Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday 27 March 2016

Because You're My Love (Bab 29)

Alhamdulillah. Setakat ini. Aku dapat respon positif terhadap enovel ni. Syukur sangat sebab ada orang sudi baca. Hehe. InsyaAllah. Dah nak habis dah. Panjang2 sangat pun tak habis jugak. Haha. OKay. Berserta cover baru aku bagi. Kihkih. 
**



Sebulan kemudian…

Kakinya menapak laju masuk ke dalam rumah di saat mendapat panggilan kecemasan. Wajahnya sememangnya sangat cemas saat ini. kalau ditoreh pun memang lambat apa darah nak keluar. Gelisah sangat punya fasal. Sampai main redah ja masuk.

“ Aimi! Aimi! Mana awak?”

Kalau orang tengok, memang kelihatan berserabut dah doktor Imran kita ni. Risaukan tunang punya fasal sampai sanggup redah jalan jam semata-mata nak jumpa Aimi. Nak dapatkan kepastian. Yala. Tiba-tiba datang call kata Aimi dalam bahaya. Siapa yang tak risau.

Aimi yang baru selesai membasuh tangannya kerana memakai inai itu terus keluar daripada bilik. Apabila dah pastikan dirinya menutup aurat barulah dia keluar. Dari jauh dia dapat tengok Imran yang kelihatan cemas itu.

“ Im? Awak kenapa? Nampak cemas semacam je.” Soal Aimi dengan tanda tanya.

Imran terus menoleh ke arah Aimi saat mendengar dirinya ditegur. Bila nampak Aimi dalam keadaan sihat walafiat. Dia menghembus nafas lega.

“ Tadi ada orang call. Dia cakap awak dalam bahaya. Tu yang saya datang. Awak tahu tak betapa risaunya saya.”

Aimi tersengih. Ini mesti kerja Mel dan Dina. Budak berdua ni la.

“ Ada orang nak bagi pengajaran dekat awak sebenarnya ni.”

Aimi menapak ke arah Imran dan duduk di sofa. Imran mengekori langkah Aimi dan duduk depan Aimi. Apabila matanya menangkap jari-jari Aimi yang sudah merah itu. dia tersenyum kecil. Esok malam mereka akan dinikahkan. Alhamdulillah.

“ Pengajaran?” Soal Imran tidak faham.

Aimi menganggukkan kepalanya lantas tertawa kecil. tiba-tiba dia ternampak kelibat Mel dan Dina. Mereka berdua terus keluar daripada bilik dan mendekati Aimi. Masing-masing duduk dan berdepan dengan Imran.

“ Sebenarnya kami yang call.” Mengaku Mel dan Dina dengan sengihan.

Imran tersentak.

“ Kenapa? Saya tengok Aimi okay aja pun.”

“ Sebab doktor la kami call. Tahu tak petang ni doktor kena jumpa dengan perancang perkahwinan? Nak selesaikan semuanya. Kalau kami tak call jangan harap doktor datang. Sibuk dengan kerja je tahu. Dah nak kahwin esok pun still tak boleh nak cuti. Haish.”

Mel mula membebel. Dan sebab bebelan itulah Aimi dan Dina terus tergelak. Imran yang mendengar dah sengih kerang busuk. Tahu salah sendiri.

“ Maaflah. Terpaksa. Sebab saya nak ambil cuti panjang. Tu yang busy sikit. Tapi jangan risau. Selagi saya hidup saya takkan abaikan permaisuri hati saya ni.” Ucap Imran sambil melirik ke arah Aimi.

Aimi yang mendengar dah tersipu-sipu. Manakala dua orang lagi dah tersenyum kecil.

“ Acece. Sweet sangat nampak. Dah. Sekarang dipersilakan doktor pergi jumpa kak Mia ye. Sebab dia nak tengok sama ada baju pengantin doktor tu betul-betul okay.” Suruh Mel pula.

Imran dah tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dah seminggu tak jumpa dengan Aimi gara-gara sibuk. Lagipun memang tak manis kalau pengantin berjumpa selalu. Tapi hari ini terdesak namanya.

“ Baik boss. Aimi. Saya pergi dulu. malam ni saya call awak.”

Cepat-cepat Imran meninggalkan perkarangan rumah Aimi. Aimi yang melihat dah tergeleng-geleng kepalanya. Alahai tunang aku ni. Sibuk sangat ni. kesian sangat aku tengok.

“ Aimi. Time to eat.” Maklum Mel lantas berlalu ke dapur bersama adik juniornya Dina. Tak sangka mereka bertiga dah jadi rapat.

“ okay.”

**
Segala persiapan dah siap. Tunggu akad nikah dijalankan je esok malam. Datin Hanis melihat sekeliling. Alhamdulillah. Hasratnya ingin melihat anak tunggalnya itu kahwin terlaksana. Tak sabar nak dapat menantu.

“ Mama!”

Imran muncul dengan senyuman kecil. Bahu mamanya dipaut erat. Matanya juga meliar sekeliling. Perfect! Cantik! Pandai mama aku ni.

“ Baru balik? Dari mana tadi?”

“ Dari kerja la. Lepas tu singgah rumah Aimi kejap and then pergi jumpa wedding planner. Huh! Penat kot ma.”

Datin Hanis tergelak.

“ Tahu pun penat. Yang mama dan papa uruskan ni tak penat pula? Kamu buat tu baru sikit sayang.”

Imran tersengih. Tahu dia salah. Melebih sangat sedangkan apalah sangat yang dia baru buat dibandingkan usaha orang tuanya itu.

“ Yela ma. Im tahu Im salah. Okay ma. Im nak naik bilik. Nak rehat. Bye mama.”

Terus dia lajukan langkah ke tangga. Badannya dah melekit. Dan inginkan rehat yang secukupnya. Nak mimpikan Aimi. Haha. Melebih sangat tu Imran oii.

“ Im!”

Tapi semuanya jadi terbantut bila Puteri berada di depan matanya saat ini. Imran yang melihat Puteri terdiam. Tiada hati nak berbual dengan Puteri. Boleh merosakkan mood baik dia.

“ Kalau kau nak jumpa mama aku. Dia ada dekat sana.”

“ I nak jumpa you Im.”

Imran tersenyum sinis. Tapi Cuma sekejap bila dia mula melangkah semula ke arah tangga.

“ I betul-betul nak jumpa you. Kejap pun jadi lah. Please Im!” Rayu Puteri lagi.

Imran yang mendengar rayuan Puteri itu terus menghentikan langkahnya. Terhambur juga keluhan kecil daripada mulutnya. Terus dia kembali mendekati Puteri. Dengan wajah yang tiada secalit senyuman pun, dia memandang Puteri.

“ Cakaplah apa yang kau nak cakap sangat.” Suruh Imran tanpa nada.

Puteri tersenyum hambar. Dia dah tahu kini Imran bukan hak miliknya lagi. Hati Imran dah jadi hak milik orang lain. Dan dia tak patut terus menagih cinta Imran sedangkan Imran mencintai orang lain. Dia yang patut dipersalahkan. Dia sendiri pun dah penat asyik tagih cinta orang sedangkan ada orang yang lebih mencintai dirinya saat ini.

“ Im. I nak minta maaf.”

“ For?”

Puteri tersenyum tawar. Dia mengeluarkan sampul kad dan menyerahkan kepada Imran. Imran menyambut dengan tanda tanya.

“ Apa ni?”

“ Bukalah.”

Dengan perlahan-lahan Imran membuka sampul surat itu. Apabila matanya menangkap nama yang ada pada kad tersebut, dia terus terkedu. Pantas dicari wajah Puteri yang sedang tersenyum pahit itu.

“ Kenapa tiba-tiba?” Imran jelas sekali terkejut.

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba Puteri nak kahwin. Dengan lelaki yang dia selalu jumpa pula tu.

“ I dah dapat balasan Im. Inilah balasan untuk I.”

Imran jelas sekali tidak faham. Tapi tidak pula dia menyampuk. Dia hanya sabar menunggu penerangan Puteri.

“ Papa I dapat tangkap I dengan dia sedang berdua-duaan di rumah I. Papa I marah sangat dan sampai nak buang I dari rumah. Tapi sebab dia, I terselamat. Dan sebab dia juga papa suruh I kahwin dengan dia. mujur bukan pencegah maksiat yang datang time tu. kalau tidak nama family I akan buruk Im.”

Air mata Puteri dah mengalir ke pipi. Tapi pantas disekanya sebelum terlambat. Dia kesal sangat dengan apa yang terjadi. Tapi dia redha. Sebab dia tahu ini balasan untuk orang yang berhasad dengki seperti dia.

Imran yang mendengar terus terdiam. Dia tidak tahu nak kata apa lagi. Semuanya secara tiba-tiba. Lagipun dah lama dia tak dapat khabar berita daripada Puteri.

“ I betul-betul nak minta maaf Im. I kesal sangat dengan apa yang berlaku sebelum ni. I menyesal. I juga bodoh sebab melepaskan you dulu demi lelaki lain. Sebab I kita putus. Maafkan I.” Pinta Puteri dengan rasa menyesalnya.

Imran yang mendengar terus mengeluh kecil. Kad tadi ditatap sekali lagi. Perkahwinan Puteri hujung minggu ni. Selang beberapa hari dengan perkahwinan aku.

“ Aku dah lama maafkan kau Puteri. Lagipun aku dah reda dengan apa yang berlaku sebelum ni. Memang mula-mula aku kecewa sangat. Sakit sangat bila cinta aku dikhianati. Tapi aku bersyukur sebab Allah telah tunjukkan aku siapa jodoh sebenar aku. dan aku tahu dia yang terbaik untuk kau. Kau cubalah buka pintu hati kau untuk dia. aku tahu dia boleh berubah. Lagipun aku tengok dia betul-betul cintakan kau.”

Kata-kata Imran ternyata membuatkan Puteri terpaku. Imran dah tersenyum kecil melihat Puteri. Kepalanya dianggukkan.

“ Aku harap kau bahagia dengan dia. jangan risau. Aku akan pergi kenduri kau nanti dengan isteri aku. Dan please jangan kau ulang lagi kesilapan kau yang lalu.”

Terus air matanya menitis tanpa dipinta. Puteri cukup terharu dengan kata-kata Imran. Ternyata Imran memang baik. Dan dia dah sedar yang orang sebaik Imran memang tidak layak untuk disatukan dengan dia. Akhirnya dia turut mengukirkan senyuman kecil.

“ Terima kasih Im. I pun doakan kebahagiaan you. Esok I janji I akan datang dengan tunang I.” Janji Puteri dengan senyuman.

“ Make sure you coming. Kalau tak aku tak pergi kenduri kau nanti.” Imran cuba mengugut.

Dan terus mereka ketawa. Siapa sangka, dulu mereka pasangan kekasih dan berpisah. Kemudian jadi benci dan sekarang kembali jadi kawan. Alhamdulillah. Imran mengucap syukur dalam hati.

**
Tangannya yang sudah merah itu dipandang dengan senyuman. Macam tak percaya je aku nak kahwin dah malam ni. Entah apa akan jadi malam ni pun aku tak tahu. Yang pasti aku dah berdebar. Aduh! Macam mana nak berdepan dengan Imran malam ni?

“ Aimi.”

Aimi yang ralit termenung dalam bilik pengantinnya itu pantas menoleh saat namanya dipanggil. Senyuman terukir saat melihat ibunya datang.

“ Mak.”

Maznah duduk di sisi Aimi. Seketika wajah yang berseri-seri itu dipandangnya dengan senyuman kecil.

“ Dah besar rupanya anak mak ni. Dah nak kahwin pun.” Ucap Maznah sambil menatap wajah anaknya itu.

Aimi yang mendengar terus tersenyum. tapi tidak lama bila teringatkan arwah ayahnya. Terus senyuman jadi hambar.

“ Kalau ayah ada kan best.” Keluh Aimi dengan senyuman hambar.

“ Ayah ada. Ayah akan selalu ada. Dalam hati kita sayang.” Pujuk Maznah lantas menarik Aimi ke dalam pelukan.

Aimi terdiam. Tapi dia sebak. Hatinya ingin menangis. Dia sangat rindukan ayah dia. Kalau ayah ada di sisi dia sekarang, mesti ayah dia akan gembira kan?

“ Mak. Minggu depan result Aimi keluar. Aimi takut. Tapi Aimi redha.”

Pelukan terlerai. Kepala Aimi diusap lembut.

“ InsyaAllah. Mak yakin Aimi mesti boleh punya.”

Aimi tersenyum menerima kata-kata Maznah itu. matanya meliar pula sekeliling biliknya yang cantik dihias itu.

“ Mak. Kenapa mak terima Imran jadi menantu mak?” Soal Aimi ingin tahu.

Maznah tersenyum lagi.

“ Banyak sayang. Tapi salah satu sebabnya sebab dia betul-betul sayangkan anak mak ni. Dia banyak berkorban. Paling mak tak boleh lupa time kamu tidak sedarkan diri. Time tu mak dapat tengok dia cuba bangkit demi sembuhkan kamu. Letih macam mana sekali pun dia, dia tetap tak mengalah. Asalkan kamu sedar balik. Mak yang tengok pun dah rasa nak nangis Aimi.”

Aimi terdiam. Ramai dah yang kata macam tu.

“ Dia juga yang uruskan pengebumian ayah. Dia jugalah yang setia ada di sisi kita saat kita kesusahan sayang. Dan mak yakin dia boleh jaga anak mak dengan baik. Jadi, mak dah tak risau dah kalau lepaskan kamu pada dia. Mak percayakan dia.”

Aimi terus memeluk Maznah. Air matanya dah bergenang. Dia sedih. Nanti dia tak dapat tengok-tengokkan mak dia lagi.

“ Aimi pasti akan rindukan mak nanti.”

Maznah tersenyum. Diusap perlahan tubuh Aimi itu.

“ Mak pun. Dah. Jom keluar. Tolong mak.”

Aimi pantas menyeka air matanya dan meleraikan pelukan. Senyuman manis cuba diukirkan.

“ Okay jom!”

Belum sempat Aimi melangkah. Telefon bimbitnya dah berbunyi. Melihat gerangan yang menelefon itu, tahulah Maznah siapa. maznah tersenyum lantas keluar terlebih dahulu. Biarkan Aimi berbual dengan bakal suaminya dulu.

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam. Awak.”

Aimi kembali duduk di birai katil.

“ Ye ada apa?”

“ Rindulah.”

Aimi terus tergelak.

“ Mengada. Malam ni dah nak nikah pakcik oii. Sabar la kejap.”

“ Ye. Tahu. Erm. Takut pula.”

Aimi tersengih pula. Tak sabar nak tengok wajah Imran sedang pegang tangan tok kadi. Dia turut berdebar sebenarnya.

“ Banyakkan istighfar. Im. Terima kasih tau.”

“ Sebab?”

“ Sebab sudi terima kekurangan saya. Sebab sudi pilih untuk hidup bersama dengan saya. InsyaAllah saya akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak.”

Aimi memandang pula ke arah cincin tunang yang berada pada jari manisnya itu.

“ Saya pun nak cakap terima kasih. Kalau awak tak muncul dalam hidup saya. Maybe sampai saat ini saya akan membujang. Haha.”

Aimi mencebik. Alahai. Sempat lagi tu.

“ Aimi.”

“ Yes.”

“ I love you. Wait for me tonight.”

Dan Aimi terus tersenyum. Love you to.


No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers