Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 23 March 2016

Because You're My Love (Bab 21)

Okay. Memandangkan dah lama aku tak post enovel ni. Malam ni aku bagi la satu lagi bab erk? Happy reading!



Dalam hati tak mahu, kakinya telah pun berada di depan hospital. Aimi menggigit bibir. Masih ragu-ragu sama ada nak teruskan langkah atau pun berpatah balik. Masih ada masa ni. Patah balik lah.

Terus Aimi memusingkan badan ke belakang. Nak pergi secepat yang mungkin. Tapi, langkahnya terus kaku bila melihat insan yang berdiri tegak di depannya saat itu.

“ Kenapa nak patah balik? Nak balik?” Duga Imran tanpa secalit senyuman pun. Wajahnya beriak serius. 
Aimi yang melihat terus terkelu lidah untuk menjawab.

“ Masuk. Jangan niat nak balik. Awak dah sampai pun.”

Terus Imran berlalu melintasi dia. Langsung tidak dihiraukan Aimi yang terkulat-kulat ingin masuk atau tidak itu.

Aimi masih statik pada tempatnya. Mulutnya memuncung. Benci! Mood apa entah tiba-tiba marah macam tu. Ingat aku ni apa? Ikut suka hati aku la nak pergi ke nak balik ke nak masuk ke? Kaki aku bukan kaki dia.

“ Aimi! Masuk!”

Aimi yang tengah memberontak geram tu terus memusingkan badannya semula bila dengar arahan daripada Doktor Imran itu. Dia mencebik geram. Tapi tidak pula dia mengejar langkah Imran. Dia pergi dulu dekat kaunter pertanyaan.

“ Kak. Apa mood dia hari ni? Marah semacam.” Soal Aimi sambil mengerling Imran dari jauh.

“ Oh. Pagi tadi ada nurse buat hal. Salah sikit je. Tapi sebab salah tu la Doktor Imran naik angin. Yala. Sebab silap nurse tu pesakit tu hampir mati.”

Aimi mengangguk tanda faham.

“ Patutlah mood on off je.” Gumam Aimi perlahan lalu memberikan sengihan pada kak-kak nurse tersebut.

“ Saya pergi dulu ye.”

Terus Aimi menghayunkan langkah ke arah bilik yang tertera nama Doktor Imran Datuk Ismail itu. Sebelum masuk, sempat dia mengucap dan menarik nafas. Bila dah bersedia, barulah dia memulas tombol pintu dan masuk ke dalam.

Tapi dia hanya tercegat depan pintu. Masih juga teragak-agak nak jalan masuk atau berdiri depan pintu dia ni. Hoho. Nak jadi patung cendana ke Aimi?

“ Yang awak tercegat dekat situ apa hal? Duduk la depan saya ni.” suara itu dah kedengaran tegas.

Aimi mengeluh kecil. Tak mahu hati Imran yang tengah bara tu menjadi lebih bara, Aimi melangkah perlahan dan duduk seperti yang diarahkan Imran. Dia sengaja memasamkan muka. Semalam suruh aku datang sini baik-baik. Bila aku datang baik-baik, dilayan tak baik pula. Benci!

“ Ha. Tu kenapa muka masam tu?”

Imran yang baru selesai menyemak dokumen pesakit terus tumpukan perhatian pada Aimi. Wajah Aimi masam. Terus dahinya berkerut. Tak tahu apa masalah Aimi.

“ Aimi?”

Aimi yang sengaja mendiamkan diri tadi mula mengukirkan senyuman yang paling tak ikhlas. Ala. Bukan orang tahu pun kau tu senyum ikhlas ke tak. Asalkan senyum. Haha.

“ Ye saya. Ada apa ye?” Sengaja Aimi buat-buat tanya.

Imran yang melihat reaksi Aimi itu terus mengeluh kecil. wajahnya diraup berkali-kali sebelum memandang tepat ke arah Aimi.

“ Okay. Saya minta maaf. Tadi mood saya tak okay.” Jelas Imran dengan rasa serba salahnya.

“ Eh! Kenapa nak minta maaf pula. Awak tak salah pun.”

Aimi sempat mengukirkan senyuman sinis tapi sekejap je bila wajahnya asyik direnung Imran. Terus dia tunduk memandang meja. Cantik juga meja ni. Okay. Melalut Aimi! Melalut!

“ Aimi. Please. Jangan macam ni.” Pujuk Imran pula.

“ Macam mana apa? Orang datang elok-elok. Datang baik-baik. Tapi kena marah pula. Siap kena arah-arah lagi. Orang yang tak bersalah pun kena tempiasnya. Lebih baik saya balik.” Luah Aimi dengan nada geram. Jelas yang dia tak puas hati.

Imran yang mendengar bebelan Aimi terus tersenyum. Hatinya tercuit dengan sikap Aimi tadi. Comel.

“ Okay. Saya minta maaf okay. Saya yang salah. Sorry please?” Giliran Imran pula buat comel. Siap kerdipkan mata lagi.

Aimi yang melihat terus tak jadi nak marah. Tapi dia terus gelak bila tengok Imran yang mengada-ngada tu.

“ Yela Doktor Imran.”

Imran pula tertawa. Terus dia bangun dan menuju ke arah sofa. Aimi yang melihat Imran duduk di situ hanya memandang tanpa bergerak sedikit pun. Lebih selesa duduk di atas kerusi. Boleh tengok Imran. Haha. Mengada!

“ Nak minta tolong sikit boleh?”

“ Apa benda?”

Imran tersengih. Dia memegang bahunya sebelah kiri dan kanan dengan jongketan di kening.

“ Tolong urut bahu saya boleh? Lenguh dah ni.” Pinta Imran masih dengan sengihan.

Aimi terlopong.

“ La. Kenapa saya pula? Urutlah sendiri. Saya datang bukan nak jadi orang gaji awak.” Bebel Aimi lantas bangun dan duduk di depan Imran.

“ Ala. Bukan selalu. Saya tak bohong. Bahu saya lenguh sangat ni.”

Melihatkan wajah Imran yang menahan lenguh itu buatkan Aimi simpati. Terus dia tersenyum. Dia bangkit dan berdiri belakang Imran.

“ Dah. Tepi tangan tu.” Arah Aimi.

“ Terima kasih.”

Imran terus menurunkan tangannya. Biar tangan Aimi saja yang mengurut. Sambil tu dia memejamkan mata. Sejak akhir-akhir ni, pesakit dia terlalu ramai. Sampai nak rehat pun jadi tak ada masa. Kadang-kadang tu sampai tak tidur. Habis sakit satu badan. Penat. Tapi itu dah tanggungjawab dia sebagai seorang doktor.

“ Im. Boleh saya tahu sesuatu tak?”

“ Apa dia?”

Aimi menarik nafas dalam-dalam sebelum bertanya. Tapi tangannya masih mengurut bahu Imran.

“ Saya masih belum dapat penderma kan?”

Imran yang elok menutup mata tadi terus membuka matanya. Serentak itu dia terus menoleh ke belakang. Urutan Aimi juga terus terhenti.

“ Kenapa awak tanya macam tu?” Imran dah beriak serius. Aimi yang melihat masih beriak tenang.

“ Saya Cuma nak tahu. Jawablah.”

Imran terus menoleh ke depan. Dia tak suka bila Aimi tanya soalan tu. Sebab jawapannya mestilah tiada lagi. Apa perlu aku jawab? Aku tak nak dia sedih.

Aimi yang melihat kebisuan Imran itu terus menganggukkan kepalanya. Senyuman hambar terukir.

“ Saya dah tahu jawapannya. Terima kasih Im.”

Terus Aimi memusingkan badan untuk beredar. Okay Aimi! Kau merosakkan mood la. Aku just nak tahu je. Kalau betul masih tiada penderma, aku reda. Aku akan belajar menerima takdir Allah yang aku akan pergi tak lama lagi. Tu je.

“ Aimi!”

Imran terus bergegas mendekati Aimi yang ingin keluar daripada biliknya itu. Dia berdiri tepat  di hadapan Aimi.

“ Aimi. Saya janji saya akan cari penderma tu sampai jumpa. Awak akan terus hidup. Percayalah.”

“ Dah la Im. Saya reda. Ini hidup saya. Jangan berjanji takut memakan diri awak nanti. Saya pergi dulu.”

Kakinya terus laju melangkah keluar daripada bilik tersebut. Bila dah berada di luar, air matanya terus mengalir ke pipi. Dadanya disentuh lembut. Entah sampai bila lagi dia boleh bertahan. Moga dia akan terus kuat.

Tanpa berlengah, dia pantas melangkah keluar daripada hospital itu. Mungkin lepas ni dia takkan jumpa dengan Imran lagi. Mungkin ini buat kali terakhir. Kecuali dia saki teruk. Maafkan saya Imran.

**
Kakinya yang laju ingin masuk ke hospital itu terus jadi perlahan bila matanya menangkap kelibat Aimi. Dia jadi pelik. Buat apa Aimi dekat hospital? Tapi dia tak mampu nak jawab persoalan itu sebab dia tak tahu. Akhirnya dia biarkan saja Aimi berlalu.

“ Nurse. Boleh saya tahu di mana bilik Nur Khairiah?”

“ Kejap ye.”

Razif tunduk memandang jam tangannya. Dia terlambat. Kata tadi nak datang pukul 10 pagi. Tapi dah masuk 12 tengah hari dah pun. Nasib badanlah kejap lagi kena marah dengan kakak dia.

“ Biliknya bernombor 120.” Maklum nurse di kaunter pertanyaan itu.

“ Okay. Terima kasih nurse.”

Terus Razif berlalu untuk ke bilik kakaknya. Tapi langkahnya terus terhenti saat ternampak doktor yang pernah merawat Aimi dulu. Dia ingin menegur tapi tengok reaksi doktor tu saat ini maybe tak sesuai. Nampak doktor tu macam ada masalah.

Melihatkan doktor tu ingin melintasi dia. Dia terus duduk di satu kerusi dan mencapai satu majalah. Buat-buat sedang membaca. Kini, doktor tu betul-betul ada di sebelahnya.

“ Aimi. Mana awak pergi?”

Razif terus tersentak saat nama Aimi disebut. Tiba-tiba datang seorang nurse menuju ke arah doktor Imran.

“ Izati. Ada nampak Aimi tak?”

“ Dia dah balik doktor. Kenapa doktor? Doktor gaduh ke dengan dia?”

Razif masih setia mendengar perbualan dua orang itu. Hatinya dah mula rasa tak tenang.

“ Entahlah. Dia tiba-tiba tanya fasal penderma. Saya risau.”

Kali ni Razif terus terkedu. Majalah yang dia pegang tadi hampir saja terlepas daripada tangannya. Hatinya yang mula rasa tidak sedap hati rupanya tepat. Ternyata benar tekaannya yang Aimi memang ada sembunyikan sesuatu daripada dia.

“ Saya pergi dululah doktor.”

“ Yela.”

Berlalu je Doktor Imran daripada situ, Razif terus bangun dan mengejar langkah nurse yang bernama Izati tadi.

“ Nurse! Maaf. Boleh saya tanya sikit?”

Izati terpinga-pinga bila tiba-tiba ditegur. Tapi dia hanya mengangguk.

“ Erk. Aimi pesakit dekat hospital ni ke? Dia sakit apa erk? Saya kawan dia.”

“ Oh. Kawan Aimi Aisya?”

“ Ha. Betullah tu.”

Izati tersenyum. Tapi tak lama bila mengingatkan tentang Aimi.

“ Dia ada masalah jantung. Dan sekarang Doktor Imran tengah cuba cari penderma yang sesuai.”

Bagai ada benda tajam yang menusuk terus ke jantungnya saat mendengar kata-kata nurse Izati itu. Dia terkedu. Tiba-tiba dia rasakan lututnya lemah dan ingin jatuh.

“ Dik? Adik okay ke ni?” Risau pula Izati tengok.

“ Ha. Okay. Terima kasih nurse.”

“ Sama-sama. Saya pergi dulu ye.”

Selepas hilang saja kelibat nurse tu. Razif terus terduduk di kerusi berdekatan dengan dia. Lututnya terus jadi lemah. Badannya jadi tidak bermaya. Air matanya terus bergenang. Ya Allah!

“ Dia ada masalah jantung. Dan sekarang Doktor Imran tengah cuba cari penderma yang sesuai.”

Kata-kata itu kembali bermain dalam fikirannya. Dia menekup mulut kuat. Dia sendiri tidak percaya dengan perkhabaran itu. Sungguh! Kenapa selama ni dia tidak terfikir langsung? Air matanya yang bergenang tadi terus mengalir.

“ Lupakan saya.”

“ Ini yang terbaik buat kita berdua. Saya tak nak awak menyesal.”

Semua kata-kata yang pernah diungkapkan Aimi terus kembali berlegar-legar dalam fikirannya bagaikan kaset radio. Ya Allah!

“ Kenapa saya tak sedar? Aimi. Maafkan saya.”

Akhirnya tangisannya pecah di situ. Pandangan orang sekeliling langsung dia tidak ambil peduli. Dia rasa bersalah sangat time ni. Dia rasa dia lah insan yang paling tidak berguna buat Aimi. Maafkan saya Aimi. Maafkan saya!

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers