Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 28 March 2016

Because You're My Love (Bab 32)



Hari demi hari berlalu. Dan hari ini telah tiba. Hari di mana result SPM Aimi dan dua orang kawannya keluar. Dan mereka bertiga kini dah berada dalam dewan sekolah. Debaran tu jangan cakaplah. Tapi masing-masing dah usaha. Tawakal je yang mampu saat ini.

“ Aimi.”

Aimi yang sememangnya tengah fikirkan kemungkinan pada resultnya itu terus menoleh ke arah Emelda saat namanya dipanggil.

“ Kenapa?”

“ Cik abang kau tak datang ke?” Soal Emelda dengan senyuman mengusik.

Aimi menjeling ke luar pintu dewan. Kepalanya digelengkan perlahan sebelum menoleh semula ke arah Emelda. Jam besar dewan itu dikerling sekilas. Debaran semakin terasa.

“ Dia busy sikit. Maybe tak datang kot. Kalau datang pun kantoi la weh.”

Emelda tertawa kecil.

“ Eleh. Macam orang tak tahu kau dah kahwin.” Sindir Emelda dengan sengihan.

“ At least tak semua. Malu kot.” Aimi membela dirinya.

“ Yela. Aku gurau je la. By the way, tahniah.”

“ For what?”

“ Everything. Erm. Nanti kalau dapat result cemerlang jangan lupa belanja aku. Haha.”

“ Dalam mimpi.”

Emelda dan Aimi terus ketawa. Tiba-tiba Aimi teringat akan Razif. Kepalanya mula menoleh ke kiri dan kanan. Tapi kelibat Razif tidak kelihatan. Akhirnya dia mengeluh kecil. dia rindu sangat dengan Razif. Apa khabar dia sekarang erk?

“ Kau kenapa?” Soal Emelda ingin tahu bila terdengar keluhan daripada mulut itu.

“ Razif. Aku tak nampak dia pun.”

Emelda terus terkelu lidah untuk menjawab. Ya Allah. Aimi saja yang tak tahu lagi soal ni. hampir kesemua orang dalam sekolah ni dah tahu. Cuma minta dirahsiakan daripada pengetahuan Aimi. Aduh! Apa aku nak jawab ni?

“ Dia ada hal kot. Maybe ada dekat KL. Siapa tahu kan?”

Emelda cepat-cepat tengok skrin telefon. Buat-buat sibuk sedangkan dalam hati rasa nak menjerit tengok wajah muram Aimi tu. Ya Allah. Kuatkan hati aku ni. kesian Aimi. Kalau Aimi tahu lagi problem.

“ Kau ada nombor telefon dia tak?”

Kali ni Emelda terus terdiam. Menoleh sikit ke arah Aimi pun tidak. Tapi dijeling pula Faiz yang berada tidak jauh daripadanya saat ini. Cepat-cepat dia menghantar chat kepada Faiz. Urgent!

Awak! Help me! – Emelda

Why? What’s wrong? – Faiz

Aimi. Dia tanya fasal Razif. What I want to do? – Emelda

Faiz terus menoleh ke arah Emelda yang resah gelisah itu. Melihatkan wajah Emelda yang meminta pertolongan itu membuatkan Faiz terus bangun dan mendekati mereka berdua. Lagipun dalam dewan masih tidak ramai orang.

“ Aimi.” Panggil Faiz dengan senyuman kecil.

“ Ha. Kenapa?”

Emelda terus buat-buat tidak peduli. Sedangkan nak mengelak sebenarnya.

“ Kau tak suruh cik abang kau datang ke?”

Aimi terus menggelengkan kepalanya.

“ Dia busy. Aku tak nak paksa dia.”

Faiz mengerling sekilas ke arah Emelda yang buat-buat sibuk itu. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Terus dia menarik sengih.

“ Aimi. Aku pinjam Mel kejap erk?” Pinta Faiz dengan sengihan.

Emelda yang dengar permintaan Faiz itu terus mendongak. Siap dijongketkan kening lagi.

“ Bawalah. Aku benarkan.”

Cepat-cepat Faiz mengarahkan Emelda mengikut langkah dia. Dengan tergesa-gesa juga Emelda ikut langkah Faiz sehingga ke luar dewan. Bila dah jauh daripada Aimi, barulah dia boleh menghembus nafas lega. Faiz yang melihat dah tersenyum.

“ Risau sangat awak ni.” ujar Faiz senada.

“ Of courselah! Gila tak risau. Saya tak tahu nak jawab apa kalau dia tanya lebih-lebih. Rasa nak nangis pun ada.”

Faiz terdiam. Dia baru teringat Razif merupakan pelajar cemerlang sekolah. Jadi tak hairanlah kalau dia mampu mendapat straight A dalam SPM. Dan kalau itu terjadi pasti nama Razif akan di sebut. Then, mesti cikgu akan maklumkan apa yang terjadi pada Razif. Ha sudah! Apa patut diorang buat?

“ Kita ada lagi satu masalah.” Maklum Faiz dengan riak wajah yang serius. Emelda yang tengok pun dah terteguk air liur.

“ Awak buat saya gerun la. Apa?”

“ Razif pelajar cemerlang. Dan tak hairanlah kalau nanti nama dia akan disebut. So..”

Belum sempat Faiz nak menyambung kata-katanya, Emelda terlebih dahulu memintas.

“ Okay. Saya dah tahu apa maksud awak. Kalau macam tu kita kena berpura-pura terkejut dan buat-buat tanya. Kan? Tapi.. mesti dia takkan percaya.”

Masing-masing terus terdiam. Tidak tahu nak beri jawapan apa pada Aimi. Dalam fikir punya fikir, muncul seseorang di sisi mereka.

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

“ Ya Allah Im. Aku ingat kau tak datang tadi.” Wajah Faiz dah berubah teruja,

Imran tersengih. Bahu Faiz dipautnya mesra. Emelda yang melihat dah tersenyum sipi. Lega sikit hati ni kalau Imran ada. Boleh tenangkan Aimi.

“ Isteri aku datang ambil result. Takkan aku tak datang? Kejam namanya tu.”

Mereka bertiga terus ketawa tapi tidak lama bila mereka perasan Aimi mendekati mereka. okay. Ini satu lagi masalah.

“ Abang?”

Aimi menghampiri dan menyalami tangan Imran. Serentak itu ubun-ubun Aimi dikucupnya perlahan.

“ Abang kata tak jadi datang.”

“ Kerja abang habis awal.”

Faiz dan Emelda menjauhkan diri. Nak beri ruang pada pasangan pengantin baru tersebut. Tapi dalam hati masih gusar. Takut akan kemungkinan yang akan berlaku selepas ini.

“ Saya rasa kita patut beritahu cikgu. Suruh cikgu rahsiakan. Okay tak?” Cadang Emelda tiba-tiba.

Faiz yang mendengar dah membuat anggukan kecil. boleh tahan idea tu.

“ Pandai buah hati saya. Jom kita cakap dekat cikgu.” Ajak Faiz lantas meninggalkan Aimi dan Imran.

“ Well. Tengoklah siapa buah hati dia?”

“ Faiz.”

“ Haha. Perasan!”

“ Sekali skala wahai cik Emelda.”

Akhirnya mereka terus tertawa kecil. Asyik nak perasan je kerjanya. Apada.

**
Air matanya yang ditahan semenjak di atas pentas tadi akhirnya turun apabila berdepan dengan encik suami. Encik suami hanya tersenyum. Tapi dia pula terlebih emo ni dah kenapa? Dapat result cemerlang pun nak emo ke? Haha.

“ Tahniah sayang. Abang dah cakap kan yang sayang mesti boleh dapat punya.”

Aimi melihat sekali lagi slip ditangannya itu. 9 A 1 B. Ya Allah. Macam tak percaya. Macam dalam mimpi. Faiz dan Emelda pun sama macam dia. Cuma mereka berdua 8 A. kenapa susah sangat nak percaya ni?

“ Abang. Aimi mimpi kan?” Soal Aimi dengan riak muka tidak percaya.

Imran yang mendengar soalan Aimi itu terus ketawa kecil. terus kepala Aimi diusapnya perlahan. Lepas tu pipi Aimi pula dicubit perlahan sampai Aimi memberikan jelingan maut pada dia. tapi ada dia kisah? Haha.

“ Sakit kan? so tak mimpilah sayang. Abang bangga dengan isteri abang ni.”

Akhirnya Aimi tersenyum. tak sabar nak balik dan beritahu mak dia pula. Mak! Aimi dah berjaya. Ayah. Aimi dah berjaya. Terima kasih ayah.

“ Hey. Kenapa nangis lagi ni?”

Air matanya diseka dengan perlahan oleh encik suami. Aimi yang melihat terus menggelengkan kepalanya. Tangan Imran ditolak perlahan.

“ Teringatkan ayah. Dah lah. Jom jumpa Faiz dan Mel.”

Terus ditarik tangan Imran sampai ke arah Mel dan Faiz. Dua-dua baru lepas nangis ke macam mana sebab diam je. Aimi dan Imran saling berpandangan seketika sebelum menoleh semula ke arah Faiz dan Emelda tu.

“ Guys?” Sergah Aimi.

Faiz dan Emelda yang menerima sergahan itu terus tersedar. Mereka berdua terus menoleh ke arah Aimi. Dan masing-masing terus tersenyum melihat wajah ceria Aimi itu.

“ Aimi.”

“ Korang ni dah kenapa? Nak kata sedih..result cemerlang. Lainlah teruk.”

Faiz dan Emelda terdiam. Sebenarnya mereka baru lepas tengok result Razif. Dan ternyata tekaan mereka benar. Razif dapat semua A. sebab tu mereka sedih sebab Razif tak dapat bersama dengan mereka saat-saat bahagia macam ni. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi  dia.

“ Terharu. Sebab tak pernah dapat result macam ni.” Pintas Emelda sebelum Faiz membuka mulut. Biarlah tu menjadi rahsia mereka berdua.

“ Oh. Yeke?” Ragu-ragu Aimi melihat mereka.

“ Yela. Dah. jom kita keluar celebrate. Aimi belanja.” Cadang Faiz dengan sengihan.

“ Asal aku pula?”

“ Dah kau lebih sikit dari kami. So kau kenalah belanja.” Giliran Emelda pula mengusik dengan sengihan nakal.

Aimi mencebik. Mulalah nak usik aku. macam tak tahu. Alasan je semua tu. Sabar ja la.

“ Kau cakap macam aku ada banyak duit.” Terus Aimi mengerling Imran di sebelah. Dengan sengihan dia berkata lagi.

“ Kalau nak aku belanja, pujuklah orang sebelah aku ni.”

Imran terus menjongketkan keningnya saat mendengar Aimi berkata demikian. Faiz dan Emelda yang melihat dah tersengih. Manakala Aimi dah menahan senyum. Tapi muka still selamba. Haha.

“ Aik? Kaitkan abang pula.” Terus bahu Aimi dirangkulnya erat.

“ Hehehe.” Apa lagi? mereka tiga hanya mampu tersengih sajala.

“ Memandangkan isteri abang dan kawan-kawan isteri abang ni dapat result gempak. Okay. Abang belanja KFC.”

Dan apa lagi.. mereka terus bersorak.

“ Cayalah! Jom!”

Imran yang melihat hanya mampu tergeleng. Rindu pula zaman sekolah dia dulu.

**
“ Arh! Kenyangnya!”

Aimi melihat Emelda dan Faiz yang kekenyangan itu dengan senyuman kecil. Tak sangka sampai sekarang mereka berdua masih setia berada di sisi dia sebagai sahabat. Bersyukur sangat rasanya. Kalaulah dia akan kehilangan mereka berdua. Apa akan dia rasa? Satu lagi. Razif! Mana dia pergi? Aku rindu dia.

“Bro. Thanks la belanja kami.” Ucap Faiz dengan sengihan. Perut dah kenyang. So, happy la.

“ No hal. So, dah tahu ke nak belajar ke mana selepas ni?” Giliran Imran pula menyoal.

“ InsyaAllah maybe ke dalam bidang pendidikan? Tak pun kedoktoran? Why not?” Balas Faiz dengan confidentnya. Emelda yang melihat dah tertawa kecil.

“ Confident je lebih dia ni. Sedangkan sebelum ni beria-ria kata masuk form 6. Lepas tu terus boleh dapat degree.” Suara Emelda pula.

“ Wow! Okay la tu. Kalau masuk form 6 lagi cepat. Dan kau pun cepat-cepatlah kahwin dengan si Mel ni Faiz.” Giliran Aimi pula menyokong.

Dan kerana itu Emelda terus memasamkan muka manakala lagi dua orang terus tergelak. Kelakar tengok reaksi Emelda.

“ Betul juga kata kau tu Aimi. Aku sokong seratus peratus.” Dengan selambanya Faiz menjawab lalu menjongket kening ke arah Emelda yang sudah malu itu.

“ Ah! Korang ni sengaja nak kenakan aku kan?” Emelda tidak puas hati.

Aimi dan Faiz dah tergelak. Imran pula hanya mampu tersenyum. Sekali skala berada dalam kelompok remaja ni terasa muda pula. Haha. Perasan kau Im.

“ Mana ada. Faiz yang mulakan dulu salahkan aku pula. Haha.”

Imran terus memasukkan kentang ke dalam mulutnya bila terasa lapar balik. Matanya tidak lekang langsung daripada melihat ke arah Aimi. Bagi dia kebahagiaan Aimi kebahagiaan dia. Kesedihan Aimi kesedihan dia juga. Tapi, tidak lama bila dia perasan seseorang yang mirip sangat dengan Razif berada luar daripada bangunan KFC ini. Terus Imran menoleh ke arah Faiz yang sedang ketawa itu.

Imran mula rasa tidak sedap hati. Bahaya kalau Aimi nampak dia ni. Aku perlu lakukan sesuatu. Matanya terus tertancap pada sos dan mayones yang ada pada isi kentang tersebut. Dan kentang tersebut berada betul-betul di hadapan Aimi. Senyuman jahat ditarik. Maafkan abang Aimi. Abang terpaksa.

“ Aimi. Habiskan kentang tu cepat. Tak baik membazir.” Tegur Imran apabila melihat mereka bertiga sudah berhenti ketawa.

“ Okay boss.”

Belum sempat Aimi nak menyuap kentang itu ke dalam mulutnya. Imran terlebih dahulu mencalit sos yang ada pada kentang itu dan sapukannya pada pipi Aimi.

“ Abang!”

Imran yang melihat wajah comot Aimi dah ketawa besar. Faiz dan Emelda yang melihat turut ketawa. Kelakar.

“ Sorry sayang. Tak sengaja. Comel sangat.”

Aimi dah memuncung. Benci!

“ Dah. pergi tandas dulu. bersihkan pipi tu.” Arah Imran dengan sengihan. Maafkan abang sayang.

“ Yela. Jahat kan abang?”

“ Sekali skala sayang.”

Bila tubuh Aimi sudah menghilang. Terus Imran memandang ke arah Faiz dan Emelda. Dua orang tu pun dah jadi lain macam bila riak Imran bertukar serius. Sah! Ada agenda kenapa Imran buat macam tu dekat Aimi tadi.

“ Kita ada problem.” Maklum Imran lantas menoleh ke belakang.

“ Kenapa ni?”

“ Kita kena berdepan juga dengan lelaki yang mirip dengan Razif tu. kita kena minta pertolongan dia. tu je cara yang kita ada sekarang ni. and you guys must help me.” Serius Imran ketika berkata.

“ But how?” Emelda pula bertanya.

“ Mel. Awak duduk sini. Tengokkan Aimi. Faiz follow aku. kita dua pergi jumpa dia. Mel, kalau Aimi tanya mana kami pergi. Awak just cakap kami berdua pergi ambil angin. Okay?”

“ Okay! Set!”

Tanpa berlengah, terus Imran dan Faiz bergerak. Tak mahu Aimi syak dan curiga. emelda pula terus berlagak selamba macam tiada apa-apa yang terjadi. Itu saja caranya kalau tak nak Aimi syak bukan-bukan.

Langkah Imran dan Faiz semakin dekat dengan orang yang mirip Razif tu. sampai saja di depan dia. mereka terus menegur.

“ Assalamualaikum.” Tegur Imran dengan senyuman.

“ wa..waalaikumussalam.” Lelaki itu jelas hairan dengan Imran dan Faiz. Tiba-tiba tegur.

“ Maaf la bro kalau kacau. Tapi boleh kita berbual kejap. Kejap je. kami betul-betul nak minta pertolongan encik.” Pohon Faiz pula.

“ Erk.. sure.”

Terus Imran suruh mereka berdua ikut langkahnya sehingga ke belakang KFC. Itu saja cara selamat.

“ Boleh kami tahu nama?”

“ Aku Firhan.”

Faiz tersenyum. Razif. Firhan. Nak dekat sama.

“ Bro. kau ada kembar tak? Or adik ke yang berumur 18 tahun?” Soal Imran inginkan kepastian.

“ Erk. Tak. Aku anak tunggal dalam family. Kenapa korang tanya erk?” Jelas Firhan sangat pelik saat ini.

Terdengar keluhan kecil daripada mulut Faiz.

“ Serius. Kami betul-betul perlukan pertolongan kau. Urgent!”

“ But what?”

“ Muka kau sama macam kawan aku bro. Mirip sangat. Tapi dia dah meninggal dunia.”

Firhan yang mendengar terus tersentak. Dalam hati dia mengucap.

“ Dan sebab tu la kami perlukan bantuan kau. Kawan aku Aimi dan juga merupakan isteri dia tidak tahu Razif tu dah meninggal.” Faiz mula bercerita.

“ Apa susah? Beritahu je la.” Pintas  Firhan dengan kerutan di dahi. Simple je kot. Kenapa nak jadikan sukar?

“ Masalahnya kami tak nak dia sedih. Bukan sebab tu je. sebab paling utama adalah jantung kawan aku tu milik Razif.”

Okay. Kali ni Firhan betul-betul terkedu. Dia sendiri macam tak percaya.

“ Sebab tu kami tak sanggup nak cakap. Razif sendiri pun minta kami rahsiakan.” Sambung Faiz lagi. Imran daripada tadi hanya berdiam.

“ Erk.. jadi kau nak aku buat apa?”

Faiz dan Imran dah mula tersenyum.

“ Aku nak kau menyamar sebagai Razif. Kalau dia ternampak kau dan terserempak dengan kau. Aku nak kau mengaku kau tu Razif. Kalau dia tanya ke mana kau menghilang selama ini, kau cakap lah apa-apa pun. By the way umur kau?”

“ Aku baru habis stpm.”

“ Oh Godness! Syukran!” Ucap Faiz dengan berasa syukurnya. Mujurlah tak tua sangat.

“ So.. boleh kau tolong kami?”

Firhan terdiam. Melihatkan wajah mengharap Faiz dan Imran tu. tak sampai hati pula dia nak tolak.

“ Apa aku akan dapat kalau aku buat semua ni?”

Imran dan Faiz terdiam. Nak juga hadiah.

“ Jangan risau. Aku akan buat apa saja yang kau nak. Tapi dengan satu syarat.. jangan apa-apa kan Aimi.” Tegas Imran.

Firhan tersenyum sinis.

“ Okay deal!”

“ Abang!”

Imran, Faiz dan Firhan terus saling berpandangan. Gulp!

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers