Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday, 28 December 2015

Because You're My Love (Bab 10)



Tap! Tap! Tap!

Tangannya mengetuk-ngetuk meja dengan pen. Fikirannya menerawang jauh memikirkan sesuatu. Bila tak dapat jawapan, tangannya membuat bunyi itu lagi. Hampir 5 minit berlalu, keadaan masih sama. Sampailah biliknya diketuk daripada luar. Terus kembalikan dia ke dunia nyata.

“ Masuk!”

Terjengul kepala nurse Izati. Tapi, riak nurse itu membuatkan Imran rasa tidak sedap hati.

“ Kenapa Izati?”

“ Aimi. Dia sesak nafas.”

“ What?”

Imran terus bangun dan menuju ke arah Izati. Hatinya risau jangan cakaplah. Rasa macam nak terkeluar jantung bila dengan berita tu. baru semalam dia keluar daripada hospital. Macam mana dia boleh masuk lagi. Aimi! Apa yang awak buat ni?

“ Dia ada dekat mana sekarang?”

Laju Imran melangkah ke wad ICU. Dia semakin cemas memikirkan keadaan Aimi.

“ Wad ICU 2.”

Sampai saja di depan bilik ICU. Ternampak beberapa orang yang tengah menunggu.

“ Doktor.”

Langkah Imran terhenti. Seorang pelajar sekolah rupanya.

“ Tolong sembuhkan dia.” Imran memandang lelaki itu dengan perasaan tertanya-tanya.

“ I will. Don’t worry.”

Terus dia melangkah masuk ke wad ICU. Laju dia menapak ke arah katil Aimi. Sampai saja dia di tepi Aimi, terhambur keluhan kecil daripada mulutnya.

“ Kalau terus-terusan macam ni, saya tak jamin kalau saya boleh selamatkan awak Aimi.”

“ Doktor. Bacaan jantung dia semakin lemah.”

Imran terus membuat pemeriksaan. Bila dia rasa nak fed up. Dia pandang wajah Aimi. Tak! Aku tak boleh fed up. Banyak orang perlukan dia.

“ Aimi! Please! Kuatkan semangat awak.”

Berkali-kali Imran tekan dada Aimi. Tapi bacaan Aimi tak turun dan tak naik. Masih berada pada tahap bahaya.

“ Doktor.”

Imran merengus geram. Aimi! Tolong!

“ Doktor. Perlu ke kita guna..”

“ Tak. Tak perlu. Saya yakin dapat selamatkan dia. percayalah.”

Sekali lagi Imran menekan dada Aimi berkali-kali. Aimi! Please! Bertahan. Saya tak sanggup kehilangan awak. family awak. kawan-kawan awak. please bangun!

“ Doktor. Dah stabil.”

Akhirnya Imran melepaskan nafas lega. Peluh yang merintik dilap nurse Izati. Senyuman kecil ditarik sambil melihat ke arah Aimi. Aimi. Saya tahu awak kuat. Bertahan ye.

**
Melihatkan Doktor Imran yang baru keluar daripada merawat Aimi, pantas juga sekawan itu mendekati Doktor Imran. Azmir dan Maznah pula diam dan mendengar.

“ Doktor. Macam mana keadaan kawan saya?” Soal Razif risau.

Imran menarik senyuman.

“ Alhamdulillah. Dia dah okay.”

Semua yang berada di situ menghembus nafas lega. Mujurlah.

“ Boleh saya tahu macam mana Aimi boleh sakit macam tu?” Imran ingin tahu.

Razif, Emelda dan Faiz saling berpandangan sebelum pandang ke arah Imran semula.

“ Dia terjatuh. Bukan sengaja tapi ditolak dengan sengaja.” Jelas Faiz dengan senyuman pahit. Imran yang mendengar terkejut besar.

“ Kenapa kamu tak halang orang tu tolak dia?” Imran masih kawal marah dia. Sebab bukan benda main-main.

“ Tak sempat. Semuanya berlaku dengan pantas. Maafkan kami doktor. Kami cuai.”

Emelda memohon maaf. Air matanya dah mengalir. Dia takut akan kehilangan Aimi. Dia tak sanggup. Imran yang mendengar maaf itu mengeluh kecil.

“ Tak apa la. Benda dah jadi. Yang penting Aimi dah stabil. Kamu semua jangan risau.”

Mereka bertiga terus menganggukkan kepala. Lega.

“ Makcik. Pakcik.” Tegur Imran.

“ terima kasih sekali lagi doktor. Kalau tak kerana kamu mesti anak makcik..”

Tidak sanggup teruskan kata-kata tu, Maznah terus menangis dalam pelukan Azmir. Dia takut sangat kalau bakal kehilangan Aimi. Dia belum bersedia.

“ Terima kasih kat Allah makcik. Saya Cuma membantu.”

Imran turut berasa sebak. Aimi. Ramai yang sayangkan awak. Harap awak kuat lepas ni.

“ Saya pergi dulu.”

Hilang saja kelibat Imran, Faiz dan Razif memandang Emelda. Mereka inginkan jawapan.

“ Apa yang berlaku ni Mel?”

Emelda terdiam. Sesaat kemudian dia mengeluh pula.

“ Aku tak tahu lah apa yang merasuk Dina tu sampai jadi macam ni. Lepas korang berdua pergi, dia bengang. Dia terus marah dan tuduh Aimi macam-macam. Bila geram sangat dan tak puas hati, dia terus tolak Aimi sampai jatuh. Kami terkejut tanpa sempat Aimi bertahan lalu jatuh. Semuanya cepat. Aku pun terkejut. Dia apatah lagi.” Terang Emelda satu persatu.

Faiz terdiam. Razif pula meraup wajahnya dengan kasar.

“ Semua ni salah aku.” Razif menyalahkan dirinya.

“ Kenapa kau cakap macam tu? kau tak salah lah bro.” Faiz menyentuh bahu Razif ingin memberikan kekuatan.

“ Ya. Semua salah aku. kalau tidak kerana aku, mesti Aimi dah ada dekat rumah. Kalau tak kerana aku Dina takkan tolak dia dan kalau bukan kerana aku korang takkan terlibat sama. Maafkan aku.”

Razif terduduk dan meraup wajahnya dengan kasar. Dia tak percaya apa yang telah terjadi. Sukar nak percaya.

“ bro! kau tak boleh salahkan diri kau sorang. Kami berdua pun salah. Tapi semua ni dah takdir bro. Kalau kau terus-terus salahkan diri kau, tu maknanya kau tak reda dengan apa yang berlaku. Dah lah bro. Sabar banyak-banyak.” Nasihat Faiz panjang lebar.

Emelda yang berdiam diri semenjak tadi menoleh ke belakang. Aimi. Razif sangat sayangkan kau. Tolong cepat sedar. Kami rindukan kau.

**
Aimi memandang satu persatu wajah yang sedang berdiri di depannya saat ini. Semuanya muka tak bermaya dan sayu je. Aimi menarik senyuman. Tak sanggup nak tengok kawan-kawan dia sedih.

“ guys? Hey! What’s wrong?”

Faiz menoleh ke arah Razif. Biar Razif je la cakap.

“ Kami minta maaf Aimi. Kerana kami awak masuk hospital. Nasib baik awak selamat. Saya yang bersalah sebab libatkan awak dalam hal ni. sedangkan saya dah tahu dari awal kalau awak kenal saya, awak pasti akan dalam bahaya. I’m sorry.” Luah Razif dengan serba salah yang amat.

Aimi yang mendengar terdiam. Tapi senyuman setia berada pada bibirnya. Matanya teralih pula pada Emelda.

“ Aku pun salah. Maafkan aku. Kalaulah aku halang dari awal. Kau takkan jatuh.” Emelda pula bersuara.

Aimi tersenyum lagi. dia pandang pula ke arah Faiz.

Faiz masih berdiam diri. Bila perasan yang Aimi tengah tengok dia, dia angkat tangan.

“ I’m surrender. Salah aku. aku yang mula sebab tu dia berani tolak kau. Sorry.”

Aimi melihat satu persatu wajah mereka dengan senyuman. Kemudian dia menggelengkan kepalanya tanda tak suka bila kawan-kawannya cakap macam tu.

“ First. Aku langsung tak salahkan korang semua. Second, aku tak apa-apa. Tengok aku dah okay kan? Third, cuba terima takdir Allah. Semua ni dah tertulis. Tak guna asyik salahkan diri sendiri. Tak baik.” Tenang Aimi ketika berkata-kata.

Mereka yang mendengar terus terdiam.

“ Aku lagi risau kalau korang yang tinggalkan aku.” Tiba-tiba ayat itu terpacul daripada mulutnya. Tersedar, pantas dia mengukirkan senyuman even dalam hati hanya Allah je yang tahu.

“ Kami takkan tinggalkan kau. Kau kan kawan baik kami.” Faiz tersenyum.

“ Ya. Betul tu.” Emelda menyokong.

“ Lagipun awak penghibur kami. Kalau awak tak ada, maybe kami jadi bosan.” Razif pun sama.

Akhirnya, Aimi menganggukkan kepalanya mendengar kata-kata mereka bertiga.

“ Thanks guys.”

“ Anything to Cik Aimi Aisya.”

**
Imran tengok Aimi. Aimi pun tengok Imran. Tapi masing-masing tidak mahu bercakap. Akhirnya, Imran yang mengeluh kecil. Dia bangun dan menghampiri tingkap.

“ Kenapa awak boleh jadi macam ni? Awak buat saya risau tau tak?”

Aimi terdiam. Dia tahu salah dia. Tapi semuanya di luar jangkaan dia. Tak sangka Dina akan tolak dia.

“ Maafkan saya.”

Imran kembali menoleh ke arah Aimi. Tak patut dia salahkan Aimi.

“ Dah lah. Lupakan. Lepas ni pastikan ubat awak sentiasa ada dengan awak. Kalau jadi macam tadi dan awak lupa bawa ubat? Saya takut awak tak sempat nak diselamatkan. Saya tak nak awak sakit Aimi.”

Aimi tersenyum hambar. Ya. Dia tahu.

“ Saya akan lebih berhati-hati lepas ni. Awak jangan risau. Please senyum.” Rayu Aimi.

Imran tersenyum. Mana boleh dia marah lama-lama dekat Aimi.

“ Macam tu la.” Giliran Aimi pula tersenyum.

“ by the way… siapa kawan awak yang putih tu? Yang tinggi sikit daripada Faiz tu.” Soal Imran ingin tahu. Sebab dia nampak budak tu terlalu ambil berat akan Aimi.

“ Kawan saya la. Razif nama dia. Dan… maybe lebih daripada kawan.”

Aimi terus tunduk kerana malu. Imran yang mendengar terdiam. Lebih daripada kawan? So, that’s mean?

“ Suka sama suka?”

Aimi tersengih lantas melihat Imran.

“ Maybe la. Tapi setakat ni kami memilih untuk berkawan je.”

Imran terdiam lagi. Kenapa dia rasa tak senang hati pula dengan perkhabaran tu? Arh! Perasaan kau je tu Imran.

“ Dahlah. Rehat.  Petang ni awak dah boleh keluar hospital. Saya keluar dulu.”

Imran terus menapak keluar daripada bilik tersebut. Dia terfikir kata-kata Aimi tadi. Serentak itu dia rasa lain macam. Tak suka pun ada. Tak senang hati dan rasa kecewa? Eh! Apa yang aku mengarut ni? Haih. Parah! Parah!

“ Doktor Imran!”

Dia yang ralit berfikir itu terus menoleh ke belakang. Dahinya jelas berkerut. Siapa pula ni?

“ Ya saya? Kenapa ye?”

Seorang lelaki lebih kurang macam dia datang menghampiri. Tiada senyuman pun pada wajah tu. tapi yang pasti pandangan tu tajam. Sampai buat Imran rasa curiga.

“ Tolong jauhi dia.”

Imran tersentak. Siapa pula?

“ Maksud kau?”

Lelaki itu tersenyum sinis.

“ Aku tak suka bila kau dekat dengan Puteri. Aku warning kau! Jauhi dia. atau kau akan menyesal!”

Terus lelaki itu berlalu selepas berkata demikian. Imran yang mendengar merengus geram. Aku langsung tak ada kaitan dengan Puteri dah. Tapi kenapa dia tuduh aku? Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada pesanan ringkas masuk.

I miss you Im. –Puteri-

Damn! Imran terus berlalu dengan hati yang membara. Aku dah warning kau Puteri! Tapi kau degil. Kau jangan buat aku bertindak di luar jangkaan.

“ Wait and see Puteri!”

No comments :

Post a Comment

Popular Posts