Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday, 2 April 2016

Because You're My Love (Bab 38)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Ternyata ada juga yang menanti-nantikan enovel ni. By the way.. lagi 2 bab habislah. So, nantikan la ye? Hehe. 



Selepas yakin Aimi benar-benar telah tidur, barulah Imran keluar daripada bilik. Dia menuju ke ruang tamu dengan perasaan lemah. Wajahnya diraup perlahan. Dia tak tahu nak berdepan dengan Aimi macam mana selepas ini.

“ Dia dah tidur?”

Imran membuat anggukan perlahan. Selepas pulang sahaja daripada pantai, Imran terus mendail nombor Faiz dan Emelda agar datang ke rumah. Dia perlukan bantuan mereka berdua.

“ Dia nampak lemah sangat. Aku tengok tadi pun tak sampai hati. Dia benar-benar sedih bro. Aku risau. Aku takut dia terlalu fikirkan fasal tu.”

Imran duduk di depan Faiz dengan senyuman kelat. Faiz yang melihat pula turut rasa sedih sebab Imran nampak tidak terurus. Emelda di sebelah sudah dikerling. Emelda daripada tadi asyik mendiamkan diri.

“ Tapi aku bersyukur sebab dia dah tahu. Makin lama kita simpan makin terseksa. Baguslah kalau dia tahu. Tak perlu juga Firhan teruskan penyamarannya.” Suara Faiz pula lantas tersenyum kelat.

Imran terdiam. Betul. Tapi dia tak sanggup tengok keadaan Aimi tadi. Hati dia menangis pilu tengok keadaan Aimi yang kesedihan tadi. Ya Allah. Kuatkanlah semangat aku. Berilah dia kekuatan.

“ Im.” Panggil Emelda dengan perlahan.

Faiz dan Imran terus menoleh ke arah Emelda.

“ Bila keadaan dia dah tenang. Awak perlu ceritakan perkara yang sebenar dekat dia. Or dia akan salahkan kita semua Im. Saya sedih tengok dia.”

“ Saya akan cerita. But not now.”

Keadaan kembali sunyi.

“ Aku rasa kami kena balik dulu. kau tenangkanla dia Im. Jom Mel.”

“ Terima kasih.”

“ No hal bro.”

Balik saja Faiz dan Emelda, Imran terus menapak naik ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup perlahan sebelum mendekati Aimi yang sedang tidur itu. Walaupun tengah tidur, tapi mata Aimi nampak bengkak. Terlalu banyak nangis. Imran yang melihat dah mengeluh kecil.

“ Sayang. Maafkan abang. Tapi abang turut terseksa tengok sayang macam ni. You don’t have any idea how much I hurt when I see you crying. Please dear… don’t cry. I felt the same.”

Air mata yang bergenang pantas diseka. Perlahan-lahan dia turut berbaring di sebelah Aimi. Ubun-ubun Aimi dikucupnya lembut bersama dengan perasaan rindu. Kemudian tubuh itu dipeluknya erat.

“I love you dear. Really love you.”

Bersama dengan kesedihan, Imran turut terlena di sisi Aimi.

**
Aimi tersedar saat terasa berat pada perutnya. Perlahan-lahan dia membuka mata dan dia dapat melihat wajah Imran yang sedang terlena disisinya itu. Senyuman kecil tercetus. Terus dia membalas pelukan Imran. Wajah itu ditatap dengan penuh kasih sayang.

Tapi tidak lama bila dia teringat hal pagi tadi. Senyumannya terus mati. Dia juga ingat lagi bagaimana Imran memujuknya. Aimi kembali memandang ke arah siling. Perasaan dia saat ini kosong. Dia tak tahu apa dia akan lakukan. Razif memang betul-betul dah tiada.

Jantung ini. Jantung ini milik dia. Aimi memejamkan matanya erat. Tanpa dipinta, ada air mata mengalir sampai tertitis di atas pipi Imran. Tak mahu Imran tersedar, dia pantas menyeka air mata tersebut. Tapi semuanya dah terlambat bila Imran dah tersedar.

“ Sayang?”

Imran terus bangun duduk. Wajahnya diraup perlahan. Agaknya berapa lama mereka terlena tadi.

“ Sayang dah bangun? Sorry. Abang pun tertidur tadi.”

Imran menguap sekali lagi. Dia terlalu mengantuk. Semalam dah la tak cukup tidur.

“ Abang.”

Aimi turut bangun dan duduk di sisi Imran. Kepalanya disandarkan pada bahu Imran. Tanpa dipinta, bahu Aimi terus dipaut Imran. Melihatkan wajah Aimi yang mendung itu tahulah dia Aimi masih teringat akan hal Razif.

“ Are you okay?”

Aimi tersenyum kelat. Dia tidak menjawab persoalan Imran malah terus merangkul erat lengan Imran. Dia rasa dilindungi bila berada dalam dakapan Imran. Dia rasa selamat.

“ Sayang. Please answer me.” Imran dah mula risau. Sebab daripada tadi Aimi hanya mendiamkan diri. Aimi yang diam bukanlah dia yang sebenar.

Aimi mengerling sekilas ke arah Imran sebelum menganggukkan kepalanya.

“ Okay walaupun sakit.”

Aimi terus menoleh ke arah lain apabila terasa ada air mata ingin mengalir. Imran yang sedari hal itu pantas menarik Aimi ke dalam pelukannya. Kepala Aimi dikucupnya perlahan.

“ Abang minta maaf sayang. Kami semua minta maaf sebab terpaksa tipu sayang. Abang takut sangat kalau sayang terlalu sedih bila dapat tahu hal ini. Abang tak nak sayang kecewa. That’s why kami terpaksa tipu. dan kami pun tak sangka ada muka yang mirip dengan Razif. Please jangan salahkan Firhan. Kami yang suruh dia menyamar.” Jelas Imran panjang lebar.

Aimi terdiam. Jadi nama sebenar lelaki itu ialah Firhan. No wonder setiap kali jumpa dengan dia, dia terasa lain. Rasa berbeza sangat.

“ Boleh abang beritahu segala-galanya pada Aimi? Aimi nak tahu semuanya. Kenapa dan macam mana hal ni boleh terjadi.” Pinta Aimi tanpa memandang ke arah Imran.

Imran menarik nafas dalam. Bila teringat peristiwa itu, pasti dia rasa sesak nafas. Rasa sukar sangat nak cerita. Tak sampai hati. Pedih dia rasakan. Sedih.

“ Selepas sayang masuk wad ICU. Masa tu jugalah Razif masuk hospital. Dia kemalangan. Dan yang paling mengejutkan abang dia tahu sayang sakit. Masa dia dalam keadaan parah dia suruh abang ambil jantung dia dan dermakan pada sayang. Serius, time tu abang tak tahu apa patut abang buat. Abang buntu. Sebab abang tak nak kehilangan dua-dua orang yang abang sayang.”

Imran berjeda seketika. Aimi masih diam menantikan kata-kata yang seterusnya.

“ Abang cakap dekat dia jangan mengarut sebab dia akan selamat. Tapi dia lebih tahu ajal dia sampai situ saja. Dia kata dia bodoh sebab selama ni dia tak perasan yang sayang sakit. Sebelum dia kemalangan tu baru dia dapat tahu. Dia rasa sedih sangat.”

Aimi mengetap bibir. Dia dapat bayangkan perasaan Razif pada masa itu. Maafkan saya Razif. Saya terpaksa rahsiakan.

“ Dia suruh abang terima permintaan dia yang terakhir. Bila abang setuju, dia semakin parah. Dan akhirnya.. Allah lebih sayangkan dia.”

Aimi terus memejamkan matanya. Dia merelakan air matanya menitis lagi. Imran yang melihat terus menyeka air mata itu. Sebab inilah dia malas nak ungkit. Dia takut Aimi akan jadi lebih sedih.

“ semua ni salah Aimi. Aimi dah banyak menyusahkan semua orang. Kenapa tak biar Aimi mati je?”

Aimi terus menyalahkan dirinya. Dadanya ditumbuk dengan bertubi-tubi tapi tidak lama bila kedua-dua belah tangannya digenggam Imran. Dia mendongak memandang Imran yang tajam merenung dirinya ketika itu.

“ Stop blame yourself dear. You’re not wrong. Semua ni takdir sayang. Dah takdir Razif pergi dulu. Please jangan salahkan diri. Razif pun tak pernah minta sayang salahkan diri sayang.” Imran cuba memujuk.

Aimi tersenyum tapi sinis.

“ Aimi dah kehilangan kawan baik Aimi abang. Abang senanglah cakap sebab abang tak pernah alami. Abang tak pernah kehilangan orang yang tersayang!”

Aimi tidak sengaja meninggikan suaranya. Dia terlalu tertekan. Imran pula terus terkedu. Perlahan-lahan dia melepaskan pegangan pada lengan Aimi. Imran tersenyum kelat.

“ Abang tak pernah kehilangan orang tersayang?” Imran menyoal balik soalan yang Aimi katakan tadi. Sampai dia tertawa sinis.

Aimi yang mendengar dah terdiam. Tiba-tiba dia dipagut rasa bersalah. Dia langsung tidak sedar apa yang dia katakan tadi. Dia betul-betul tidak sengaja.

“ Jadi.. Aimi bukan orang tersayang abang? Aimi rasa abang ni apa?”

Imran mula meleraikan pelukan. Dia renung Aimi seketika sebelum turun daripada katil. Betul. Dia rasa sangat-sangat sentap dengan kata-kata Aimi. Dia rasa kecil hati. Aimi langsung tak faham perasaan dia.

“ Abang.”

Aimi cuba memanggil tapi Imran terus keluar daripada bilik dengan linangan air mata. Maafkan abang Aimi. Abang rasa abang perlu beri Aimi waktu untuk bertenang.

**
Jauh dia termenung memandang ke arah tasik. Sampai bunyi bising di sekelilingnya pun dia tidak ambil peduli. Kejap-kejap dia tersenyum. Kejap-kejap dia sedih. Kejap-kejap dia mengeluh. Itulah dia semenjak 
10 minit yang lalu.

Sampailah bahunya disentuh perlahan oleh seseorang. Serentak itu dia terus memberikan senyuman even sangat hambar.

“ Are you okay Im?”

Puteri melabuhkan punggung di sebelah Imran. Melihatkan Imran yang jauh termenung tadi tahulah  dia yang Imran benar-benar ada masalah.

“ Okay. Aku okay.”

Puteri menggelengkan kepalanya.

“ You not okay Im. Why? What’s wrong?”

Sebenarnya dia terkejut menerima panggilan Imran semasa di rumah tadi. Katanya nak jumpa. Mujur suaminya benarkan.

“ Entahlah Put.”

Imran meraup wajahnya kasar. Puas ditolak perasaan yang sakit dan kecewa tu ke tepi. Memang pada mulanya dia rasa kecil hati dan marah dengan Aimi. Tapi tidak terlalu lama. Sebab dia terlalu sayangkan Aimi. Mana mungkin dia nak marah pada Aimi sedangkan Aimi itu isterinya. Dia tahu Aimi terlanjur kata kerana terlalu tertekan dengan hal Razif. Cuma kali ni dia tak boleh terima. Dia pun ada hati dan perasaan.

“ Gaduh dengan Aimi?” Duga Puteri.

Wajah Imran kelihatan berserabut saat ini. Puteri yang melihat pun rasa kesian. Nak tolong tapi dia tak tahu nak tolong macam mana.

“ Entahlah. Maybe. Aku kecil hati dengan dia Put. Dia sedih bila dapat tahu jantung dia kepunyaan Razif.”

Puteri tersenyum. Ni kes merajuk la ni? Alahai dua orang kawan aku ni. Terus ditumbuk bahu Imran yang tengah bersedih itu.

“ Weh!” Imran geram. Tiba-tiba bahu dia kena tumbuk. Apa hal?

“ You la. Kecil hati segala. Merajuk la jadinya ni? Ala Im. Macam you tak tahu hati perempuan ni macam mana. Bila dia sedang marah dan keluarkan kata-kata yang tak sepatutnya tu sebenarnya dia langsung tak maksudkan pun. Dia ikutkan hati je. Tapi percayalah.. bila dia dah reda dan dia akan sedar salah dia. Time tu bukan kau yang rasa bersalah dan merajuk bagai. Dia lagi bersalah. Dia lagi takut kalau kau tak maafkan dia. Hati perempuan ni sensitif la bro.”

Panjang lebar Puteri memberikan ceramah percuma pada Imran sampai Imran terkedu. Tak percaya yang di depannya ini adalah Puteri.

“ You tak bolehlah cepat kecil hati dan lari macam ni. Banyakkan istighfar. Minta pertolongan Allah. Dia tengah bersedih dan dia perlukan sokongan you. Dia tak ada sesiapa melainkan you. Dah lah mak dia duduk jauh. You je punca kekuatan dia sekarang ni. Kalau you lari macam ni hanya demi benda kecil tu, I  jamin yang dia akan jadi lebih sensitif  lepas ni.”

Sambung Puteri lagi bila melihat Imran terdiam. Puteri tersenyum lagi. Terus dia berdiri dan memandang ke arah tasik.

“ Positif Imran. Cuba fikir positif. Kalau you kata you kecil hati dengan dia. Dia? Dia tak kecil hati? You tipu dia selama ni apa pula? Boleh je dia maafkan you. Kan?”

Puteri terus menoleh ke arah Imran. Imran terkelu lidah untuk menjawab sebab semua kata-kata Puteri sangat tepat dan mengena. Sentap!

“ So.. you pergi balik dan pujuk dia. Berbaik balik. Cuba bersabar. Lagipun mood dia kan masih belum stabil sekarang ni.”

Imran terdiam lagi. Jauh dia merenung ke arah tasik.

“ Sayang!”

Imran dan Puteri sama-sama menoleh ke belakang. Ternyata Khairul suami Puteri datang menghampiri. Bila dah berdiri di sisi Puteri, bahu isterinya dipaut mesra. Sempat dia memberikan kucupan pada dahi Puteri sebelum mengalihkan pandangan pada Imran yang tengah melihat itu.

“ Hai Imran.”

Puteri di sebelah dah tersenyum kecil.

“ Abang. Abang faham perasaan lelaki sebab dia pun lelaki. Jadi Puteri serahkan dia pada abang okay? Puteri masuk kereta dulu.” Bisik Puteri lantas salam tangan Khairul.

“ Okay dear.”

“ Im. I gerak dulu. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

Puteri terus bergerak pergi. Tinggallah Imran dengan Khairul. Khairul terus ambil tempat di sebelah Imran.

“ Aku dengar kau ada masalah dengan isteri kau. Betul ke?”

Imran tersenyum hambar. Tak pula dia mengangguk. Cuma diam je.

“ Aku bukan apa. Cuma aku nak beritahu kau satu benda. Isteri ni anugerah terindah yang Allah beri untuk kita bro. Isteri ni macam pelengkap dalam hidup kita bro. Kalau dia tak ada.. kita jadi tak terurus. Lelaki kan? Tak kira apa yang kita buat, dia pasti ada untuk berikan kau sokongan. Kau cubalah jadi kuat dan tabah mana pun tapi kau takkan mampu bertahan lama bro. Hati lelaki ni lain. Hati perempuan ni lain. Dia lebih tabah daripada yang kita sangkakan bro.”

Khairul tersenyum kecil saat melihat Imran seperti terbungkam itu. Bahu Imran ditepuk berkali-kali sebelum dia memandang ke arah tasik.

“ Jadi.. selagi dia ada. Hargailah dia bro. Dia bagaikan permata dalam hidup kita. Cahaya hidup kita. Aku tak tahu kalau aku terpaksa kehilangan Puteri, apa akan jadi. Aku terlalu sayangkan dia macam mana kau sayangkan isteri kau tu. So.. cubalah mengalah. Adat la kalau hidup berumah tangga ni ada pergaduhan. Cuma jangan lari daripada masalah bro. Boleh je kalau kau nak tenangkan fikiran kau tapi bukan dengan cara macam ni bro. Kalau kau nak cari ketenangan, ambil wuduk dan minta pada yang Berkuasa.”

Imran sekali lagi bungkam. Dia tak percaya Khairul yang dia tahu selama ini boleh berikan dia kata-kata semangat macam ni.

“ Aku rasa dah panjang lebar sangat aku bagi kau ceramah ni. Haha.”

Imran tersenyum. Kepalanya dianggukkan berkali-kali. Tiba-tiba dia rasa terharu sangat dengan pertolongan yang dihulurkan oleh Puteri dan Khairul ini.

“ Terima kasih banyak bro. Kau dah banyak menyedarkan aku hari ni. Dan aku tak sangka ini kau. Kau dan Puteri dah banyak berubah. Aku pula rasa tak layak duduk dengan kalian.” Imran merendah diri.

Khairul tertawa kecil.

“ Semua manusia boleh berubah bro. Aku dah menyesal dengan kesilapan aku selama ini. Semenjak aku jumpa Puteri, niat aku nak berubah tu makin besar tahu tak. Sampai aku pujuk Puteri agar berubah. Lagipun kita bukan selamanya ada di atas muka bumi ini.”

Imran terdiam. Dia pandang wajah Khairul yang tersenyum hambar itu.

“ Apa-apa pun… aku bersyukur kerana masih berpeluang untuk bertaubat. Dan aku juga takkan sia-siakan Puteri. Kau pun. Jangan pernah tinggalkan isteri kau untuk benda yang kecil bro.”

“ Thanks bro. Aku hargai sangat-sangat pertolongan korang berdua.”

Imran terus memeluk Khairul tanda berterima kasih. Khairul hanya menepuk-nepuk belakang Imran tanda kuatkan semangat.

“ Kita sama-sama manusia. Tak salah untuk menolong.”

“ Jangan lupa ucapkan terima kasih dekat Puteri sama.”

“ InsyaAllah.”

“ Aku balik dulu.”

Pelukan terlerai. Imran memberikan senyuman lalu salam dengan Khairul.

“ Pujuk isteri kau balik.”

“ Haha. InsyaAllah bro.”

**
Kini, kakinya betul-betul berada di depan pintu rumah. Tapi berat nak melangkah masuk. Dengan semangat yang berkobar-kobar, dia masuk juga ke dalam rumah. Suasana rumahnya saat itu sangat sunyi dan gelap. Imran mengerutkan dahi. Kenapa gelap?

Tanpa berlengah, pantas dia melangkah naik untuk ke bilik. Baru 2 jam dia pergi tinggalkan rumah. Tapi dah gelap. Agaknya apa jadi pada isterinya itu? Bila dia dah berdiri depan pintu bilik. Dia terus memegang tombol pintu bilik. Perlahan-lahan dia mula memulas tombol pintu bilik.

Tapi belum sempat dia nak melangkah masuk, dia dapat dengar tangisan seseorang. Siapa lagi kalau bukan tangisan isterinya. Dan lebih menyayat hati bila dia dapat dengar sendiri doa Aimi dalam solatnya.

“ Ya Allah. Aku tahu aku insan yang lemah. Insan yang hina. Insan yang banyak buat dosa. Aku minta ampun Ya Allah. Aku tahu aku banyak buat salah pada suami aku. Aku banyak merungut. Tak jaga hati dia. Kadang-kadang sampai merajuk. Aku tahu semua salah aku Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah.”

Air matanya dah menitis laju ke pipi. Tangisannya makin menjadi-jadi. Tapi dia tidak berhenti setakat itu.

“ Ya Allah. Aku tak mahu minta lebih-lebih. Aku tahu aku insan yang hina. Cuma.. lindungilah rumah tangga kami Ya Allah. Berkatilah rumah tangga kami. Peliharalah segala amal ibadat kami suami isteri Ya Allah. Ya Allah. Lembutkanlah hati dia untuk maafkan aku. limpahkanlah kasih sayang pada kami agar kami terus saling menyayangi keranaMu Ya Allah.”

Aimi tunduk lagi dengan hati yang pilu.

“ Ya Allah. Aku sayang dia. Aku cintakan dia. Ya Allah. Berilah aku lagi kesempatan untuk bersama dengan suami aku Ya Allah. Kuatkanlah hati aku Ya Allah. Rabbana a-tina fiddun-ya hasanataw-wafil a-khirati hasanataw-waqina ‘azaban nar. Wasollallahu ‘ala saiyidina Muhammadiw-wa’ala a-lihi wasahbihi-wasallam.”

Selesai mengaminkan doa, Aimi terus mengamburkan tangisannya di tapak tangannya. Imran yang setia berdiri di sebalik pintu bilik mula mendekati Aimi. Air matanya turut mengalir saat mendengar doa-doa Aimi itu. Hatinya jadi sejuk selepas mendengar doa Aimi. Dia turut rasa sayu.

“ Sayang.”

Aimi yang dengar suara Imran itu terus menoleh belakang. Imran pula terus duduk melutut di sisi Aimi. Perlahan-lahan tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya.

“ Abang. Aimi minta ampun minta maaf. Aimi berdosa. Aimi tak sengaja tinggikan suara pada abang. Aimi tahu Aimi banyak salah. Maafkan Aimi abang.”

Pinta Aimi bersungguh-sungguh sambil mengucup tangan Imran. Imran yang melihat dah mengangguk kecil. Terus dia mengeratkan pelukan. Ubun-ubun Aimi dikucupnya berkali-kali. Barulah dia meleraikan pelukan.

Lembut dia merenung ke wajah Aimi yang sembap itu. Kini, mereka sama-sama telah mengalirkan air mata. Imran mengukirkan senyuman dalam tangisan. Tangan Aimi yang menyeka air matanya itu ditangkap lembut.

“ Abang tak salahkan Aimi sayang. Sayang tak salah. Abang yang salah. Abang terlalu ikutkan hati dan perasaan sampai abaikan perasaan sayang. Abang dah lama maafkan sayang. Maafkan abang ye sayang?”

Aimi terus menggelengkan kepalanya.

“ Abang langsung tak salah. Aimi yang salah. Maafkan Aimi. Aimi isteri yang teruk.”

Aimi terus tunduk. Air matanya seperti tidak mahu berhenti mengalir. Bibirnya diketap kuat.

“ Sayang tak salah. Kita sama-sama perbaiki hubungan kita ya sayang ya. Kita sama-sama cuba untuk lebih kuat selepas ini. Yang penting kita saling mencintai.”

Wajah Aimi yang tunduk itu ditolak lembut sampai mata mereka bertentangan. Imran tersenyum kecil. perlahan-lahan dia menyeka air mata Aimi sampai air mata itu kering. Aimi turut melakukan perkara yang sama pada Imran.

“ I love you dear.”

“ I love you to abang.”

Dahi Aimi dikucup. Lama. Sehingga Aimi mengukirkan senyuman.

“ Terima kasih abang.”

Imran melepaskan kucupan itu lantas menarik Aimi ke dalam pelukannya.

“ Terima kasih dekat Allah. Abang takkan tinggalkan sayang lagi seperti tadi. Because you’re my love dear.”

Because you’re my love to abang. Detik hati Aimi lantas menarik senyum.

No comments :

Post a Comment

Popular Posts