Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 22 December 2015

Because You're My Love (Bab 6)



Tak ke kanan. Dia ke kiri pula. Penat berjalan, dia duduk pula. Kepalanya didongakkan ke atas melihat langit yang cantik itu. tapi, itu masih belum dapat menenangkan hatinya yang tiba-tiba rasa tak sedap. Rasa lain macam. Rasa gelisah. Yang pasti, dia benci perasaan tu.

“ Penat lah macam ni. baik aku ke hospital. Maybe ada urgent.”

Pantas kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia perlu bersiap. Maybe malam ni tidur sanalah.

“ Im! Nak ke mana tu?”

Soalan Datin Hanis tidak dihiraukan, malah kakinya laju saja naik ke atas untuk masuk ke dalam bilik. Datin Hanis yang melihat pun jadi hairan.

“ Abang. Kenapa dengan anak abang tu? lain macam je saya tengok.”

Datuk Ismail yang mendengar soalan isterinya itu hanya mampu menjongketkan bahu. Tumpuannya kini sepenuhnya pada television. Kalau dilayan isterinya tu, sampai ke sudah tak habis. Tak dapat juga dia nak fokus pada apa yang dia tengok sekarang.

Imran yang baru selesai menukar pakaiannya ke arah lebih kasual terkejut apabila mendapat panggilan daripada pihak hospital. Aku dah agak. Mesti ada something. That’s why aku tak senang duduk tadi. Tanpa berlengah, dia mengangkat panggilan tersebut.

“ Helo. Doktor Imran bercakap di sini.”

“ Doktor! Tolong datang ke hospital sekarang. Pesakit doktor Aimi Aisya pengsan lagi. kali ni dia berada dalam wad ICU.”

Berita itu ternyata mengejutkan Imran. Tanpa sempat membalas kata-kata nurse dipanggilan, dia pantas meletakkan telefon dan mengambil kunci kereta. Dia perlu pantas.

“ Imran. Nak ke mana? Hospital?” soal Datin Hanis lagi apabila melihat Imran turun dengan pakaian casualnya.

“ Ye ma. Ada emergency call. Im pergi dulu.”

Selepas salam ibu dan ayahnya, dia pantas keluar dan menuju ke kereta. Dalam hati dia berdoa agar Aimi takkan apa-apa.

**                     
Wajah cemas orang tua Aimi membuatkan Imran tak senang duduk. Tanpa berlengah, dia pantas bergegas ke wad ICU bagi menemui Aimi. Dia perlu tahu keadaan Aimi terlebih dahulu.

“ Nurse. Macam mana keadaan dia?”

Imran menarik stetoskop dan membuat pemeriksaan pada jantung Aimi. Denyutan Aimi tidak berapa stabil. Kejap laju kejap perlahan. Imran buka pula kedua-dua mata Aimi. Selepas itu dia buat pemeriksaan pada nadi Aimi.

“ Doktor. Denyutan dia makin perlahan.”

Imran tersentak. Bacaan jantung Aimi semakin menurun. Ya Allah.

“ Aimi. Please bertahan.”

Imran cuba membuat CPR tanpa menggunakan pernafasan dari mulut ke mulut. Dia hanya menekan dada Aimi berkali-kali agar jantung Aimi kembali stabil.

“ Doktor. Bacaan jantung mula naik.”

Imran teruskan even penat. Tapi dia tidak berputus asa. Please Aimi. Jangan buat ibu bapa awak kecewa. Please.

“ Doktor. Dah stabil.”

Serta-merta perbuatannya terhenti mendengar kata-kata nurse itu. dia menghembus nafas lega. Peluh yang merintik di dahinya dilap oleh nurse Izati. Dia tersenyum kecil.

“ Tahniah doktor. Nasib baik doktor cepat.”

“ Alhamdulillah nurse. Saya keluar dulu.”

Imran keluar dan menemui ibu bapa Aimi.

“ Encik.” Tegur Imran dengan senyuman kecil.

“ Doktor. Macam mana keadaan anak saya? Dia okay kan?”  Wajah cemas Azmir membuatkan Imran tersenyum.

“ Alhamdulillah. Dia dah stabil. Encik.. maaf tapi saya rasa dia perlu tahu keadaan dia yang sebenar. Saya takut kalau keadaan akan terus-terusan macam ni dia sendiri akan berada dalam bahaya. Sekarang ni pihak hospital hanya mampu beri dia ubat tahan sakit. Selagi belum teruk dan belum mendapatkan penderma yang sesuai, itu saja caranya.” Terang Imran dengan hati-hati agar tidak terguris hati orang tua Aimi.

Azmir terduduk. Ada benar juga kata doktor tu.

“ Kalau macam tu. Doktor tolong beritahu dia? Saya tiada kekuatan tu doktor. Saya takut saya tewas di depan dia.” Rayu Azmir dengan simpati.

Imran tersenyum hambar. Perlahan bahu Azmir ditepuk seraya memberikan kekuatan.

“ InsyaAllah. Saya cuba.”

“ terima kasih doktor.”

**
Selepas kerjanya dah selesai dan orang tua Aimi pun dah pulang ke rumah. Barulah Imran melangkah masuk ke dalam wad untuk melihat Aimi. Aimi Aisya. Entah kenapa, tapi wajah awak sentiasa buatkan saya tenang. Awak membuatkan saya lebih ingin mengenali awak. Pelik kan?

Imran melihat wajah Aimi yang kelihatan polos itu. Terbit senyuman kecil pada wajahnya. Alahai. Aimi Aisya. Saya gembira dapat kenal awak dan awak pun macam tu la harapnya. Haha.

“ Aimi. Stay strong okay. I will take care of you.”

Imran sudah ingin berlalu keluar, tapi dia terdengar sesuatu dan dia yakin itu suara Aimi. Dia kembali menoleh ke arah Aimi. Mata Aimi still terpejam. Tapi mulutnya terbuka macam nak berkata sesuatu. Imran mendekatkan telinganya ke arah mulut Aimi.

“ To…tolong saya. Ja..jangan ting..galkan sa..saya…”

Imran tersentak. Lepas tu, dah tak dengar apa-apa dah. Imran tergaru kepalanya yang tidak gatal itu. Aimi ni maksudkan siapa? Dia mimpi ke? Imran tersengih. Aku ni pun satu. Ingat cakap dekat kau ke Imran? Haha. Blahlah!

“ Aimi?”

Imran cuba memanggil Aimi. Mana tahu Aimi sedar ke kan? Tapi bila seminit berlalu, tiada apa-apa perubahan pun yang dia dapat. Maybe Aimi tidur. Dengan berat hati, dia melangkah keluar daripada situ dan menuju ke bilik kerjanya.

Tempatnya diambil. Perlaha keluhan dilepaskan. Badannya disandarkan. Matanya meliar memandang siling. Hatinya sekarang ni rasa lain macam. Kejap-kejap happy, kejap-kejap gelisah dan sedih pun ada bila teringatkan Aimi.

“ Apa kena dengan aku ni agaknya?”

Teringat lagi dia pada Puteri. Dah dua hari semenjak Puteri datang ke rumahnya hari tu sampai sekarang langsung tak dengar khabar berita. Baguslah kalau macam tu. Dia dengar apa yang aku cakap time tu. Aku pun dah tak sanggup nak berdepan dengan dia or aku akan jadi lebih bencikan dia even dia sepupu aku.

Kepalanya diraup kasar. Peristiwa lalu bersama Puteri memang dia tak boleh lupakan sampai bila-bila. Perasaan dikhianati tu lebih sakit berbanding ditusuk dengan pisau. Sakit sangat! That’s why sampai sekarang dia dah sukar untuk percaya mana-mana perempuan. Sebab itu juga sampai sekarang dia still membujang. Bagus tak? Haha.

Sedang Imran ralit termenung, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Bunyi telefon itu mengembalikan dia pada realiti. Tanpa berlengah, dia pantas menjawab panggilan tersebut.

“ Helo.”

“ Hai baby.”

Imran merengus geram.

“ Kau nak apa lagi? Tak puas lagi ke kacau hidup aku?” Imran sudah berang.

“ Rileks baby. Kenapa nak marah ni? I rindu you tau tak. You tak rindu I ke?”

Imran tersenyum sinis. Macam Puteri ada di depan mata dia.

“ Tolonglah. Aku lebih rela rindu bibik aku daripada kau lah. Dasar perempuan tak sedar diri. Hey! Aku tak nak cari fasal sebab aku dah malas nak fikir fasal kau. So, ini last warning. Sekali lagi kau kacau aku, aku takkan teragak-agak buat laporan polis. Kau tahu kan salah kau apa?” Imran merenung jauh ke hadapan. Teringat peristiwa itu benar-benar buatkan dia hilang sabar.

“ Im.. jangan Im. Please.”

“ So, jangan kacau aku lagi!”

Terus ditamatkan panggilan tersebut. Puas! Sungguh dia rasa puas. Ya Allah. Jauhkan lah aku daripada perempuan tu. Aku dah penat dengan semua ni. Kuatkan hatiku Ya Allah.

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers