Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 29 March 2016

Because You're My Love ( Bab 33)



“ Abang!”

Aimi menapak ke arah Imran dan Faiz yang sedang berbual dengan seseorang itu. Aimi mula rasa tak sedap hati. Dan kenapa macam akan ada sesuatu yang akan terjadi? Melihatkan wajah Faiz dan Imran yang macam terkedu tu. Dia pasti ada sesuatu yang dirahsiakan daripada mereka.

Dia sengaja keluar nak cari Imran sebab kata Emelda mereka keluar ambil angin. Tapi ambil angin apa sampai belakang bangunan ni? Dia jadi syak wasangka.

“ Erk.. Aimi. Buat apa kat sini?” Dengan perasaan kalut Imran menyoal. Faiz di sebelahnya dah mula menayangkan sengih bagi menutup rasa gugup. Manakala Firhan di depannya dah menarik nafas dalam. Bersedia untuk terima sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada dirinya kejap lagi.

“ Aimi cari abang la. Abang pula buat apa dekat sini dengan Faiz?”

Sempat Aimi mengerling ke arah seorang lelaki yang membelakanginya saat itu. Dalam hati terdetik ingin tahu siapa lelaki itu. Tapi lelaki itu tidak menoleh langsung ke arahnya. Imran yang menyedari jelingan Aimi itu pantas mendekati Aimi. Dia juga sempat memberikan isyarat kepada Faiz agar berlalu daripada situ. Biarkan Firhan bersendirian. Itu lebih selamat.

“ Saja ambil angin. Jom kita masuk. Kesian Mel kat dalam sorang-sorang.” Ajak Imran lantas menarik lembut lengan Aimi agar mengikuti langkahnya.

Aimi pun tanpa bersyak apa-apa hanya mengikut. Tapi masih juga dia menoleh ke belakang. Maybe perasaan aku je kot. Usai saja Aimi dan Imran berlalu, barulah Faiz dan Firhan mampu menarik nafas lega.

“ Nasib kau tak toleh belakang. Kalau tidak haru kita bertiga.” Ujar Faiz menyatakan rasa gelisahnya itu.

“ Aku pun terkejut juga. By the way.. aku tak sempat nak tengok muka dia tadi. Comel tak?” Sempat lagi Firhan mengusik siap dengan sengihan lagi.

Faiz yang mendengar dah menjeling semacam.

“ Amboi? Ada hati ke? Sorry lah tapi dia hak milik orang.”

“ Nak tahu je la.”

“ Comel juga sampai dulu aku pernah simpan hati dekat dia. Haha. Tapi itu dulu lah.”

Firhan yang mendengar dah tersengih.

“ Sekarang?”

Faiz tersenyum lantas mula melangkah bersama Firhan.

“ Sekarang aku dah ada orang yang paling bermakna dalam hidup aku. Dia lah cinta sejati aku. Acewah.”

Tercetus terus ketawa daripada mereka berdua. Macam-macam.

“ Bro. Thanks sebab sudi tolong kami. Hope lepas ni kau boleh bersedia kalau berdepan situasi macam tadi.” Pesan Faiz.

“ No hal. Kau boleh percayakan aku. okaylah. Aku gerak dulu. Sebenarnya bakal tunang aku tengah tunggu dalam kereta.”

Okay. Kenyataan itu jelas mengejutkan Faiz sampai bulat mata dia tengok Firhan. Firhan yang melihat reaksi Faiz terus tersengih. Dah agak Faiz mesti terkejut.

“ Kau serius? Kenapa kau tak cakap dari awal tadi? Boleh buat noh!”

Firhan ketawa lagi. seronok tengok orang terkejut.

“ Ala. Baru bakal tunang belum bakal isteri. Okaylah. Aku gerak dulu. assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

Faiz hanya melihat Firhan pergi dengan senyuman. Dalam hati tak percaya yang Firhan dah nak bertunang. Dan tak percaya juga mereka boleh jadi rapat dalam jangka masa yang pendek. Demi Aimi, mereka sanggup lakukan apa saja.

**
Semenjak lepas keluar daripada KFC tadi sampailah dah nak sampai rumah ni. Aimi hanya membisu. Imran di sebelah dah tak senang duduk melihat kebisuan Aimi. Dia risau kalau Aimi terlalu fikirkan hal tadi. Seketika dia memicit kepalanya perlahan. Tak tahu nak buat apa. dia tak boleh tengok kalau Aimi berdiam. Kalau berdiam selalunya ada masalah. Dia kenal sangat dengan Aimi tu.

“ Sayang.”

Perlahan tangan kanan Aimi dicapainya lantas digenggam erat. Aimi yang menyedari hal itu hanya membiarkan. Tapi matanya tidak lepas memandang ke luar tingkap. Fikirannya sekarang ni bercelaru. Fikirkan Razif. Fikirkan kejadian tadi dan fikirkan hal-hal yang dia sendiri tiada jawapannya.

“ Kenapa ni? ada masalah ke? Humm..” Lembut Imran menyoal. Sesekali dia menoleh ke arah Aimi.

Aimi hanya menggelengkan kepalanya. Tidak mahu menyerabutkan kepala otaknya.

“ Tipu.”

Aimi tersenyum sipi. Terus dia menoleh memandang Imran yang tengah memandu itu. Ditatapnya wajah Imran dengan penuh kasih sayang. Serentak itu juga Imran menoleh memandang Aimi. Seketika mereka saling berpandangan sebelum Imran kembali memandang ke hadapan. Aimi juga terus menoleh ke arah lain. Dadanya dah berdebar laju. Aiseyh! Nak curi-curi tengok last-last kantoi.

“ Kenapa ni sayang?” Imran menyembunyikan senyum.

“ Tak ada.”

Aimi tersenyum senget. Tak ada apa-apa la sangat kan? Hati! Berhenti berdebar boleh tak? Wuargh!

“ Sayang.”

“ hurmm..”

“ Nak pergi honeymoon tak?”

Aimi tersentak. Terus dia menoleh memandang Imran. Honeymoon?

“ Abang kan kerja. Buat apa nak honeymoon?” Dengan polos Aimi menyoal.

Imran dah tertawa kecil melihat reaksi Aimi. Sampai terjongket kening dia mengerling Aimi.

“ Buat apa? Haih. Soalan? Mestilah nak berdua je dengan isteri abang ni. Lagipun….”

Sengaja Imran berjeda sambil tersengih. Aimi yang sememangnya tak sabar nak dengar kata-kata seterusnya itu setia menunggu. Berdebar pula jadinya.

“ Lagipun…”

Aimi menjeling geram. Pantas dicubit lengan Imran. Geram! Imran yang menerima cubitan itu terus ketawa.

“ Cepatlah! Jangan buat saspen boleh?” Marah Aimi.

“ Okay-okay. Maksud abang, kita boleh dapat anak sekali. Cukup pakej tu. Tu baru namanya honeymoon.” Imran terus kerling Aimi dengan renungan romantisnya.

Aimi yang menerima renungan itu pantas memandang ke hadapan. Dia mengulum senyum. Tak mahu Imran sedar yang dia sedang tahan debaran dan senyum. Malu pun ada juga.

“ Aimi?”

“ Tengok depan! Kereta banyak!” Arah Aimi dengan nada getarnya. Imran yang mendengar dah tersengih. Suka tengok Aimi malu-malu.

“ Nanti kita pergi ye.” Imran meleretkan suaranya.

Tapi Aimi hanya mendiamkan diri. Cukuplah dia menggenggam erat tangan Imran sebagai jawapan. Aimi ikut saja apa kata abang. Because you’re my love.

**
Suasana ketika sangatlah sunyi. Hanya bertemankan bunyi cengkerik di luar dan angin bayu malam yang boleh mendamaikan jiwa. Tapi, masih belum mampu buat hati seorang gadis Aimi Aisya tenang. Fikirannya asyik fikirkan soal Razif. Dia tak tahu kenapa. Lately ni dia selalu nampak someone yang mirip dengan Razif. Tapi bila dia cuba mencari kelibat tu hilang.

Akhirnya, terhambur juga keluhan daripada mulutnya. Matanya meliar sekeliling rumah. Hari dah malam. Dan dah lewat sangat. Tapi dia tak dapat melelapkan matanya. Jadi, dia memilih untuk setia berdiri dibalkoni bilik dengan melihat panorama malam yang indah itu.

Tiba-tiba dia terasa pinggangnya dirangkul. Serentak itu dia terus menoleh ke belakang. Kelihatan Imran sedang tersenyum ke arahnya.

“ Apa yang sayang berdiri kat sini? Kan sejuk. Nanti demam pula.” Bisik Imran lantas meletakkan dagunya di atas bahu Aimi.

Aimi yang menerima perlakuan itu hanya mendiamkan diri. Tapi hatinya dah mula bermain rentak. Yang pasti dia tak suka. Malu!

“ Saja. Ambil angin.” Balas Aimi perlahan. Matanya mendongak melihat langit. Banyak bintang malam ni. cantik pula tu.

Imran yang ralit memandang Aimi itu menguntum senyum. Melihatkan Aimi sangat ralit memandang langit, dia turut berbuat demikian.

“ Sayang. Nanti sayang nak sambung study dekat mana?”

Tiba-tiba Imran menyoal. Dia mula memeluk Aimi daripada belakang. Tak puas rasanya bila tak dapat peluk Aimi even sehari. Nanti jadi rindu.

“ Entahlah. Tak tahu lagi dekat mana. Yang penting course tu.”

“ Abang tak kisah Aimi nak belajar dekat mana pun. Ingat yang abang sentiasa sokong daripada belakang.”

Aimi tersenyum menerima kata-kata itu. Perlahan-lahan dia menyentuh tangan Imran yang setia memeluknya itu. Dielus tangan itu dengan lembut. Dia rasa sangat-sangat bersyukur memiliki lelaki ini sebagai suaminya.

“ Abang. Aimi tak tahu apa akan jadi pada Aimi if abang tak ada. Aimi takut kalau Aimi tak mampu berjuang seorang diri. Ayah dah tak ada. Mak pun dah duduk jauh. Dan kalau abang pun pergi nanti, Aimi tak tahu. Aimi takut.”

Matanya mula berkaca-kaca memandang ke langit. Even senyuman masih terukir, hatinya dah menangis pilu. Dia bukanlah sekuat yang disangkakan. Dia juga lemah dan seperti orang lain juga. Manusia biasa.

Imran yang mendengar kata-kata itu pantas meleraikan pelukan. Terus dia memusingkan badan Aimi ke arahnya. Perlahan juga dia menolak dagu Aimi agar memandang tepat ke matanya.

“ Sayang. No matter what happen, you always in my heart. And I will make sure you always be my side forever. I won’t leave you my dear. Not ever. Remember this. I love you. Really really really love you Aimi Aisya.” Dengan penuh perasaan dan syahdu Imran melafazkan kata-kata itu. Lembut dia merenung ke mata Aimi.

Aimi terus tunduk. Air matanya dah mengalir ke pipi. Dia mengetap bibir kuat. Dia tak mahu menangis lagi.

“ Abang takkan biarkan sayang keseorangan. Ingat. If abang tak ada pun Allah ada sayang. You’re not be alone. I’m promise!”

Imran kembali merangkul pinggang Aimi sehingga membuatkan Aimi kembali mendongak melihat ke arahnya. Mata itu sudah merah kerana menangis. Imran yang melihat pantas menyeka air mata itu. Dia menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

“ And please. Don’t cry. I hate when you cry. Abang tak suka bila tengok Aimi nangis. Abang rasa separuh jiwa abang pergi bila tengok Aimi nangis.” Imran cuba memujuk.

Aimi menarik senyum. Air matanya dah kering.

“ Aimi cuba abang. Thanks abang. Abang adalah segala-galanya dalam hidup Aimi kini. Terima kasih sangat-sangat abang.”

Tubuh Imran terus dipeluknya erat. Dan Imran mengeratkan lagi pelukan itu dengan kemas. Ubun-ubun Aimi dikucupnya perlahan. Masing-masing terus tersenyum. InsyaAllah. Sampai ke Jannah jodoh kita Aimi Aisya.

“ I love you. Seriously.”

“ I love you to abang.”

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers