Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 26 March 2016

Because You're My Love (Bab 27)



Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Awan berarak pergi. Cuaca yang cerah pada petang itu masih tidak mampu menceriakan hati seorang perempuan yang bernama Aimi. Luaran dia tersenyum seperti awan yang tersenyum. Tapi, hatinya tiada sesiapa yang tahu melainkan Allah. Hatinya dalam diam menangis kepiluan.

Dalam dia cuba menahan daripada menangis, bahunya tiba-tiba diusap perlahan. Pantas dia mengukirkan senyuman dan menoleh ke arah kiri. Lengan itu dipaut inginkan kekuatan. Dia takut akan rebah di situ juga.

“ Sabar sayang. Yang pergi tetap akan pergi.” Ujar Maznah lembut.

Aimi hanya mengangguk perlahan. Setitis pun dia tidak mengeluarkan air mata. Dia tak nak bersedih lagi. Dia dah penat untuk menangis.

“ Makcik. Dah lewat ni. Jom kita balik.” Suara Imran yang setia menemani mereka daripada tadi lagi.

“ Yelah. Aimi jom.” Ajak Maznah.

Aimi menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

“ Kejap lagi Aimi pergi. Mak pergilah dulu.”

Melihatkan Aimi yang masih tidak mahu berganjak itu, akhirnya Maznah berlalu juga bersama Faiz dan Emelda. Tinggal Imran dan Aimi saja di situ.

Aimi melihat tanah yang masih merah itu dengan senyuman hambar. Ayah. Maafkan Aimi sebab tak ada disamping ayah ketika ayah dikebumikan. Maafkan Aimi juga sebab banyak menyusahkan ayah selama ini. Aimi sangat sayangkan ayah.

Dah puas berbicara dengan ayahnya melalui hati. Dia pun mula meninggalkan kubur arwah ayahnya itu. Imran masih setia mengekori daripada belakang. Imran menghembus nafas lega bila melihat Aimi tidak menitiskan air mata. Mungkin Aimi dah boleh terima hakikat.

“ Im.”

Langkah Aimi tiba-tiba terhenti. Imran terus berdiri di sisi Aimi tanpa menoleh ke arahnya.

“ Terima kasih.” Ucap Aimi dengan perlahan.

Imran yang mendengar terus tersenyum.

“ Tak perlu berterima kasih pada saya. Awak perlu berterima kasih pada Allah. Saya yang patut ucapkan terima kasih Aimi. Terima kasih sebab menjadi kuat. Terima kasih sebab terus bertahan. Dan terima kasih sebab tidak mengalirkan air mata.”

Barulah Imran menoleh ke arah Aimi. Aimi yang mendengar hanya mendiamkan diri. Tanpa membalas kata-kata Imran, dia kembali meneruskan langkah ke arah kereta. Tapi dalam hati dia terdetik perkataan sama-sama Imran.

**
Balik saja daripada menziarah arwah ayah Aimi. Imran terus menghantar Aimi dan kawan-kawan dia pulang ke rumah. Lepas itu, dia terus bergegas pulang ke rumah. Dia rindu dengan mamanya. Dalam seminggu ni dia asyik tidur dekat hospital saja. Balik pun kejap sangat. Tu yang rindu tu.

Hampir 30 minit perjalanan, akhirnya keretanya tiba juga di halaman rumah Datuk Ismail dan Datin Hanis. Selepas mematikan enjin kereta, dia pantas keluar daripada kereta. Seketika dia menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Dia menarik senyuman lebar. Tanpa berlengah, dia pantas masuk ke dalam rumah.

“ Assalamualaikum!”

Imran memberi salam dengan kuat. Kasutnya ditanggalkan. Laju saja kakinya melangkah ke arah dapur. Sebab dia yakin waktu sebegini mesti mamanya berada di dapur. Dan tekaannya tepat bila melihat Datin Hanis sedang memasak sesuatu. Terus Imran tersenyum.

“ Assalamualaikum mama.”

Sekali lagi Imran memberikan salam.

“ Waalaikumussalam. Ya Allah! Imran! Terkejut mama!”

Imran tergelak lalu salam dengan Datin Hanis.

“ Sorry mama. Mama tengah masak apa?”

Datin Hanis tersenyum.

“ Masak lemak sayur lobak putih. Favourite kamu kan?”

Imran tersengih.

“ Macam mama tahu je yang anak mama ni rindu dengan masakan mama.”

“ Yela. Dah lama kamu tak makan masakan mama. Nasib baik kamu balik awal hari ni.”

Imran terus duduk di kerusi meja.

“ Papa mana mama?”

“ Ada tu kat atas. Dekat bilik kerja agaknya. Pergilah tengok.”

“ Imran pergi naik dulu ye.”

Imran melajukan langkah naik ke atas. Bilik kerja Datuk Ismail yang terbuka sedikit itu dibuka luas. Dia dapat melihat kelibat papanya sedang khusyuk membaca dokumen kerja. Imran terus masuk dengan senyuman.

“ Hai papa.” Tegur Imran.

Datuk Ismail yang mendengar suara Imran terus mendongak. Bila tengok Imran, dia terus bangun dengan senyuman. Tubuh itu dipeluknya seketika.

“ Bila balik?”

Pelukan terlerai. Imran terus ambil tempat di sofa. Matanya meliar sekeliling bilik kerja papanya itu. Jarang sekali dia dapat masuk bilik kerja papanya ni. yala. Dia pun bukan selalu ada dekat rumah.

“ Baru je. papa busy ke?”

Datuk Ismail terus ambil tempat di sebelah Imran. Dia hentikan seketika kerjanya itu.

“ kerja sampai bila pun tak habis Im. Kamu dari mana ni? Hospital?”

“ Tak. Dari kubur. Baru lepas lawat arwah ayah pesakit Im. Lepas tu terus datang sini. Ingat nak ke hospital tapi tak jadi.”

Tangan Imran terus mencapai majalah perniagaan yang ada di depan matanya saat itu.

“ Siapa pesakit Im tu?” Soal Datuk Ismail ingin tahu.

“ Aimi Aisya pa.” Balas Imran sambil menyelak helaian majalah itu.

“ Aimi Aisya..”

Datuk Ismail tersenyum seketika. Rasanya isterinya ada sebut tentang pesakit Aimi ni. Rasanya dialah orangnya.

“ Boleh papa tanya sikit?”

Imran hanya menganggukkan kepalanya. majalah tadi dah ditutup dan diletakkan kembali pada tempat asal. Tiada yang menarik. Semuanya fasal perniagaan. Bosan!

“ Pesakit Im tu ke yang Im suka?”

Imran tersentak dengan pertanyaan Datuk Ismail itu. Erk! Mana papa aku tahu ni?

“ Mama yang beritahu.” Sambung Datuk Ismail lagi bila melihat kebingungan anaknya itu.

“ Erk. Hehe.”

Imran dah tersengih malu. Dia tak tahu nak cakap apa.

“ Cuba berterus terang dengan papa.”

Imran tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu lalu memandang ke arah Datuk Ismail. Sengihan masih tidak lekang daripada bibirnya.

“ Erk. Ermm. Betul la tu. Betul la apa yang mama kata tu.”

Datuk Ismail tersenyum. melihatkan Imran yang gelisah itu tahulah dia yang Imran dah jatuh sayang pada Aimi itu.

“ Dia? Dia suka kamu tak?”

Imran terdiam. Alahai. Papa. Malu Imran kalau macam ni. Macam mana aku nak jawab?

“ Erm. Suka kot.”

“ Kenapa mesti ada kot?”

Datuk Ismail tertawa kecil. Manakala Imran dah tersengih malu.

“ Entahlah pa.”

“ Macam mana boleh entah pula?”

“ Papa. Patut ke kalau Im lamar dia?”

Imran dah berubah serius. Datuk Ismail yang melihat tersenyum. Dah besar pun anak aku ni.

“ Why not my son?”

“ But, she just 18 years old. I’m afraid that she can’t accept. Yela. Mesti dia nak sambung study kan?” Luah Imran. Dia cakap apa yang dia rasa.

Datuk Ismail terdiam. Tapi tidak lama bila dia merasakan itu bukan satu penghalang.

“ 18 tahun bukan 16 tahun or bawah daripada itu. Ramai je sekarang ni yang kahwin muda. Study tu boleh je lepas kahwin. Apa orang kata, study lepas kahwin lebih berkat? Lebih seronok? Tak salah la Im. Lagipun kamu dah lebih daripada yang mampu. Kamu boleh tanggung dia.” terang Datuk Ismail menyuarakan hasrat hatinya itu.

“ Tapi dia bukan perempuan macam tu pa. Dia bukan jenis suka bergantung pada orang lain. Dia lebih suka berdikari.”

“ Kalau macam tu yakinkan dia. kalau dah suka sama suka tunggu apa lagi? Tak baik tangguhkan perkara yang baik ni.”

Imran terdiam. Betul juga apa kata papa aku tu.

“ Tengoklah. Nanti Im cuba pujuk dia.”

Imran tersenyum melihat papanya.

“ Dah besar panjang pun anak papa ni. Tak lama lagi dah nak kahwin. Papa bangga dengan kamu Imran.”

Bahu anaknya itu ditepuk berkali-kali. Imran jadi terharu lalu tunduk memandang jari.

“ Thanks papa.”

“ Most welcome my son.”

Tanpa mereka berdua sedari, Datin Hanis dah dengar segala-galanya daripada luar bilik itu. Dia turut tersenyum bahagia. Air matanya yang ingin mengalir terus diseka. Dia turut bangga dengan Imran. Imran adalah satu-satunya anak yang mereka ada.

Tak mahu terus melayan perasaan, dia turut masuk ke dalam bilik kerja suaminya itu. Imran dan Datuk Ismail yang menyedari kehadiran seseorang itu terus menoleh ke arah pintu. Terbit senyuman pada bibir mereka.

“ Mama nak adakan perkahwinan Imran dekat hotel nanti. Setuju tak?” Suara Datin Hanis dengan senyuman panjang.

Imran dan Datuk Ismail yang mendengar terus tertawa kecil. Ternyata Datin Hanis dah dengar segala-galanya.

“ Dan..mama tak sabar nak dapat menantu.”

Imran terus bangun dan memeluk mamanya itu.

“ InsyaAllah mama. Doakan Imran.”

“ Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu sayang.”

Imran hanya mengangguk. Dalam hati dia dah bertekad dengan keputusannya. Dia akan pergi melamar Aimi nanti. Aimi. Just waiting!

**
“ What? Seriously?”

Imran yang melihat reaksi terkejut Faiz itu terus tergelak.

“ Betul lah. Apa? Nampak macam saya gurau ke?”

Faiz tersengih. Tak sangka ideanya yang suruh Imran pergi lamar Aimi diterima baik. Faiz terus mengucap syukur dalam hati.

“ Bila doktor nak pergi lamar dia?”

Imran tersenyum. Straw minuman yang ada di depannya saat itu dikacau berkali-kali.

“ Maybe this Sunday.”

Faiz terus membulatkan matanya. Mulutnya dah terngaga menerima berita itu.

“ Alhamdulillah. Make sure doktor lamar betul-betul erk. Sebab saya tak sabar nak tengok doktor dan Aimi naik pelamin. Ehehe.”

Giliran Imran pula tergelak besar.

“ Amboi. Mengada. Kamu dengan Mel tu? Macam mana?”

Faiz tersengih sambil tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

“ Maybe selepas habis diploma. Saya terus pergi lamar dia. Saya pun tak nak tunggu lama-lama.”

“ Bagus. Dia pun tak sabar tu nak kahwin dengan kamu.”

“ Tahu takpe.”

Terletus terus tawa daripada mulut mereka berdua. Seketika mereka mendiamkan diri sambil menikmati minuman daripada restoran berdekatan hospital itu.

“ By the way. Saya harap doktor akan bahagiakan dia. jangan buat dia menangis lagi.” Ujar Faiz dengan senyuman hambar.

“ Saya bukan apa. saya tak nak tengok dia menangis lagi. Cukuplah dengan apa yang dia dah dapat sebelum ni. Tu pun dia belum tahu fasal Razif. Kalau tahu mesti dia takkan berhenti menangis.” Sambung Faiz lagi. kali ni tiada senyuman pada wajahnya.

Imran yang mendengar terkedu. Ya. Betul apa kata Faiz tu.

“ I will make sure that. Saya pun tak sanggup kalau dia terus menangis.”

Faiz yang mendengar menghembus nafas lega.

“ Baguslah. Saya tahu yang saya boleh percayakan doktor.”

Imran terus menarik senyum.

“ Yes. You can trust me. Kalau tidak kamu boleh tumbuk muka saya.”

“ Serius? Haha.”

“ Just kidding.”

Faiz yang tengah ketawa itu terus terhenti saat ternampak kelibat seseorang. Imran yang menyedari perubahan pada wajah Faiz terus menoleh ke arah belakang. Dan dia pun sama seperti Faiz. Terkedu.

“ Razif?”

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers