Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 22 December 2015

Because You're My Love ( Bab 7)



Sudah 2 hari berlalu. Ini juga bermakna sudah 2 hari juga Aimi berkampung dekat hospital. Keadaannya yang lemah itu tidak menginzinkan dia untuk pulang ke rumah. Nak ke sekolah apatah lagi. Akhirnya, dia hanya mampu duduk saja tanpa berbuat apa-apa.

“ Aimi. Mari makan dulu.”

Aimi menoleh memandang ibunya. Keluhan kecil terlepas. Susah payah tengok mak dan ayah dia datang. Rasa bersalah datang menyerbu ke dalam dirinya. Agaknya aku sakit apa sampai tak boleh keluar hospital. Hairan.

“ Mak. Boleh Aimi tanya sikit?”

“ Apa tu? tanyalah.”

“ Aimi sakit apa?”

Soalan itu berjaya membuatkan riak wajah ibunya itu terus berubah. Maznah kelihatan serba salah untuk beritahu perkara sebenar. Sampai saat ini mereka berdua tiada kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar. Ikutkan sebelum ni Doktor Imran yang akan maklumkan. Tapi, Doktor Imran tidak sempat untuk menjenguk Aimi kerana terlalu sibuk.

“ Kamu okay. Cuma terlalu tertekan kata doktor. Tu yang sampai kena masuk hospital.” Nafi Maznah. 
Maafkan mak sayang. Mak tak sanggup nak sampaikan pada kamu. Tunggulah doktor yang cakap sendiri dekat kamu.

Aimi terdiam. Tak. Aku rasa mak sedang tipu aku. Tak mungkinlah sebab stress aku boleh masuk hospital. Lainlah aku ada penyakit. Masalahnya hanya stress. Aku kena selidik. Maybe aku patut tanya doktor.

“ Mak. Pinjam telefon boleh?”

“ Nak call siapa?”

“ Emelda. Lama tak jumpa dia. rindu.”

Maznah tersenyum lantas menghulurkan telefon bimbit pada Aimi. Selepas itu dia terus keluar. Ingin beri ruang pada anaknya untuk bercakap.

Aimi mendail nombor Emelda lantas menanti jawapan rakannya itu. dia ingin tahu apa yang terjadi dekat sekolah sepanjang dia tiada di situ.

“ helo.”

“ Helo. Aimi! Kau pergi mana? Rindu kau tau tak!”

Aimi tertawa kecil.

“ Maaf. Tapi aku masuk hospital lagi. sorry tak maklumkan lebih awal dekat kau.”

“ What? Kau masuk hospital lagi? kau sakit apa? sampai hati kau tak cakap. Kalau macam tu aku pergi lawat kau petang nii.”

Aimi tersenyum. untung dia masih ada kawan yang ambil berat akan diri dia.

“ Yelah. Aku tunggu kehadiran kau. Cepat sikit. Aku dah bosan duduk termenung dekat sini.”

“ Okay. Kau tunggu je. Aku letak dulu. Mama aku dah panggil tu.”

“ yelah. Bye.”

Selepas mematikan panggilan, Aimi kembali merenung ke luar tingkap. Terlepas keluhan kecil daripada mulutnya. Tiba-tiba dia teringat akan Faiz dan Razif. Apa yang terjadi agaknya pada dua orang tu sepanjang aku tak ada dekat sekolah. Eleh Aimi! Macam kau tu hot sangat sampai mereka nak fikirkan kau. Hehe.

“ Assalamualaikum.”

Suara garau itu mengejutkan Aimi daripada lamunan.

“ Waalaikumussalam. Eh doktor.” Terkejut Aimi melihat Doktor Imran.

Imran tersenyum lantas mengangguk. Dia terus bergegas ke sini selepas diberitahu Maznah bahawa Aimi ada tanyakan fasal penyakitnya. Imran. Rasanya ini saat yang sesuai untuk kau beritahu dia perkara sebenar.

“ Aimi. Ada something yang perlu saya cakap dekat awak.” Serius Doktor Imran itu membuatkan Aimi kecut perut. Kenapa? Adakah Doktor Imran nak beritahu fasal penyakit aku?

“ Apa tu doktor?”

Imran menghamburkan keluhan sebelum memandang tepat ke arah Aimi.

“ Fasal penyakit awak.”

Aimi tersentak. Serta-merta dia rasa berdebar.

“ Kenapa dengan saya doktor? Cepat cakap.” Gesa Aimi.

“ Sebenarnya punca awak masuk  ke sini sebab…”

Imran tak sanggup untuk menyambung ayat-ayat yang seterusnya. Tapi dia terpaksa.

“ Sebab apa doktor?” Aimi makin menggesa. Dia nak tahu sangat.

“ Jantung. Awak menghidap penyakit jantung Aimi.”

Aimi yang mendengar itu terus rasa luluh. Lemah terus semangatnya. Air mata pula tiba-tiba mengalir tanpa dipinta. Melihatkan Aimi berkeadaan begitu membuatkan Imran rasa serba salah.

“ Maafkan saya Aimi. Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai doktor. Saya tahu awak susah nak terima tapi itu takdir yang harus awak percaya dan terima. Saya tahu awak boleh.” Ujar Imran memberikan semangat.

Aimi tersenyum hambar. Berita ini lebih menyakitkan daripada mendengar khabar angin mengenai Razif. Dia rasa dia tak mampu untuk bergerak bebas dan sukar untuk bergembira selepas ini. Dia rasa ada satu beban melekat pada bahunya ketika itu. sukar nak percaya.

“ Aimi..” Imran jadi risau.

“ Saya okay doktor. Terima kasih doktor.”

Imran dapat rasakan Aimi sedang tahan perasaannya dengan senyuman.

“ Kalau macam tu saya keluar dulu. Jangan layankan sangat perasaan tu Aimi. Kuatkan semangat awak.”

Melihat Aimi yang tiada tanda untuk menyahut kata-kata Imran itu membuatkan dia terus berlalu keluar. Sakit tengok Aimi muram macam tu. Tapi dia kena faham yang Aimi pasti terkejut. Eh! Dah kenapa aku nak rasa sakit macam ni? Mengalahkan orang baru lepas kecewa. Huh!

**
Terpamer senyuman sinis pada wajahnya saat melihat insan yang berdiri di depannya pada masa itu. Bermacam-macam sangkaan yang dia fikir tentang insan itu. Sesaat kemudian renungan tajam diberi agar insan itu tidak bermain-main dengannya.

“ Kau dah fikir masak-masak?”

Faiz masih mendiamkan diri. Dia tak faham. Kenapa perempuan yang berdiri depannya saat ini sanggup berbuat apa-apa saja demi dapatkan Razif. Sedangkan Razif tak simpan perasaan pun dekat dia. Dalam hal ni boleh dikatakan perempuan tu sorang saja syok sendiri.

“ Aku tak sanggup nak join kau demi rosakkan nama baik kawan aku. Even sebab dia aku tak dapat Aimi. Aku tak kisah sebab yang penting Aimi bahagia.” Putus Faiz dengan serius.

Seperti yang dijangka Faiz. Dina langsung tak puas hati dengan jawapan Faiz. Bukan itu yang dia fikirkan.

“ Habis tu? Kau nak lepaskan Aimi macam tu je?”

Faiz tersenyum sinis. Rambutnya diraup ke belakang.

“ Aku percaya. Kalau ada jodoh tak ke mana. Dan kalau tiada jodoh aku dengan dia maybe dengan orang lain. Come on! Kita still in school. Panjang lagi perjalanan kita. Berfikirlah secara rasional sikit. Kau ingat kau akan bahagia bila dapat dia? Sedangkan hati dia bukan pada kau!” Faiz dah mula membentak. Memang dia tak puas hati bila Dina cuba hancurkan kebahagiaan kawan dia even dia dan Razif tak sebulu.

Dina merengus geram.

“ Aku tak peduli semua tu. Asalkan Razif tak jatuh dekat tangan Aimi. Aku takkan biarkan hal tu! I will make sure he will be mine!”

Terus Dina berlalu selepas menghamburkan ketidakpuasan hatinya itu. Faiz yang melihat hanya mampu mendiamkan diri dan bersabar. Tergeleng kepalanya melihat sikap Dina yang keras kepala itu. Tak sangka kau kemaruk sangat dengan Razif. Aku harap Allah bukakan hati kau untuk terima takdir Ilahi.

Faiz pantas memusingkan badan ke belakang untuk masuk ke dalam kelas. Tapi lain pula jadinya bila Emelda berada tepat di belakangnya dan sambil memandang tajam ke arahnya. Faiz menoleh ke arah Dina yang sudah kehilangan jejak dan kembali menoleh ke arah Emelda. Takkan Emelda dengar?

“ Kau buat apa dekat sini?” Soal Faiz bersahaja. Satu tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Satu lagi dibiarkan lepas ke sisi.

Emelda memandang curiga ke arah Faiz.

“ Kau ada rancang apa-apa yang tak baik ke dengan budak tu?”

Faiz terdiam. Dia dengar ke?

“ Kenapa? Apa yang kau dengar?”

“ Tolonglah weh. Aku tahu kau sayangkan Aimi. Tapi ini bukan jalannya. Dengan membuat sesuatu yang jahat demi Aimi. Aku tak mengaku kau kawan. Aku tak tahu apa rancangan korang tapi tolong jangan buat apa-apa.” Rayu Emelda.

Faiz mengeluh perlahan.

“ Kau dah salah faham. Aku tak berniat pun nak buat benda jahat dekat Razif. Langsung tak sebab aku tak nak sebab aku Aimi dan Razif tak bahagia. Aku tak sekejam tu. Tapi budak tadi tu yang ajak aku. Aku dah tolak. Dia yang bertekad nak dapatkan Razif. Dan aku tak tahu apa rancangan dia.” Faiz terus terang.

Emelda terdiam. Dia mula rasa tidak sedap hati. Mujur Aimi masih belum datang sekolah.

“ Petang ni kau ikut aku melawat Aimi dekat hospital.” Beritahu Emelda lantas masuk ke dalam kelas.

Faiz tersentak. Aimi masuk hospital lagi? Ya Allah.

**
Imran memerhati wajah yang tengah bermuram itu dengan keluhan kecil. Dia tak tahu nak buat macam mana lagi agar wajah itu tersenyum macam sebelum ni. Daripada pagi tadi sampai ke petang. Wajah itu langsung tidak mengukirkan senyuman. Imran jadi risau. Kalau Aimi terus berduka, dia takut akan menjejaskan keadaan jantungnya.

“ Doktor.”

Imran tersentak bila Aimi memandangnya. Imran mengukirkan senyuman kecil.

“ Ya saya.”

“ Saya ada harapan untuk hidup panjang tak?”

Imran terkedu.

“ Kenapa awak cakap macam tu? Awak akan sembuh. Percayalah.”

“ Tapi saya perlukan penderma!”

Tiba-tiba Aimi membentak. Air matanya serentak mengalir ke pipi. Dia tiba-tiba jadi lemah. Ini bukan diri dia. Bukan!

Imran sudah terkedu. Mahu saja dia tarik Aimi ke dalam pelukannya. Tapi dia tak boleh. Dia hanya seorang doktor bukan suami. Ya Allah. Apa perlu aku buat?

“ Saya yakin awak akan sembuh. Saya yakin akan ada penderma untuk awak suatu hari nanti. Percayalah.” Imran cuba meyakinkan Aimi.

Aimi paksa diri mengukirkan senyuman. Dia cuba untuk bersabar walaupun susah.

“ Doktor. Sudi tak doktor jadi kawan saya kalau semua orang sudah tak mahu kawan dengan saya?”

Imran tersenyum. kepalanya dianggukkan.

“ Of course. Awak anggap je saya ni kawan awak. Saya tak kisah.”

Aimi menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Cuba untuk mencari kekuatan.

“ Kalau macam tu boleh saya tak panggil awak doktor? Just panggil awak or Imran. Can I?”

Imran semakin melebarkan senyumannya. Entah kenapa dia rasa suka bila Aimi menganggapnya sebagai kawan.

“ Sure. Panggil je apa-apa selain doktor. Nevermind. Kan kita kawan. Remember?” Imran menjongket kening.

Aimi yang melihat tersenyum. Hatinya terasa gembira .

“ Terima kasih.”

“ Sama-sama. Dah tugas saya sebagai doktor dan kawan.”

Aimi hanya menganggukkan kepalanya lantas menoleh ke arah tingkap. Dia perlukan kekuatan. Dia berharap masih ada sinar dalam hidupnya. Tak bermakna dia sakit dia kena bermuram. Tidak. Dia perlu kuat demi ibu dan ayahnya dan demi dirinya. Perlu!

“ Anggap ini semua ujian dari Allah. Sebab Aimi mampu lah Allah hadirkan penyakit ini untuk Aimi. Aimi perlu percayakan Allah. Aimi akan sembuh.” Ujar Imran memberikan kata-kata semangat buat Aimi.

Aimi menarik senyuman. Kali ni ikhlas.

“ Sure. Saya akan cuba.”

“ Good girl. That’s my girl.”

“ hehe.”

**
Wajah sayu yang sedang berdiri di hadapannya itu dipandang dengan seribu persoalan. Bila masing-masing asyik berdiam, terhambur juga keluhan kecil daripada mulutnya. Terus dia menarik senyuman bagi menghilangkan rasa kekok.

“ Aku minta maaf. Sebab aku korang berdua terpaksa datang sini melawat aku.” Ujar Aimi merendah diri. Walaupun bibirnya mengukirkan senyuman. Hatinya hanya Allah yang tahu.

Faiz dan Emelda yang melihat hanya mendiamkan diri. Faiz yang serba salah itu memandang ke arah lain bila perasan mata Aimi tengah melihatnya. Dia rasa sedikit kesal sebab dia Aimi pengsan.

“ Aimi. Aku minta maaf.”

Maaf yang terkeluar daripada mulut Faiz membuatkan Aimi terdiam.

“ Maaf? Kenapa pula kau nak minta maaf? Kau tak salah pun.”

“ Ya. Aku salah. Sebab aku kau jatuh pengsan. Aku tahu aku tak patut cakap dekat kau tentang perasaan aku sedangkan kau sukakan Razif. Maafkan aku. kalau terjadi apa-apa dekat kau aku takkan maafkan diri aku.”

Aimi rasa sebak. Bukan sebab kau Faiz. Tapi sebab memang aku yang sakit. Maafkan aku Faiz.

“ Tak. Kau tak salah. Aku memang tak sihat lagi sebelum tu. bukan sebab kata-kata kau. Jangan risau okay.”

Faiz tersenyum hambar.

“ Aku reda Aimi. Aku sanggup lupakan kau dan lepaskan kau pada Razif. Dia lebih layak untuk kau.”

Emelda dan Aimi saling berpandangan sebelum menoleh ke arah Faiz yang tengah tersenyum itu.

“ Apa maksud kau ni?” Emelda dah rasa lain.

“ betullah apa yang aku cakap. Aku tak layak Mel. Aimi.. jangan hampakan dia dan aku. aku nak kau hidup bahagia. Nanti bila kahwin jangan lupa jemput aku tau.” Faiz cuba gelak. Tapi nampak sangat gelaknya itu tawar.

Aimi dan Emelda terdiam lagi.

“ Dah. Lupakan tentang itu. Tak penting. Yang penting kau. Bila kau nak keluar hospital?” Pantas Faiz mengubah topik. Tak sanggup rasanya dia bila asyik cakap fasal hal itu. Nanti hati dia juga yang sakit.

“ Esok maybe. Aku tak sure.”

Aimi tunduk memandang jari. Dia rasa sebak sangat. Macam mana kalau kawan-kawan aku tahu tentang penyakit aku? Arh! Baik aku rahsiakan. Lebih baik tiada sesiapa pun yang tahu. Kalau tidak mereka pasti akan simpati kat aku. Aku tak nak.

Tiba-tiba pintu dibuka daripada luar. Terjengul muka Doktor Imran yang tengah tersenyum. Mereka bertiga serentak menoleh ke belakang.

“ Hai Aimi. Ada tetamu erk?”

Aimi tersenyum dengan kehadiran Imran.

“ Haah. Semua ni kawan saya.”

Imran menapak masuk dan menyalami Faiz. Kemudian dia menapak pula ke sisi Aimi. Ingin membuat pemeriksaan.

“ Macam mana? Rasa sakit lagi tak?” Soal Imran dengan riak serius.

“ Alhamdulillah. Rasa lebih baik. Esok saya boleh keluar hospital dah kan?” Soal Aimi inginkan kepastian.

Imran meneliti dokumen pesakit yang berada pada tangannya itu. kemudian dia mendongak melihat Aimi. Senyuman ditarik lebar.

“ Yes. You can. Tapi ingat, lepas ni kalau sakit cepat-cepat call saya.”

Aimi terus mengangguk lantas menarik senyuman lebar. Lega bila boleh keluar hospital.

“ By the way…”

Imran yang baru nak keluar daripada situ terus memandang ke arah Faiz.

“ Good job boy. You did it. I’m proud of you. Don’t worry. You will be happy. I have to go. Bye.”

Semua terlopong dengan kata-kata Doktor Imran tetapi tidak bagi Faiz. Rasanya dia faham apa maksud Imran. Dia menarik senyum. Terima kasih doktor. Sebab saya nak Aimi bahagia.

**
“ Razif!”

Razif yang ingin masuk ke pejabat sekolah terbantut apabila namanya dipanggil. Terus dia menoleh ke belakang.

“ Saya?”

Razif pelik. Siapa pula budak perempuan ni? Tak pernah nampak pun.

“ Sorry. Saya Dina. Form 4. Awak dah nak balik ke?”

Razif hanya mengangguk.

“ Kenapa awak cari saya?”

Dina buat muka manis. Dia hulurkan satu beg kertas kepada Razif. Razif yang tak tahu apa-apa hanya menyambut dengan tanda tanya.

“ Hadiah dari saya. Terimalah. Saya pergi dulu.”

Usai Dina berlalu, Razif menjenguk isi beg kertas tersebut. Hanya sehelai baju. Nothing special. Tapi kenapa dia bagi kat aku? Pelik.

“ Hai Razif. Kenapa sampai berkerut dahi tu?”

Entah datang dari mana, tiba-tiba Faiz muncul. Sebenarnya Faiz baru balik daripada melawat Aimi. Kebetulan dia lalu sekolah dia terus singgah. Tup tup terjumpa Razif yang baru nak pulang.

“ Eh! Kau buat apa dekat sini?”

“ Ni sekolah aku kan? Kau kenapa?”

Faiz mengambil beg kertas yang berada pada tangan Razif itu. pantas dia buka untuk tengok isi di dalamnya. Baju?

“ Siapa bagi kat kau ni? secret admire la tu.” Usik Faiz lantas menyerahkan kembali beg tersebut.

Razif hanya menjongketkan bahu.

“ Entah. Tapi dia cakap dia pelajar form 4. Nama dia Dina. Aku pun tak tahu kenapa dia bagi.”

Faiz terus tersentak. Okay. Aku dah mula rasa lain macam ni. tak sedap hati. Takkan dia dah mula rancangan jahat dia tu. Takkanlah!

“ Aku bagi amaran dekat kau. Kalau kau nak Aimi bahagia, lebih baik kau jauhi budak Dina tu. Jangan sampai aku tahu kau rapat dengan dia.” Faiz dah keluarkan arahan dengan muka yang ketat.

Razif yang tak tahu apa-apa jadi makin tertanya-tanya.

“ Apahal kau ni? Dia Cuma bagi hadiah je kot.”

“ Tak kisah. Make sure lepas ni kau tak terima sebarang hadiah daripada dia. Or Aimi will be dangerous!”

Terus Faiz berlalu selepas berkata demikian. Okay. Aku dah mula risaukan Aimi. Tak boleh jadi ni! aku mesti hentikan perempuan tu. kalau tidak aku tak jamin apa yang akan jadi nanti.

Razif pula terkedu. Aimi akan dalam bahaya? Apa sebenarnya yang tengah terjadi ni? Aku tak faham betullah.

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers