Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday, 28 January 2016

Because You're My Love (Bab 18)



“ Puteri!”

Puteri yang sedang breakfast itu terus terhenti saat mendengar namanya dijerit lantang. Kakinya laju menuju ke luar rumah. Dan bila dia nampak wajah yang memanggil namanya itu terus dia membuka pintu pagar.

“ You buat apa datang sini?”

Imran terus mendekati Puteri. Tanpa sempat Puteri nak berkata lagi, pipinya terus menjadi mangsa. Puteri terus terkedu. Pipinya dah rasa pedih dengan tamparan Imran. Tajam dia merenung Imran. Dia tak percaya Imran akan tampar dia.

“ Ini balasan untuk kau sebab kau kacau hidup aku! Kau buat Aimi pengsan! Kau buat hubungan kami renggang! Semua ni untuk kau! Kalau kau tak nak aku buat lebih daripada ni, baik kau jangan ganggu aku lagi!”

Puas memarahi Puteri. Kakinya laju saja keluar daripada kawasan itu dan terus masuk ke dalam kereta. Lepas keluar daripada hospital tadi terus dia menuju ke sini. Dia takkan puas selagi dia tak warning Puteri. Itu baru sikit Puteri! Kau jangan sampai aku buat lebih teruk.

Puteri yang melihat Imran berlalu terus merengus marah. Pipinya yang ditampar tadi diusap lembut. Tak sangka sebab budak mentah tu Imran tampar aku! Huh! Tak guna punya budak!

“ I dah cakap sebelum ni kan? Dia dah tak sayangkan you. Kenapa you still beria-ria nak dekat dengan dia?”

Puteri hanya memandang lelaki itu mendekati dirinya bersama dengan senyuman sinis. Khairul!

“ Kalau you datang setakat nak sakitkan hati I. Baik you pergi.”

Puteri terus memusingkan badan ke belakang. Hatinya bengkak melihat senyuman sinis Khairul tadi.

“ Puteri. Sampai bila you nak mengelak daripada I? I sayangkan you tahu tak?”

Khairul dah mencengkam lengan Puteri. Itu satu-satunya cara agar Puteri tidak lari daripada dia.

“ Sebab I langsung tak sayangkan you! I Cuma sayangkan Imran!” Bentak Puteri.

Khairul tersenyum sinis.

“ Yeke you sayangkan Imran or you just nak kaut harta dia? Come on Puteri! Kalau benar you sayangkan dia kenapa you still layan I?”

Kini Khairul terus memusingkan badan Puteri dan memeluk Puteri. Puteri yang terkejut dengan tindakan Khairul terus menolak tubuh itu. Tapi Puteri tak mampu. Khairul memeluknya terlalu erat.

“ I love you Puteri! Tolonglah faham I!”

Puteri rimas! Dia rasa sesak nafas. Sekali lagi dia menolak tubuh Khairul agar jauh daripada dia.

“ Lepaskan I!”                

Puteri meronta-ronta agar dilepaskan. Tapi Khairul semakin mengeratkan pelukannya. Dia terlalu rindukan Puteri. Terlalu rindu!

“ I takkan lepaskan you selagi you tak terima I!”

Belum puas dengan pelukan itu, bahu Puteri pula menjadi mangsa kucupannya. Puteri yang menyedari hal itu pantas menolak kuat tubuh Khairul agar jauh darinya. Bila dah berjaya pantas dia memberi tamparan yang kuat pada pipi Khairul.

“ You dah melampau Khai! I layan you baik-baik tapi ini cara you balas?!”

Puteri dah mengalirkan air mata. Dia kesal dengan Khairul.

“ I ke you yang melampau?!”

Khairul tertawa sinis. Rambutnya diraup kasar. Puteri yang melihat hanya mampu berdiam diri.

“ You yang melampau Puteri. I terlalu cintakan you tapi ini yang you balas? You lebih pilih orang yang langsung tak cintakan you. Sedangkan I? I yang setia dengan you, you tolak. You yang melampau!”

Tajam Khairul merenung ke arah Puteri. Sekali lagi dia mendekati Puteri yang tidak mampu berkata-kata itu. perlahan rambut Puteri diusapnya.

“ Maafkan I. Tapi sebelum hati I terluka lebih teruk. Baik I pergi.”

Khairul kecewa. Bila tengok Puteri masih mendiamkan diri, dia terus tersenyum tapi tawar. Dia terus memusingkan badan untuk beredar. Tapi sebelum itu, dia sempat mengerling sekilas ke arah Puteri.

“ Carilah I bila you perlu. I akan sentiasa berada di samping you.”

Terus kakinya melangkah meninggalkan kediaman Puteri. Sebaik sahaja kelibat Khairul hilang, Puteri terus terduduk dengan linangan air mata. Hati dia sakit. Pedih melihat Khairul pergi. Kenapa dia mesti rasa macam ni? Kenapa bila Imran pergi dia tak pernah rasa macam ni? Arhh!

**
Bila ditanya benda apa yang paling membahagiakan dalam hidup ini. Jawapan dia bila rasa jatuh cinta. Perasaan cintakan seseorang. Itu jawapan insan yang bernama Imran. Tetapi Aimi pula, bagi dia perasaan paling indah apabila ada orang sudi bersama dengan dia. Sudi menyayangi dia dan menjaga dia. Yang paling penting ialah yang tahu menghargai dia.

Aimi tersenyum. Tak tahu lah kenapa tapi semenjak Imran hadir dalam hidup dia. Macam-macam yang dia dah lalui. Dan dia tak dapat nafikan perasaan yang dia pernah rasa sebelum ni dengan Razif sangat berbeza bila berada dekat dengan Imran. Dia sendiri buntu. Adakah itu cinta?

Tangannya mencapai telefon bimbit yang berada di sebelahnya. Dia mula menaip sesuatu pada skrin telefon itu. Dalam hatinya saat ini maybe dah terukir nama dia. Siapa? Rasanya korang dah pandai agak.

Assalamualaikum. Terima kasih Imran.

Teringat pula kata-kata Imran semalam. Serius. Dia sangat terkejut. Dia tidak tahu maksud sayang Imran tu hanya sekadar kawan, pesakit atau pun lebih daripada itu. Dia masih tak nak buat kesimpulan. Sebab dia takut nanti dia yang syok sendiri.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada pesanan ringkas daripada Imran.

Waalaikumussalam. Untuk apa Aimi?

Laju saja tangannya membalas pesanan itu.

Entah. Tapi terima kasih.

Most welcome. Just remember, I always be there when you really need me.

Aimi tertawa kecil. Ada-ada je Imran ni. Alahai. Perasaan bahagia muncul lagi. Tapi aku takut kalau aku terlalu rasa bahagia, iainya hanya bersifat sementara.

“ Aimi. Termenung apa tu?”

Suara itu terus membuatkan dia kembali sedar. Senyuman diberi kepada ibunya. Hari ini dia dah boleh keluar hospital. Cukuplah sehari dia duduk di sini. Dia dah rasa sihat walaupun doktor kata jantungnya semakin hari semakin teruk kalau dia terus-terusan melayan emosi. Masa dengar doktor kata macam tu, Aimi hanya mampu tersenyum. Dia dah bersedia dengan segala kemungkinan tersebut.

“ Mak. Jom balik.” Ajak Aimi lantas mengemaskan tudungnya dengan rapi.

“ Jom. Ayah dah tunggu dekat bawah. Nanti kamu menyusul. Mak pergi dulu.”

Melihatkan Maznah sudah berlalu, AImi kembali duduk di birai katil. Ruang bilik wad tersebut diperhati sekilas. Dia tersenyum lagi. Entah ke berapa kali dia menghuni bilik ini. Alahai. Oh! Come on! Stop dreaming! Sekarang jom balik.

Baru sahaja Aimi nak memulas tombol pintu. Pintu tersebut terlebih dahulu diketuk. Cepat saja Aimi membuka pintu itu daripada dalam. Dan terpampang wajah Imran yang tengah tersenyum itu.

“ Hai awak. Dah nak balik ke?”

Aimi terus keluar dan berdiri di sisi Imran. Kepalanya dianggukkan.

“ Ingatkan awak tak masuk kerja lagi.”

Mereka berjalan beriringan menuju ke bawah.

“ Nak jumpa awak. Sebab tu datang awal.”

Aimi tersenyum. Bila dah sampai di pintu utama hospital. Aimi terus menghentikan langkah. Badannya berpusing agar dapat menghadap Imran yang setia dengan senyumannya itu.

“ Im. Kalau saya nak cakap sikit boleh?”

Imran terdiam. Melihatkan riak Aimi yang serius itu membuatkan dia rasa takut.

“ Apa?”

Aimi menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang tepat ke dalam mata Imran.

“ Saya tak tahu bila saya akan sembuh. Tapi macam tiada kemungkinan untuk sembuh.”

Aimi jeda seketika lalu tunduk memandang lantai.

“ Terima kasih sebab sudi jaga saya selama ini. Dan fasal semalam tu. I’m sorry. Saya tak patut kacau awak.”

Imran tersentak. Dia terus menggelengkan kepalanya.

“ Awak silap. Awak langsung tak bersalah. Saya yang salah. Saya dengan Puteri tiada apa-apa la Aimi. Betul.”

Aimi tersenyum nipis.

“ tak kisahlah. By the way, saya happy dapat kenal dengan awak Doktor Imran.”

Dadanya dah mula rasa sebak. Pantas saja dia berlalu daripada situ sebelum Imran perasan dengan perubahan wajahnya. Dia mengetap bibir kuat. Imran. Betul. Saya mengaku. Saya dah mula cintakan awak.

Imran hanya melihat Aimi berlalu. Dia terdiam. Tapi dia dapat rasakan Aimi ada perasaan yang sama dengannya. Or itu hanya imaginasi dia saja? Arh! Kenapa aku susah sangat nak lafazkan rasa cinta ni pada dia? Tapi tengoklah semalam. Aku cakap sayang pun dia tak nak percaya. Oh! Come on! Takkan kau nak berputus asa Imran!

“ Doktor. Ada pesakit pengsan.”

“ Okay. Kejap lagi saya datang.”

Imran tersenyum sebelum menoleh ke arah hospital semula. I will never let you go Aimi Aisya. Never!

**
Matanya terus meliar ke sekeliling. Ingin mengelakkan daripada air mata jatuh terus ke pipi. Tidak. Dia tak nak menangis lagi. Tak nak. Senyuman cuba diukirkan even hambar. Bila dah rasa okay terus dia menoleh ke luar tingkap.

“ Saya memang sayangkan awak Aimi.”

Tiba-tiba kata-kata yang pernah diucapkan Imran semalam kembali berlegar dalam fikirannya. Jantungnya yang berdegup biasa tadi terus jadi kencang. Dia terkedu seketika. Betul ke apa yang Imran katakan tu? Arh! Tak nak percaya! Tak nak!

“ Aimi. Apa yang kamu menungkan tu?”

Aimi tersentak. Dia terus menggelengkan kepalanya. Soalan ayahnya itu dibiarkan sepi. Sebab dia tak mampu untuk bersuara saat ini. Dia yakin kalau dia keluarkan suara, suara dia akan jadi serak.

“ Ayah tengok Doktor Imran tu bukan main risau lagi tengok kamu pengsan hari tu.”

Sekali lagi Aimi tersentak. Tapi dia masih mendiamkan diri.

“ Dia ada cakap dekat ayah yang dia sayangkan kamu.”

Kali ni Aimi terus menoleh ke arah ayahnya yang tenang memandu itu. Maznah dah tersenyum melihat reaksi Aimi.

“ Ayah tak kisah kalau betul dia sayangkan kamu. Sebab ayah percaya dia dapat jaga kamu dengan baik. Bila ayah dah tak ada nanti, tak lah ayah risau sangat.”

“ Ayah! Kenapa cakap macam tu.”

Aimi dah kembali mengalirkan air mata. Dia tak suka bil ayah dia cakap macam. Dia masih belum bersedia untuk kehilangan ayah dia.

“ Jodoh dan ajal semua terletak di tangan Tuhan. Ayah Cuma nak mengingatkan diri ayah ja. Aimi. Kalau betul dia sayangkan kamu. Kamu terima ya. Sebab ayah yakin yang kamu pun dah sayangkan dia kan?”

Terus Aimi tergelak. Gelak yang sengaja dibuat-buat. Sedangkan dalam hati dah rasa lain macam.

“ Kenapa ayah yakin sangat yang dia sayangkan AImi?” Soal Aimi ingin tahu.

Azmir tersenyum nipis. Wajah isterinya dikerling sekilas sebelum dia kembali memandang ke jalan.

“ Sebab cara dia jaga kamu. Cara dia risau dan cara dia pandang kamu. Ayah dan dia lelaki. Jadi ayah tahu lelaki ni macam mana.”

Kali ni Aimi terus terkedu.

“ Mak pun suka tengok Imran tu Aimi. Tak salah kan kalau dia sayang kamu?”

Aimi terus terdiam. Dia terkelu lidah untuk menjawab. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

“ Percaya kata hati Aimi tu.”

“ Dan jangan lupa terus berdoa.”

Aimi memejamkan matanya erat. Kata-kata orang tuanya disimpan semat dalam hati. InsyaAllah ayah dan mak. InsyaAllah.

1 comment :

  1. Assalamualaikum akk.. Thn ni x de cerpen baru ke?? Saya dh lama nak baca cerpen terbaru akk

    ReplyDelete

Popular Posts