Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 4 December 2015

Because You're My Love (Bab 2)

Assalamualaikum.

Okay. Dah masuk bab 2. Aku tak tahu apa reaksi korang selepas baca enovel ni. Mengecewakan or okay or kurang memuaskan? Huhu. Tapi, jangan cepat menilai dan tunggu sampai penghujung cerita. Yeah.



Pagi itu, Aimi terkocoh-kocoh ke sekolah gara-gara takut terlewat. Sedangkan, baru pukul 7 pagi. Sarapan pun dia belum sempat nak jamah. Orang tuanya yang melihat pun jadi bingung. Tapi, mereka hanya mampu melihat dengan gelengan. Itulah Aimi Aisya yang kalut orangnya.

Aimi merenung jam tangannya. Cepat Aimi! Cepat! Kau belum selewat ni. Kalau tidak tepat pukul 7 kau sudah berada dalam kawasan sekolah. Tapi, kau dah lewat 1 minit. Arh!

“ Dik! Awas!”

Aimi yang baru nak melintas jalan tu terhenti mengejut saat ada kereta laju yang hampir-hampir nak melanggarnya. Mujur dia sempat brek mengejut. Tapi itu belum mampu hentikan debaran di jantungnya. Entah kenapa, tapi jantungnya seakan-akan berdegup dengan kencang. Lain daripada biasa.

“ Dik? Adik tak apa-apa kan? Sorry. Abang tak perasan tadi.”

Pemandu kereta tadi mula jadi cemas bila tengok keadaan Aimi yang diam seribu bahasa. Aimi yang menyedari teguran itu tersenyum tawar.

“ Saya okay. Maafkan saya. Saya pergi dulu.”

Pantas Aimi melintas selepas meminta maaf kepada pemandu kereta tadi. Rasa lain pada jantungnya itu diabaikan. Dia perlu cepat sampai ke sekolah.

**
“ Semua cuba buat latihan dekat muka surat 4 tu. Nanti kita bincang.”

Aimi memandang depan tanpa perasaan. Kepalanya tiba-tiba rasa kosong. Entah kenapa dia macam tak boleh berfikir. Dia asyik teringat kejadian pagi tadi. Cuba kalau pemandu kereta tu tak brek dan dia pun tak berhenti, pasti dia sudah ada dekat hospital sekarang ni. Arh! Aku pun satu. Langsung tak berhati-hati. Boleh je kot aku tunggu kereta tu pergi dulu. Salah aku!

Tiba-tiba bahunya disenggol. Itu membuatkan dia tersentak dan pantas cuba fokus akan latihan yang ada depan matanya itu.

“ kau asal? Daripada tadi aku tengok kau asyik mengelamun je.”

Emelda perasan. Bukan tak perasan. Sebab AImi bukan jenis suka termenung tak fokus dalam kelas. Aimi ni budak contoh kat sekolah ni. so, dia jadi hairan la. Kalau Aimi termenung tu, that mean dia ada masalah.

“ Aku okay. Buatlah kerja kau.”

Aimi sedaya yang boleh cuba elak daripada jawab pertanyaan Emelda itu. Biarlah dia je yang tahu apa jadi pagi tadi.

“ Pelik lah kau ni. Ke, kau terfikir crush kau? Kau jangan. Exam tinggal 2 bulan je lagi.” Emelda berpesan.

Aimi tersenyum.

“ Mana ada. Aku langsung tak teringat dia la. Dah lah. Sambung buat kerja tu. Nanti cikgu nak bincang kan?”

Aimi terus buat-buat fokus akan latihan Matematik itu. Tapi, dia tak boleh apabila dadanya tiba-tiba sakit tetiba. Rasanya lebih teruk daripada pagi tadi. Pagi tadi just berdegup kencang sampai dia susah nak bernafas. Dan sekarang? Rasa lebih teruk. Macam sesak nafas pun ada. Sakit sangat! Ya Allah!

Aimi cuba menenteramkan perasaannya dan kesakitan itu. Dia menarik nafas dengan perlahan-lahan lalu menghembuskannya kembali. Setelah tiga kali dia berbuat demikian, barulah rasa sakit tu beransur hilang. Aimi cuba mengukirkan senyuman. Sampai berpeluh dibuatnya. Mujur Emelda tak perasan.

“ Beb. aku nak ke tandas kejap.” Ujar Aimi lalu bangun dan meminta kebenaran dekat cikgu.

Emelda yang memandang tingkah Aimi yang pelik itu jadi tertanya-tanya. Aimi? Kau ada masalah ke ni?

**
Langkahnya makin lama makin laju. Dia Cuma nak cepat-cepat ke tandas. Rasa sakit itu menyerang kembali. Ya Allah. Tolong bertahan. Aku tak nak sesiapa nampak.

“ Aimi!”

Aimi mengetap bibir saat namanya diseru. Dadanya yang terasa sakit itu dibiarkan seketika. Dia cuba menahan sebaik mungkin sakit itu lalu cuba mengukirkan senyuman. Selepas dia berjaya mengawal rasa sakit itu, barulah dia menoleh ke belakang. Rupanya Faiz.

“ Kenapa? Aku nak cepat ni.” Ujar Aimi dingin.

“ Kenapa kau letak telefon semalam? Aku tak sempat  nak cakap apa-apa.” Faiz menyuarakan kekesalannya.

Dia tahu, sebelum tu dia dah kata tak nak ambil peduli lagi dan biarkan Aimi bahagia. Tapi, hatinya sukar untuk berbuat demikian. Lagipun, dia dah lama nak call Aimi Cuma tak ada keberanian. Cuma malam tadi je dia tiba-tiba dapat keberanian tu.

“ Aku terkejut je. That’s why terletak. Sorry. Ada apa-apa lagi tak? Aku nak ke tandas ni.” Aimi rasa geram pula tiba-tiba.

Faiz tunduk dengan rasa serba salah.

“ Aku minta maaf sebab selalu kacau kau sebelum ni. Aku Cuma nakkan perhatian kau je. Sebab aku suka kau.”

Aimi tersentak. Dan rasa terkejutnya itu membuatkan dadanya bertambah sakit lagi. Arh! Tahan! Tahan!

“ Aku janji. Lepas ni aku takkan kacau kau lagi. Aku juga akan buat tak kenal kau. Even kita satu kelas. Aku..”

Aimi dah mula rasa penat. Penat tahan sakit ni. Dia sudah tidak mampu untuk berdepan dengan Faiz lagi. Dia takut dia tumbang depan Faiz.

“ Dah. okay. Aku maafkan. Aku pergi dulu.”

Terus Aimi berjalan meninggalkan Faiz. Dadanya disentuh. Dia tumbuk-tumbuk dada itu gara-gara sakit yang amat. Malangnya, dia dah tak tahan untuk tahan sakit itu lalu rebah betul-betul di hadapan kelas Razif.

“ ya Allah! Aimi!”

Faiz yang baru nak beredar tadi terus tak jadi bila dia nampak Aimi rebah. Pantas dia mendekati Aimi dengan rasa cemas. Satu kelas Razif pun terkejut. Terutama Razif sendiri.

“ ya Allah. Apa dah jadi dengan kamu ni Aimi?”

Cikgu Hani yang mengajar di kelas 5 Arif itu pantas keluar dan melihat keadaan Aimi.

“ Faiz. Tolong panggilkan cikgu disiplin. Lepas tu suruh dia call ambulance. Cepat.”

Faiz yang memang rasa takut itu terus buat apa yang disuruh. Razif yang berada di situ turut menjadi risau.

“ Cikgu…”

“ Kamu tolong kipaskan dia.”

Razif hanya menurut. Aimi. Bangunlah! Jangan buat saya risau. Awak kenapa?

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers