semuanya dah berakhir. Imran dan Aimi pun dah bahagia. Tiada rahsia lagi antara kita , dia dengan Aimi. Dan lepas ni kita boleh la pergi sambung belajar dengan tenangnya. Yeah!”

Giliran Faiz pula ketawa besar. Emelda hanya tersengih. Keterujaan dia membuak-buak saat ini. Macam budak-budak.

“ Alhamdulillah. Semuanya dah berakhir.”

Faiz mengerling ke arah Emelda yang kelihatan gembira itu. Hatinya turut senang tengok Emelda. Dia menghembus nafas lega. Agaknya lepas ni bolehlah fokus pada belajar dan pada Emelda.

“ Bulan depan saya dan awak dah nak sambung belajar. Mesti kita akan berjauhan.”

Emelda terdiam. Apabila dia menoleh ke arah Faiz. Dia terkedu seketika. Faiz kelihatan serius even ada senyuman pada wajahnya.

“ Kita boleh selalu contact la awak.”

“ Tapi kita tak boleh selalu jumpa. Lainlah tempat kita study sama.”

Emelda terdiam. Dia hanya melihat Faiz yang mencari kata-kata itu.

“ I will miss you Mel. Because I love you. Seriously. I don’t know what I want to do if I don’t know you. Tak sangka sebab Aimi kita kenal lebih rapat. And yes… saya sebenarnya dah perasan awak lama. Cuma saya tertarik pada Aimi time tu. Tipu la kalau saya kata tak pernah tergugat dengan awak.”

Faiz ingat lagi bagaimana dia sedar yang dia betul-betul sukakan Emelda. Sampai gugup jadinya. Memang kelakar. Tapi tak sangka ia menjadi kenyataan.

“ Tapi saya dah suka awak sebelum awak kenal Aimi.” Luah Emelda lantas tunduk memandang jarinya.
Faiz tersenyum kecil. Hatinya dah berdebar.

“ Emelda.” Panggil Faiz lembut.

Emelda terus mendongak dan menoleh ke arah Faiz. Tidak lupa juga dengan senyuman.

“ I love you.” Lafaz Faiz dengan penuh perasaan. Lepas itu barulah dia menoleh ke arah Emelda. Senyuman yang paling manis diberikan kepada Emelda.

Emelda tergamam. Hatinya serta-merta berdegup laju.

“ Makin hari makin sayang.” Sambung Faiz lagi.

Emelda terus tunduk ke arah jarinya. Dia dah mula jadi gugup. Tapi senyuman dah mula terukir pada bibirnya.

“ Awak tak payahlah cakap I miss you la, I love you la. Saya tak nak dengar.”

Faiz tersentak.

“ Habis? Apa yang awak nak saya cakapkan? Dah itu yang saya maksudkan.”

Emelda menarik nafas dalam-dalam lantas melihat Faiz yang tersentak itu.

“ Satu je yang saya nak dengar dari mulut awak.”

“ Apa dia?”

Emelda terus bangun dan merenung ke arah tasik.

“ Aku terima nikahnya.”

Faiz terdiam. Tapi tidak lama bila dia mula tersenyum lantas berdiri di sisi Emelda. Emelda cuba berlagak serius even hati dah berdebar gila.

“ Awak dengar apa saya nak cakap ni.”

Faiz kerling Emelda lalu memandang ke arah tasik. Nafas di tarik dalam-dalam lantas dia mulakan tugasnya.

“ Sudikah awak kahwin dengan saya Emelda!!!?”

Emelda terlopong mendengar jeritan Faiz. Pantas dia menoleh sekeliling. Takut kalau orang dengar. Malu pun ada. Bila perasan ada orang tidak jauh daripada mereka pantas Emelda memandang ke hadapan. Faiz di sebelah dah tersenyum puas. Bila dah rasa lega barulah dia memusingkan badannya ke arah Emelda.

“ Mel?”

Emelda menggigit bibir. Wajahnya dah berbahang. Malu!

“ Awak sengaja nak cabar saya ke macam mana? Malu la orang dengar!” Rungut Emelda lantas turut memusingkan badannya ke arah Faiz. Tapi dia tak berani bertentangan mata dengan lelaki itu.

“ Haha. Saya ikhlas. Saya betul-betul maksudkannya Emelda.”

Faiz mula serius. Manakala Emelda pula dah terdiam.

“ Saya sanggup tunggu. Demi awak.”

“ Faiz..”

Mata Emelda dah mula berkaca-kaca.

“ Saya juga dah janji dengan diri saya yang saya hanya akan mencintai seorang wanita iaitu Emelda Rashid. Tiada orang lain lagi dalam hati ni selain dia.”

Kini, air matanya pula mengalir ke pipi. Faiz yang melihat terus menggelengkan kepalanya.

“ Please. Don’t cry. I hate that. You know right?” Lembut Faiz memujuk.

Emelda tertawa dalam tangisan. Terus diseka air matanya itu.

“ Faiz. Jujur saya katakan saya terharu dengan usaha awak ni. Terharu sangat. Tapi kita still muda Faiz. Banyak lagi yang perlu kita belajar. Jauh lagi perjalanan kita. Saya takut saya tak mampu jadi isteri terbaik untuk awak.”

Terhambur keluhan kecil daripada mulut Emelda.

“ Kalau saya kata ibu bapa saya suruh saya melamar awak cepat-cepat? Awak nak jawab apa?” Serius Faiz menyoal.

Emelda terkedu. Dia mula mendongak memandang Faiz.

“ A..awak?”

Faiz terus menganggukkan kepalanya.

“ I’m serious Mel. Ibu ayah saya dah benarkan. Mereka yang sarankan saya cepat-cepat lamar awak sebab tak nak kita terus keluar berdua. Takut maksiat terjadi. Dan mereka juga tak sabar-sabar nak jadikan awak menantu mereka. Saya tak tipu. serius!”

Melihat kesungguhan Faiz itu membuatkan Emelda terus tersenyum.

“ Tapi mak ayah saya..”

Faiz mula menarik senyum. Tanpa berlengah dia pantas menoleh ke belakang.

“ Semua! Keluar!”

Emelda tersentak bila melihat orang tuanya, orang tua Faiz dan termasuk Aimi serta Imran berada di belakang Faiz. Apa terjadi ni?

Faiz kembali menoleh ke arah Emelda yang ternyata terkedu itu.

“ Semua setuju Mel. Semua tak sabar-sabar nak tunggu jawapan awak.”

Faiz tiba-tiba duduk melutut. Dia mengeluarkan sebentuk cincin dan menghulurkan kepada Emelda. Dengan senyuman kecil Faiz berkata.

“ Will you marry me?”

Emelda menekup mulutnya. Serius. Macam dalam mimpi. Air matanya kembali bergenang. Faiz!

“ sa..saya..”

Faiz masih diam menanti jawapan Emelda. Emelda pula sudah menutup matanya erat-erat. Membiarkan air mata terus mengalir. Bibirnya diketap kuat. Selepas dah berjaya tenangkan diri barulah dia membuka mata dan memandang tepat ke arah Faiz yang setia menunggunya itu.

“ Awak janji awak akan jaga saya dengan sepenuh hati awak?” Soal Emelda serius.

“ Yes. I’m promise.”

“ Awak juga janji akan sayang saya sampai ke hujung nyawa awak?”

“ Yes. I’m promise.”

“ Dan awak juga janji tidak akan mudah mengalah dengan saya selepas kita kahwin?”

Faiz tersenyum lagi.

“ Yes. I’m promise. Saya janji saya akan buat awak bahagia hidup dengan saya. Demi Allah, saya sayang awak. Dan InsyaAllah… saya akan cuba  menjadi suami yang terbaik untuk awak.”

Sesudah Faiz berkata, Emelda terus membuat anggukan kecil. Bersama senyuman dia mula memberikan jawapan.

“ I do.”

“ Alhamdulillah! Ya Allah. Terima kasih!”

Di situ juga Faiz membuat sujud syukur. Bersyukur sangat Emelda terima lamarannya. Dia berjanji pada dirinya yang dia akan cuba menjadi suami yang terbaik buat Emelda.

“ Thanks Faiz.”

“ Thanks to you to sweetheart.”

Akhirnya, mereka sama-sama ketawa dengan perasaan bersyukur dan gembira. Watak-watak sampingan di belakang mereka juga turut tersenyum melihat kebahagiaan mereka berdua. Alhamdulillah.

“ Sayang.”

Aimi yang ralit memandang ke arah Faiz dan Emelda pantas menoleh ke arah Imran.

“ Rasanya abang nak buat sekali lagi la macam tu depan sayang.”

Aimi tertawa kecil. Terus lengan Imran ditampar manja.

“ Merepeklah abang ni.”

Imran menarik sengih.

“ Tak kisahlah macam mana sekalipun, yang penting sayang dah jadi milik abang. I love you dear.”

Aimi tersenyum. Bibirnya didekatkan dengan telinga Imran. Perlahan-lahan dia mula melafazkan tiga ayat itu.

“ I love you to my husband.”

Terus Imran menoleh saat mendengar kata-kata itu dan disebabkan itu bibir mereka terus bertemu. Aimi yang terkejut pantas menoleh semula ke hadapan. Bibirnya diketap kuat. Malu! Malu! Malu!

Imran di sebelah sudah menahan senyum. Akhirnya dia terus menarik Aimi agar lebih rapat dengan dia. Tangan itu digenggamnya dengan erat.

“ I will not let you go dear. This is my promise. Just hold my hand no matter what happen. Okay sweetheart?”

Bisikan itu membuatkan Aimi tersenyum.

“ Okay husband.”

No comments :

Post a Comment

Popular Posts