Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 24 March 2016

Because You're My Love (Bab 22)

Assalamualaikum...

Yihaa. Ada lagi sambungan. Hehe. By the way... InsyaAllah. Aku cuba siapkan secepat yang mungkin enovel ni. Barulah aku fokus pada cerpen yang seterusnya. Doakan aku kayh. Haha. Sebab masih kekeringan idea untuk menyambung. Panjang sikit cerita ni. Kihkih. Okay. Tak nak bebel. Teruskan membaca.



“ Aimi. Kamu tak nak makan ke?”

Aimi yang elok menonton televisyen pada masa itu terus menggeleng. Dia langsung tiada selera. Balik je daripada hospital pagi tadi, dia terus macam ni. Bersendirian. Melayan perasaan. Tak makan. Sampai ibu dan ayahnya tegur pun dia masih tidak makan.

“ Nanti bila lapar makan ye Aimi? Mak nak keluar kejap. Ayah ada dalam bilik.” Maklum Maznah sebelum bergerak ke arah dapur. Risau sebenarnya tengok keadaan Aimi. Tapi dia tak mampu nak berbuat apa-apa sebab kalau Aimi degil tu tetap juga degil.

Aimi hanya diam. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sebab dia langsung tak tumpu perhatian akan kata-kata Maznah itu. Dalam fikirannya saat ini hanya terfikirkan seseorang dan fasal pagi tadi. Sebab tu hari ni dia lebih banyak berdiam diri.

Penat berbalah dengan perasaan sendiri. Dia terus menutup televisyen. Tiada hati nak tengok. Bukan faham pun. Akhirnya, dia terus baring pada sofa. Matanya merenung siling. Tangan kanan dibawa ke dahi. Tangan kiri pula menyentuh lembut dadanya. Terukir senyuman pahit pada bibirnya.

“ Jantung. Kalau benarlah awak takkan dapat penderma. Saya reda.”

Aimi memejamkan matanya erat. Kalau boleh dia tak nak fikir semua tu lagi. Serabut kepala otak.

“ Aimi. Dah makan ke?”

Muncul pula Azmir dengan kerutan di dahi.

“ Belum ayah. Kejap lagi Aimi makan.” Balas Aimi masih keadaan seperti tadi.

Azmir yang melihat hanya terdiam. Dia kembali bergerak ke dapur. Isterinya dah keluar ke rumah jiran. Nak bincang sesuatu katanya.

“ Ayah! Esok bawa Aimi jalan-jalan boleh tak?” Aimi membuat permintaan.

“ Ke mana tu?”

Azmir kembali melangkah ke arah ruang tamu.

“ Ke mana-mana je. Bosanlah duduk rumah.”

“ Yela.”

Aimi tersenyum. Terus dia membuka mata. Pandangannya masih sama. Ke arah siling. Tapi entah kenapa, tiba-tiba dadanya terasa senak. Tangan kirinya yang masih berada di atas dadanya itu mengurut perlahan. 
Tapi rasa sakit makin mencengkam dadanya. Mukanya mula berkerut menahan sakit. Serentak itu dia mula rasa sesak nafas. Dia rasa sukar untuk bernafas.

Tanpa berlengah, dia pantas bangun duduk. Dia mencari kelibat ayahnya. Tapi tiada. Argh! Sakit! Dahinya dah mula berpeluh. Rasa sakit itu semakin kuat. Sampai dia sudah tidak mampu untuk berdiri.

“ Ayah! Ayah! Sakit yah!”

Tangannya meraba-raba meja di depannya saat itu untuk mencapai botol ubat. Ubat tahan sakit. Tapi entah di mana silapnya botol ubat itu terus terjatuh. Aimi yang melihat terus terbaring dengan rasa sakit yang amat.

“ Arghh! Sakit!”

Azmir yang mendengar jeritan itu terus bergegas ke arah ruang tamu. Apabila matanya menangkap keadaan Aimi. Terus dia menjadi resah.

“ Ya Allah. Aimi! Kenapa dengan kamu ni?”

Aimi menggigit bibir kuat.

“ Sakit ayah! Sakit! Sangat-sangat sakit! Arghh!” Aimi menjerit kesakitan. Rasa sakit ini lebih teruk daripada dulu.

Azmir yang melihat terus mendail nombor isterinya. Ingin memaklumkan terlebih dahulu sebelum dia bergerak ke hospital.

“ Helo Maz. Abang nak bawa Aimi ke hospital ni. Kamu jaga rumah kejap. Nanti kalau tiada apa-apa abang datang ambil.”

Tanpa menunggu jawapan Maznah, dia terus mencempung tubuh Aimi dan di bawa masuk ke dalam kereta. Dia rasa sakit melihat keadaan anaknya saat ini.

“ Ayah! Sakit ayah! Sakit!”

Aimi menyentuh dadanya dengan sekuat hati. Sakit sangat! Ya Allah! Adakah ajalku semakin menghampiri? Aku reda andai itu takdir aku.

“ Sabar sayang. Ayah nak bawa kamu ke hospital ni.”

Aimi hanya mampu mengerling sekilas ke arah ayahnya yang sedang memandu itu. Rasa sakit ini semakin mencengkam dadanya. Dia  mula rasa sesak nafas yang amat. Pandangannya juga menjadi kabur. Ya Allah.

“ Sabar sayang. Dah sampai ni.”

Aimi dah tak mampu menahan sakit ini. Dia rasa seperti nyawa-nyawa ikan saat ini. Dia hanya mendiamkan diri saat ayahnya mencempungnya masuk ke dalam hospital. Aku benar-benar rasa sakit!

“ Kita dah sampai Aimi. Bertahan sikit je lagi.”

Aimi memejamkan mataku erat. Dia masih cuba untuk menahan rasa sakit ini. Tahan Aimi! Tahan! Arghh!

“ Doktor Imran! Tolong!”

Imran yang mendengar namanya dilaung terus menoleh ke belakang. Dia yang baru selesai merawat pesakit itu terus melangkah laju ke arah Azmir saat ternampak kelibat itu.

“ ya Allah pakcik! Kenapa dengan Aimi ni?” Imran jadi cemas. Hatinya dah mula rasa lain.

“ pakcik tak tahu. Dia tiba-tiba mengerang sakit. Tolong pakcik Im.” Rayu Azmir.

Imran terus menganggukkan kepalanya.

“ Bawa dia masuk ke wad ICU.”

Dia  seperti terdengar suara Imran. Dia cuba membuka mata dan mengenal pasti insan yang berada di depannya saat ini. Tapi gagal. Pandangannya makin tidak jelas. Ya Allah! Kuatkan hati aku! Kurangkanlah rasa sakit ini! Akhirnya dia kembali memejamkan matanya.

Bila dia rasa tubuhnya dah berada atas katil. Dia kembali membuka matanya. Matanya pula mula mencari kelibat Azmir dan Imran.

“ Aimi. Ayah balik kejap nak ambil mak kamu. Nanti ayah datang balik. Bertahan ye sayang.”

Aimi tidak mampu membalas melainkan hanya mampu melihat kelibat ayahnya hilang daripada pandangan. Dia mencengkam kuat dadanya apabila rasa sakit semakin menebal. Tiba-tiba ada tangan yang mengusap kepalanya. Dia melihat insan itu dengan senyuman pahit.

“ Im. Argh!”

Imran yang melihat kesakitan Aimi itu terus menjadi takut. Dia menggelengkan kepalanya. Bibirnya diketap kuat.

“Awak. Awak mesti tahan. Sabar awak. Awak kuat kan?” Imran cuba memberikan kekuatan.

Wajah Aimi semakin berkerut menahan sakit. Tangannya terus mencengkam kuat lengan Imran kerana terlalu sakit. Air matanya dah mengalir ke pipi. Dia sudah tidak dapat menahan rasa sakit ini.

“ Aimi. Jangan buat saya risau.”

Aimi cuba kuat. Dia cuba menarik senyuman.

“ Awak. Sa..saya nak minta maaf. Sa..saya tahu saya banyak buat salah dekat awak. A..awak. Maybe ini kali terakhir saya dapat lihat awak.”

Imran terus menggelengkan kepalanya.

“ Tak! Awak akan selamat. Percayalah!”

Aimi bertahan selagi boleh. Dia tidak akan mengalah selagi belum meluahkan apa yang dia rasa pada Imran. Dia takut dia terlambat.

“ Imran. Sa..saya Cuma nak cakap satu benda. Benda yang dah lama saya pendam. Maybe.. maybe saat ini adalah saat yang paling sesuai.”

Semakin kuat cengkaman pada lengan Imran. Imran yang merasa cengkaman Aimi itu terus mengalirkan air mata. Dia tahu betapa deritanya Aimi ketika ini.

“ I love you.”

Belum sempat Aimi ingin menyambung kata-katanya. Rasa sakit itu datang lagi. Dan kali ini makin kuat rasa sakit itu.

“ Arghh!”

“ Aimi!”

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers