Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday, 1 April 2016

Because You're My Love (Bab 37)



Dokumen kerja yang berada di atas meja dikerling sekilas. Dengan perasaan kosong dia menolak dokumen itu ke tepi. Matanya terus tertumpu pada skrin phone. Pesanan ringkas daripada Firhan itu betul-betul menarik perhatian dia. Sampai buatkan dia tak ada hati lagi untuk buat kerja. Macam-macam perasaan dia rasakan sekarang.

Aku tak tahu. Tapi aku rasa dia dah syak bukan-bukan dekat aku la bro. Aku risau kalau aku jumpa dia lagi, rahsia kita akan terbongkar.

Imran meraup wajahnya perlahan. Hatinya sudah jadi tidak tentu arah. Dia paling risaukan hal ini. Kalau Aimi dapat tahu. Mestilah Aimi akan kecewa gila. Sebab ramai orang sanggup tipu dia fasal kematian Razif. Ya Allah. Apa patut aku buat ni?

Tok! Tok!

Bunyi ketuka pintu mengejutkan dia daripada lamunan. Pantas dia menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Dia tak nak fikir lagi tentang hal itu. Buat serabut kepala.

“ Masuk!” laung Imran lantas kembali fokus kepada kerja.

“ Abang.”

Terjengul Aimi ke dalam bilik kerja Imran. Perlahan-lahan dia menutup pintu lantas bergerak ke arah Imran. Sengaja hari ini dia nak buat surprise dekat Imran. Nak lunch sama-sama. Imran yang melihat kehadiran Aimi dah terkejut besar.

“ Sayang!”

Imran terus bangun dan memeluk Aimi. Perasaan dia sekarang ni jangan cakaplah. Happy sangat-sangat.

“ Aimi bawakan makanan. Jom lunch sama-sama.” Ajak Aimi lantas meleraikan pelukan.

Dia mula bergerak ke arah meja kecil yang berada di tengah-tengah bilik tersebut. Tempat kosong di sofa diambilnya lantas mengerling ke arah Imran yang masih berdiri tegak itu.

“ Abang. Come.” Panggil Aimi sambil menepuk tempat kosong disebelahnya dengan senyuman.

Imran hanya menurut dan mengambil tempat di sebelah Aimi. Matanya tak habis-habis merenung ke arah Aimi. Aimi yang perasan akan renungan Imran itu hanya buat biasa walaupun jantung dah tak nak duduk diam.

“ Abang. Abang banyak kerja ke?” Soal Aimi tanpa menoleh ke arah Imran. Dia takut dia akan kalah pada panahan mata Imran. Nanti hati jadi melting lagi.

“ Tak. Tak banyak. Kenapa sayang?”

Tangannya mula mengelus lembut pipi Aimi sampai membuatkan Aimi rasa geli. Tapi tidak lama bila Imran menarik perlahan wajah Aimi sehingga bertentangan mata dengan dia. Imran tersenyum nakal.

“ Sayang macam tahu-tahu je abang rindukan sayang.”

Aimi tersengih. Dia buat-buat pandang ke arah lain. Hati dah bermain lagu rancak. Tahan! Tahan debaran tu Aimi! Wuargh! Tak suka!

“ Yeke? Aimi tak rindu pun.” Balas Aimi dengan riak selamba.

Imran dah menjongketkan kening. Tak rindu? Imran menahan senyum. Saja la tu.

“ Yeke tak rindu? Betul tak rindu?”

Imran mula merapatkan wajahnya ke arah Aimi. Aimi yang sedar hal itu pantas mengundurkan badannya ke belakang sampai tak sedar yang dia sudah terbaring. Kini Imran betul-betul rapat dengan diri dia. Hanya tangannya saja menahan dada bidang Imran daripada terus rapat.

“ Abang..”

“ Betul ke tak rindu sayang? Hurmm..”

Aimi berusaha menolak dada Imran agar menjauh. Tapi hampeh! Makin rapat adalah sampai hidung mereka bertemu. Buat seketika mereka saling berpandangan sampai Imran mengucup pantas bibir Aimi. Bila dah dapat, Imran terus bangun lantas tertawa kecil. seronok mengusik Aimi.

Aimi dah rasa berbahang. Cepat-cepat dia bangun dan duduk tegak. Wajah Imran langsung tidak dikerling. Geram! Suka hati nak usik orang! Benci! Tanpa dapat ditahan, tangannya terus menampar kuat lengan Imran yang sedang ketawa itu.

“ Ouch!”

Aimi terus ketawa melihat wajah Imran yang kesakitan itu.

“ padan muka! Gelak lagi.”

Imran menjeling geram ke arah Aimi. Hidung Aimi pula jadi mangsa tarikan Imran. 

“ Abang!”

Imran tersengih jahat. Manakala Aimi pula dah memuncung. Tapi tidak lama bila perut dia mula bermainkan drum sampai menarik perhatian Imran. Akhirnya Aimi hanya tersengih malu.

“ Sorry sayang. Tak tahu sayang lapar sangat. Okay jom kita makan.”

Imran mula mengeluarkan Tupperware daripada beg plastik. Tudung Tupperware dibuka dengan perlahan-lahan. Selepas itu dia dapat menghidu aroma masakan Aimi yang menusuk kalbu itu. Haha. Sedap! Belum rasa lagi.

“ Aimi tak tahu sedap ke tidak.” Ujar Aimi dengan teragak-agak. Dia main masak je ikut resepi mak dia.

“ Abang makan je apa yang sayang masak. Abang rasa ye?”

Aimi terus menganggukkan kepalanya. Dalam diam dia berdebar menanti respon Imran itu. Imran mula rasa masakan Aimi. Sesaat. Dua saat. Tiga saat. Tapi Imran still bereaksi biasa tanpa berkata apa-apa. Aimi dah tak senang duduk.

“ Abang. Sedap tak?”

“ Sedap. Not bad.”

Imran teruskan suapan. Aimi yang melihat tidak percaya.

“ Abang tipu.”

Imran menghentikan suapannya. Dijeling Aimi sekilas sebelum melebarkan senyuman. Akhirnya, dia mengambil sedikit nasi dan lauk ikan bawal itu lalu bersedia untuk menyuap Aimi.

“ Buka mulut. Abang suap.” Arah Imran lembut.

Aimi tanpa bantahan hanya menurut. Dia membuka mulut dan dengan perlahan-lahan dia mula mengunyah. Makin lama makin laju kunyahannya. Wajahnya yang takut tadi terus menjadi ceria. Imran yang lihat dah tersenyum.

“ Sedap kan? Abang tak tipu.”

Aimi tersengih. Lega! Aku ingat tak jadi tadi. Nasib baik jadi. Alhamdulillah.

“ Doktor!”

Tumpuan mereka terganggu saat ada nurse memanggil Imran. Pintu sudah dikuak sedikit dan terjengul muka nurse Izati yang kelihatan resah.

“ Ada apa Izati?” Dengan serius Imran menyoal. Dia menghabiskan suapan terakhir lalu menghirup air kosong dengan rakusnya. Selepas itu barulah dia bangun dan berdepan dengan Izati.

“ Ada emergency. Doktor kena pergi wad ICU sekarang juga.” Maklum Izati.

Imran terus menganggukkan kepalanya.

“ okay. Tunggu saya dekat sana. Nanti saya datang.”

Imran kembali melangkah ke arah Aimi yang sedang melihatnya.

“ Abang kena keluar kejap. Aimi tak apa kan makan sorang-sorang?” Dengan serba salah Imran menyoal.

“ Tak apa. Abang pergilah. Aimi tunggu dekat sini.”

“ Okay. Thanks sayang. Abang pergi dulu. Tapi sebelum tu..”

Cup!

Imran terus berlalu sebaik sahaja berjaya mencium pipi Aimi. Aimi yang mendapat ciuman itu hanya menggelengkan kepalanya. Sempat lagi tu. Sabar je la dengan suami aku ni.

Tumpuannya kembali terarah pada makanan didepan mata. Tanpa berlengah, dia pantas menghabiskan makanan yang masih ada. Perut dah lapar sangat. So tunggu apa lagi? Makan!

“ Seorang pun seorang lah. Janji kenyang.”

Bila dah kenyang, Aimi mula memerhati bilik itu. Kemas dan teratur. Pandai suami aku menjaga kebersihan. Sedap je mata memandang.

Laju saja dia bangun dan menuju ke arah meja Imran yang selalu duduk itu. Dalam otaknya sekarang ni terdetik nak duduk sambil berlagak jadi doktor. Aimi tersengih. Terus dia duduk atas kerusi tersebut.

“ Ye nurse? Boleh saya bantu?” Aimi siap mengajuk suara Imran.

Tanpa dapat ditahan, dia terus menghamburkan tawa. Merepek betul aku ni! Dapat tahu dek Imran, habislah! Bosan pula. Tangannya pula mula mencari kerja. Satu-satu laci dibukanya sampai matanya menangkap satu fail kuning yang terletak dalam laci bawah sekali.

“ Fail apa ni erk?”

Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam hatinya saat ini. Dia mendongak ke arah pintu seketika sebelum kembali memfokuskan pada fail tadi. Dengan debaran menggila, tangannya mula mengeluarkan isi fail tersebut.

“ Eh!”

Aimi mengerutkan dahi. Terpampang namanya atas kertas itu.

Aimi Aisya binti Azmir. Penerima jantung.

Aimi tersentak. Penerima jantung? Ya Allah. Agaknya siapa penderma jantung aku ni? Aimi kembali membaca kertas itu. Dari atas sampai ke bawah dia teliti. Tapi tiada nama penderma. Aimi mengeluh hampa.

Terus dia memasukkan kembali kertas itu ke dalam fail tersebut. Baru saja dia nak simpan semula, matanya terlebih dahulu menangkap satu dokumen yang berada dalam laci tadi juga. Pantas tangannya menarik dokumen tersebut dengan berhati-hati. Fail tadi kembali disimpan.

Penderma-penderma jantung

Aimi terus menyelak muka surat seterusnya selepas membaca tajuk dokumen tersebut. Hatinya membuak-buak ingin tahu. Dia mencari-cari namanya dalam 100 orang yang turut mendapat nasib seperti dia. Cari punya cari, ternyata namanya berada dalam bilangan 99 daripada 100 orang. Dia mula mengukirkan senyuman.

“ Yes! Got it!”

Tapi senyumannya terus mati saat melihat nama penderma jantungnya.

Muhammad Razif bin Hisyam. Penderma jantung bagi pesakit Aimi Aisya binti Azmir.

**
“ Saya pergi dulu.”

Selesai saja tugasnya di wad ICU, dia bergegas menuju kembali ke arah bilik kerjanya. Rindu nak jumpa isteri yang tengah menunggu. Tapi sebelum masuk, sempat lagi dia menarik nafas dan menarik senyuman yang paling ikhlas buat dirinya. Barulah dia membuka pintu dan masuk ke dalam.

“ Sayang.”

Tapi tiada sahutan. Imran meliar sekeliling biliknya. Aimi tak ada. Beg tangan dia juga tiada. Imran mengerutkan dahi seketika. Ke mana isteri aku pergi? Aku suruh dia tunggu tadi. Tanpa berlengah dia pantas menuju ke meja kerjanya.

Belum sempat dia nak duduk, telefon bimbitnya terlebih dahulu berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk.

Abang. Maaf. Aimi terpaksa balik dulu.

Terlepas keluhan kecil daripada mulutnya. Niat di hati baru nak bermesra dengan Aimi. Tapi Aimi dah balik. Sayang. Kenapa tak tunggu abang? Terus dia tunduk menyembamkan wajahnya di meja.

Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu di bawah kakinya. Dia pantas tunduk. Rupanya kertas kerjanya terjatuh. But, how? Imran dah mula jadi pelik. Kertas tadi ditatapnya sekilas. Baru saja dia nak simpan ke dalam laci, nama di atas kertas itu menarik perhatiannya.

Penerima jantung Aimi Aisya

Imran terus terkedu. Sekali lagi dia melihat kertas itu. Dan wajahnya terus diraup. Ya Allah. Adakah Aimi dah tahu siapa penderma jantung tu? Tapi ini just maklumat diri dia. Bukan fasal penderma jantung.

Cepat-cepat dia menyimpan kertas itu ke dalam laci. Then, telefon bimbitnya di capai dan dia mula menaip message buat Aimi.

Sayang dekat mana? Abang datang ambil.

Imran terus bangun daripada kerusi dan menuju ke pintu. Belum sempat dia nak memulas tombol pintu. Telefon bimbitnya berbunyi lagi.

No. Just leave me alone. Aimi nak jalan-jalan ambil angin. See you soon abang.

Imran merengus kasar. Tapi dalam hati dah menjerit memanggil nama Aimi. Tanpa berlengah, dia pantas keluar daripada situ. I don’t care. Apapapun abang mesti cari Aimi.

**
Maka ini dimaklumkan, pesakit Muhammad Razif bin Hisyam telah mendermakan jantungnya kepada pesakit Aimi Aisya. Pesakit yang berumur 18 tahun ini telah pun meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah dalam kemalangan.

Ayat-ayat itu kembali bermain dalam fikirannya. Puas ditolak tapi hatinya semakin yakin yang Razif dimaksudkan adalah Razif sahabatnya. Rakan sekolahnya. Bibirnya diketap kuat. Sekuat hati dia cuba menahan diri daripada mengalirkan air mata.

Tapi sekuat manalah hati dia sekarang ni. Puas ditahan, puas dielak. Namun, ia tetap mengalir jua ke pipi. Makin lama makin laju sehingga tangannya sudah penat untuk menyeka. Akhirnya, dia membiarkan air mata itu mengalir dengan sendirinya.

“ Razif! Kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni?” Jerit Aimi dengan hati yang pedih. Sangat pedih! Orang yang disangka masih hidup ternyata dah pergi.

Angin bayu datang menyapa wajahnya. Tapi itu belum cukup untuk menenangkan hatinya yang sedia sakit itu. Sedih. Kecewa. Marah. Semuanya bercampur baur saat ini. Matanya terus memandang jauh ke hadapan melihat laut ciptaan Allah. Tercetus senyuman hambar pada wajahnya.

“ Razif.”

Menangis. Menangis dan menangis. Itu saja yang mampu dilakukan Aimi buat masa sekarang. Terlalu pedih dia rasakan. Tangan kanannya menyentuh dadanya dengan perasaan sakit. Jantung ini. jantung ini ternyata milik awak Razif. Milik awak. Ya Allah!

Aimi mula memejamkan matanya erat. Dibiarkan saja air mata itu terus mengalir tanpa diseka. Dia menekup wajahnya dan hamburkan segala tangisnya di situ. Tak dapat ditahan, akhirnya dia terduduk dengan perasaan lemah.

Namun, belum sempat dia jatuh, badannya terlebih dahulu disambut oleh seseorang. Aimi terus menjatuhkan tangannya dan mendongak untuk melihat insan itu. Imran!

“ Sayang.”

Imran tersenyum hambar. Dah 5 minit dia berada di belakang Aimi. Semuanya dia dah dengar. Rupanya Aimi benar-benar dah tahu siapa penderma jantung tu. Hati dia lagi sakit kerana terpaksa melihat kesedihan Aimi sekali lagi. Dia lagi pedih melihat Aimi menangis.

“ Lepas.”

Aimi terus melepaskan diri daripada rangkulan Imran. Kakinya laju melangkah ke arah persisiran pantai. Kalau boleh dia nak berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi. Namun, belum sempat dia nak melangkah lebih jauh. Tubuhnya terlebih dahulu dipeluk daripada belakang.

“ Sayang. Please. Jangan seksa diri macam ni.” Imran cuba memujuk.

“ Lepas! Lepaskan saya! Abang kejam! Abang sanggup tipu saya. Abang tipu!” Aimi mula membentak dalam pelukan Imran. Tapi dia tak berjaya bila Imran makin mengeratkan pelukan.

“ Maafkan abang. Tapi semua ini permintaan dia sendiri. Dia tak nak sayang tahu sebab takut sayang sedih.”

Aimi mendengus marah. Air matanya terus diseka kasar. Sekuat hati dia cuba melepaskan diri. Sampai dia terpaksa pukul tangan Imran. Tapi Imran tahan. Dia takkan sesekali lepaskan Aimi. Tidak sama sekali.

“ I’m sorry sayang. I’m really sorry.”

Giliran Imran pula ingin menitiskan air mata. Dia tak sanggup tengok kesedihan Aimi.

“ Le..pas… lepas…”

Bentakan Aimi semakin lemah sampai akhirnya dia kembali menangis dalam pelukan Imran. Tapi dia terasa semakin lemah sampai dia dah tak mampu berdiri. Imran yang menyedari hal itu cepat-cepat mencempung tubuh Aimi sehingga jauh daripada kawasan pantai.

“ Sayang?”

Aimi mendongak melihat Imran. Dia tersentak saat perasan mata merah Imran. Imran menangis? Dia dapat lihat kesedihan dalam mata Imran. Adakah kerana dia?

“ Abang.. kenapa? Kenapa?”

“ Syuhh. Semua yang berlaku ada hikmahnya sayang.”

Aimi kembali mengalirkan air matanya. Dia sendiri tak kuat. Macam mana dia nak hadapi hal ini.

“ Lepaskan semuanya sayang. Lepas kalau itu buatkan sayang lega.”

Akhirnya, Aimi terus memeluk Imran inginkan kekuatan. Imran membalas pelukan Aimi dengan senyuman tawar. Tanpa dipinta, air matanya turut mengalir jua. Maafkan abang sayang. Maafkan abang.

1 comment :

Popular Posts