Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday, 24 October 2015

Cerpen : Terus Mencintaimu

Assalamualaikum.... Hai. Gila lama aku tak muncul. Hehe. Ermm.. Muncul dengan cerpen baru. Sebenarnya... Cerpen ni luahan isi hati aku. Tajuk tu pun melalui my fav song. Ermm. Hahaha. Boleh jadi kerja betul. Apa-apa jela. Baca tau. Eheeheh. Lepas tu kalau rajin komen. Dan.... sorryla sebab tak faham. Biasalah perasaan tengah berserabut. Haha.



“ Silakan masuk. Jangan malu-malu. Selamat datang.”

Kakinya terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah saat melihat ramai tetamu telah hadir. Dengan pantas juga, dia melencong masuk ke dalam bilik kakaknya itu. Termengah-mengah dibuatnya.

“ Kak.”

“ Rileks dik. Kau ni.”

Belakangnya diusap perlahan.

“ Bakal abang ipar adik pesan jangan gelabah. Jangan takut. Ingat Allah. Ha tu je kot. Haish. Penat betul jadi orang tengah ni.”

Terletus ketawa kecil daripada Hanis. Adiknya itu memang terbaik.

“ Dah. Adik nak keluar. Nak tengok bakal abang ipar pegang tangan tok kadi. Daa.”

Kakinya melencong pula ke arah ruang tamu. Tempat di sisi ibunya di ambil dengan  senyuman kecil. Tudungnya yang kelihatan berserabut itu diperbetul. Tangan ibunya yang berada di sisi digenggam. Macam dia pula yang nak berkahwin.

“ Fisya. Kenapa nampak penat sangat ni?” Soal Hajah Kamariah.

“ Kak tu la. Penat jadi orang tengah diorang ni.”

Hajah Kamariah hanya menggeleng kepala.

“ Kamu tu pun. Ikutkan sangat. Nanti ibu kahwinkan kamu sekali baru tahu.”

Tersentak terus Fisya dibuatnya. Ibunya yang melihat tahan daripada ketawa. Kelakar sangat wajahnya tu.

“ Ibu. Janganlah. Fisya still belajar okay. Tak ada hati nak kahwin awal-awal ni. Buang karan.”

Terus disekeh kepala anak bongsunya itu.

“ Ouch! Sakitlah ibu.”

“ Lain kali cakaplah yang mengarut lagi. ada pula kahwin dikatakan buang karan. Dah- dah. Diam.”

Fisya tersengih. Salah ke apa aku cakap tadi? Hoho.

“ Pengantin lelaki. Dah bersedia?”

“ Alhamdulillah dah.”

Hampir 15 minit, akhirnya Hanis bersama pilihan hatinya telah sah menjadi suami isteri. Fisya yang melihat merasa bahagia. Dia gembira kalau akaknya gembira. Lepas ni, boleh minta upah. Haha.

“ Akak. Tahniah.”

Terus dipeluk Hanis dengan perasaan gembira. Dah nama pun dapat abang ipar. Gembira tak terkata.

“ Nanti giliran adik pula. Akak tunggu saat tu.”

Fisya meleraikan pelukan bersama muka cemberut. Tak habis-habis suruh aku kahwin.

“ Fisya keluar dululah. Benci asyik dengar fasal kahwin. Bye.”

Hanis ketawa kecil. Adik adik. Agaknya siapala yang boleh tahan perangai adik aku yang seperti kebudak-budakan ni. Alahai.

Fisya melangkah ke arah ibunya yang tengah bersembang dengan ibu mertua Hanis. Senyuman manis diukirkan sebaik sahaja sampai di sisi ibunya itu. Tapi, entah mengapa matanya kini lebih tertarik pada seorang lelaki yang sedang asyik sembang dengan abang iparnya itu.

“ Fisya.”

Dengar je nama dia dipanggil, dia terus toleh ke arah lain. Haish! Jaga mata Fisya.

“ ye ibu.”

“ Pergilah makan dulu. Kamu mesti penat tolong abang ipar kamu tu.”

Fisya mengangguk perlahan. Tapi sempat lagi dia mengarah ke arah abang iparnya itu.

“ Abang Fiq! Nak upah.” Dengan sengihan kerang busuk dia meminta.

“ Haha. Upah untuk?”

“ Hala. Penat tau tak orang tolong dia dengan akak. Sampai rasa nak patah kaki ni. So, nak juga upah. Hehe.”

Matanya teralih pula pada lelaki yang menjadi perhatiannya tadi. Dia hanya mampu berbalas senyuman kerana dia lebih tumpukan pada kata-kata abang iparnya itu.

“ Amboi. Yelah. Esok abang belanja makan.”

“ Yes! Okay. Fisya tuntut janji. Okay bye. Nak pergi makan.”

Sesudah Fisya berlalu, Fikri hanya mampu tersenyum.

“ Beb. Tu adik ipar kau ke?” Soal Johan yang semenjak tadi memerhati tingkah Fisya.

“ Haah. Kenapa?”

“ Comel.”

Fikri tersentak. Aik! Bukan selalu aku dengar si Johan ni puji perempuan. Ehem. Ehem.

“ Minat ke? Kalau minat cepat-cepatlah pikat. Nanti dirampas orang.”

Johan masih mendiamkan diri. 

“ Bro. Kau okay ke tak ni?”

Johan tersentak.

“ Aku okay. Cuma… adik ipar kau buat aku terfikir. Tak apalah. Jom.”

Mungkinkah aku akan bertemu lagi dengan dia?

**
Fisya mengeluh perlahan. Hujan dah lah lebat. Payung pula tak bawa. Bas pun tak sampai-sampai lagi. Kang aku redah baru tahu. Tapi, nanti demam. Dah lah aku ni alergik sikit. Kena hujan sikit dah demam. Balik nanti confirm kena bebel. Huargh! Macam mana nak balik ni. Nak telefon rumah, confirm tak ada orang nak angkat. Semua kerja. Kalau call handpone, confirm tak jawab juga. Busy. Aduhai!

Akhirnya, dia hanya duduk melongo dekat perhentian bas itu. sampai naik mengantuk dibuatnya. Hujan masih belum reda. Tapi, orang sudah beransur pergi. Nanti tinggal dia seorang je. Takut pula rasa.

“ Aku try call akak la. Mencuba nasib.”

Sekali, dua kali dan kali ketiga baru Hanis menjawab.

“ Helo akak! Akak busy tak? Tolong Fisya. Hujan ni. Bas pun belum sampai. Tolong ambil Fisya. Please. Fisya dah kesejukan ni.” Pinta Fisya sambil memerhati sekeliling.

“ Ermm… okay. Kamu tunggu situ. Nanti akak suruh abang Fiq pergi ambil. Tunggu tau.”

“ Okay.”

Fisya mengucap syukur. Cepatlah Abang Fiq. Sejuk sangat ni.

Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Ada pesanan ringkas masuk.

‘ Abang Fiq tak dapat ambil. Tapi kawan abang nama Johan tu akan datang ambil. Kamu tunggu je okay. Abang dah pesan dekat dia.’

Fisya terbeliak sebentar. Johan? Kawan abang Fiq tempoh hari tu ke? Yang aku terusha dia tu ke? OMG!
Hampir 10 minit menunggu, sebuah kereta proton Waja berhenti tepat di hadapannya. Keluarlah seorang jejaka daripada tempat pemandu dan melangkah ke arah Fisya. Fisya yang melihat terteguk air liur. Handsomenya! Walaweyh!

“ Fisya kan?” Soal Johan bersama senyuman.

“ Haah. Johan? Sorry lah. Ingat abang Fiq nak tolong ambil.” Jelas Fisya dengan rasa serba salah. Tak fasal-fasal orang lain kena. Tak namanya susah tu?

“ It’s okay. Saya pun tak ada kerja. cepatlah naik. Sebelum hujan makin lebat.”

Fisya hanya menurut dan masuk ke tempat penumpang. Alhamdulillah. Akhirnya, aku dapat pulang ke rumah.

“ Sorry kalau Fisya tak selesa.”

“ Eh. Okay je. selesa. Thanks.”

Kalau boleh aku macam nak tidur je tau. Fisya tersenyum mengingatkan permintaan hati dia tu. jangan mengada la wahai Fisya.

“ Belajar kos apa?”

“ Bisnes.”

“ Oh. Dah sem ke berapa?”

“ Tinggal lagi satu je. rasa tak sabar nak habiskan sem ni. lepas tu boleh pergi bercuti.” Ujar Fisya dengan penuh keterujaan dia.

Johan yang melihat tertawa kecil. betullah kata kau Fiq. adik kau ni satu dalam sejuta. Susah nak jumpa yang periang macam ni.

“ Ingatkan nak kahwin.”

Fisya tersedak.

“ Kahwin? Ah. Tak sukanya. Lepas belajar terus kahwin. Tak best lah awak. Kalau boleh nak pergi jelajah dunia dulu. Lepas tu baru kahwin. Tapi, buat masa ni perkataan kahwin tu masih belum ada dalam kamus hidup saya. Haha.”

“ Kenapa? Bukankah kahwin idaman setiap orang?” Johan jadi pelik.

“ Sebab..”

Fisya melihat ke luar tingkap.

“ Sebab saya tak nak dikecewakan. Saya tak nak rasa perasaan sakit hati, kecewa, cemburu dan seangkatan dengannya. Tak suka. Dan paling penting sebab saya tak ada calon. Haha.”

Johan terdiam.

“ kalau suatu hari nanti awak rasa semua perasaan tu?”

“ Biarlah masa yang menentukan segalanya.”

Sebab saya tak nak jatuh cinta pada orang yang salah. Sambung Fisya dalam hati.

**
Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta. Fisya hanya mampu tersenyum saat teringatkan Johan. Siapa tahu dah hampir seminggu mereka berkawan. Fisya rasa Johan memang kawan yang baik sebab banyak benda yang dia dah tolong. Fisya rasa lega sebab Allah perkenalkan dia dengan Johan.

“ Fisya. Awak nak makan apa?”

Fisya tersentak sesaat. Kemudian dia kembali senyum sambil melihat menu makanan di hadapannya.

“ Ikut sukalah. Saya ikut je apa awak nak. Saya nak ke tandas sekejap.”

Sebaik sahaja Fisya melangkah, giliran Johan pula yang termenung. Sebenarnya, jauh di sudut hatinya dah mula sayangkan Fisya. Tetapi, dia faham yang Fisya kalau boleh tak nak bercakap soal cinta. Bagi Fisya, cinta itu perkara yang sia-sia buat masa sekarang. Johan mengeluh kecil. Nak mengaku tapi masanya masih belum tiba.

“ Bro. Kalau kau betul dah sayangkan dia. Kau terus terang je. Sekurang-kurangnya dia tahu juga isi hati kau tu. Asalkan kau cakap. Lepas tu terserah dekat dia nak buat keputusan.”

Kata-kata Fikri kembali bermain dalam fikirannya. Betul juga apa kata kau Fikri. Tapi aku belum bersedia.

“ Maaf lambat.”

Suara Fisya menyedarkan Johan. Dia kena mula bertindak.

“ Fisya. Boleh saya tanya awak something?”

“ Tanya je la. Apa?”

“ Betul ke buat masa ni awak tak nak bercinta?”

Fisya tersentak. Bercinta?

“ Kenapa tanya macam tu?”

“ Jawab je la.”

“ betul. Saya nak fokus study. Nak fokus dengan cita-cita saya. Lepas tu nak pergi bercuti. Seperti saya cakap dekat awak sebelum ni la.” Fisya jadi pelik dengan pertanyaan Johan.

“ Kalau ada orang sayangkan awak dan sanggup tunggu awak. Awak akan terima tak?” Soal Johan lagi dengan penuh harapan.

Fisya terdiam. Apa perlu aku jawab?

“ Saya tak tahu. Saya tak pernah fikir sampai ke situ. Kalau boleh saya tak nak sesiapa sayang saya buat masa ni. Saya takut akan buatkan dia kecewa. Bukan dia je maybe juga saya sebab akan meresahkan saya.” Jujur Fisya.

Johan tersenyum tawar. Sekarang aku dah faham. Maybe, belum tiba masanya lagi untuk aku luahkan perasaan aku dekat dia. Biar dia berjaya dulu. Aku sanggup tunggu. Kalau dah jodoh tak ke mana kan?

“ Kenapa awak tanya?”

“ Tak ada apa-apa. Saja.”

Fisya terdiam lagi. Tak. Aku rasa itu soalan ikhlas daripada hati dia. Janganlah cakap yang kau ada perasaan dekat aku. Please. Aku tak boleh terima. Susah.

“ Makanlah. Kejap lagi saya hantar awak balik.”

Mungkin aku akan terus mencintai kamu Fisya. Sampai kamu bersedia untuk bercinta.

**
“ Kak. Salahkah kalau Fisya cakap Fisya tak nak bercinta atau memberi cinta kepada sesiapa pun buat masa ni?”

Fisya memeluk lengan akaknya yang sedang menonton tv itu. Fikri tak ada dalam masa dua minggu. Pergi kursus katanya. So, Fisya la kena temankan akaknya tu. Mujur minggu study week.

“ Tak salahlah. Kenapa?”

“ Johan. Dia tanya Fisya.”

Hanis tersentak. Johan?

“ Dia tanya apa?”

“ Dia tanya fasal tekad Fisya tu la. Lepas tu dia kata kalau ada seseorang yang sayangkan Fisya dan sanggup tunggu Fisya. Apa jawapan Fisya. Fisya jawablah kalau boleh Fisya tak nak sesiapa pun yang sayangkan Fisya buat masa sekarang. Lagipun Fisya rasa buang masa. Fisya tak nak sesiapa kecewa dan diri sendiri kecewa. Fisya benci perasaan tu.”

Hanis terdiam sejenak. Johan.

“ Kalau Johan sayangkan Fisya?”

Fisya terdiam pula. Tapi sesaat kemudian dia ketawa.

“ Mustahillah kak. Siapalah Fisya ni kak oii. Mustahil.”

Hanis memandang serius ke arah Fisya.

“ Akak serius ni. kalau betul Johan sayangkan Fisya. Apa Fisya nak buat?”

Giliran Fisya terkedu. Tak tahu nak jawab apa.

“ Untuk pengetahuan Fisya. Johan tu bukan seorang yang suka bertanyakan fasal perempuan. Tambah-tambah soal cinta. Dia susah sangat nak dikaitkan dengan orang perempuan ni. Yang dia tahu kerja dan kerja. Kalau tak percaya tanya abang Fik kamu. Sebab tu akak terkejut.”

Fisya yang elok sedang menyandar di sisi Hanis bangun berdiri. Dengan senyuman hambar dia menggeleng.

“ Susah kak. Susah Fisya nak terima kehadiran lelaki dalam hidup Fisya.”

Hanis turut bangun dan berdepan dengan Fisya. Rambut Fisya diusap lembut. Seperti usapan seorang ibu.

“ Fisya. Fisya dah dewasa sayang. Dah boleh jadi mak orang pun. Fisya tak boleh cakap macam tu. kalau dah benar takdir Fisya akan kahwin dengan dia. Fisya akan kahwin juga. Akak tak faham. Kenapa Fisya tak suka sangat bila kaitkan fasal ni?”

Fisya terdiam. Sebab Fisya tak nak rasa perasaan yang melibatkan cinta tu. Fisya tahu mesti rasa tu sakit andai ditipu. Even tak pernah rasa tapi bila tengok kawan-kawan, dia rasa serik.

“ Entahlah. Fisya nak tidur. Bye.”

Hanis hanya mampu melihat. Johan. Aku perlu cakap dekat dia.

**
“ kau perlu berterus terang dengan dia. Aku tak nak sikap kau yang suka lambat-lambatkan ni jadi teruk. Please Johan. Dia nak pergi bercuti minggu depan. Kalau setakat dalam Malaysia tak apa. Ni sampai ke UK. Ibu dan aku memang tak benarkan dia pergi. Risau. Kau tahulah dia macam mana kan? Degil.”

Johan terdiam. Dia tersentak pada waktu yang sama. Dah hampir 3 minggu dia dan Fisya tak berhubung mahupun  berjumpa sebab busy. Dan bila Hanis cakap Fisya nak ke UK. Of courselah dia terkejut.

“ Ibu dan ayah kau tahu fasal aku ke? Maksud aku fasal…” Johan tak mampu nak teruskan kata-katanya.

Hanis tersenyum sipi. Fikri yang berada di sebelahnya dikerling sekilas. Fikri turut tersenyum.

“ Satu rumah tau beb. Kecuali dia. kami faham niat baik kau tu. that why kau menjauh kan? sebab kau faham cita-cita dia.”

Johan tersengih malu. Kepalanya diraup.

“ Tapi aku takut kalau selepas aku luahkan perasaan aku dia lagi akan pergi.”

“ Sekurang-kurangnya kau cuba. Jangan risau. Aku akan aturkan pertemuan korang berdua.”

Johan tersenyum.

“ InsyaAllah aku cuba.”

**
Fisya memandang sekeliling. Mana akak aku nak bawa aku ni? Kata tadi nak makan. Tapi sampai ke pantai pula.

“ Akak? Tahulah nak date dengan suami. Tapi tak perlulah heret Fisya sekali.” Bebel Fisya sambil memandang keindahan ciptaan Allah.

“ Bukanlah. Abang ipar kamu kan ada mesyuarat. Akak nak pertemukan kamu dengan someone ni. kamu tunggu jap. Nanti dia muncul. Akak nak pergi pesan makanan. Tunggu sini tau. Jangan pergi mana-mana!”

Fisya hanya menganggukkan kepalanya. haih. Macam-macamlah kakak aku ni. Sabar je la.

“ Assalamualaikum.”

Fisya tersentak. Suara tu.

“ Waalaikumussalam. Awak?”

Johan memberikan senyuman paling manis pada Fisya. Kemudian dia memandang ke depan. Melihat keindahan ciptaan Allah bersama Fisya.

“ Awak nak pergi ke UK ke minggu depan?” Suara Johan.

“ Ermm. Lebih kurang macam tu la. Tapi ibu saya macam tak benarkan saya pergi.”

“ Ibu awak risau.”

Fisya tersenyum. Angin menyapa lembut wajahnya sehingga membuat dia berasa tenang.

“ Tapi, saya dah lama nak ke sana. Ibu saya risau sebab saya pergi ke sana seorang diri.”

Johan memusingkan badannya agar mampu berdepan dengan Fisya. Tajam dia merenung Fisya yang sedang leka memandang pantai itu.

“ Kalau saya cakap jangan pergi. Awak tetap akan pergi ke?”

Fisya tersentak. Pantas dia mencari makna kata-kata itu.

“ Maksud awak?”

Johan tunduk sebentar sebelum melihat ke mata Fisya.

“ Saya tak sanggup melepaskan awak pergi.”

Fisya terdiam. Serta-merta dadanya berdebar. Pantas dia menoleh ke arah lain kerana tak mampu lawan panahan mata yang redup itu.

“ Kenapa?” Dengan getaran dia menyoal.

“ Sebab saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Saya tak mungkin akan biarkan awak pergi sana seorang diri.”

Dan kini, Fisya benar-benar terkejut. Dia rasa nak terjatuh saat ini. Selama ini, dia sedaya upaya mengelak daripada mendengar kata-kata itu.

“ Saya ikhlas Fisya. Saya benar-benar cintakan awak. Saya tahu awak mesti takkan terima sebab awak nak capai cita-cita awak dulu. Tak apa. saya faham dan saya boleh tunggu selama mana pun awak nak. Sampai ke tua pun saya sanggup.”

Fisya rasa nak menangis. Siapa cakap hatinya keras macam batu. Kalau hadapi situasi macam ni dia tetap akan menangis.

“ Johan.”

Fisya menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang tepat ke wajah Johan.

“ Saya..saya… saya tak boleh! Susah Johan. Susah! Saya takut nak rasa perasaan tu. Saya tak nak awak atau saya akhirnya dikecewakan. Saya tak nak buang masa awak. Awak pilihlah orang lain. Lupakan saya!”

Terus Fisya lari daripada situ bersama linangan air mata. Ya Allah. Kenapa aku perlu menangis. Aku Cuma tak nak dia terlalu menaruh harapan kat aku.

Johan yang melihat Fisya pergi terus terduduk. Air mata jantannya mengalir. Tetapi dia hanya mampu mendiamkan diri. Dia takkan bantah apa pun keputusan Fisya. Dia terima. Tapi, dia tetap dengan keputusannya. Dia akan tetap mencintai Fisya.

Biarkan aku terus mencintai kamu Fisya. Terus mencintaimu. Hati ini tetap menjadi milikmu.
**
“ Beb! Dia nak bertolak ke UK kejap lagi! Dia awalkan tiket penerbangan dia. Kami tak tahu nak buat macam mana dah. Kau nak datang ke tak?”

Johan yang sedang menuju ke pejabat terus berpatah balik untuk ke KLIA selepas mendapat panggilan daripada Fikri. Tidak! Fisya! Tunggu aku!

Hampir 15 minit dia memandu. Akhirnya dia sampai ke destinasi. Kakinya laju melangkah ke dalam KLIA tersebut untuk mencari kelibat Fisya. Jangan cakap dia dah gerak. Aku nak jumpa dia Ya Allah. Biarlah buat kali terakhir pun tak apa.

Nombor Fikri didail dengan tangan yang menggeletar. Hatinya separuh menangis kerana takut akan kehilangan Fisya buat selama-lamanya.

“ Helo bro! kau kat mana?”

Matanya melilau mencari Fisya. Tetapi, tidak ada.

“ Kami baru balik dari situ bro. Fisya suruh kami balik. Aku rasa dia tak gerak lagi. kau cari dia sampai jumpa. Kau cakaplah apa yang patut. Good luck.”

Terus talian dimatikan. Hatinya dah jadi serba tak kena.

“ Fisya! Awak dekat mana!”

Dia melangkah pula ke arah balai pelepasan. Penat mencari tapi dia tetap tidak berputus asa. Dia mendail pula nombor Fisya. Tapi sayang, nombor itu sudah tiada dalam perkhidmatan.

“ Fisya! Please!”

5 minit mencari, akhirnya Johan tewas. Mungkin, takdir aku tak dapat untuk berjumpa dengan dia lagi. Ya Allah. Kuatkanlah hati aku.

“ Johan.”

Johan yang tunduk mengenangkan Fisya terus mendongak saat mendengar suara itu. Fisya!

“ Fisya! Awak tetap akan pergi?”

Fisya memandang Johan dengan senyuman hambar.

“ Baliklah Johan. Usaha awak sia-sia. Saya tetap akan pergi. Dan tolong Johan. Lupakan saya. Saya akan pergi dalam jangka masa yang panjang. Mungkin 2 atau 4 tahun. Pergilah. Berilah cinta awak tu pada orang lain. Bukan untuk saya. Saya memang tak layak untuk menerima cinta sesiapa pun.”
Johan terus menggelengkan kepalanya.

“ Tidak. Saya dah bertekad. Saya tetap akan mencintai awak. Saya dah janji dengan diri saya yang akan tetap tunggu awak. even saya dah nak mati pun awak.”

“ Jangan! Jangan cakap macam tu!”

Giliran air mata Fisya mengalir.

“ Tolonglah Johan.”

Johan menangis. Tolong. Dia tak sanggup.

“ Awak boleh suruh saya pergi. Awak boleh suruh saya cari orang lain. Tapi awak tak boleh suruh saya berhenti cintakan awak. Awak tak boleh!”

Terus Johan pergi meninggalkan Fisya dengan linangan air mata. Ya Allah. Kuatkan hati aku untuk menghadapi cubaan ini.

“ Johan! Johan!”

Fisya menekup mulutnya kuat untuk menahan tangisan agar tidak didengari orang. Dia berasa lemah sangat saat ini. Maafkan aku Johan. Aku terpaksa pergi. Aku tak boleh terima cinta kau. Aku nak kejar cita-cita aku dulu. Lupakan aku Johan. Lupakan aku!

**
Biarkan lah ku terus mencintai kamu
Mencinta seperti waktu dulu
Kurindu saat kita bersama
Mengikat kasih bahagia
Ku mahu kau tahu kau selalu di hatiku
Tak mungkin ku kan ada yang baru
Ku mahu engkau selalu tahu
Dirimu cinta matiku
Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu
Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama

Senyumannya terukir. Alhamdulillah. Siap juga lagu ni. Bolehlah untuk aku lepaskan rindu dekat dia. Fisya. Nanti bila awak balik, saya nak nyanyikan lagu ni khas untuk awak. Harap awak suka.

Johan memejamkan matanya erat. Rasa rindu tu makin hari makin kuat. Dia hanya mampu berdoa agar rasa rindu tu sampai dekat Fisya.

“ Bro!”

“ Eh Fiq! masuklah.”

Fikri memandang keadaan Johan yang serba tidak kena tu. segala-galanya dah berubah. Fisya. Dah dua bulan kamu pergi ke UK. Dan selama dua bulan jugalah abang tengok keadaan Johan tidak terurus.

“ Dah makan belum? Jom aku belanja makan.”

“ Aku tak laparlah bro. duduklah. Sorry bersepah sikit bilik kerja aku ni.”

Johan mengemas apa yang patut dan terus menuju ke tandas. Dia perlu cuci muka.

“ Kau buatlah apa yang patut. Aku nak cuci muka kejap!”

Fikri yang melihat keadaan sekeliling hanya mampu menggelengkan kepala. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping kertas. Dahinya berkerut saat melihat isi kertas itu. kenapa aku nampak macam lirik lagu je.

“ Kau nak minum ke?”

Fikri menggeleng dan menunjukkan kertas itu pada Johan.

“ Oh. Lirik lagu khas untuk Fisya.”

Kali ni Fikri benar-benar dapat rasakan keikhlasan Johan. Fisya. Baliklah.

“ Kau nyanyikan sikit boleh?” Pinta Fikri dengan sengihan.

“ Nanti aku buat rakaman lepas tu aku hantar dekat kau. Dan kalau boleh. Tolong sampaikan rakaman tu dekat Fisya bila dia balik nanti. Sekali dengan lirik lagu ni pun tak apa. tolong eh?”

Fikri tersentak. Ya Allah. Kenapa kawan aku boleh berubah macam ni sekali.

“ Aku tak nak. Kau yang kena serahkan sendiri.”

Johan tersenyum.

“ Aku takut aku tak berkesempatan je. Please. Sebagai permintaan terakhir aku. Mana tahu time dia dah balik aku dah tak ada.”

“ Johan! Kenapa kau cakap macam tu!” Fikri sama sekali tak suka bila Johan kata begitu.

Johan hanya ketawa.

“ Aku cakap kalau. Ajal dan maut semua di tangan Tuhan kan?”

“ Ye. Aku tau. Tapi janganlah cakap. Kau kawan baik aku tau. Aku yakin sekembalinya dia nanti kau mesti dapat jumpa dia. dah stop cakap benda mengarut.”

Johan tersengih. Tapi jauh di sudut hatinya, dia merintih kerinduan. Dia terlalu rindukan Fisya tapi dia tahu agak mustahil untuk sampaikan kata-kata rindu ni. fisya. Saya tetap akan tunggu awak.

**
2 tahun berlalu…

Beg ditarik dengan perasaan bercampur baur. Matanya meliar melihat sekeliling. Akhirnya, setelah 2 tahun dia mencapai kerjaya di luar negara. Dia kembali semula ke tanah air tercinta. Senyuman puas terukir pada wajahnya. Terlalu rindukan Malaysia.

“ Awak! please! Jangan pergi!”

Tiba-tiba matanya menangkap satu pasangan yang sedang berduka. Langkahnya terus terhenti melihat pasangan tersebut.

“ Please. Lupakan saya. Awak carilah orang lain. Saya tak berhak untuk jadi milik awak.”

“ Tapi saya cintakan awak Azia. Please!”

Serta-merta air matanya mengalir. Mulutnya ditekup. Ya Allah!

“ Lupakan saya!”

“ Tak! Saya tetap akan terus mencintai awak. tak kira walau apa pun yang terjadi.”

Fisya mengorak langkah ke tepi. Air matanya semakin laju mengalir ke pipi. Dia benar-benar rasa kecewa dengan apa yang dia buat pada Johan 2 tahun yang lalu. Ya Allah. Aku rasa bersalah sangat. Mungkinkah dia sudah berkahwin? Mungkinkah dia dah lupakan aku? itu yang sebaiknya. Aku tak layak untuk berada di sisi dia.

“ Aku perlu pergi jumpa dia. aku nak minta maaf.”

**
“ Assalamualaikum!”

“ Waalaikumussalam.”

Apabila terjengul sahaja wajah Hanis kakak kesayangannya itu, dia terus berlari dan memeluk Hanis.

“ Ya Allah Fisya! Adik akak!”

Hanis pula rasa terharu sebab Fisya dah balik.

“ Maafkan Fisya sebab baru balik. ibu dan ayah mana?”

“ Ada dekat dalam. Jom masuk.”

“ Jap.”

Fisya menarik lengan Hanis agar mampu berdepan dengan dia. Hanis yang melihat mengerutkan dahi.

“ Kenapa?”

Fisya tersenyum kecil. kepalanya digelengkan.

“ Boleh Fisya tanya something?”

“ Sure. Tanyalah.”

“ Abang Fikri mana?”

“ Kerja la sayang. Kenapa?”

“ Boleh Fisya ke sana?”

“ Nak buat apa?” Hanis dah mula rasa tidak sedap hati. Rasanya dia tahu tujuan Fisya.

“ Sebenarnya Fisya nak jumpa seseorang. Fisya nak minta maaf dekat dia.”

Hanis terdiam. Seperti yang kita jangkakan abang. Fisya nak jumpa Johan. Ya Allah. Apa perlu aku jawab ni.

“ Kita masuk dulu. Lepas tu baru kita pergi okay.”

Belum sempat mereka nak melangkah masuk, kereta Fikri terlebih dahulu masuk ke dalam perkarangan rumah. Mereka berdua tunggu sampai Fikri keluar daripada kereta.

“ Eh Fisya? Ya Allah. Balik juga kamu.”

Fisya hanya mampu tersengih. Tetapi tidak Hanis. Dia rasa bersalah nak jelaskan perkara yang sebenar pada Fisya.

“Abang Fik. Boleh tolong Fisya tak?”

Fikri melihat isterinya dengan kerutan di dahi.

“ Ya. Nak minta tolong apa?”

“ Tolong bawa Fisya jumpa Johan.”

Dan kini, Hanis dan Fikri saling berpandangan. Tidak tahu nak berikan jawapan apa.

“ Erk… erm… sekarang?”

“ Yap.”

Fikri tersenyum hambar.

“ Jom.”

**
“ Semuanya berlaku begitu pantas Fisya. Kami sendiri pun tak sangka. Masa tu, dia baru lepas solat Jumaat. Dia ada kata nak datang rumah. Nak hantar sesuatu. Tapi sampai ke malam abang dan kak tunggu, tak sampai-sampai pun. Kami berdua hairan. Sampai kami dapat panggilan daripada pihak polis. Kata mereka Johan ada dekat hospital.”

Mulutnya diketap kuat. Sedaya upaya dia menahan daripada menitiskan air mata.

“ Sampai saja kami dekat hospital. Kami dapat lihat keadaan Johan yang cedera parah. Doktor juga kata harapan dia untuk hidup sangat tipis.”

Hanis menarik Fisya ke dalam pelukannya. Dia tahu Fisya susah nak terima kenyataan ini.

“ Dan.. ini pemberian terakhir arwah untuk kamu Fisya.”

Dengan tangan yang terketar-ketar dia menyambut huluran Fikri. Akhirnya, air matanya mengalir jua ke pipi. Matanya memandang apa yang ada di depan mata dengan hati yang hancur. Tak sangka, sekembalinya dia ke Malaysia. Dia terima berita buruk ini.

“ tak sampai setahun kamu pergi ke UK. Dia pula pergi meninggalkan kita Fisya. Buat selamanya.”

“ Fisya..Fisya…”

Fisya terduduk depan kubur arwah Johan sambil menangis. Sungguh! Dia berasa menyesal buat Johan macam tu dulu. Ya Allah. Kenapa aku bertindak sebegitu? Aku sungguh kejam! Aku bukan manusia yang baik! Johan! Maafkan saya! Saya nak cakap yang saya sayangkan awak!

“ Fisya. Sabar sayang. Yang pergi tetap pergi. Kita tetap kena teruskan hidup.”

Fisya bangun dengan perlahan-lahan. Wajah Fikri dan Hanis ditatap sebelum mengangguk perlahan.

“ Maafkan Fisya, Johan.”

**
“ Jujur abang cakap. Dia jujur dengan kamu. Selepas kamu pergi, dia dah jadi tak terurus. Sentiasa ingatkan kamu. Dia benar-benar cintakan kamu. Dan itulah pemberian terakhir arwah kepada kamu. Kamu dengarlah baik-baik isi hati dia.”

Kata-kata Fikri kembali bermain dalam fikirannya. Bungkusan yang ada pada tangannya masih belum dibuka. Kini, dia sudah berada dalam rumah. Tapi fikirannya melencong entah ke mana.

“ Bukalah sayang.”

Muncul Hajah Kamariah bersama senyuman kecil.

“ Ibu.”

“ Bukalah. Ibu akan sokong kamu daripada belakang.”

Fisya mengangguk dan membuka bungkusan itu dengan perasaan sebak. Ada sekeping surat dan kaset radio. Surat itu dibuka dan dibacanya dengan hati yang sebak.

Fisya. Insan yang saya sangat rindui.

Mungkin masa awak baca surat ini saya dah tiada dalam dunia ni. Saya dah pergi buat selamanya. Maafkan saya sebab tak mampu tunaikan janji saya untuk tunggu awak. Tapi, jangan risau. Sepanjang saya berada di dunia, saya sentiasa cintakan awak. Saya tak tipu tau. Hehe.

Fisya. Jujur. Saya rindukan awak. sangat-sangat. Bila awak nak balik? Saya ada cipta lagu untuk awak. awak dengarlah dan hayati lirik lagu tu. itulah isi hati saya sepanjang awak tiada di sisi saya. Saya tahu awak mungkin belum dapat terima saya. Tapi saya dengan tekad saya.

Awak masih ingat tak masa dekat pantai tu. Itu kali pertama dan kali terakhir saya luahkan isi hati saya pada seseorang yang bernama perempuan. Kelakar kan? Haha. Tapi, itulah cinta sejati saya. Ermm. Saya tak nak tulis panjang-panjang. Janji jangan menangis tau. Awak kuat. Kalau rindu saya dengarlah lagu saya. Okay my dear? Saya pergi dulu. Bye. >_<

Saya akan terus mencintai awak. Even kita tak mungkin akan bersama.

“ Ibu.”

Hajah Kamariah yang faham perasaan Fisya itu terus memeluknya.

“ Sabar sayang. Ibu faham perasaan kamu.” 

“ Fisya bersalah. Fisya berdosa. Kenapa Fisya tak terima je cinta dia dulu. Kenapa ibu?”

Fisya menangis dengan perasaan menyesal. Kini baru dia sedar yang terlalu menyayangi lelaki itu.

“ Semua yang berlaku ada hikmahnya sayang. Sabar ya. Dugaan ini datang dari Allah untuk kamu sebab Allah nak uji kamu. Kuatkan semangat kamu ye sayang.”

Fisya tersengguk-sengguk menangis dalam pelukan ibunya. Teringat tentang kaset rakaman, dia terus meleraikan pelukan dan mengambil kaset tersebut. Dia membawa kaset tersebut ke dapur dan mainkan kaset itu.

Biarkan lah ku terus mencintai kamu
Mencinta seperti waktu dulu
Kurindu saat kita bersama
Mengikat kasih bahagia

Ku mahu kau tahu kau selalu di hatiku
Tak mungkin ku kan ada yang baru
Ku mahu engkau selalu tahu
Dirimu cinta matiku

Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu

Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama

Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu
Ohhh...

Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama

Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu
Ohh..

Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama

“ Johan. Terima kasih. Saya harap awak bahagia di sana. Maafkan saya sebab tak mampu bahagiakan awak. Saya janji saya akan bahagia. Tapi awak tetap akan berada dalam hati ini.”

Fisya menyeka air matanya dengan senyuman yang dibuat-buat. Dia mengambil kaset itu semula dan membawanya ke dalam pelukan.

“ Kini aku sedar, dan aku akan terus mencintai kamu Johan.”

“ Lepaskan dia. Biarlah dia bersemadi dengan tenang.”

Muncul Hanis dengan senyuman kecil. Bahu Fisya diusap perlahan.

“ InsyaAllah kak.”

‘ Fisya. Terima kasih.’

Fisya memandang ke langit.

‘Sama-sama Johan. Selamat tinggal.’

~Tamat~

3 comments :

  1. Teruskan berkarya.ada bakat..nanti boleh lhaa jadi penulis.mana tahu suatu hari nanti novel/cerpen awk diambil untuk buat drama dlm tv mcm skrg nie,kan..in shaa Allah.aamiin..hee :) gudluck..

    ReplyDelete

Popular Posts