Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday, 15 March 2016

Cerpen : Hanya Dia di Hati

Assalamualaikum..

Hai. Hehe. Memandangkan hari ni birthday aku yang ke-20. (Dah tua dah. Haha). So, aku hadiahkan satu lagi cerpen untuk korang. Mood aku hari ni baik. So dapatlah sambung cerpen baru. Entah la aku nak cakap macam mana tapi cerpen ni macam ada yang tergantung sikit. Sorry erk. Aku pun tak faham. Haha. Okay. Tak nak bebel. Sila baca. Jangan lupa tinggalkan komen tau. First trying for this cerpen. Kihkih.



“ Kenapa dulu abang suka buli saya?”

“ Sebab abang suka Mia.”

“ Kenapa dulu abang suka tengok saya?”

“ Sebab abang suka Mia.”

“ And kenapa abang selalu bela saya bila orang lain kaitkan kita?”

“ Simple. Sebab abang suka Mia.”

Air matanya menitis lagi saat teringat kata-kata terakhir lelaki itu sebulan yang lepas. Setiap kali teringat perbualan itu hatinya mesti menangis. Even dia mampu tersenyum di luar tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu apa perasaan dia.

Air matanya yang menitis tadi diseka perlahan. Dia cuba menarik senyuman even susah. Itu saja cara untuk kuatkan hati dia yang sedia lemah itu. Penat berbalah dengan perasaan sendiri, dia terus bangun daripada kerusi dan terus keluar daripada bilik mesyuarat tersebut.

“ Kak Mia!”

Langkahnya terus terhenti saat namanya dipanggil. Dia terus menoleh ke belakang.

“ Ada apa Tia?”

“ Ada problem sikit la kak. Ada pelanggan buat aduan tentang pesanan dia tak sampai.”

Terlepas keluhan kecil daripada mulutnya saat mendengar laporan tersebut. Ya Allah. Berilah aku kekuatan. Itu saja yang aku minta saat ini.

“ Bukan semalam dah sempurna ke? Dah cukup ke. Kan semalam pelanggan sendiri dah mengaku barang mereka dah sampai. Habis sekarang apa tak kena pula?”

Mia dah mula stress. Dia mula berserabut memikirkan masalah itu. Kalaulah abang ada.

“ Entah kak. Saya sendiri pun tak tahu. Jom turun kak. Kami tunggu kat bawah.”

Hilang saja kelibat Tia, Mia terus terduduk dengan semangat yang masih berbaki. Air matanya menitis lagi.

“ Abang. Dah sebulan bang. Mia tak kuat tanpa abang. Mia rindu abang.”
**
Sebulan yang lepas…

Hampir 2 minggu berada di negara orang. Akhirnya pasangan suami isteri itu telah kembali ke Malaysia dengan gembira. Mata saling bertatapan tanda bersyukur kerana masih berada di bumi Malaysia lagi.

“ Abang. Terima kasih bawa Mia ke Korea. Best sangat.” Luah Mia dengan terujanya.

Muiz tersenyum kecil. Tangan isterinya itu digenggam dengan penuh kasih sayang.

“ Dah dua bulan kita kahwin tapi abang tak pernah bawa isteri abang ni pergi honeymoon. Jadi kira ini hadiah untuk kita berdua la.”

Langkah mereka terus maju ke arah kereta Muiz yang telah dihantar oleh drivernya sebentar tadi.

“ Mia masuk dulu. Abang nak pergi kedai kejap. Tunggu dalam kereta.” Arah Muiz dengan lembut.

Mia hanya mengangguk. Tapi belum sempat dia nak masuk ke dalam kereta. Tubuhnya ditarik ke dalam pelukan Muiz. Dan perilaku tersebut sangat mengejutkan Mia.

“ Abang?” Mia jadi pelik.

“ I will miss you.”

Pelukan terlerai. Muiz tersenyum manis. Mia pula memandang tepat ke dalam mata Muiz. Dia pelik. Kenapa Muiz tiba-tiba bertindak demikian?

“ Abang? Kenapa ni?”

“ Nothing. Okay abang pergi beli barang kejap. Tunggu abang tau.”

“ Ya. I will.”

Mia kembali masuk ke dalam kereta saat Muiz berlalu. Hatinya dah berasa tidak sedap. Macam sesuatu yang akan berlaku. Dia melirik jam pada tangannya. Dah sepuluh minit berlalu. Tapi kelibat Muiz masih belum nampak.

“ Ya Allah. Mana suami aku pergi ni. kata tadi kejap saja. Ni dah nak dekat 15 minit. Belum juga muncul.”

Akhirnya Mia ambil keputusan untuk pergi cari Muiz sendiri. Dia sempat berpesan pada driver suaminya itu supaya jaga kereta.

Sampai saja dia dalam airport, dia dapat nampak orang ramai sedang berkerumun depan kedai makan di sebelah kirinya. Tapi dia tak tahu apa yang telah terjadi. Dengan debaran yang kian memuncak, kakinya laju melangkah ke arah situ. Dia menyelit di sebalik orang ramai itu untuk ke depan.

“ Tolong!”

Jeritan itu membuatkan jantung Mia hampir terhenti. Sekarang dia dapat melihat apa yang telah terjadi. Dia dapat lihat keadaan Muiz yang sedang bergelumpur dengan darah. Tanpa berlengah dia pantas meluru ke arah Muiz. Terketar-ketar tangannya menyentuh perut Muiz yang berdarah dan tidak sedarkan diri itu.

“ A..abang. Abang. Mia ni. Bangunlah bang!”

Air matanya pula menitis melihat keadaan Muiz.

“ Apa dah jadi ni?” Mia melihat sekeliling. Inginkan jawapan.

“ Dia dirompak. Perompak tu tikam perut suami cik bila suami cik tak nak bagi dompet dia. Perompak tu pun bertindak ganas. Lepas dapat apa yang dia mahu terus dia lari. Polis tengah cari mereka sekarang.”
Mia tersentak. Air matanya kian laju menitis ke pipi. Ya Allah!

“ Sesiapa! Tolong call ambulance! Tolong suami saya!” Jerit Mia dengan tangisan.

Abang! Jangan tinggalkan Mia!

**
Tubuh yang berselirat dengan wayar itu dipandang dengan hati yang pilu. Air matanya menitis lagi buat sekalian kalinya. Sesungguhnya saat ini dia tidak mempunyai kekuatan untuk terus bertahan. Dia Cuma berharap insan yang sedang terbaring itu cepat-cepat sedarkan diri. Dia sudah tidak kuat untuk terus bertahan. Tapi demi Allah dia mesti bertahan. Dia mesti kuat.

“ Puan Mia.”

Mia mengelus air matanya dengan pantas. Segera dia memaniskan muka dan memberikan senyuman kepada doktor peribadi suaminya itu.

“ Doktor. Macam mana keadaan dia? Tiada langsung perubahan ke?” Soal Mia ingin tahu.

Setahunya, hanya perut suaminya itu ditikam. Tidak terkena jantung atau organ lain. Tapi doktor kata disebabkan dia terlalu banyak kehilangan darah, suaminya kini berada dalam keadaan koma. Mujur juga ambulance cepat time tu. Kalau tidak mungkin dia akan kehilangan Muiz buat selama-lamanya. Dah sebulan suaminya itu tidak sedarkan diri.

“ Masih tiada perubahan Puan. Keadaan dia dah stabil. Cuma kita tak tahu bila dia akan sedarkan diri. Puan berbanyakkanlah berdoa agar suami puan cepat sedar. Kita hanya mampu berserah pada yang Maha Esa. InsyaAllah suami puan akan sedar.”

Mia tersenyum mendengar kata-kata tersebut. Akhirnya dia mengangguk. Betul kata doktor tu.

“ Banyakkan berbual dengan dia. Dia mungkin tidak sedarkan diri tapi dia boleh dengar apa yang kita cakap. Mungkin dengan semangat yang diberi puan mampu membangkitkan semangat dia semula. Kita berusaha saja yang termampu.”

Mia mengangguk lagi. Abang. Tolong jangan tinggalkan Mia. Mia cintakan abang. Mia takut kehilangan abang. Mia akan berusaha agar suami Mia kembali. Kalau dulu abang sanggup tunggu Mia sampai Mia tidak sedarkan diri. Kenapa tidak Mia kan?

**
Suatu ketika dahulu…

Kakinya laju masuk ke dalam shopping mall itu saat ternampak kelibat seseorang yang sangat dia kenali. Tapi semuanya jadi lambat bila tiba-tiba ada orang berkerumun ramai dia sebuah tempat. Itu menyebabkan tempat itu menjadi sesak. Dan dia juga telah kehilangan kelibat tadi.

Terhambur juga keluhan kecil daripada mulutnya. Hatinya dah menanggung rindu yang amat pada kelibat itu. Hanya dia dan Allah saja yang tahu apa perasaan dia terhadap kelibat itu. akhirnya dengan langkah yang lemah dia kembali memusingkan badan untuk keluar daripada shopping mall tersebut.

“ Cari saya ke?”

Mia terus mendongak saat mendengar suara yang dirinduinya itu. Hatinya terus berdegup kencang. Matanya tidak berkelip memandang insan yang sedang berdiri di hadapannya saat ini.

“ Helo adik manis? Saya handsome sangat erk?” Ujarnya sambil menjongketkan keningnya. Reaksinya itu berjaya membuatkan Mia tersenyum kecil. Dia membuat gelengan kecil.

“ Tak. Tak handsome tapi sedap mata memandang.” Jujur Mia lantas tersenyum.

Muiz tertawa kecil. Sebenarnya dia dah tahu Mia kejar dia tadi. Sengaja je buat-buat hilang. Yang pasti dia suka tengok reaksi Mia. Kawan sekolej dia dulu.

“ Cari saya buat apa?”

Mia terdiam. Takkan nak cakap aku rindu dia? Tak!

“ Mana ada saya cari awak. Saya cari kawan saya.” Nafi Mia lantas berjalan meninggalkan Muiz terpinga-pinga. Dalam hati dia tertawa.

“ Mia! Jangan nak tipu saya la! Awak sebenarnya sukakan saya kan?”

Kali ni langkah Mia terus mati. Dia terlopong. Mujur Muiz berada di belakangnya saat ini. Macam mana Muiz tahu?

“ Awak mungkin boleh tipu yang lain. Tapi awak tak boleh tipu saya. Saya tahu apa perasaan awak sebab saya pun rasa yang sama. So jangan takut dan risau okay?”

Muiz dah tersenyum dan sudah berdiri tepat di hadapan Mia. Dengan perlahan-lahan dia menghulurkan sebentuk cincin kepada Mia. Mia yang melihat sudah terlopong besar. Langsung tidak percaya apa yang sedang berlaku saat ini.

“ Awak gurau apa ni? Dah lah. Saya nak balik. perasan.”

Mia terus berjalan meninggalkan Muiz. Sedangkan dia nak mengelak. Hatinya dah berbunga-bunga saat melihat Muiz tadi. Senyuman pula tidak mahu lekang daripada bibirnya. Yang pasti dia rasa amat malu saat ini.

“ Mia! I’m serious!”

Muiz berlari demi mengejar langkah Mia yang jauh di hadapan. Bila dah sampai di sisi Mia. Dia memperlahankan langkahnya kembali. Cincin tadi disimpan ke dalam poket bajunya. Masing-masing diam dan hanya berjalan sehingga ke luar shopping kompleks.

“ Mia. Kenapa awak suka saya?”

Mia terdiam. Ada pula dia tanya aku macam tu.

“ Entah. Awak tu pula. Kenapa?”

Muiz tersengih. Dikerling sekilas ke arah Mia.

“ Sebab saya suka awak la.”

Mia mencebik. Main-main pula dia.

“ Awak. Saya serius ni. Awak nak jadi suri hati saya tak?”

Langkah mereka berdua terus mati betul-betul di hadapan shopping kompleks tersebut. Masing-masing saling bertatapan seketika sebelum Mia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Hatinya dah berdetak hebat.

“ Kenapa saya?”

“ You know that answer Mia Qaisara.”

Masing-masing saling berbalas senyuman.

“ Saya nak habiskan dulu study saya. Awak sudi tunggu saya?”

“ Sudi. Kalau saya sanggup tunggu demi raih hati awak. kenapa tidak sekarang?”

Mia tertawa kecil saat melihat reaksi Muiz yang seakan mencabar dirinya itu.

“ Okay. Kalau macam tu tunggu je. Saya pergi dulu.”

Mia terus berlalu ke pertengahan jalan. Bibirnya setia mengukirkan senyuman. Bahagianya rasa. Manakala Muiz pula memusingkan badannya semula ke arah shopping kompleks. Dia turut melangkah untuk masuk ke dalam semula. Dia juga turut tersenyum.

Tapi senyuman Muiz mati apabila dia tiba-tiba terdengar jeritan seseorang dan bunyi kereta. Pantas dia menoleh semula ke belakang. Dan terpaparlah pada matanya kini tubuh Mia terdampar di tepi jalan dengan sebuah kereta yang kelihatan teruk di tengah jalan itu.

Tubuhnya mula menggeletar. Kakinya berat untuk melangkah ke arah itu. hatinya dah berdegup hebat. Mulutnya diketap kuat. Dia menafikan itu bukan Mia. Tapi kenyataannya memang Mia. Ya Allah!

“ Mia! Mia!”

**
Mulutnya tidak henti-henti meminta pada yang Maha Esa agar Mia dapat diselamatkan. Tubuhnya daripada tadi asyik menggeletar. Dia sangat takut andai Mia pergi tinggalkan dia. Dia tak mahu benda itu terjadi. Dia tak nak orang yang dia sayang pergi lagi meninggalkan dia.

“ Muiz.”

Muiz tersentak. Pantas dia menoleh ke arah bertentangan.

“ Balik dulu nak. Dah lama kamu duduk sini. InsyaAllah Mia selamat. Kita doa banyak-banyak ye.” Nasihat Datuk Hisyam yang merupakan bapa kandung Mia.

Dah seharian dia dan Muiz berada di hospital. Semuanya kerana Mia. Dia jatuh kasihan pada Muiz kerana Muiz setia duduk di sini demi Mia. Tersentuh hatinya melihat kesungguhan Muiz. Mungkin inilah orang yang Mia selalu ceritakan dulu.

“ Saya salah pakcik. Semua salah saya. Kalau saya…”

“ Jangan salahkan diri Muiz. Semua dah tertulis. Kita kena terima dengan hati yang terbuka. Ada hikmah disebalik semua kejadian ini Muiz.”

Muiz terdiam. Dia mengukirkan senyuman hambar. Seketika dia memandang ke arah pintu kecemasan itu. berharap doktor keluar dan beritahu berita baik pada mereka berdua.

“ Muiz. Kamu cintakan Mia?”

Soalan yang terkeluar daripada mulut Datuk Hisham mengejutkan Muiz. Muiz memandang wajah yang tersenyum itu dengan anggukan kecil.

“ Kalau macam tu kamu mesti kuatkan semangat. Banyakkan berdoa. Kamu tak boleh lemah. Kalau kamu lemah mesti Mia akan jadi lebih lemah. Berikan dia semangat. Dia perlukan kamu Muiz.”

Muiz terdiam lagi. Kini, barulah dia mempunyai sedikit kekuatan untuk terus bertahan demi Mia.

**
Kakinya laju melangkah ke arah hospital saat mendapat berita tidak baik daripada ayah kandung Mia. Dia mula fikir yang bukan-bukan. Tidak-tidak! Mia akan sembuh. Mia akan sedar. Ya!

Sampai saja di depan bilik kecemasan, dia terus meluru ke arah Datuk Hisyam. Dia inginkan jawapan.

“ Pakcik?”

Datuk Hisyam tersenyum hambar. Bahu Muiz ditepuknya dengan perlahan sebelum dia mengambil tempat di tempat menunggu itu. Muiz mengekori dan duduk di sisi Datuk Hisyam.

“ Kenapa pakcik? Apa dah jadi dengan Mia?”

“ Ada orang cuba nak bunuh Mia Muiz.”

Damn! Jawapan itu ternyata berjaya membuatkan hatinya bagaikan dihempap benda keras.  Dia terkelu dan terkedu dengan jawapan itu.

“ Dan sebenarnya pakcik baru dapat tahu kemalangan tu pun bukan kebetulan tapi memang dirancang.”

Sekali lagi Muiz terkedu. Air matanya yang ditahan tadi akhirnya mengalir keluar.

“ Tadi mujur pakcik sempat. Kalau tidak Mia pasti tidak dapat diselamatkan lagi Muiz.”

Muiz rasa terkilan kerana dia pergi meninggalkan Mia tadi. Kalau tidak mesti benda ni takkan berlaku.

“ Sekarang kita doa banyak-banyak agar Mia selamat.” Sambung Datuk Hisyam lagi.

“ Muiz rasa tak guna pakcik. Kalau Muiz tak keluar tadi.”

“ Jangan salahkan diri. Semua dah takdir Muiz. Kamu kena kuat. InsyaAllah anak pakcik akan sembuh.”

Muiz memejamkan matanya erat. Mia. Jangan pernah tinggalkan saya. Please.

**
Dah sebulan berlalu. Itu juga bermakna sebulan juga Muiz setia berada di sisi Mia. Menjaganya daripada pagi sampai ke malam. Kadang-kadang sampai sanggup bermalam demi Mia. Mia dah sebulan tidak sedarkan diri. Tapi itu tidak mematahkan semangat Muiz untuk terus bertahan. Walauapapun yang terjadi Mia tetap selamanya di hati dia.

Semenjak dia dapat tahu ada orang nak bunuh Mia. Dia tidak pernah sesekali membiarkan Mia keseorangan. Jikalau dia nak solat pun dia solat dalam bilik yang sama. Dia takkan benarkan sesiapa yang tidak dikenali masuk. Dia dah serik. Dan perkara itu akan menjadi rahsia dia dan Datuk Hisyam buat selamanya. Mia tidak boleh tahu.

“ Mia. Hari ni genap sebulan awak tidak sedarkan diri. Dulu awak ada tanya saya. Sudi atau tak saya tunggu awak. Jawapan saya ya. Saya sanggup tunggu awak. Maybe ini yang awak maksudkan. Supaya tunggu awak sampai awak sedar. Saya sanggup Mia sebab saya cintakan awak kerana Allah. Saya akan jaga awak sampai awak sembuh. Itu janji saya Mia. Bila awak sedar nanti saya akan terus pergi hantar rombongan meminang. I don’t care about it.”

Muiz tersenyum hambar apabila melihat tiada reaksi daripada Mia. Dia meraup wajahnya dengan perlahan. Air mata yang ingin mengalir keluar diseka perlahan. Dia cuba kuatkan semangat dengan membuang semua kesedihan itu. Dia tak nak Mia tahu dia menangis.

“ Mia. Sebenarnya semenjak pertama kali awak masuk ke kolej time tu, saya dah jatuh cinta. Sengaja saya suka kacau awak. Tapi mujur awak sudi juga kawan dengan saya even benci pada mulanya. Haha.”

Muiz merenung jauh ke luar tingkap. Senyumannya terukir saat teringat semua kenangan itu. Semuanya sangat indah Mia. Saya rindukan semua tu.

“ Mia. Ayah awak dah beri restu. Dia pun dah bagi kebenaran. Ayah awak macam arwah ayah saya dulu. Baik sangat orangnya. Ibu saya dan ayah awak dah rancang akan perkahwinan kita sebaik sahaja awak sedar Mia. Awak tahu tak? Mereka lagi excited daripada saya tau?”

Muiz kembali menoleh ke arah Mia yang tidak sedarkan diri itu.

“ Jadi cepat sedar ye sayang?”

Tak mahu perasaan sedih menguasai dirinya lagi. Dia pantas bangun dan meraup wajahnya dengan kasar. Belum cukup dengan itu, dia pantas mengukirkan senyuman yang paling ikhlas even tiada sesiapa pun yang nampak. Selepas itu barulah dia bergerak meninggalkan katil Mia.

Tiba-tiba tangan Mia mula bergerak. Matanya pula sudah mula digerakkan sehinggalah dia dapat melihat cahaya di sekelilingnya. Apabila matanya dapat menangkap kelibat Muiz yang ingin pergi itu. Dengan sedaya upaya dirinya cuba memanggil Muiz even suaranya seperti tersekat dikerongkong.

“ Mu…mu..muiz…”

Dan langkah Muiz terus terhenti. Cepat sahaja dia menoleh ke belakang. Apabila melihat tangan Mia yang mula menunjukkan kesan positif itu, pantas saja kakinya mendekati katil Mia semula.

“ Ya Allah Mia! Alhamdulillah. Awak dah sedar. Doktor! Doktor!”

Mia memejamkan matanya kembali apabila penat berbalas cahaya terang di atasnya itu. tapi dia dapat dengar dengan jelas suara Muiz. Bibirnya terus tersenyum.

“ Terima kasih Mia. Terima kasih.”

“ Sa..sama-sa..sama Muiz.”

**
“ Mia. Makan lagi. Sikit sangat ni.”

Mia pantas menggelengkan kepalanya. Dia sudah tidak dapat menelan makanan yang disuakan kepadanya itu. Dia tak ada selera. Seleranya mati. Mungkin sebab baru sedar daripada koma.

Muiz meletakkan mangkuk di sebelah. Kemudian dia kembali menoleh ke arah Mia yang masih lemah itu.

“ Mia. Awak kena makan. Baru awak cepat sembuh. Barulah awak boleh cepat-cepat kahwin dengan saya.” Ujar Muiz dengan serius.

Mia yang mendengar terus tertawa kecil. even perlahan tapi dah cukup sampai ke halwa telinga Muiz.

“ Kenapa awak gelak?” Soal Muiz hairan.

“ Yala. Awak pergi sebut fasal kahwin. Punya tak sabarnya awak ni. Saya still study la awak. saya ada setahun lagi. awak tak apalah dah habis.”

Mia memandang dalam ke wajah Muiz yang seakan kecewa itu.

“ Lambatnya.”

Muiz dah memuncung. Mia yang melihat dah tahan tawa.

“ Campur dengan praktikal dan final exam jadi setahun la. Kalau tidak sebulan je lagi. lepas final exam okaylah. Saya free.” Balas Mia selamba lantas menoleh ke arah tingkap.

Muiz yang mendengar dah menjerit kegembiraan.

“ Yeay! Ini yang buatkan saya sayang awak ni. Okay bulan depan kita kahwin. Promise me?”

Mia hanya menggeleng melihat telatah Muiz macam budak-budak itu.

“ Promise.”

**
Kini…

Bagaikan baru tersedar daripada lena yang panjang, akhirnya Muiz mula membuka matanya setelah sebulan setengah dia tidak menyedarkan diri. Saat ada cahaya yang ingin menerobos masuk ke dalam matanya, dia kembali memejamkan mata. Tapi tidak lama bila dia berjaya kawal kornea matanya itu.

Dia melihat sekeliling. Tiada sesiapa. Tiba-tiba dia rindu akan isterinya. Dia macam bermimpi kembali peristiwa di mana dia menjaga Mia sebelum ini sepanjang Mia koma. Dan bagaimana dia melindungi Mia daripada pembunuh misteri itu. Kini giliran dia. Ya Allah. Mesti dia sangat perlukan aku saat ini. Mia. Maafkan abang.

Bagaikan ada semangat yang baru, dia berjaya bangun duduk tanpa bantuan sesiapa. Kemudian, dia mencabut pula wayar yang berselirat di tangannya itu dengan serta-merta. Dahinya sedikit berkerut kerana menahan sakit tapi Cuma seketika.

Kakinya mula menjejak tanah. Walaupun tidak stabil pada mulanya tapi dia tidak berputus asa. Dengan kudrat yang masih ada, dia cekal meneruskan langkah sehingga ke pintu bilik.

“ Doktor. Macam mana keadaan dia?”

Dari jauh Muiz dapat dengar dengan jelas suara Mia yang sedang berbicara dengan doktor peribadinya itu. Mulutnya mula mengukirkan senyuman. Mia! Abang dekat sini!

“ Macam tu juga.”

Mia tersenyum hambar. Dia hanya mengangguk mendengar pengakuan doktor itu.

“ Okay doktor. Terima kasih. Saya masuk dulu.”

Apabila Mia menoleh saja ke pintu bilik rawatan Muiz, dia terus terkedu. Bibirnya yang mati dengan senyuman tadi terus menjadi lebar. Kakinya juga laju mendekati Muiz yang sedang berdiri dan menghadap dirinya ketika itu.

“ Abang!”

Terus tubuh lelaki itu dipeluknya. Air matanya juga mengalir laju ke pipi. Tanda dia bersyukur kerana Muiz dah kembali. Ya Allah. Terima kasih.

Tubuh isterinya itu dipautnya erat. Dia turut mengalirkan air mata. Dia tak sanggup nak tengok isterinya itu menderita hanya kerana dia. Dia bersalah kerana menyebabkan Mia tidak senang duduk.

“ Sayang. Maafkan abang.”

Mia terus menggelengkan kepalanya.

“ Tak. Abang tak salah. Mia yang salah. Mia tak kuat. Mia tak tabah macam abang pinta. Maafkan Mia. Mia rindukan abang.”

Terus dia hamburkan tangisannya di situ.

“ Abang pun rindukan Mia.”

**
Muiz memerhati surat-surat yang dia dapat itu dengan perasaan tidak sedap hati. Dia ingat lagi di mana peristiwa dia ditikam itu. Sebenarnya mereka bukan perompak. Tapi mereka itu cuba membunuh aku. Aku rasa mereka diarah untuk membunuh aku setelah tidak dapat membunuh Mia. Ya Allah. Apa pun keselamatan Mia lebih penting saat ini.

“ Abang. Menungkan apa tu?”

Mia tersenyum memandang Muiz. Dah seminggu Muiz berada dekat rumah. Dan Muiz pun makin sembuh. Luka tikaman tu pun makin sembuh. Alhamdulillah.

“ Fikirkan Mia la.” Usik Muiz dengan sengihan.

“ Yela tu.”

Mia mengambil tempat di sebelah Muiz. Kepalanya disandarkan pada bahu Muiz. Dia sangat-sangat rindukan Muiz.

“ Mia. Boleh abang tanya sikit?”

“ Boleh. Apa?”

“ Sepanjang abang tidak sedarkan diri. Ada tak orang yang mencurigakan datang pada Mia or datang lawat abang?”

Soalan itu membuatkan Mia terdiam. Terus dia bangun dan tunduk memandang surat yang diterima tadi. Surat tu pun diberi oleh seorang lelaki yang aneh. Dia siap berpesan agar jauhkan diri daripada Muiz andai tak mahu Muiz tercedera lagi.

“ Mia?”

Mia tersentak. Dia tersenyum lantas menggelengkan kepalanya.

“ Tak ada pula. Kenapa bang? Surat tu surat apa bang?” Sedaya upaya Mia cuba mengelak daripada bercakap soal itu.

Muiz terdiam. Kenapa hatinya kuat mengatakan Mia ada sembunyikan sesuatu.

“ Mia. Jujur dengan abang. Apa yang sebenarnya telah terjadi sepanjang abang koma?”

Tubuh Mia ditariknya agar berhadapan dengan dirinya. Tajam Muiz memandang ke dalam mata Mia. Mia yang tidak tahan dengan panahan mata itu pantas tunduk ke bawah.

“ Mia. Mia tahu kan yang abang cintakan Mia. Please beritahu abang apa sebenarnya yang terjadi.” Muiz cuba memujuk lagi.

“ Ada orang ugut Mia suruh tinggalkan abang. Tapi Mia tak nak. Mia cintakan abang.”

Terus Mia menitiskan air matanya dengan hati yang pilu. Dia tak tahu apa yang dia akan buat kalau Muiz tiada di sisinya. Muiz yang mendengar terus merengus geram. Tak guna punya pembunuh. Siapa kau sebenarnya dan apa yang kau nak?!

“ Syuhh. Abang pun cintakan Mia. Dan abang takkan biarkan Mia pergi tinggalkan abang. Okay sayang?”

Terus tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya. Tidak. Dia tidak akan biarkan perkara itu berlaku. Mia adalah nyawanya saat ini.

**
“ Muiz! Tolonglah dengar apa I nak kata ni.”

“ Kau nak apa lagi Dee? Belum puas kau hancurkan hidup aku sebelum ni? Belum puas kau bunuh arwah ayah aku? Ha?”

Jerkahan itu berjaya mendiamkan Dee. Wajah bengis Muiz itu membuatkan dia tidak jadi berkata-kata.

“ Dah cukup baik aku lepaskan kau Dee. Sebab aku tak salahkan kau sepenuhnya atas kematian ayah aku. Ayah aku pun memang ada sakit jantung.”

Muiz memandang tajam ke arah Dee. Dia tak faham apa yang Dee nak dengan diri dia dan keluarga dia.

“ I Cuma nakkan you. Tu je. Kalau you setuju kahwin dengan I. I janji I akan tebus kesalahan I.”

Muiz tersenyum sinis.

“ Kau nak aku kahwin dengan kau? Dalam mimpi!”

Cukuplah sebelum ni Dee cuba memeras ugut dia menggunakan ayah dia. Ayah dia yang tidak tahu apa jadi terkejut dan akhirnya bertemu penciptanya semula.

“ I akan pastikan you menyesal sebab tolak I!”

“ Huh!”

Muiz tersedar daripada lena yang panjang. Dan teringat fasal mimpi tadi. Tahulah dia siapa yang cuba bunuh dia dan Mia sebelum ini. Rupanya ini kerja kau Dee! Kau tunggu Dee. Kau belum kenal siapa aku. Aku ada bukti yang kukuh untuk memasukkan kau ke dalam penjara. Kau tunggu Dee.

**
Mia memerhati tingkah Muiz yang tidak senang duduk itu. daripada tadi asyik mundar-mandir depannya saja. Bila dia nak gerak ke dapur pun tak bagi. Apa masalah suami aku ni?

“ Abang?”

Mia bangun daripada birai katil dan mendekati Muiz. Lengan Muiz dicapainya perlahan. Muiz yang tersedar dengan kehadirannya itu tersenyum kecil. Dia membalas pautan Mia dengan erat.

“ Abang ni kenapa? Ada problem ke?”

Muiz hanya menggelengkan kepalanya.

“ Abang tipu. Cuba cakap dengan Mia. Apa masalah abang? Mia rasa macam Mia ni tak penting je dalam hidup abang.”

Mia terus melepaskan pegangannya dan kembali duduk di birai katil. Kecil hati punya fasal.

“ Sayang..”

Muiz tersenyum melihat rajuk Mia. Terus dia mendekati Mia dan tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya. Seketika mereka berpelukan untuk menenangkan diri.

“ Sebab Mia pentinglah Mia kena tunggu. Ye sayang ye?”

Kepalanya diletakkan di atas bahu Mia. Kemudian pipi Mia pula dikucupnya perlahan. Tak cukup dengan itu ubun-ubun Mia dikucupnya dengan penuh kasih sayang. Lantas tubuh itu ditarik agar berdepan dengan dirinya.

“ Mia..”

Mia tunduk memandang jari. Muiz yang melihat perilaku Mia tersenyum kecil. Mia memang sangat manja orangnya.

“ Abang cintakan Mia okay. Abang sanggup tunggu Mia dan sanggup korbankan diri abang demi keselamatan Mia. Yang penting Mia selamat. Abang tak tahu apa akan jadi kalau Mia tiada di sisi abang.”

Mia terus menitiskan air matanya saat mendengar kata-kata itu. Matanya dipejam rapat. Tapi tidak lama bila matanya menjadi mangsa kucupan Muiz. Dia terus membuka matanya dan menatap wajah yang dicintainya itu.

“ Mia pun cintakan abang.”

Belum sempat Muiz ingin memeluk Mia. Telefon bimbitnya berdering tiba-tiba. Pantas saja dia menjawab panggilan tersebut.

“ Helo. Macam mana? Dah dapat?”

“ Settle bos. Polis pun dah berjaya tangkap dia dan konco-konco mereka. Bukti pun kukuh. So bos tak perlu risau lagi. semua dah selamat.”

“ Okay Jo. Thanks.”

Muiz terus meletakkan panggilan dan memandang ke arah Mia yang sedang memandang ke arahnya saat itu. tanpa berlengah tubuh Mia terus dipeluknya erat.

“ Mia. Abang dah berjaya tangkap pembunuh tu. Sekarang kita dah selamat.”

Mia terpinga-pinga. Pembunuh?

“ Pembunuh? Siapa nak bunuh siapa?”

“ Mia.”

“ Ha?”

Muiz tersengih saat melihat renungan terkejut Mia. Alamak! Aku terlepas cakap! Hehe.

**
Sebulan berlalu…

Laju saja kakinya masuk ke dalam rumah. Matanya tercari-cari kelibat yang dirindui. Tapi tidak jumpa. Tanpa berlengah dia pantas naik ke bilik. Ternyata, isterinya itu sedang tidur. Tersenyum juga dibuatnya.

“ Sayang. Bangun. Abang dah balik ni.”

Mia tersedar saat ada tangan mengelus lembut pipinya. Nampak saja wajah Muiz. Dia terus tersenyum.

“ Awal abang balik?”

Muiz mengambil sampul surat yang dia dapat daripada office tadi lalu menyerahkan pada Mia. Mia menerima huluran itu dengan kerutan di dahi. Perlahan-lahan sampul itu dibuka. Saat dia mengeluarkan isi surat itu, dia terkedu seketika.

“ Kenapa tak cakap dekat abang yang sayang hamil? Dah sebulan kan?”

Mia tersengih rasa bersalah. Disimpan surat itu semula. Dia menatap wajah Muiz yang inginkan jawapan itu.

“ Mia pun baru tahu minggu lepas. Mia sengaja tak nak cakap sebab nak tunggu minggu depan. Nak buat surprise untuk birthday abang. Tapi abang dah tahu.”

Muiz tersenyum. Mia..Mia.. Terus tubuh itu didakapnya dengan rasa kasih sayang.

“ Nasib ayah beritahu abang. Kalau tidak mesti sampai sekarang abang tak tahu. Bertuah punya isteri.”

Mia ketawa kecil.

“ I’m sorry.”

“ Sorry apologised. Anak papa ni ada susahkan mama tak?”

Mia tertawa lagi.

“ Ada. Dia buatkan mama asyik rindukan papa.”

Muiz tersengih saat mendengar jawapan Mia. Terus hidung Mia dicuitnya perlahan.

“ Jom turun. Abang ada bawa balik makanan. Abang tahu sayang belum masak sebab morning sickness kan?”

“ Pandai abang teka. Jom. Lapar.”

“ Tahu pun lapar. Jom. Abang tolong kendong.”

Mia pantas menggelengkan kepalanya. ada pula macam tu.

“ Abang. Mia sihat walafiat lagi. kandungan pun tak besar lagi. Mia boleh jalan sendiri!” Protes Mia lantas berjalan meninggalkan Muiz.

Muiz tertawa tapi kalau itu yang dia kata. Mia kena patuh juga.

“ I don’t care!”

Terus tubuh itu dikendongnya. Mia yang terkejut itu terus memukul dada Muiz. Muiz hanya ketawa. Seronok mengusik isteri sendiri.

“ Jahatnya abang!”

“ Jahat dengan sayang je.”

“ Ceh! Benci.”

“ Lama-lama sayang juga.”

Masing-masing terus ketawa dengan telatah sendiri. Mia memandang wajah Muiz. Tersenyum juga dia.

“ terima kasih abang.”

“ Sama-sama sayang. I love you.”

Dahi Mia dikucup perlahan. Mia menerima kucupan itu dengan senyuman. Bersyukur dengan segala-galanya.

“ I love you to.”

~Tamat~

1 comment :

  1. Best cuma kalau boleh jelaskan lagi pasal pembunuh tu . Macam tergantung . Mula mula dia orang diancam untuk dibunuh lepastu Muiz teringat ugutan Dee tu . Maksudnya , Dee lah dalangnya . Lepastu tiba tiba pembunuh dah kena tangkap . Macam terlalu sedikit .

    ReplyDelete

Popular Posts