Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 26 March 2016

Because You're My Love (Bab 28)



Sekejap dia pandang kiri. Sekejap dia pandang kanan. Sekejap dia pandang depan. Tapi, masih tidak mampu untuk menjawab persoalannya ketika ini. Pening memikirkan benda yang dia baru terima, dia terus bangun dan menuju ke pintu utama. Matanya jelas nampak kelibat yang dia ingin bertemu saat ini. Tanpa berlengah, dia pantas melangkah ke arah insan itu. Serius! Kepalanya saat ini sarat dengan persoalan yang tiada jawapan.

“ Imran!”

Imran yang ralit berbual dengan Maznah terus terhenti saat mendengar namanya dilaung. Bila nampak wajah Aimi yang menuju ke arahnya, dia mempamerkan senyuman manis. Maznah pula memberikan laluan kepada mereka dengan melangkah ke arah belakang. Biarlah mereka berdua berbincang terlebih dahulu.

“ Aimi?”

Dadanya dah berombak naik. Matanya tajam merenung ke arah Imran. Bibirnya diketap kuat. Tangannya disilangkan. Wajahnya ketat. Imran yang melihat terus terdiam. Okay. Mood Aimi tengah tidak baik sekarang ni.

“ Apa maksud semua ni?”

Aimi tak faham. Yala. Baru minggu lepas dia balik daripada hospital. Tup-tup hari ni keluarga Imran datang dengan hajat meminang dia. Mahu tak terkejut dia. Umur dia yang baru setahun jagung dah ada orang melamar. Gila tak gila?

“ Maksud apa?” Soal Imran buat-buat tidak faham.

Terhambur juga keluhan kecil daripada mulutnya. Terus dia turunkan tangannya yang disilangkan tadi. Dia tunduk memandang tanah. Matanya juga mula berkaca-kaca. Entah kenapa kebelakangan ini dia mudah sangat sensitif. Semenjak bila dia jadi ratu cengeng ni? Heh!

“ Im. Semua ni terlalu cepat buat saya. Awak dan saya? Macam langit dengan bumi Im.” Luah Aimi dengan senyuman hambar.

“ Siapa kata kita macam langit dengan bumi?” Imran mula rasa tidak puas hati. Tapi dia tetap tenang.

“ Saya. Saya yang kata. Tengoklah family awak! Saya? Saya Cuma ada mak saya je. Lagipun keluarga saya miskin Im.”

Imran merengus geram. Dia cukup tidak suka bila Aimi membanding-bandingkan hidupnya dengan orang lain.

“ Aimi. Jangan cakap macam tu. Kita semua sama saja. Manusia. Dan saya pun macam awak. saya manusia yang tidak sempurna.”

Aimi terus mendongak memandang Imran. Dia tersenyum pula. Tapi sinis.

“ Awak cakap senang. Ya. Memang kita semua sama. Tapi awak lain. Entahlah. Tapi..”

“ Cukup Aimi. Yang penting kita berdua saling menyayangi. Tu dah cukup!” Imran dah bertegas. Dia tak mahu Aimi merendahkan dirinya lagi. Dia dah tak sanggup dengar.

Aimi terdiam. Ya. Memang dia sayangkan lelaki di depan matanya saat ini. Tapi, bila lelaki ini mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dia. Tidak ke terlalu cepat?

“ Aimi. Saya ikhlas nak kahwin dengan awak. Saya nak jaga awak. Saya nak lindungi awak.”

“ tapi ayah saya baru pergi awak.” Nada Aimi sudah bergetar. Dia sedang menahan sebak.

“ Ini pun permintaan arwah ayah awak Aimi.”

Imran yang tadinya bersandar elok pada kereta terus berdiri tegak. Dia mula mendekati Aimi.

“ Awak tahu tak? Dulu arwah ayah awak pernah cakap kalau betul sukakan awak. Jangan berlengah. Dan arwah ayah awak kata dia suka kalau saya jadi menantu dia.” Sambung Imran lagi. Dia teringat lagi kata-kata arwah ayah Aimi satu ketika dulu.

Aimi terkedu. Ayah.

“ Saya tahu ia terlalu awal untuk awak. Tapi, benarkan saya untuk menjaga awak buat seumur hidup saya? Lepas kahwin dengan saya kalau awak nak pergi sambung study pun saya tak kisah. Saya benarkan. Lagipun memang itu niat awak kan? Jangan risau. Saya akan tanggung segala-galanya.” Ujar Imran dengan tekad.

“ Jangan ingat saya kahwin dengan awak sebab harta Im.” Aimi sudah bertegas.

Imran tersenyum. Dia terus menganggukkan kepalanya.

“ Yes. I know. Sebab tu saya sayangkan awak.”

Aimi terus menoleh ke arah lain bila menyedari mata itu sedang merenungnya.

“ Beri saya waktu. Semua ni terlalu cepat buat saya. Sekurang-kurangnya tak boleh tunggu lepas saya dapat result ke awak?” Mata Aimi dah mencerlung ke arah Imran.

Imran menarik sengih. Suka tengok mata Aimi yang sudah membulat itu.

“ Saya takut awak dirampas orang lain. Tu yang saya datang cop awak dulu tu.” Ujar Imran dengan selamba.

Aimi mencebik.

“ Siapalah nak saya ni. Tak ada maknanya. Kalau dah hati saya ni sayang orang tu. Takkanlah saya nak terima orang lain.” Aimi mula berkias. Wajahnya juga turut selamba. Tapi dalam hati dah mula memainkan drum. Haha.

Imran terus tergelak besar. Aimi dah mula berlawak. Alahai!

“ Kan? Betul juga apa yang awak katakan tu. Tapi saya tak kira. Keputusan saya dah muktamad.”

Aimi menjongketkan keningnya. Senyuman sinis dipamerkan.

“ Semenjak bila saya kata setuju ni?” Aimi mula mengusik.

Imran terdiam. Tapi mulutnya terus menarik sengihan nakal. Langkahnya terus dimajukan agar mendekati Aimi. Aimi yang perasan Imran yang semakin mendekatinya itu terus mengundurkan langkahnya dengan perlahan-lahan. Dia mula meneguk air liur kerana takut.

“ A..awak nak buat apa ni?” Gugup Aimi menyoal.

“ Tadi awak kata tak setuju kan? Saya nak tanya kenapa?”

“ Erk.”

Aimi terus melarikan diri saat Imran semakin dekat dengannya. Bila dah berjaya lepas, dia terus masuk ke dalam rumah. Tapi sempat lagi dia menoleh ke arah Imran yang tengah tersengih itu.

“ Awak jahat!” Jerit Aimi lantas masuk ke dalam rumah. Tapi, Imran tidak perasan yang bibir Aimi sudah 
mengukirkan senyuman.

Imran di luar dah tergelak. Kelakar tengok reaksi Aimi tadi. Kalau sehari dia tak usik Aimi tidak sah. Alahai. Ni yang tak sabar nak kahwin.

“ Imran.”

Tawanya terus mati saat melihat Maznah. Sengihan pula ditarik.

“ Ye makcik.”

“ Terima kasih ye sudi terima anak makcik. Makcik tahu dia sayangkan kamu.”

“ Sebab saya pun sayangkan dia makcik. Makcik. Makcik pujuklah dia ye supaya terima saya.” Pujuk Imran dengan wajah bimbang. Yela. Takut Aimi tak nak terima.

Maznah dah tersenyum sipi. Bahu pemuda yang berjaya mencuri hati anaknya itu ditepuk perlahan.

“ InsyaAllah dia pasti terima punya. Jangan risaulah.”

Akhirnya Imran hanya menarik sengih. Mudah-mudahan.

**
Aimi leka memandang ke luar tingkap tanpa sedar sedikit pun akan kehadiran kawan-kawannya yang berada di belakangnya ketika itu. Dah dua hari berlalu. Ini juga bermakna dah dua hari Aimi hanya berdiam diri tanpa berhubung dengan sesiapa termasuk Imran. Dia perlukan ketenangan dan dia juga perlukan jawapan yang pasti. Dia masih buntu dan tak tahu apa jawapan yang patut dia beri pada Imran. Dia masih teragak-agak untuk menerima lamaran Imran walaupun dia amat menyayangi lelaki itu.

Terdengar juga keluhan kecil daripada bibirnya. Penat bermain dengan perasaan, dia pantas menoleh ke belakang untuk mencari ibunya. Tapi lain pula yang dia nampak saat ini. Faiz dan Emelda sedang berdiri tepat di depannya saat itu dengan senyuman kecil.

“ Korang! Bila sampai sini?” Soal Aimi dalam nada yang sangat terkejut.

“ Dah dekat 10 minit aku rasa. Mana la kau nak perasan dah asyik termenung. Fikirkan siapa? Imran?” Usik Faiz dengan sengihan panjang.

Aimi tersengih. Lantas dia mengambil tempat di sofa dan diikuti Faiz dan Emelda. Mereka saling 
berpandangan sebelum melepaskan tawa kecil.

“ Korang ada apa datang sini?”

Emelda mencuit lengan Faiz agar Faiz memberitahu perkara yang sebenar kepada Aimi. Faiz yang sedar akan cuitan itu hanya berdiam diri. Dia sendiri tidak tahu nak cakap macam mana. Tergaru juga kening dibuatnya. Emelda yang melihat reaksi Faiz itu mendongkol geram. Tadi dia yang beria nak cakap tapi bila berdepan diam pula. Haish!

“ Korang dah kenapa?” Terkeluar juga soalan daripada mulut Aimi bila melihat Faiz dan Emelda seperti tidak tentu arah.

“ Faiz ni ha. Kata nak cakap sesuatu.” Selamba Emelda menggunakan nama kekasih hatinya itu. Faiz yang mendengar terus mencerun ke arah Emelda dengan renungan tidak puas hati. Emelda yang sedar akan hal itu hanya buat muka selamba.

“ Benda apa Faiz?”

Faiz terus menarik sengih. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang tepat ke arah Aimi.

“ Aimi. Kau dah terima lamaran Imran?”

Dan soalan itu ternyata berjaya membuatkan Aimi terkedu. Tapi dia hanya mendiamkan diri. Tiada hati nak menjawab memandangkan dia tahu ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Faiz.

“ Aku tahu kau susah nak terima sebab kau fikirkan masa depan kau. Kau fikirkan mak kau. Dan kau fikirkan study kau. Aku tahu. Tapi aku yakin Aimi. Yakin sangat yang dia boleh bahagiakan kau. Percaya cakap aku. Kau tak tahu, sepanjang kau tidak sedarkan diri sebelum ni. Dia lah banyak menemani kau. Dia langsung tidak pernah berputus asa selagi kau tidak sedar. Aku nampak Aimi. Nampak sangat yang dia memang betul-betul cintakan kau.”

Luahan Faiz yang panjang lebar itu ternyata berjaya membuatkan Aimi sebak. Dia terharu. Ya. Dia tahu yang Imran sayangkan dia. Tapi dia tidak tahu apa pengorbanan yang telah dibuat Imran sepanjang dia tidak sedarkan diri sebelum ini.

“ Aku takut.”

Aimi tersenyum hambar saat berkata demikian. Dia pandang wajah Faiz dan Emelda silih berganti sebelum tunduk memandang jari. Hatinya jadi berbelah bahgi. Tapi dia dah lakukan solat isthikarah. Dan jawapannya positif. Cuma dia tak yakin dengan diri dia sendiri.

“ Kau nak takut apa AImi?”

Emelda bangun dan duduk di sisi Aimi. Tangan Aimi digenggamnya erat bersama senyuman kecil. Kepalanya digelengkan perlahan.

“ Kau tak perlu takut Aimi. Dia bukan seperti lelaki lain. Dia dah cukup matang dan bukan budak-budak macam kita ni. lainlah Faiz. Itu aku pun tak percaya.” Sempat juga Emelda menaikkan nama Faiz.

Faiz yang mendengar dah mencerun ke arah Emelda. Emelda dan Aimi yang melihat dah tertawa kecil.

“ Yela. Siapalah aku ni kan?” Faiz dah berjauh hati. Tapi niatnya hanya ingin mengusik.

“ Eleh kau ni. nak merajuk konon. Ceh!” Aimi mencelah lantas kembali menoleh memandang Emelda.

“ Kenapa kau dan Faiz terlalu percayakan Imran?”

“ Sebab dia dah banyak berkorban demi kau. Takkan kau tak nampak? Dia sanggup lakukan apa saja asalkan kau sembuh.” Giliran Faiz bersuara. Dan kali ni kedengaran serius.

Aimi yang mendengar terdiam. Layakkah aku untuk terima dia dalam hidup aku? Aku masih muda. Banyak lagi yang perlu aku pelajari. Tapi dia? Arh! Susahnya nak buat keputusan.

“ Aimi. Kalau Allah dah tetapkan korang berjodoh. Memang korang tak boleh lari. Kau duduklah sampai ke hujung dunia pun. Kalau dah tertulis kau dan Imran ada jodoh. Tetap akan disatukan. Percayalah kata aku ni.” Ujar Emelda pula dengan senyuman kecil.

Aimi tersenyum pula. Ya. Maybe benar kata kau tu Mel. Cuma aku je yang masih belum yakin.

“ Just give me more time to think. Please.”

**
Im. Boleh kita jumpa?

Disebabkan message itulah kini Imran dah berdiri depan rumah Aimi. Tapi tidak pula dia menapak masuk ke dalam rumah. Semuanya kerana Aimi sudah pun berdiri depan dia. Masing-masing hanya berdiam diri. Cuma mata saja memainkan peranan ketika itu. Imran setia merenung ke arah Aimi manakala Aimi setia tunduk memandang kakinya. Penat dengan keadaan ini, akhirnya Aimi ambil keputusan untuk membuka mulut dahulu. Dia perlu bertindak.

“ Im.”

Aimi mendongak memandang ke arah Imran yang sedang merenung dirinya ketika itu. senyuman kecil diukir lantas dia menoleh ke arah lain.

“ Awak betul-betul yakin ke dengan perkahwinan ini?”

Imran tersenyum. seperti yang dijangka. Aimi betul-betul masih tidak yakin dengan perkahwinan ini. dan dia perlu buat sesuatu bagi meyakinkan Aimi. Dengar kata Faiz dan Emelda dah memujuk Aimi. Bila dapat tahu, dia terkejut. Tapi tak sangka mereka sanggup pujuk Aimi demi kebahagiaan mereka. dan untuk itu Imran berterima kasih.

“ Dan kenapa awak tidak yakin? Sedangkan kita saling mencintai Aimi.”

Kedengaran lembut suara Imran ketika menuturkan kata-kata itu tadi. Aimi yang mendengar terdiam. Tapi tidak lama bila dia mula memberikan senyuman kecil.

“ Banyak benda lagi yang saya tidak pandai Im. Saya baru 18 tahun. Sedangkan awak? Dah 25 tahun. Result SPM pun tak keluar lagi. Kadang-kadang saya rasa malu dengan diri saya Im.”

Terhambur keluhan kecil daripada mulut Imran. Ini yang dia tidak suka dengar ni. Aimi selalu sangat merendahkan dirinya.

“ You know what? Datanglah banyak mana halangan pun, datanglah seribu wanita pun, dan seberapa lama mana pun saya tetap tunggu awak. saya akan tetapi pilih awak. dan saya cintakan awak Aimi. Itu je syarat dia. Saya takkan sesekali buatkan awak derita sekali lagi. percayalah.”

Imran terus mendekati Aimi. Bahu Aimi disentuhnya perlahan.

“ Saya takkan paksa. Tapi saya akan tunggu.” Ujar Imran dengan senyuman manis. Perlahan-lahan dia melepaskan bahu Aimi lantas menoleh ke belakang. Dia ingin pergi. Berikan lebih masa kepada Aimi untuk berfikir.

Aimi yang melihat Imran ingin pergi terus berlari sehingga berdiri tepat Imran. Wajah itu ditatapnya sehingga Imran menjadi pelik.

“ Ya Allah. Andai dia benar jodohku. Satukanlah kami. Andai dia bukan untukku. Jauhkanlah kami.” Doa Aimi lantas tersenyum. Imran yang mendengar turut tersenyum.

“ Imran. Sebenarnya puas saya fikir. saya pun dah lakukan solat istkhikarah. Dan saya juga dah dibasuh oleh dua budak bertuah tu. Haha.”

Imran tertawa. Dibasuh? Amboi. Tapi dia tetap mendiamkan diri.

“ Oleh sebab itu, ya. Saya terima lamaran awak. InsyaAllah.”

Terdiam. Sunyi sepi. Hanya mata saling berpandangan. Sesaat kemudian, Imran terus tunduk melakukan sujud syukur. Aimi yang melihat dah menekup mulut. Dia sangat terharu dengan kelakuan Imran.

“ Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Terima kasih.”

Terima kasih kepada awak Imran. Detik Aimi dalam hati lantas mendongak memandang langit. Terima kasih Ya Allah.

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers